PBS oh PBS.
Dengan gim ditutup untuk tujuan amali, jadi aku berpindah ke tenis semula.
Seringkali aku lihat ada orang minta orang lain mendoakan dia, tak kisahlah pelajaran, kesihatan dan macam-macam lagi.
Tapi serious-seriously, aku sebenarnya tak kisah sangat minta doa, tapi yang bikin panas balik-balik minta orang lain doa, tapi tiada usaha langsung mahu berubah.
Apa guna orang lain doakan kita tapi kita masih berada dalam zon yang sama? Umpama yang tiada boleh ku masukkan dalam entri ini.
Kalau betul mahu hasil yang baik, minta orang lain doa, berdoa sendiri dan berusaha. Berusaha!
Hayatilah betul-betul apa yang Allah beritahu, Dia tak akan ubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan mereka sendiri.
Sama seperti orang yang belum terbuka pintu hatinya untuk berubah, balik-balik minta doa atau berdoa agar dia diberi hidayah.
Tapi perangai masih tetap sama.
Sama seperti orang yang ada penyakit, minta orang lain doakan agar dia sembuh.
Tapi tidak dijaga pun kesihatan, dari segi pemakanan mahu pun senaman.
Banyak lagi. Termasuk yang exam.
Entahlah, walaupun dibolehkan untuk meminta doa atau berdoa, tapi afdhalnya kalau kita berdoa disamping berusaha terus.
Sedarlah, doa memang senjata orang mukmin, tapi Allah tak akan bagi apa yang kita mahu kalau tiada usaha.
Cukup-cukuplah minta doa tapi tiada usaha. Jangan hanya berdoa di mulut, tapi tiada langsung mencari jalan penyelesaiannya.
Seriously.
#Kalau kena bagi, itu mungkin satu ujian walaupun tiada usaha. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment