Comrades

Tuesday 5 June 2012

Kereta oh kereta.

Preve oh preve.

Apabila dapat rasa memandu kereta baru, terfikir mahu beli kereta.

Vios dan persona. Dah rasa. Kehkehkeh.

Tapi kali ini minat pula pada keluaran proton terbaru.

Sebelum ini, aku tak minat langsung dengan kereta buatan negara. Sebab bentuknya tidak semantap kereta buatan luar negara.

Tapi kali ini, keluaran proton terbaru sememangnya memikat hatiku. Insya Allah.

Hati teringin memiliknya, tidak apa. Simpan niat tu. Insya Allah beli.

Tinggal tiga tahun lagi berada di IPG. Mudah-mudahan dapat graduate nanti.

^_^
Dah check harga. Harga di Sabah lebih kurang RM60000. Itu yang basic. Kalau yang premium dekat-dekat RM75000 juga.

Hehe. Entah kenapa jatuh cinta pada kereta ini, sedangkan minat itu pada BMW M3 sejak kenal NFSMW.

Warna pilihan? Merah. Entah kenapa aku makin suka pada warna merah. Agak-agak kerana kereta yang aku pakai sekarang ni merah. Maybe. Tapi apapun, kalau Allah beri rezeki murah, preve ini aku beli.

Kereta yang sekarang ni, sudah tentu mereka yang kenal diri ini tahu kereta apa. Satu-satunya proton berwarna merah terang di IPG. Dalam perancangan, mahu overhaul tu kereta. Tapi baik aku simpan duit untuk preve ni. Kalau mahu pergi KK, naik bas cukup. Hehe.

If I own you, I'll call you SC. ^^
Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kita. Amin. ^^

Pae - Sorry entri mengarut. :p

2 comments:

  1. Preve pun boleh tahan, cuba test drive hari tu pun rasa macam outstanding. Tengok spec enjin pun nice.

    ReplyDelete
  2. up until now belum pernah nampak lagi atas jalan. tapi by looking at it on the net memang preve ada kelas tersendiri

    ReplyDelete