Comrades

Monday 11 October 2010

Cinta..cinta..cinta... part 1

Apakah itu cinta?Banyak jawapannya. Terlampau banyak. Antara yang selalu kita dengar ialah...
1. Cinta itu gabungan antara dua jiwa
2. Cinta itu perasaan kasih antara dua jiwa (lebih kurang bukan)
3. Cinta itu merupakan perasaan kasih sayang lahir dari jiwa manusia.

Terlampau banyak sebenarnya. Berilah 3. Cukup syarat juga pun. Tapi sebenarnya..cinta yang selalu orang sebut2 ni kebanyakannya SPESIFIK. Maknanya untuk kekasih2@couple la. Sebenarnya kalau betul..Cinta merupakan sebuah perasaan kasih sayang yang menghubungkan tiap2 insan. Ini tepat. Jawapan lain tidak salah. Kurang tepatlah katakan. Cinta ialah universal. Lagipun..ianya anugerah agung Allah. Kenapa?Sebab kerana cinta kita akan menyayangi tiap insan di dunia ini. Cinta menghubungkan semua orang sebenarnya. Bukan Nokia Connecting People.

Saya menaip pasal cinta ni sebab saya menghadiri sebuah ceramah audio yang berkaitan pasal pengurusan cinta. Apa yang saya dapat, cinta merupakan anugerah Illahi. Tidak salah kita jatuh cinta kerana..itu lumrah manusia! Kita tidak mampu menahan naluri manusia yang ingin bercinta tapi bijakkah kita mengurusnya?Bukan senang nak urus perasaan cinta yang hebat ni. Sebab, kebanyakan orang sekarang bercinta atas dasar..luaran ja. Kebanyakan bukan semua ya. Yalah. Kalau kita terpikat gara2 ketampanan/kecantikan diri seseorang tu, ya rabbi, janganlah mengakui perasaan tersebut. Itu hanya suka2. Yalah. Kalau dah cinta atas dasar tu, lepas tu tiba2 muncul yang lebih tampan/cantik dari pasangan kita tu, uiseh, trus kasi break kan. ish3. Tidak bagus begitu. Cintailah seseorang kerana dalaman dirinya. Memang ini memakan masa yang lama. Kita tidak tahu lagi kan?Kajilah orang yang kita sayang tu tapi janganlah melampau. Tengok ja perangai dia dan macam2 lagilah. Kadang2 kita ber'ngam' dengan sesuatu yang pelik seperti, kita suka tengok cara dia membuat sesuatu, cara jalan ka..yang penting bukan pasal fizikal dia. :) Lagi satu, kalau kita jatuh cinta, saya nasihatkan, jangan pendam dan makan hati. Sakit yob. (pernah rasa c penaip ni) Kalau tidak mampu luahkan, berdoa kepada Allah. Mengadu pada Allah. Saya pernah menghadiri tazkirah pasal kesabaran..Assobarul minal iman. Sabar separuh daripada iman (seperti post terdahulu). Ustaz tu kata, kalau kita menghadapi apa2 musibah, kita solat sunat dua rakaat, then berdoa. Musibah maksudnya ini problem la ba kan. Tidak semestinya yang besar2 punya problem. Dia kata begitu. Mengadu pada Allah terlebih dahulu. Lepas tu barula cari seseorang yang dipercayai, yang berpengalaman yakni yang berilmu untuk luahkan masalah atau pun isi hati. InsyaAllah akan diberi petunjuk oleh-Nya. Sama juga kalau kita jatuh cinta tetapi tidak ingin meluahkan. Kita berdoalah kepada Allah. Semestinya Dia akan bantu kita. Kedua, kita cari orang(kaunselor/kawan/keluarga) untuk kongsi masalah kita. Ketiga, sibukkan diri dengan buat apa sahaja(konteks ini membawa maksud perkara yang TIDAK MEMBAWA KEBURUKAN@DOSA). InsyaAllah pasti boleh terurus juga tu.
Bagi yang ditolak cintanya, mesti sangat sedihkan?Kita sayang orang tersebut seikhlas hati bukan kerana faktor yang telah saya nyatakan tadi. Kita cinta dia dan kalau boleh kita ingin jaga dia. Tapi apabila kita menyatakan cinta kepadanya, dia tidak mampu untuk mencintai kita dan hanya boleh berkawan sahaja. Sedih kan?Kadang2 kita akan berfikir..."kalaulah aku tahu, aku tidak ingin berkenalan dan berkawan dengan dia." Astaghfirullah. Jangan. Sebenarnya inilah satu ujian perasaan untuk kita. Kalau kita berfikir begitu, kita seolah2 menentang takdir Allah. Jadi STOP IT! Prasangka baik kepada Allah. Why?Sebab. Allah pasti akan tunjukkan yang lebih baik untuk kita. :) Semua tu (kesakitan) akan menguatkan diri kita, tabahkan diri kita dan melatih untuk bersabar. Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Percayalah. Jika bukan di dunia, insyaAllah di akhirat. :) Jadi bersabarlah. Assobarul Minal Iman. Saya ingin sertakan sini untuk kita hayati yang saya dapat dari masjid.
Sekiranya Allah mengabulkan doa kamu, sesungguhnya Dia menyayangi kamu.
Sekiranya Allah tidak memenuhi permintaan kamu,sesungguhnya Dia akan memberi kamu sesuatu yang lebih bagus.
Sekiranya Allah turunkan ujian kepada kamu, ingatlah sesungguhnya Dia menguji diri kamu untuk menyintai-Nya.
Berprasangka baiklah kepada Allah.
Ada lagi ba tu, tapi saya lupa kan. Manusia juga saya ni. he he.
Berbalik kepada cinta, erm. Ini boleh jadi satu renungan. Maybe kalau kita tidak dapat dia, dia bukan orang yang 'ngam' untuk kita. Jadi sabarlah. Ada hikmah disebalik semua ni. :)


(bersambung...)

2 comments:

  1. HEHE...nice entry..aku xsempat mau pegi pengisian minda tu..huhu..anyway...nice entry again...

    ReplyDelete
  2. Cinta pas kawin yg halal wei.. kapel2 tu dosa.. faham? na.. kalo abgmu suda besuara.. ahakz.. cubalah setting ni blog ada Shoutbox.. and then banyakkan blogwalking.. dari sna bnyk ilmu leh dpt lg.. hoho..

    ReplyDelete