Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya (Surah Al Baqarah ayat 83)
Mengapa saya merujuk kepada ayat ini?Saya ingin menaikkan isu menghina@mengejek@mengumpat@mencaci orang di belakang. Kita sembah Allah tapi kita menghina makhluk ciptaan-Nya. Janganlah kita begitu. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga para muslimin dan muslimat, seburuk mana pun orang itu, janganlah kita hina@mendiskriminasi dia. Sebagai contoh, ada orang yg kita lihat gayanya ketinggalan zaman, kita janganlah tertawakan dia. Sakit hati dia tu. Tiada guna kita berdoa kepada Allah kalau kita menghina makhluk-Nya kerana KITA SENDIRI CIPTAANNYA.
Saya ingin menceritakan sebuah cerita. Majlis besar2an diadakan. Seorang ketua kampung menyuruh anak2 buahnya meminta pertolongan daripada orang lain untuk mengemas tempat untuk diadakan majlis tersebut (dewan besarlah konon). Seorang wakil yang memang tugasnya berkait dengan pembersihan dan pengemasan dewan tu. Dia carilah konon orang untuk menolong. Dia arahkan itu ini tapi...DIA TIDAK BUAT KERJA. haaa. Ini yang mau dibangkitkan ini. Kita arahkan orang tapi tidak buat kerja. Kita tengok ja. Kadang2 klu dorang tidak buat dengan baik, kita teriak! woohooo. Sudahlah minta tolong. Berkasar pula. Tu dosa tu. Yalah. Minta tolong bagus2la. Cakap baik2. Tidak susah kan?Jdi kita sambung. Naa. Orang2 yg mengemas panas hati la ba kan. Kena triak2. Apalagi. Mulala mulut mereka mengumpat. Dosa juga. Astaghfirullah. DUA2 BUAT DOSA. Suda ada dalam Quran berkata2 baik sesama kita. Bagi si ketua, bagus2la ba minta tolong. Bagi yg diketua. Sabarlah kalau begitu. Biarpun teruk dilayan..kita sabar ja. Maybe ada hikmah semua tu. Kenapa Bilal bin Rabah mampu bersabar apabila diseksa oleh tuannya?Kita hanya disuruh buat kerja pun suda merungut2 cakap belakang. Tidak patut tu. Janganlah begitu. Hentikan perbuatan yang tidak sepatutnya. Mudah2an kita mendapat keampunan daripada-Nya. Amin. :)
No comments:
Post a Comment