Aiseh. Finale.
Alhamdulillah, hari terakhir, fasa terakhir, semuanya akhir. Punya main sekejap. Ramadhan kini sudah sampai di penghujungnya.
Bagi mukmin, mereka menangisi pemergiannya. Sebab mereka tak tahu berjumpa lagikah dengan Ramadhan yang akan datang.
Kita? Hehh. Manada mau menangis tu Ramadhan pergi. Kalau budak-budak, happylah tak perlu puasa lagi. Kalau yang merokok seronoklah dapat merokok lagi, itu pun kalau tak berubah.
Samalah kepada mereka yang munafik tak suka Ramadhan. Maka mereka kononnya bebas untuk buat apa saja. Hindarilah sifat itu. Post-Ramadhan ini kita mahu tengok kualiti amal ibadah kita. Bertambah, berkurang atau istiqamah.
Kalau bertambah alhamdulillah, kalau istiqamah pun baguslah. Tapi kalau kurang tu, pastikan jangan banyak kurang. Contoh kalau time Ramadhan kita mampu solat berjemaah 5 waktu, baca Quran sejuzuk sehari, qiamullail, lepas Ramadhan sekiranya tak mampu, jangan tinggal semua. Kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua. Paling penting istiqamah.
Memandangkan besok aku akan super busy melayan tetamu datang ke rumah, maka eloklah aku kupas sikit tips-tips menghadapi SYAWAL PERTAMA. Sebab besok mungkin sibuk itu melanda.
Why pertama? Tunggu ja.
Apa yang penting pada awal pagi adalah sunnah memakan sebiji kurma sebelum pergi solat Aidilfitri. Macam sarapan yang kita biasa ambil sebelum Ramadhan.
Why? Dikatakan supaya kita ingat bahawa hari itu bukan hari puasa. Wallahualam. Ada orang pernah kata begitu.
Paling penting bagi semua, regardless of gender, hadir solat aidilfitri. Bagi perempuan, kalau tak dapat solat, datang selepas solat untuk dengar khutbah.
Kalau khutbah Jumaat, kita datang sebelum solat Jumaat. Time raya, kita tunggu selepas solat. Paling penting tu.
Cuma yang bikin panas apabila ramai datang pergi solat, tetapi lepas solat berhambur semua tempat solat tu. Lepas tu bikin sandih tu orang yang merokok, aku bukan anti sangat dengan dorang tapi aku tak suka bau tu. Seriously. Lagi menyedihkan, pergaulan bebas lelaki perempuan selepas solat. Yalah kan kawasan terbuka, sudah tentu terjadi.
Oh ya, aku cerita berdasarkan pengalaman.
Jadi elaklah buat begitu. Orang tengah duduk syiok dengar khutbah, kena kacau pula.
Selepas solat, tiba masanya untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga.
Time inilah mohon maaf segalanya, minta ampun semuanya.
Tapi bagiku, kali ini aku buat perkara yang sama seperti tahun lalu, cuba menggembirakan suasana. Bukan tak mahu bersedih, tapi bagiku hari pertama Syawal adalah untuk kita bergembira.
Bermaaf-maafan itu salah satu sunnah nabi, tapi nabi tak pernah kata 1 Syawal mesti bermaaf-maafan dan perlu bersedih. Tidak mengapalah, cuma jangan overload tu sedih. Orang mahu happy, kita mahu sedih. Seriously sandih.
Lepas tu mulalah acara Syawal. Ziarah menziarahi sanak saudara. Budak-budak akan feel happy sebab dapat duit raya. Orang dewasa pula seronok menziarah saudara, keluar segala cerita.
Tentang duit raya, aku pernah rasa fenomena ini. Tapi di tempat aku berada sekarang yakni kampung emakku, budaya duit raya tu macam tiada. Sebab time kecil, aku hanya ingat dapat duit raya ketika berada di kampung abahku. Tapi...ada ku kisah. Hehh. Yang penting happy. Cumanya, bebudak, jangan habiskan duit tu beli benda tak penting.
MAKANAN. Ini fokus utama. Ya. Setelah sekian lama sebulan berpuasa, maka ramailah yang ingin melepaskan dendam terhadap makanan. Melantak banyak, minum banyak, mengunyah banyak sehingga satu tahap mahu pecah perut tapi masih ada rumah belum diziarah. Bagus, teruskan. Jangan hairan kalau dalam masa seminggu berat naik 3kg.
Kau kata 3kg tu sikit? Berat bayi itu.
Sebaiknya jangan makan banyak sangat, supaya badan tidak terkejut dengan kehadiran makanan. Tak salah untuk merasa cuma berpadalah. Yang bikin panas, ada orang ambil banyak setinggi gunung, sekali makan tak habis. Perangai tak betul sungguh!
Jadi ada sedikit tips untuk menghadapi open house. Pertama, makan awal di rumah. Kedua, ambil yang kita suka. Ketiga, jangan ambil terlalu banyak. Keempat, slow-slow makan, supaya tiada pressure tuan rumah untuk suruh kita tambah. Kelima, banyakkan bercerita. Keenam, tengok TV kalau dorang pasang. Ketujuh, ingat ni, kita ada banyak rumah untuk diziarah, jadi save untuk badan.
Tadi awal entri aku kata aku akan bagitau kenapa entri ini khas untuk SYAWAL PERTAMA. Jadi sila faham betul-betul.
1. Tiada solat raya selepas syawal pertama
2. Amalan salam-bersalaman jarang dilakukan pada syawal lain
3. Syawal pertama selalunya ramai orang buat open house
4. Mana boleh puasa syawal pertama. Harammmm....
Jadi korang dah tahu apa perlu dibuat pada syawal pertama, jangan apply untuk syawal kedua. Learn from it. Kalau boleh, siapa ada puasa ganti tu, terus ganti puasa. Siapa mahu puasa sunat, silakan. Faedah puasa sunat sama seperti orang yang berpuasa sepanjang tahun. Nahh. Rebut peluang tu.
Apapun, bersederhanalah menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jangan membazir, jangan menghias rumah terlampau cantik sehingga ambil kos mahal-mahal. Takut dipuji makin riak. Yang penting di sini fokus utama kita selepas Ramadhan. Yup. Itu paling penting. Seperti ku katakan awal tadi, tambah, kurang atau berterusan?
Salam Ramadhan 30th. Jangan lupa takbir ramai-ramai!
#People, beware of Satan.
No comments:
Post a Comment