Comrades

Saturday, 14 December 2013

Month of Marriage

Setiap kali cuti sekolah, pasti banyak jemputan kahwin dari sana sini. Jiran, orang jauh, orang dekat, orang luar Sabah, orang selain di semenanjung Malaysia. Aiseh.

Itu normal sebenarnya. Dah memang trend, supaya ramai orang hadir.

Artis saja kot kahwin time bukan cuti sekolah. Hehe.

Tidak terkecuali di sini, kalau dulu di Taman Mottou, memang ada tapi jauh-jauh - Papar, Kuala Penyu, sekarang di Kg. Bayangan memang ada - 30 Disember ni.

Tak kisahlah, cuma alangkah baiknya kalau majlis kahwin tu simple dan sederhana saja.

Hiburan itu bagus, tapi kalau boleh janganlah sampai tengah malam pun mahu memekak. Sakit telinga.

Bukan apa, tak best. Kalau tak dapat tolong orang lain, jangan susahkan mereka.

Trend sekarang juga, bercinta dulu baru bernikah. Ya, memang ramai. Tak salah, sebab digalakkan untuk mengenal pasangan masing-masing. Kot-kot ada yang tidak 'ngam', nanti jadi haru biru pula.

Tapi yang salahnya, time itulah kita nak jadi mesra macam suami isteri yang dah lama kahwin. Memang tak patutlah. Baik kahwin terus.

Bercerita tentang kahwin, insya Allah abang aku kahwin 28/12, majlis di rumah 30/12. Sila datang.

Lepas ni, sasaran untuk ditanya banyak soalan pastinya penulis entri dan blog ini.

Bah get ready saja.

Biarlah Allah saja tahu siapa pasangan kita.

Aiseh, ayat terlampau alim.

Kalau tak cari manakan kita tahu kan?

Digalakkan mencari.

Personally, aku memang dari dulu mahu target kahwin awal.

Sampailah abahku beri nasihat "Study dulu, kerja dulu, baru fikir pasal kahwin."

As a student, priority utama adalah buat parents gembira dengan keputusan exam, kejayaan akademik, dan semestinya akhirat.

Lepas tu, bantulah family sampai bila-bila kalau dah kerja, dari segi kewangan, material, apa saja.

Betul, ramai yang cerita pasal kahwin, mahu kahwin awal, kahwin time study, kahwin-kahwin, cerita kahwin saja. Cerita mahu cari pasangan, cerita pasal itu ini.

Aku bukan kisah sangat pun, memang ramai golongan sebayaku kahwin awal, tapi itu cerita mereka.

Bagi yang belum kahwin, sabar-sabarlah dulu. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Aku pernah lalui zaman macam tu (time mula2 tahu perkahwinan itu indah) sehingga ada senior tegur secara halus, terus aku stop 'mentaliti' pasal kahwin.

Firstly, orang mula bosan. Secondly, orang mula annoying dengan kita. Thirdly, nampak sangat kita obsess dengan perkahwinan.

Lelaki, kalau mahu kahwin, timba ilmu banyak-banyak, cari kerja, support family.

Perempuan, sama saja.

Kepada yang sudah bernikah, mudah-mudahan rumah tangga, tiang, dapur, bilik, ruang tamu korang sentiasa kukuh walaupun kena landa lipas, air, banjir.

Kepada yang bakal bernikah, jangan terpedaya dengan syaitan, mimpi mengarut, timba ilmu banyak-banyak. Jemput-jemputlah orang.

Kepada yang belum bernikah, fokus yang utama terlebih dahulu. Ada juga jodoh tu nanti, jangan risau sangat.

Kepada yang bercouple, NIKAHLAH KAMU CEPAT-CEPAT.

No comments:

Post a Comment