Ketika berkumpul tadi, ada senior datang mendekatiku.
"Macam mana kau kasi kurang (berat badan) ni?"
Seriusly, aku mahu kata tentang kalori, defisit kalori, apa itu kalori. Tapi aku kata dalam benda yang simple.
"Makan macam biasa tapi separuh. Aku masih makan ayam. Yang penting apa yang kita makan itu sikit."
Tapi dalam suasa hening, aku lupa beritahu yang kita perlu makan 5-7 kali sehari supaya tidak lapar dan tidak berlebihan makan.
Sejak berlaku perubahan dalam masa tiga bulan lebih, ramai yang hairan bin ajaib dan banyak bertanya.
Ada yang tanya "makan nasi ka? buat abs ka? tidak makan ka? Exercise ka?"
Aku bagitau saja aku makan sikit, nasi separuh (kecuali tadi sebab terlampau lapar gara-gara cardio + weight training), ayam, kadang-kadang sotong, tempe, sayur. Tapi sejak akhir-akhir ni, lunch jadi gila-gila sebab kelas yang berlanjutan. Malam pula memang jarang ada sayur!
Haa. Kepada pembaca, benda macam inilah aku makan. Tapi sekali sekala aku minum susu lemak rendah atau minum tu bliss, supaya usus bersihlah orang katakan.
Satu-satunya yang sampai sekarang aku langsung tak sentuh sejak sebulan lebih yang lalu ialah soft drinks. Ketika start program sepanjang hayat ini, aku tak ambil minuman yang bergas (except for stamina drink macam revive) dan hanya minum ice lemon tea.
Tapi terbaca kandungan gula yang tinggi dalam ice lemon tea, terus aku stop. Sekarang pun, kalau mahu makan di kedai, air suam atau mineral. Dan ketika merentas desa saja aku ambil revive untuk tambah tenaga, sebab start berlari hanya berbekalkan milo. Seriously.
Ramai yang tertanya-tanya, tapi paling aku suka tengok ialah my mother. Dulu, dia paling banyak leter tentang pemakananku, seringkali dimarah sebab tapuk-tapuk makan keropok dan selalu kata jimatkan duit (sekarang belum dapat jimat sebab banyak hutang).
Sekarang, setiap kali balik rumah..... "Iz. Kurus sudah ko kan. Naaa."
Dan aku pula nakal.."Mak, belikan seluar slack."
Dialah insan paling gembira tengok aku banyak berubah.
Heh.
Kalau betul mahu kurus, mesti ada usaha, di samping doa agar sentiasa dibantu oleh Allah dan diredhai olehNya.
Diet, bukan cut down our favourite food or snack, tapi ganti dengan sesuatu yang lebih baik, serta mengenyangkan dan menyihatkan. Tapi satu tabiatku ialah aku suka makan kek, kadang-kadang suruh miss A bawa dari Sarawak. Tapi kek, aiskrim itu bukanlah satu hobi untuk dimakan hari-hari, time yang patut saja, supaya tidak kempunan.
Cerita tentang seluar, ketika mengambil pakaian scout dari modern boys, saiz seluarku ialah yang paling abnormal.
Seluar oversized! Terburai ketawa kawan-kawanku tengok seluar ku yang super abnormal, tapi aku join saja. Sebab suka. Heh.
Sekarang, normal.
Cuma masalah ku sekarang ialah air dalam badan yang banyak. Sekali picit bahagian perut ni, lembik, no wonder masih agak besar sikit, tapi tidak ketara sudah.
Fokus ku sekarang ialah menjadi fit dan muscular sikit. Bukan macam Kim Jong Kook, cukup saja ada bentuk. Takut nanti kalau besar, murid-murid takut mahu approach.
Jadi...entah.
Let the pictures, do my job.
Time raya, aku rasa ini 90 something. Pipi tembam, tu bahagian chest tu, menonjol. |
Ini saja yang aku rasa sesuai untuk compare, sebab ada bentuk. Heh. |
Ketika ni, kurang dah 10kg. |
Apapun, sekarang tidak lagi cepat rasa penat, syukurlah. Senang sudah mahu beribadah ni. ^_^
#I believe, Miss Xiao Lu Xing should see this. I really need vegetables. Lain kali lagi aku update tentang ni kalau dah capai berat ideal. Insya Allah.
(n_n).. hihi, sda sy bca cgu.. sgt ketara penurunan itu, tahniah usaha xda sia-sia.. truskan usaha.. ^^
ReplyDeleteHee. Baca suda juga ko aa. Sy baru mo tag blog ko tapi nda dapat ni. Sy tag saja tu FB ko. ^_^
Delete