Comrades

Tuesday, 17 December 2013

Bisvit Selimut - 12.1 (Counter Strike)

"Weh, tak apa ke kita escape kelas ni?"  tanya Lee.

"Lek aa. Aku burn class pun, aku boleh belajar dekat rumah. Kau tu? Haha." dia sempat memperli kawannya.

"Iyelah, kau tu lain cerita. Entahkan belajar ke tidak dekat rumah. Contohilah ice princess kita ni, walaupun selalu escape kelas Bio, tapi keputusan dapat A+. Entah macam mana dia buat." sambung Andy.

"Hei, study kena relax derr. Jom, kita pergi jalan-jalan. Tukar baju dulu."

"Aku tak percaya aa ice princess kita ni genius student, tapi boleh pula bergaul dengan kita yang tak pandai ni." Kiko bersuara rendah di akhir ayat. Terasa dirinya tak berguna dibandingkan dengan dia.

"Weh bro. Setiap manusia kepandaiannya berbeza untuk sesuatu bidang. Jangan low confident. Kemonlah. Aku pandai akademik, kau hebat dalam kereta, nah. Kan ada bagusnya tu. Tak semestinya aku pandai dalam kelas, aku hebat dalam bidang lain kan?" dia memberi semangat pada rakan-rakannya, walaupun pada masa itu mereka telah melanggar peraturan sekolah!

"Yelaa. Nak ke mana ni?" tanya kawannya seorang. Dia dan rakan-rakannya berjaya melepasi benteng terakhir sekolah. Mereka terus menuju ke kedai berhampiran.

"Main game lerr. Apa lagi. Counter Strike dah menunggu." ujar rakannya yang seorang, Lee. Mereka telah selesai menukar baju sekolah mereka ke pakaian biasa. Biasanya CC (cyber cafe) tak benarkan budak berpakaian sekolah masuk.

"Eh, si puteri ais ni?" Kiko melihat dia. Dia buat muka selamba sahaja.

"Ice Princess tak perlu tukar baju. Masuk je terus dapat main."

"Seriously?" Lee, Kiko dan Andy saling berpandangan.

"Aku ada pakaianlah. Jap aku nak tukar."

"Err..di mana kau nak tukar?"

"Tandas. Tuuu tandas awam." dia memuncungkan bibir ke arah tandas awam yang terletak berhampiran dengan sebuah kedai. Dia melajukan langkahnya ke tempat tersebut.

Kiko, Andy dan Lee tersenyum melihat dia yang telah menukar pakaian.

"Itu dia. Ice Princess sedia untuk membunuh terrorist!"

"Jom! Jom!"

Mereka menuju ke CC popular, yang selalu dikunjungi, Future City. Kebanyakan yang main di sana adalah geng Chinese, tapi mereka tak kisah pun, sebab Lee dan Andy ramai kenalan mereka di sana. Malah mereka turut mengagumi kebolehan Kiko dan dia dalam permainan Counter Strike, sebelum zaman tersebut berlalu dengan Defence of the Ancients mengambil alih.

"Wassup bro!" Lee menyapa penjaga CC.

"Haiseh. Budak skul no enter."

"Come la taiko, wo men yao wan CS. Ice also come."

"Ice? Where?"

"I'm here bro." dia mengangkat tangan kanannya sambil tersenyum.

"Aaa. Ke yi wan. Ni yao wan CS aa Ice?"

"Yes sir." ujarnya sambil tersenyum.

"Bias gila taiko ni dengan kau. Mentang-mentanglah kau tu amoi."

"Hei Kiko. Lu mau gua halau lu dari sini ka? Diam-diam saja sudah." Penjaga CC yang digelar 'Taiko' menegur Kiko. Nadanya tidak berapa garang, Kiko tahu dia sekadar bergurau.

"Rileks taiko. Ada seat? Nasib tidak ramai datang." Andy melihat sekeliling.

"Of course la. Ta men shang xue maa. Ni men shi landuo. Huh!" Taiko memerli mereka.

"Kelas bosan la taiko." dia menjawab, dia faham apa yang taiko maksudkan, sebab dia pernah bersekolah Cina sejak tadika sehingga darjah 4. Parents dia yang nak. Sebab itu dia tidak berapa kisah untuk berkawan dengan orang yang berlainan bangsa.

"You (sebut yow). Itu seat sana, yang lain punya tidak boleh guna. Rosak." Taiko menunjuk ke tempat yang dimaksudkan.

"Okay. 2 hours ya."

Dia, Andy, Lee dan Kiko mengambil tempat. Taiko sekadar menggeleng kepalanya. Tak sah kalau tiada muka dorang di Future City. Tapi mereka tidak selalu datang, sebulan dalam 2-3 kali mesti ada mereka waktu sesi persekolahan. Kalau hujung minggu, doranglah paling awal. Sejak kedatangan Ice Princess, Future City menjadi tempat persinggahan para gamers lelaki. Bukan sebab nak main, tetapi mengurat Ice Princess. Apa tidaknya, susah nak jumpa gamers perempuan, lebih-lebih lagi yang cantik. Tapi dia bukan senang untuk di'usha', karatedo blackbelt third dan menjadi senjata sekiranya ada yang nak cari pasal. Kalau sekadar membawa bermain game, dia okay. Lebih dari itu, minta maaflah, baik lari daripada masuk hospital.

Dia melihat jam. Dah hampir 2 jam mereka berada di kedai tersebut. Dia tidak berapa kisah sebenarnya, sebab parents dia sentiasa sibuk dan dia beritahu pembantu rumahnya dia akan balik sendiri. Semuanya sebab nak jumpa kawan dan bermain game.


"Headshot!! Yeah!!" Lee menjerit gembira apabila dapat menembak musuh dengan tepat di kepala.

"Yeah kita menang!!" Lee, Kiko dan Andy bersorak gembira. Di belakang mereka, budak-budak entah dari sekolah mana kelihatan sugul, kecewa mungkin dengan kekalahan di tangan mereka berempat.

"Korang menang main tipu! Asyik nak sniper!"

"Weh, itu strategi. Apa pula nak tipu-tipu? Dalam perang mestilah ada sniper." Lee membalas semula budak tersebut. Kiko dan Andy mengangguk, dia sekadar diam sambil menyandang begnya.

"Aku tak puas hati. Korang tetap main tipu!" budak tersebut, berlagak seperti ketua, menuding jarinya ke arah Lee.

"Habis tu? Nak buat macam mana?" Lee mendekati budak tersebut. Pada saat itu, budak-budak lain dah berdiri, ada 4-5 orang semuanya.

"Huh. Berlagak! Lu jangan nak berlagak di sini." budak tersebut merapatkan lagi dirinya dengan Lee. Kiko dan Andy dah dalam keadaan siap sedia. Dia - Ice - sekadar melihat, tak berminat.

"Weh, gaduh-gaduh. Kalah tu kalahlah. Tak puas hati, lain hari boleh fight. Kitorang nak balik dah." dia dengan selambanya bercakap.

"Eh, kau perempuan, diam. Jangan sampai tangan aku di muka kau."

"Jangankan sampai, nak cecah pipi pun takkan punya." dia memprovok mereka, tambah-tambah lagi gayanya yang sedang bersandar di meja, muka selamba, tidak menunjukkan riak takut langsung.

"Kurang ajar!"

"Stop!" Taiko datang interfere.

"Lu olang nak gaduh pergi luar. Ini kedai gua, jangan buat hal. Lee, Andy, Kiko, Ice, pergi balik rumah. Kamu pun sama. Nak gaduh,gaduh. Lost is lost maa. Heeesh."

"Awas korang!" budak tersebut dengan gengnya terus meninggalkan tempat tersebut selepas menjelaskan bayaran penggunaan komputer untuk CS tadi.

"Ini duitnya taiko." Lee menghulurkan RM16 yang dikumpul oleh mereka berempat.

"Hmm. Terus balik rumah, jangan pergi mana-mana."

"Okay taiko. Don't worry, kitorang ada third dan blackbelt here." ujar mereka sambil melihat dia.

"Shut up, thanks taiko."

Mereka meninggalkan kedai tersebut dalam keadaan bersedia untuk menghadapi apa segala kemungkinan. Tapi jangkaan mereka silap, budak-budak tersebut tiada di pandangan mereka.

"Takut kot. Hahaha." Kiko ketawa diikuti oleh Andy.

"Dah. Malas aku nak fikir. Aku nak balik."

"Okay-okay. Jumpa besok di school. Weh, petang ni turun aa main basketball."

"Sorrylah, aku malas. Mengantuk, penat. Next time jerr." dia melambai tangannya dan berjalan ke stesen bas. Dia sebenarnya rasa marah dengan budak yang tidak puas hati dengan mereka, dahlah kalah, masih nak berlagak. Pada masa yang sama, beberapa orang mengekorinya dari belakang.

(bersambung...)

No comments:

Post a Comment