Comrades

Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Friday, 11 May 2012

Jaga.

Jaga.

Kalau di semenanjung, jaga ini didefinisikan sebagai guard/pak guard/tukang jaga/security.

Itu, apa yang ku tahulah. Kehkehkeh.

Jaga ini bermaksud kita melindungi sesuatu.

Lebih kuranglah definisi dia, cek sendiri kalau mahu lebih spesifik.

Kali ini cerita jaga, jaga diri.

Seriously, mostly jaga diri ialah satu perkara yang susah.

Tapi alhamdulillah, kita boleh jaga orang lain. Hihi.

Dan digalakkan untuk saling jaga-menjagai dalam Islam, bukan macam sesetengah orang yang melenting apabila dinasihat.

"Alah! Diri sendiri tak terurus ada hati nak nasihat orang lain!"

Seriously aku tampar saja kalau aku jumpa orang cakap begitu depan ku.

Tampar apa? Bola tampar. Kehkeh.

Okeh cerita jaga. Memang betul, jaga diri sendiri amatlah susah.

Tapi apakah paling susah?

Jaga iman. Why? Sebab iman ialah sesuatu yang kita tak tahu nilainya.

Sekalipun kadangkala kita jaga dengan baik, adakalanya timbul perasaan tak baik dalam hati seperti riak dan ujub.

Di situlah iman dan niat kita tergoncang.

Cepat-cepatlah beristighfar, sebab sesuatu amalan itu disertai dengan niat. Seriously, iman memang sesuatu perkara yang sukar untuk dijaga.

Apapun mudah-mudahan kita dapat jaga iman kita insya Allah.

Cerita jaga juga meliputi cerita cinta.

Haiseh, tak sah blogku kalau tak ada cerita cinta kan? Mesti ada saja.

Memang kalau dah berpasangan, kita akan jaga sehabis mungkin pasangan kita.

Tapi tahukah, sebagus manapun jagaan kita terhadap pasangan kita tu, Allah yang menentukan segalanya?

Di situlah kita akan sedih separuh nyawa. Heh. Why? Frust menungging kalau break. Ceh, macamlah dah kahwin.

Sebab itu jangan terlalu jaga, terlalu fanatik, terlalu sayang.

Why? Sebab nanti nikmatnya tidak lagi terasa selepas kahwin nanti.

Nanti tiada saspen dalam cinta lepas kahwin, kehkehkeh.

Nanti kalau terlalu 'terlalu', apabila turun ujian daripada Allah, kita dah mengamuk, melenting, sedih, kecewa.

Jadi jangan terlalu jaga pasangan anda.

Jagalah diri anda dulu sebaik-baiknya sebelum menjaga pasangan kita yang Allah beri nanti.

Jagalah hati agar tidak melebihkan selain daripada Allah sebab takut nanti Allah jauh dari kita.

Jagalah iman agar sentiasa berada dalam kesedaran supaya kita takut buat dosa. (isk)

Jagalah PANDANGAN agar tidak naik nafsu shahwat.

Jagalah percakapan agar tidak banyak dosa yang kita buat.

Jagalah SOLAT kerana dalam solat ada kejayaan.

Insya Allah, kalau kita dapat jaga diri, akhlak, iman, hati kita, bukan lagi mimpi untuk menjaga pasangan anda.

Senakal manapun pasangan anda, terimalah dia dan bawalah dia berubah. Sweet, sweet, sweet. Kehkeh.

Dah cukup, mengantuk dah ni. Nanti terlepas subuh, pasti lemah. Astaghfirullah al azim.

Pae - Sebaiknya jaga hubungan kita dengan Allah, manusia dan makhluk lain sebelum berhasrat untuk berpasangan. ^_^

Monday, 18 October 2010

Teguran itu baik.

Baru2 ini beberapa orang telah menegur tentang perangai2 yang kurang disukai(siapakah?Anda fikir2kan lah). Apa pun terima saja dengan hati terbuka. Namun manusia ni, semestinya ada yang terima dan ada yang tidak terima. Bagi yang mampu terima, alhamdulillah. Maknanya dia sedar diri dia telah membuat sesuatu yang tidak patut. Saya ingin tekankan tentang yang TIDAK DAPAT TERIMA. (fuh. huruf besar semua. keh keh keh.) Bagi yang tidak dapat terima ni, saya direct to the point. Mereka memang tidak sedar diri. Malahan memperlekehkan dan mengata si penegur tersebut dari belakang. Astaghfirullah, ini tidak seharusnya berlaku. Hati mereka sukar menerimanya.Ish3. Sepatutnya kita berfikiran positif apabila menerima sesuatu samada baik mahupun buruk. Orang ini boleh dikatakan ego. Amatlah menyedihkan bukan?Terima ja la. Mungkin benar kita telah buat kesilapan. Jangan fikir kita ni betul ja. Kita juga berpotensi untuk melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Sudahlah mengata orang, malahan dituduh bukan2 pula terhadap si penegur. Dituduh pula bahawasanya si penegur yang buat kesilapan. Alala. Sudah2la. Hormat orang. Kita kena hormat orang kalau nak orang hormat kita. Bukan tujuan untuk dapat penghormatan setinggi raja tapi sekurang2nya orang tidak membuat persepsi, prasangka yang bukan2 kepada kita. Tapi itulah, realiti kehidupan kan?Saya ingin beri pesanan kepada orang yang suka tolak teguran orang lain. Janganlah sempit fikiran. Buka minda anda. Hormat mereka. Tidak salah menegur, tapi ikut caralah. Ada cara yang bagus, ada pula yang menyakitkan hati. Sebaik2nya tegurlah dengan baik. Supaya orang akan terima dengan hati terbuka. Kita hendaklah saling kasih mengasihi. :)