Comrades

Sunday, 31 October 2010

Ringkasan...Prasangka buruk?Bawa padah.

Assalamualaikum..

Saya hanya meringkaskan sahaja tentang topik kali ini. Ramai di antara kita memang suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Kenapa?Mungkin mereka cemburu, tidak puas hati dan banyak lagilah. Jangan kita berprasangka buruk sebab tidak bagus untuk minda kita. Kenapa?Kita mungkin akan mengatakan sesuatu yang tidak baik (fitnah) terhadap orang tersebut. Cukup2lah. Niat orang disalahtafsir. Kamu sedar dirilah. Tidak bagus begitu. Orang buat baik kamu kata2 "ahhh!! Dia tu baik di depan ja. Blakang mana korang tau kan. Huh!!" Ahoii. Jadi jangan buat begini. Macamlah kamu tu baik sangat. Kalau dia buat sesuatu yang baik seharusnya kamu memuji kaa...happy kaa..naaa. Jadi cukup2lah. Saya akan update the final post untuk bulan ini sebentar lagi.

Wednesday, 27 October 2010

BIG - Tazkirah 26/10/2010

Assalamualaikum....

Alhamdulillah semalam saya berpeluang untuk menghadiri program yang diwajibkan iaitu solat maghrib berjemaah dan juga program Bina Insan Guru (BIG). Usai saja solat maghrib, program pun dimulakan. Penceramah untuk program tersebut ialah Ustaz Misri. Memang seronoklah ilmu yang disampaikan oleh beliau. Saya tidak mampu senaraikan semua tetapi hanya isi-isi yang penting sahaja. :)
Dia ada sentuh tentang kurangnya jemaah pada malam tersebut namun berprasangka baik sajalah kepada mereka. Dari isu ini, dia huraikan lagi. Antaranya ialah, kita telah dikurniakan oleh Allah anggota badan yang sempurna (tiada kecacatan pada fizikal) namun mengapa kita masih berat kaki dan berat hati ke masjid?Ini persoalan utama. Kita harus bersyukur dan menggunakan nikmat yang diberi kepada kita daripada-Nya kerana bila-bila saja Allah boleh tarik nikmat kita. Sekarang kita berada di tempat yang dekat dengan masjid, boleh naik motor ke masjid dan jalan kaki. Bukan jauh pun. Tidak sampai sekilometer. Nanti apabila sudah graduate dan diposting ke tempat yang nun jauh di pedalaman, haaa. Lagilah haru. Maybe berkilo-kilometer jauhnya. hehehe. Jadi jangan sampai Allah turunkan bala baru kita berdoa kepada-Nya. Ketika senang kita berdoa, ketika susah pun kita berdoa. Dia Maha Pendengar dan Maha Mengasihi.
Ustaz juga ada menyentuh tentang sentiasa mengingati Allah S.W.T. Ketika menghadapi exam inilah yang penting untuk ingat Allah. Ini kerana sekiranya kita ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kita tetapi sekiranya kita lalai mengingati-Nya, nescaya Allah akan memalingkan kita daripada-Nya. (Saya lupa apa ayat yang dibaca oleh ustaz, moga anda dapat cari ayat tersebut. :) ) Bayangkan ketika kita sedang menjawab soalan tetapi terdapat soalan yang kita tidak dapat jawab. Kalau kita ingat Allah, nescaya akan diberi petunjuk tetapi kalau tidak bagaimana pula?Fikir2kanlah. :)
Kalau boleh tambahkan amalan kita. InsyaAllah pemilik blog ini juga akan beristiqamah. :) Ustaz berkata lagi bahawa tiap2 perkara kita buat niat kerana Allah. Makan kerana Allah, tidur kerana Allah, mandi kerana Allah, belajar kerana Allah, bersukan kerana Allah, bahkan menaip untuk update blog ini pun niat ikhlas kerana Allah. Biarlah kita ikhlas kerana Allah sahaja. Kita dapat pahala, dapat kesihatan, dapat yang baik2. :) Tapi kalau kita tiba2 sakit, jangan mengeluh, jangan panik (terutamanya yang akan menghadapi exam). Itu ujian Allah. Biarpun sakit, berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Saya pernah mendengar ceramah daripada Ustaz Rusli bahawa apabila kita ditimpakan musibah, itu semua penebus dosa dan untuk mengangkat darjat orang-orang yang beriman kepada Allah. Jadi sabarlah sahaja.
Rasanya ini saja yang saya dapat kongsi untuk kali ini. Memang sikit tapi harap masuk dalam kepala jugalah. ehehehe. Bagi yang menghadapi exam, semoga maju jaya kepada anda semua. Ohya, Ustaz Misri ada memberitahu untuk mengelakkan memakan makanan yang boleh hilangkan tumpuan
1. Jangan makan benda asam
2. Jangan makan kepala ikan
3. Jangan makan semut (umum)
Inilah yang disampaikan oleh beliau. Saya ingin share sikit bagaimana untuk menajamkan pemikiran dan tumpuan
1. Banyakkan mandi (saya ada terbaca di laman web sosial Facebook)
2. Jangan lihat kemaluan dengan kerap (kalau boleh elakkan)
3. Jangan makan banyak (kekenyangan boleh menyebabkan mengantuk)
Rasanya ini saja. Ada banyak lagi tapi saya kurang ingat. Sumber ini adalah berdasarkan daripada hadis nabi (kalau salah sila betulkan saya :) ). Jadi fikir2kan dan buat apa yang patut. InsyaAllah kita akan menemui kejayaan. Saya berpesan kepada diri saya dan orang lain agar kita sentiasa beribadah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan bantu kita kalau bukan di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. Amin. :)

Monday, 25 October 2010

Everyone will fall but few of them will stand up. Just be patient and you will become okay. :)

A200
O ye who believe! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah. that ye may prosper.

When I saw this verse, I feel so guilty. I fell but I never have determination to rise. I always think negatively about situations. However, I have realized that..everyone will fall down but few of them will rise and stand up to fight. I don't deserve to complain about situations that happens to me since it is just small matter while Nabi Muhammad S.A.W and other Nabi and Rasul received the greatest misfortune but none of them were complaining. In fact they always grateful and thankful to Allah for giving them such pain to become more stronger especially Nabi Ayub A.S where he was given a great fortune for many years then the Satan tried to make him fall by gave him disaster (of course with Allah's will) but none of their plans work. Nabi Ayub A.S received fortune for about 70 years (if I'm not mistaken) but then he and his family were giving trials and disaster for only 7 years and in the climax left him nothing but only zikirullah praising Allah. Satan gave up then Allah gave him back the fortune he used to have before. That's why his name Ayub representing patience - sobar. When I read about this story, I don't deserved to complain since there are many people who receive more trials than me. I need to thank to Allah and I won't be complaining anymore. (InsyaAllah). I hope I will become more stronger even I have to face many hurts and pains to overcome the problems before Allah gives me fortune. Allah never leave us. He always there even we forget about Him. InsyaAllah I will stop complaining and face everything with smile and istiqamah in practices.
Memories make me stronger. :)

-Faiz-

3 kesakitan di dunia. - dengar daripada kawan. :)

ADUUHHHH!! SAKITTT!! WAAA!! - apakah saya taip ini? :P

Tajuk tu. 3 kesakitan terteruk yang menerukkan.  haha. Tadi baru ja lepas operation gigi. (sakit yob) clean suda gigi. (kena tampal ba gigi) time prosedur dilakukan, fuh. Ganas juga dentist dia yer biarpun comel (perempuan ba dentist dia) tapi ganas ni. haha. anyway saya ingin highlightkan tajuk tu.

Semalam saya mendengar daripada kawan saya tentang 3 kesakitan yang paling hebat di dunia. Saya senaraikan.
1. Kesakitan sebelum mati
2. Kesakitan menghadapi mati
3. Kesakitan pada gigi

Inilah apa yang saya dapat. Saya tanya kenapa pula no 3 tu wujud?Mereka jawab memang sakit tau kalau sakit gigi. Bayangkan dari gigi ke otak terus meraung2. Mereka sudah rasa malahan mereka kata ada dalam hadis nabi. Saya belum kaji lagi tentang hadis nabi (mereka katalah ya) tapi saya akan cek la. Tup tup, betul. Gigi punya kesakitan memang sakit. Ketika dirawat pun sakit ni. Aduhai. Gerudi2 ba si doktor tersebut. Sikit lagi mo lari tapi memandangkan dia perempuan saya kontrol ja. :P tapi kalau lelaki pula, aih buat cool je la. :P haha. Anyway memang sakit la tapi tu la kita kena sabar. Aish3. Sampai berdarah2 ni.. Paling mantap time dia gerudi tu la. AWWW!! Ngeeennggg ngeennggg ziiinggg. aish. Hebat. Tapi apa2 pun, jagalah kebersihan gigi kita supaya dapat menunjukkan senyuman cantik. Terima kasih. :)

Monday, 18 October 2010

Teguran itu baik.

Baru2 ini beberapa orang telah menegur tentang perangai2 yang kurang disukai(siapakah?Anda fikir2kan lah). Apa pun terima saja dengan hati terbuka. Namun manusia ni, semestinya ada yang terima dan ada yang tidak terima. Bagi yang mampu terima, alhamdulillah. Maknanya dia sedar diri dia telah membuat sesuatu yang tidak patut. Saya ingin tekankan tentang yang TIDAK DAPAT TERIMA. (fuh. huruf besar semua. keh keh keh.) Bagi yang tidak dapat terima ni, saya direct to the point. Mereka memang tidak sedar diri. Malahan memperlekehkan dan mengata si penegur tersebut dari belakang. Astaghfirullah, ini tidak seharusnya berlaku. Hati mereka sukar menerimanya.Ish3. Sepatutnya kita berfikiran positif apabila menerima sesuatu samada baik mahupun buruk. Orang ini boleh dikatakan ego. Amatlah menyedihkan bukan?Terima ja la. Mungkin benar kita telah buat kesilapan. Jangan fikir kita ni betul ja. Kita juga berpotensi untuk melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Sudahlah mengata orang, malahan dituduh bukan2 pula terhadap si penegur. Dituduh pula bahawasanya si penegur yang buat kesilapan. Alala. Sudah2la. Hormat orang. Kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita. Bukan tujuan untuk dapat penghormatan setinggi raja tapi sekurang2nya orang tidak membuat persepsi, prasangka yang bukan2 kepada kita. Tapi itulah, realiti kehidupan kan?Saya ingin beri pesanan kepada orang yang suka tolak teguran orang lain. Janganlah sempit fikiran. Buka minda anda. Hormat mereka. Tidak salah menegur, tapi ikut caralah. Ada cara yang bagus, ada pula yang menyakitkan hati. Sebaik2nya tegurlah dengan baik. Supaya orang akan terima dengan hati terbuka. Kita hendaklah saling kasih mengasihi. :)

Monday, 11 October 2010

Cinta..cinta..cinta... part 1

Apakah itu cinta?Banyak jawapannya. Terlampau banyak. Antara yang selalu kita dengar ialah...
1. Cinta itu gabungan antara dua jiwa
2. Cinta itu perasaan kasih antara dua jiwa (lebih kurang bukan)
3. Cinta itu merupakan perasaan kasih sayang lahir dari jiwa manusia.

Terlampau banyak sebenarnya. Berilah 3. Cukup syarat juga pun. Tapi sebenarnya..cinta yang selalu orang sebut2 ni kebanyakannya SPESIFIK. Maknanya untuk kekasih2@couple la. Sebenarnya kalau betul..Cinta merupakan sebuah perasaan kasih sayang yang menghubungkan tiap2 insan. Ini tepat. Jawapan lain tidak salah. Kurang tepatlah katakan. Cinta ialah universal. Lagipun..ianya anugerah agung Allah. Kenapa?Sebab kerana cinta kita akan menyayangi tiap insan di dunia ini. Cinta menghubungkan semua orang sebenarnya. Bukan Nokia Connecting People.

Saya menaip pasal cinta ni sebab saya menghadiri sebuah ceramah audio yang berkaitan pasal pengurusan cinta. Apa yang saya dapat, cinta merupakan anugerah Illahi. Tidak salah kita jatuh cinta kerana..itu lumrah manusia! Kita tidak mampu menahan naluri manusia yang ingin bercinta tapi bijakkah kita mengurusnya?Bukan senang nak urus perasaan cinta yang hebat ni. Sebab, kebanyakan orang sekarang bercinta atas dasar..luaran ja. Kebanyakan bukan semua ya. Yalah. Kalau kita terpikat gara2 ketampanan/kecantikan diri seseorang tu, ya rabbi, janganlah mengakui perasaan tersebut. Itu hanya suka2. Yalah. Kalau dah cinta atas dasar tu, lepas tu tiba2 muncul yang lebih tampan/cantik dari pasangan kita tu, uiseh, trus kasi break kan. ish3. Tidak bagus begitu. Cintailah seseorang kerana dalaman dirinya. Memang ini memakan masa yang lama. Kita tidak tahu lagi kan?Kajilah orang yang kita sayang tu tapi janganlah melampau. Tengok ja perangai dia dan macam2 lagilah. Kadang2 kita ber'ngam' dengan sesuatu yang pelik seperti, kita suka tengok cara dia membuat sesuatu, cara jalan ka..yang penting bukan pasal fizikal dia. :) Lagi satu, kalau kita jatuh cinta, saya nasihatkan, jangan pendam dan makan hati. Sakit yob. (pernah rasa c penaip ni) Kalau tidak mampu luahkan, berdoa kepada Allah. Mengadu pada Allah. Saya pernah menghadiri tazkirah pasal kesabaran..Assobarul minal iman. Sabar separuh daripada iman (seperti post terdahulu). Ustaz tu kata, kalau kita menghadapi apa2 musibah, kita solat sunat dua rakaat, then berdoa. Musibah maksudnya ini problem la ba kan. Tidak semestinya yang besar2 punya problem. Dia kata begitu. Mengadu pada Allah terlebih dahulu. Lepas tu barula cari seseorang yang dipercayai, yang berpengalaman yakni yang berilmu untuk luahkan masalah atau pun isi hati. InsyaAllah akan diberi petunjuk oleh-Nya. Sama juga kalau kita jatuh cinta tetapi tidak ingin meluahkan. Kita berdoalah kepada Allah. Semestinya Dia akan bantu kita. Kedua, kita cari orang(kaunselor/kawan/keluarga) untuk kongsi masalah kita. Ketiga, sibukkan diri dengan buat apa sahaja(konteks ini membawa maksud perkara yang TIDAK MEMBAWA KEBURUKAN@DOSA). InsyaAllah pasti boleh terurus juga tu.
Bagi yang ditolak cintanya, mesti sangat sedihkan?Kita sayang orang tersebut seikhlas hati bukan kerana faktor yang telah saya nyatakan tadi. Kita cinta dia dan kalau boleh kita ingin jaga dia. Tapi apabila kita menyatakan cinta kepadanya, dia tidak mampu untuk mencintai kita dan hanya boleh berkawan sahaja. Sedih kan?Kadang2 kita akan berfikir..."kalaulah aku tahu, aku tidak ingin berkenalan dan berkawan dengan dia." Astaghfirullah. Jangan. Sebenarnya inilah satu ujian perasaan untuk kita. Kalau kita berfikir begitu, kita seolah2 menentang takdir Allah. Jadi STOP IT! Prasangka baik kepada Allah. Why?Sebab. Allah pasti akan tunjukkan yang lebih baik untuk kita. :) Semua tu (kesakitan) akan menguatkan diri kita, tabahkan diri kita dan melatih untuk bersabar. Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Percayalah. Jika bukan di dunia, insyaAllah di akhirat. :) Jadi bersabarlah. Assobarul Minal Iman. Saya ingin sertakan sini untuk kita hayati yang saya dapat dari masjid.
Sekiranya Allah mengabulkan doa kamu, sesungguhnya Dia menyayangi kamu.
Sekiranya Allah tidak memenuhi permintaan kamu,sesungguhnya Dia akan memberi kamu sesuatu yang lebih bagus.
Sekiranya Allah turunkan ujian kepada kamu, ingatlah sesungguhnya Dia menguji diri kamu untuk menyintai-Nya.
Berprasangka baiklah kepada Allah.
Ada lagi ba tu, tapi saya lupa kan. Manusia juga saya ni. he he.
Berbalik kepada cinta, erm. Ini boleh jadi satu renungan. Maybe kalau kita tidak dapat dia, dia bukan orang yang 'ngam' untuk kita. Jadi sabarlah. Ada hikmah disebalik semua ni. :)


(bersambung...)

Thursday, 7 October 2010

Assobarul Minal Iman...:)

A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)

Sabar. Sabar. Sabar. Sabar itu separuh daripada iman kita. Sabar adalah elemen penting dalam hidup kita. Sebenarnya..kalau kita tidak mempunyai kesabaran, sudah pasti konpom 100% kita akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Betulkan?Contohnya..ketika puasa. Puasa dari segi istilah ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.(banyak tu tapi malas mo taip he he he) dari subuh hinggalah maghrib. Kalau kita tidak sabar, kita akan berbuka puasa tu. Naa. Tu baru kalau berpuasa. Cuba kalau yang nafsu shahwat dia tahap berbahaya. huhuhu. Confirm pembuangan bayi akan muncul. Faham2lah ya. Sabarlah. Seperti yg sy suda post sebelum ni tentang kesabaran. Semua yg menyakitkan tu besar pahalanya. Kalaulah manusia dapat lihat pahala tersebut, memang ramai yg berebut. Semestinya! Jadi sabar tu mampu memberi kita pahala. Asalkan kita ikhlas kerana Allah. Mudah2an kita tergolong dalam orang yang sabar. :) Amin.

Sembah Allah dan buat kebaikan.

A083
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya  (Surah Al Baqarah ayat 83)

Mengapa saya merujuk kepada ayat ini?Saya ingin menaikkan isu menghina@mengejek@mengumpat@mencaci orang di belakang. Kita sembah Allah tapi kita menghina makhluk ciptaan-Nya. Janganlah kita begitu. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga para muslimin dan muslimat, seburuk mana pun orang itu, janganlah kita hina@mendiskriminasi dia. Sebagai contoh, ada orang yg kita lihat gayanya ketinggalan zaman, kita janganlah tertawakan dia. Sakit hati dia tu. Tiada guna kita berdoa kepada Allah kalau kita menghina makhluk-Nya kerana KITA SENDIRI CIPTAANNYA.


Saya ingin menceritakan sebuah cerita. Majlis besar2an diadakan. Seorang ketua kampung menyuruh anak2 buahnya meminta pertolongan daripada orang lain untuk mengemas tempat untuk diadakan majlis tersebut (dewan besarlah konon). Seorang wakil yang memang tugasnya berkait dengan pembersihan dan pengemasan dewan tu. Dia carilah konon orang untuk menolong. Dia arahkan itu ini tapi...DIA TIDAK BUAT KERJA. haaa. Ini yang mau dibangkitkan ini. Kita arahkan orang tapi tidak buat kerja. Kita tengok ja. Kadang2 klu dorang tidak buat dengan baik, kita teriak! woohooo. Sudahlah minta tolong. Berkasar pula. Tu dosa tu. Yalah. Minta tolong bagus2la. Cakap baik2. Tidak susah kan?Jdi kita sambung. Naa. Orang2 yg mengemas panas hati la ba kan. Kena triak2. Apalagi. Mulala mulut mereka mengumpat. Dosa juga. Astaghfirullah. DUA2 BUAT DOSA. Suda ada dalam Quran berkata2 baik sesama kita. Bagi si ketua, bagus2la ba minta tolong. Bagi yg diketua. Sabarlah kalau begitu. Biarpun teruk dilayan..kita sabar ja. Maybe ada hikmah semua tu. Kenapa Bilal bin Rabah mampu bersabar apabila diseksa oleh tuannya?Kita hanya disuruh buat kerja pun suda merungut2 cakap belakang. Tidak patut tu. Janganlah begitu. Hentikan perbuatan yang tidak sepatutnya. Mudah2an kita mendapat keampunan daripada-Nya. Amin. :)


Sunday, 3 October 2010

Apabila ujian datang....ingatlah Allah. :)

Apabila ujian datang menimpa dirimu..

Berdoa kepada Allah.

Tabahkan dirimu.

Bertawakal kepada Allah.

Bersangka baik terhadap Allah.

Sesungguhnya ujian itu penghapus dosa.

Sesungguhnya ujian itu juga pemantap iman.

Sesungguhnya ujian itu melatih kesabaran diri kita.

Sesungguhnya setiap ujian ada hikmahnya.

Sesungguhnya ujian itu mengganti perkara yang buruk kepada yang baik.

Sesungguhnya ujian itu mampu mendekatkan diri kita kepada Allah.

Sesungguhnya ujian itu membuat kita bersyukur kepada Allah.

Sesungguhnya ujian mematangkan diri kita.

Sesungguhnya ujian itu datang daripada Allah samada baik mahupun yang menyakitkan.

Maka janganlah anda merungut tentang musibah yang menimpa diri anda kerana setiap umat di dunia ini menerima ujian daripada-Nya. Semakin besar musibah menimpa, semakin tinggi pahala dan semakin mantap iman kita sekiranya kita selalu mengingati Allah. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. :)