Comrades

Monday, 13 May 2013

Exam - Sukan - Cuti - Elaun

Well, hari exam dah datang. Sengaja gua tak update benda ni time-time study week last week (walaupun ada tetapi tiada kaitan sepenuhnya) sebab gua belajar dengan penuh dedikasi, aisehmen.

EXAM
Apapun nasihat gua kepada semua yang ambil exam semester ni, jangan stress-stress. Sabar. Yakin ada Allah.

Gua juga cuba elakkan stress ketika study, dengan berselang-seli melayan internet dan belajar, kadang-kadang layan running man. Sebab gua pernah rasa stress sampai tahap lapar, syukur sekarang tidak.

Stress~!
Kalau korang stress, gua nasihatkan supaya buat benda berfaedah, paling best bersukan. Walaupun orang sibuk dengan exam, kalau dah terbiasa bersukan, bersukanlah. Bukannya apa, best ba kasi keluar peluh. Di samping relax kan minda dan badan yang belajar, apa kata turun bersukan. Kan?

Dulu ketika fokus menurunkan berat badan, gua fokus badminton. Sekarang bertukar angin, untuk kali pertama gua suka main futsal dan bola. Yeah, pencapaian baru. Syukur alhamdulillah masih sihat.

Nasib main tak macam begini
Tapi fokus bakar lemak tetap berlaku. Walaupun gua kurang sudah menjaga pemakanan, tetapi defisit kalori tetap ada.

Selepas exam, HEP membenarkan balik sejurus selepas paper habis, ikut opsyen. Tapi gua terpaksa bertahan untuk dua hari sebelum balik, walaupun gua memang mahu balik awal. Bukan apa, big event pada hari Jumaat dan Sabtu depan, lepas tu sambung balik minggu depannya. Perlukan tenaga lelaki memandangkan adik gua time tu belum cuti dan gua saja yang free sangat.

Cuma selepas big events tu, gua rasanya bercuti di rumah sambil tunggu keputusan exam. Banyakkan berdoa selepas berusaha gigih. Ingat setiap usaha itu membawa makna walaupun sedikit. Ada orang kurang belajar tetapi power result, mungkin Allah redha amalan-amalannya macam berbuat baik, suka tolong orang, berusaha menjaga diri, berdakwah, macam-macam lagi. Tapi ingat, itu special case saja tu.

Google sumber
Elaun? Ya. Ini benda yang wajib ada sebenarnya memandangkan hujung sem telah tiba. Gua perlukan elaun untuk tampung perbelanjaan next semester, lawatan sambil belajar. Di samping gua perlukan baju dan seluar baru. Seriously, selepas menjadi kecil, duit gua semester ini dihabiskan untuk membeli baju kebanyakan. Yalah, baju lama semua besar-besar.

Mudah-mudahan masuk sebelum cuti..Amin!

Cerita PRU13 pula, well dah seminggu berlalu, gua malaslah mahu kritik sangat. Past is past, tapi ada juga orang tak puas hati, dengan menyatakan "Undilah ini ini...dan kita akan sengsara membayar ini ini.."

Lepas tu tak kurang hebatnya pasal blackout punya parody. Itu biarlah. Cuma sangat lucu dan lucu.

Kesimpulan PRU13, sangat lucu dan hebat. Sebab ramai orang ambil perhatian termasuk generasi 92 (gua tak nampak generasi 94 dan ke bawah concern sangat tentang benda ni).

Apapun, itulah cerita kita semua.

All the best in exam, I don't really believe in luck, because Allah is the great helper.

Banyakkan berdoa, dan jangan sesekali tinggal solat. That's the main point.

Okeh fine.

#EDU-TSL-LGA-TSL-SCE. Straight bro!!

1 comment: