Comrades

Thursday 26 April 2012

Traffic jam

"Uih, apasal traffic jam ni? Selalu tidak begini." Sahabatku sekadar berkata tidak tahu. Sedang terfikir-fikir,

"Patutlah, hari ini hari gaji."

"Berapa hari bulan ni hari? 25? 26?"

"25. Hari ni keluar tu. Tadi pun Puan Rodzita ada bagitahu pasal gaji ni."

Kejadian semalam ketika menempuhi traffic jam yang aku rasa itulah hari pertama dalam sejarah traffic jam begitu sandih walaupun jalan raya tu sudah besar.

Betul, semalam gaji baru keluar. Jadi sudah tentu berbondong-bondong, berpusu-pusu manusia menuju ke satu tempat iaitu bank.

Seriously aku fikir, manusia zaman sekarang cepat sungguh jika mendapat habuan dunia, tapi apabila ditawarkan habuan akhirat, ramai mereka menolak.

Tidak rugi pun untuk dapatkan habuan akhirat, malah lebih untung dari siapa-siapa yang lebih cenderung ke dunia.

Syukur jugalah, walaupun dalam kesesakan lalu lintas yang berlanjutan sejak pukul tiga sehingga Isya', sempat juga bersama dengan jemaah di masjid pekan keningau.

Dan yang buat aku kagum, jemaah tetap maintain walaupun gaji dan gaji tunggakkan baru masuk.

Kalaulah berpusu-pusu orang datang ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib semalam, bagus juga walaupun aku terpaksa berada di saf belakang.

Itulah. Mudah-mudahanlah kita tidak terpengaruh sangat dengan dunia yang boleh melalaikan kita daripada akhirat.

Pae - Sandih sangat memandu, sandihnya kaki!

1 comment:

  1. Hurmm. Semoga dapat balance juga la kan dunia dan akhirat. Tidak la lebuh kaki di Padang Mahsyar nanti macam lenguh kaki berjalan di pekan haritu. :)

    ReplyDelete