Comrades

Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Monday, 13 May 2013

Exam - Sukan - Cuti - Elaun

Well, hari exam dah datang. Sengaja gua tak update benda ni time-time study week last week (walaupun ada tetapi tiada kaitan sepenuhnya) sebab gua belajar dengan penuh dedikasi, aisehmen.

EXAM
Apapun nasihat gua kepada semua yang ambil exam semester ni, jangan stress-stress. Sabar. Yakin ada Allah.

Gua juga cuba elakkan stress ketika study, dengan berselang-seli melayan internet dan belajar, kadang-kadang layan running man. Sebab gua pernah rasa stress sampai tahap lapar, syukur sekarang tidak.

Stress~!
Kalau korang stress, gua nasihatkan supaya buat benda berfaedah, paling best bersukan. Walaupun orang sibuk dengan exam, kalau dah terbiasa bersukan, bersukanlah. Bukannya apa, best ba kasi keluar peluh. Di samping relax kan minda dan badan yang belajar, apa kata turun bersukan. Kan?

Dulu ketika fokus menurunkan berat badan, gua fokus badminton. Sekarang bertukar angin, untuk kali pertama gua suka main futsal dan bola. Yeah, pencapaian baru. Syukur alhamdulillah masih sihat.

Nasib main tak macam begini
Tapi fokus bakar lemak tetap berlaku. Walaupun gua kurang sudah menjaga pemakanan, tetapi defisit kalori tetap ada.

Selepas exam, HEP membenarkan balik sejurus selepas paper habis, ikut opsyen. Tapi gua terpaksa bertahan untuk dua hari sebelum balik, walaupun gua memang mahu balik awal. Bukan apa, big event pada hari Jumaat dan Sabtu depan, lepas tu sambung balik minggu depannya. Perlukan tenaga lelaki memandangkan adik gua time tu belum cuti dan gua saja yang free sangat.

Cuma selepas big events tu, gua rasanya bercuti di rumah sambil tunggu keputusan exam. Banyakkan berdoa selepas berusaha gigih. Ingat setiap usaha itu membawa makna walaupun sedikit. Ada orang kurang belajar tetapi power result, mungkin Allah redha amalan-amalannya macam berbuat baik, suka tolong orang, berusaha menjaga diri, berdakwah, macam-macam lagi. Tapi ingat, itu special case saja tu.

Google sumber
Elaun? Ya. Ini benda yang wajib ada sebenarnya memandangkan hujung sem telah tiba. Gua perlukan elaun untuk tampung perbelanjaan next semester, lawatan sambil belajar. Di samping gua perlukan baju dan seluar baru. Seriously, selepas menjadi kecil, duit gua semester ini dihabiskan untuk membeli baju kebanyakan. Yalah, baju lama semua besar-besar.

Mudah-mudahan masuk sebelum cuti..Amin!

Cerita PRU13 pula, well dah seminggu berlalu, gua malaslah mahu kritik sangat. Past is past, tapi ada juga orang tak puas hati, dengan menyatakan "Undilah ini ini...dan kita akan sengsara membayar ini ini.."

Lepas tu tak kurang hebatnya pasal blackout punya parody. Itu biarlah. Cuma sangat lucu dan lucu.

Kesimpulan PRU13, sangat lucu dan hebat. Sebab ramai orang ambil perhatian termasuk generasi 92 (gua tak nampak generasi 94 dan ke bawah concern sangat tentang benda ni).

Apapun, itulah cerita kita semua.

All the best in exam, I don't really believe in luck, because Allah is the great helper.

Banyakkan berdoa, dan jangan sesekali tinggal solat. That's the main point.

Okeh fine.

#EDU-TSL-LGA-TSL-SCE. Straight bro!!

Thursday, 11 April 2013

Don't be a Noob

Membaca post/status jiwang, sangat bikin geli hati.

Mu pergi luah dekat Allah, barulah rasa tenang. Ini FB atau blog pula. Ada haters benci padan muka.

Gua tidak suka jiwang-jiwang, dengar lagu jiwang tak apa.

Tapi tidak seteruk membuli orang.

Gua tak tengok videonya, sebab gua jenis panas baran, nanti pecah laptop. Okeh ini gurauan.

Tapi seriously, gua anggap mereka remaja masih mentah, tidak pandai berfikir.

Kemugnkinan faktor sekeliling membuat dorang ganas, yalah. Siapa tahu mereka hidup dalam keadaan ganas.

Tapi tidak berani ke Lahad Datu time diserang pengganas.

Ada orang kata "ketua kelas tu bodoh sebab pi report dengan guru".

Mu ni, dah peraturan halang bawa phone, mestilah report.

Inilah kita, apabila orang buat salah, kita offer untuk backup dorang, padahal jelas mereka salah.

Ada orang kata, "bangang budak yang belasah tu".

Ya.

Kepada mereka yang suka buli-buli ni, sudah-sudahlah.

Don't give a damn to people, if you don't want to be damned.

Perlukah selesai dengan keganasan?

Ya, jika memang PERLU dan TERDESAK.

Lepas tu ada orang kata, "Inilah ni! Salah BN/PR!"

Bangang gila orang kata begini.

Kita suka tengok benda yang besar berbanding siasat dengan teliti.

Siapa yang suka buli-buli orang, masuklah pertandingan kickboxing/tinju/karate/taekwondo/judo/taichi/silat.

Di situ korang puas membuli lawan korang yang memang seorang pembuli juga.

Oh ya, jangan jadi noob menjadi jiwang luah di sana sini, memaki sana sini, kepaluian sana sini.

IF you're professional, you won't complaint, yet you only ask the reason, and give reason.

Sunday, 9 January 2011

Apa akan jadi kalau dunia tanpa Facebook? Dan MAN UTD di hati!

 Sekarang ini, kita dihangatkan dengan kedatangan satu berita.

Oh, FB pasti dirindui 

 
PALO ALTO, CA – Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. 


“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” 


Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts. 


Berita lanjut



Kita bakal2 kehilangan satu laman web sosial paling popular di dunia. Tidak lain dan tidak bukan, Facebook. Ramai yang kecewa, ramai mengeluh, ramai yang sedih, ramai yang terkejut, tidak kurang yang mengutuk, ada juga orang lega, ada juga orang senyum, ada juga orang rileks, ada yang suka, ada yang ketawa, macam2 lagi reaksilah. Penulis juga bagi reaksi. Tapi macam mana? Reaksi apa? Kita tengok dulu punca/akibat dan macam2 lagilah berkaitan dengan Facebook ni.

Kebaikan Facebook
1. Menghubungkan orang di seluruh dunia
2. Dapat mencari kawan baru
3. Boleh meluangkan masa depan komputer dan abaikan perkara tidak berfaedah seperti merokok, merempit dan hisap dadah
4. Dapat info2 yang baru, tidak kiralah info duniawi atau pun agama
5. Tidak perlu keluar belanja
6. Dapat tengok muka2 orang lain
7. Dapat cari cewek/cowok
8. Dapat sebarkan ilmu
9. Senang untuk berdakwah
10. Senang untuk membicarakan tentang perkara penting (dalam group/page)
11. Dapat memberi tahu rakan2 sekolah/sekelas/kerja tentang perkara2 yang tidak diketahui
12. Dapat mencabar minda (aplikasi2 dalam FB)
13. Dapat berkongsi idea
14. Tidak perlu buang duit
15. Mudah daripada SMS
16. Macam2 lagilah
17. News update tentang hiburan, politik, agama dan sebagainya dapat diberitahu

Banyak bukan kebaikannya? Ofkoslah. Namun sudah jadi lumrah dunia, baik lawannya buruk. Tapi apa pula keburukannya? Jom kita cek.

Keburukan Facebook
1. Membuat musuh dengan orang lain di dunia
2. Mencari musuh baru
3. Terlebih luangkan masa sampai lupa mau solat dan belajar
4. Dapat berita gosip2 terkini yang lebih awal daripada berita hiburan
5. Membuatkan ibubapa pening untuk keluarkan belanja membayar bil internet
6. Dapat tengok aurat2 orang yang bukan mahram
7. Boleh berkapel, yang ending dengan kehilangan nyawa tidak bersalah
8. Ilmu palsu disebarkan
9. Banyak fitnah disebarkan
10. Senang untuk mengutuk orang lain
11. Dapat memberitahu perkara buruk orang lain
12. Membuatkan orang percaya perkara tahyul (aplikasi dalam FB)
13. Idea yang tidak bagus juga dikongsi
14. Gara2 FB, seorang yang tidak mempunyai komputer dan internet di rumah sanggup tipu/minta duit dari orang lain untuk melayari Facebook di CC selama berjam2 (melainkan dia tau hadnya)
15. Kadang2 perkara yang terlalu peribadi dikongsi
16. Macam2 lagilah
17. Apa perkara buruk berlaku semuanya kita tahu dari FB

Itulah antara kebaikan vs keburukan FB. Tapi apa pula kesan FB ditutup? Jom baca

Kesan FB ditutup
1. Penyebaran fitnah dikurangkan
2. Tidak perlu pening baca status orang yang mengada2
3. Tidak buang masa
4. Orang akan mula suka Friendster semula
5. Gosip2 hangat boleh dikurangkan
6. Orang akan berhenti berkata keburukan orang lain
7. Ibu bapa tidak pening mencari duit mau bayar bil
8. Para pelajar akan study bagus2
9. Ramai orang akan aktif kembali pada petang hari di taman2 (bersenam)
10. SMS akan digunakan semula
11. Orang akan berjimat cermat sebab mau beli kredit
12. Orang akan sedar semula dari perkara yang mengarut
13. Kadar orang menjadi rabun akan berkurang
14. Kadar lambat tidur juga berkurang
15. Pergaulan bebas laki2 wanita berkurang
16. Tiada free show (gambar2 yang O_O)
17. Jari tidak sakit (gara2 menaip)
18. Ilmu agama susah SIKIT mau disebarkan, tapi tetap boleh disebarkan
19. Remaja akan kembali merempit/merokok
20. Kelalaian akan hilang
21. Ramai orang meraung kenapa FB ditutup! 
dan banyak lagilah. Ahahaha.

Ramai orang sedih kalau FB tutup, tapi jangan suicide pula


Banyak kesan dia kalau FB ditutup, tapi bagi penulis, bagus juga FB ditutup, nak tau kenapa? Bacalah kesan2nya di atas tu. Takkan mau ulang balik?
FB memang bagus untuk jadi tempat perhubungan, tapi ramai orang tidak guna otak yang diberi untuk gunakan benda ini sangat bagus. Sebab itulah si pengasas FB tu pening mengurus syarikat FB ni. Dia tu dah stress maut tu.
Kalau Fb tutup, maka kita akan berulang ke zaman Friendster/Myspace/Twitter. Banyak lagilah option2 lain untuk berhubung dengan kawan2. Jangan bagi alasanlah kalau FB tutup susah suda mau berhubung. Tu di atas tu telah ditaip FS, MS, TWT, apa lagi? Skype ada, Yahoo mail ada, windows messenger ada, surat ada, yahoo!! ada, hatta BLOG PUN ADA JUGA KAN? Naah. Banyak option, apa lagi ko mo bantah sana? Game? Cari ja di google game2 yang mengikut taste anda. Apa lagi? Berita terkini? Internet ini mengandungi banyak berita. Senangkan? Apa lagi? Ilmu agama? Banyak tau. Google ja apa yang ko mo cari. Apa lagi? Rakan baru? Sudah ditaip optionnya tadi tu. Apa lagi? GOSIP? BERITA PANAS? SKANDAL? MAU CARI BF/GF BARU? . . . Insaflah kamu. Itu semua makruh dan haram. Bukan mau buat fatwa sendiri, tapi hakikatnya itulah menyebabkan orang suka bercakap buruk tentang orang lain. Bukankah begitu? Fikir sendiri.

Jadi tidak payahlah mau mengeluh kalau FB berakhir. Ada orang akan berkata begini, "aku sanggup bayar untuk Facebook, yang penting tidak kena tutup." Janganlah, banyak lagi laman web sosial lain yang free. Cukup2lah sudah dengan keluhan tu. Bagi yang berdakwah agama Islam pula, jangan risau, itu dugaan Allah S.W.T. Tiada FB tidak semestinya mau berhenti berdakwah bukan? Banyak lagi cara. Paling senang buat blog tentang agama. Macam seorang ustaz ni, senang bukan? :)

Jadi, eh brapa banyak jadi ni, fikirlah2 sendiri. Lagipun ok apa FB tutup, tiadalah lagi berita2 yang memanaskan hati umat Islam macam 'hari melukis sedunia tentang nabi s.a.w', group2 yang mencaci Allah, rasulNya serta umat Islam. Tidak juga kita panas hati. Sebab kemarahan merupakan punca syaitan akan menguasai kita. Memang patut kita defend! Tapi mesti berhemah. Kita doa saja samada doa supaya mereka dapat hidayah (ini bagi yang tidak faham tentang Islam) atau doa minta mereka ditimpa musibah (untuk musuh2 Islam seperti Yahudi)
Cukup setakat entri kali ini. Fikir2lah sendiri yek. Penulis pun akan membuka semula Friendster atau terus berblog sahaja. :)

P/S - bagus!! Sokong Friendster semula sebab FS - bukan Flysweater ya - kini di bawah pengurusan Malaysia sudah! Hahaa. Serta, GO MAN UTD!! KALAHKAN LIVERPOOL!!!

TIDAK!! FB!! - kemungkinan reaksi orang ramai

Monday, 25 October 2010

3 kesakitan di dunia. - dengar daripada kawan. :)

ADUUHHHH!! SAKITTT!! WAAA!! - apakah saya taip ini? :P

Tajuk tu. 3 kesakitan terteruk yang menerukkan.  haha. Tadi baru ja lepas operation gigi. (sakit yob) clean suda gigi. (kena tampal ba gigi) time prosedur dilakukan, fuh. Ganas juga dentist dia yer biarpun comel (perempuan ba dentist dia) tapi ganas ni. haha. anyway saya ingin highlightkan tajuk tu.

Semalam saya mendengar daripada kawan saya tentang 3 kesakitan yang paling hebat di dunia. Saya senaraikan.
1. Kesakitan sebelum mati
2. Kesakitan menghadapi mati
3. Kesakitan pada gigi

Inilah apa yang saya dapat. Saya tanya kenapa pula no 3 tu wujud?Mereka jawab memang sakit tau kalau sakit gigi. Bayangkan dari gigi ke otak terus meraung2. Mereka sudah rasa malahan mereka kata ada dalam hadis nabi. Saya belum kaji lagi tentang hadis nabi (mereka katalah ya) tapi saya akan cek la. Tup tup, betul. Gigi punya kesakitan memang sakit. Ketika dirawat pun sakit ni. Aduhai. Gerudi2 ba si doktor tersebut. Sikit lagi mo lari tapi memandangkan dia perempuan saya kontrol ja. :P tapi kalau lelaki pula, aih buat cool je la. :P haha. Anyway memang sakit la tapi tu la kita kena sabar. Aish3. Sampai berdarah2 ni.. Paling mantap time dia gerudi tu la. AWWW!! Ngeeennggg ngeennggg ziiinggg. aish. Hebat. Tapi apa2 pun, jagalah kebersihan gigi kita supaya dapat menunjukkan senyuman cantik. Terima kasih. :)