Comrades

Showing posts with label Alkisah bising. Show all posts
Showing posts with label Alkisah bising. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Untitled. Seriously.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Result dah keluar. Man Utd menang. Forum SHSubs kembali sediakala. Drama dan movie dah banyak di download, blink 182 rock! Kuliah minggu lalu berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Hoh! Agak banyak berita di sini. Keh keh keh.

Result semalam lagi dah keluar, dan tak disangka dapat keputusan yang baik untukku. Walaupun tidak setinggi mereka yang top, bersyukur kepada-Nya untuk semuanya. Alhamdulillah.

First lihat result ni, memang macam lihat SPM. Yang bestnya, tidak ada huruf "C". Keh keh keh. Kalau ada C, entahlah. Mungkin frust gila, tapi apapun, semua berlaku ada hikmah.

Dengan result yang average, memang perlu banyak usaha untuk mendapat 3.5 keatas. Dah set azam untuk degree, tiap semester dapat 3.5 ke atas. Teringat pesan bapaku, dia kata "Paling bagus awal-awal inilah target pointer 3.5 keatas, kalau last-last, memang susah tu mau dapat gred terkumpul yang baik. Kasi meletop." Insya Allah saja mampu kukatakan kepada bapaku tu. Yalah, tiada guna doa, kalau tiada usaha, tiada guna usaha, kalau doa tidak serta. Tiada guna semua tu, kalau tidak istiqamah, dah memang useless, kalau tidak ingat Allah. Kan? Hehe.

Cerita pointer, rakan-rakanku juga dapat keputusan yang baik. Alhamdulillah, mudah-mudahan dapat ditingkatkan lagi pencapaian tersebut.

Cerita bola! Hah! Memang, memang, memang, mantap Man Utd. Walaupun bolos 2 - salah satu sebabnya, De Gea tidak main - tapi dah menang, hasil jaringan Rooney, Welbeck...seorang lagi lupa. Kehkehkeh. Padan muka City. Bukan apa, bukan benci City, tapi kurang suka saja. Kehkeh. Tahniah Man Utd. Kepada fan bolasepak, bola bola juga, solat jangan lupa ya. Kehkehkeh.

Forum SHSubs? Apaitu? Cek sendiri. Kehkehkeh.

Minggu pertama kuliah berjalan lancar, memang lecturer sporting belaka. Tapi jangan dipandang rendah, ISL tu lebih penting. Independence Self Learning - kata mereka yang pakar - walaupun awal habis, tiada guna kalau tidak belajar. Hehehe.

Cuti CNY tak lama lagi. Elaun juga ditunggu. Memang dalam kepala rancang banyak-banyak, tapi peliknya, kejadian FB makin mengarut.

Banyak makian, banyak cacian, banyak temberang. Aduh pening kepalaku melihat orang yang update makianlah, ketidakpuasanhati, dan sewaktu dengannya.

Sudah ku kata, if you have problems, face it, don't facebook. Satu dunia tahu masalah kau, mereka gembira kau bermasalah. Faham? Apa guna memaki? Bolehkah mengubah masalah?

Pastu cerita hot pelajar di seberang laut. No komen, tapi kalau orang tegur tu, terimalah. Orang tegur supaya kau jadi baik, bukan untuk membinasa diri. Jangan bangga dengan kejayaan, tapi kesali dosa anda, dan ubahlah diri. Jangan tunggu ikhlas, baru mahu ubah. Kalau datang malaikat maut, terlambat dah.

Well, itu baru minggu pertama 2012. Entah apa yang menanti di masa akan datang. Apapun, jangan lalai, sebab dunia hanya sementara, akhirat itu menanti kita. Hehehehe.

Aahhaaa. Latest news lagi pasal PRU ke...entah berapa. Well, aku tak minat politik, tapi aku tak suka mereka yang suka memburuk-burukkan orang lain. Seriously, suck. Fullstop.

Agaknya habis dah, hehe. Insya Allah update lagi, bukan tiap hari tapi tiap minggu. Supaya idea keluar sekali seminggu, tidak juga penat untuk sekali sehari kan? Hehehe.

Kesimpulannya, jom tidur. Jangan lewat bangun subuh.

AvA - Awak, awak, awak, tidur baik-baik ya. Selamat malam. Assalamualaikum. ^_^

Wednesday, 2 March 2011

Loh, kata profesional tapi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kini masih segar mataku. Lepas ni aku buat assingment. Insya Allah.

Jom cerita pasal kelas tadi. Haa..apa jadi? Well aku malas nak update tapi perlu juga. Bagi pengajaran. Sesungguhnya ini untuk pengajaran semua orang.

Tadi di kelas untuk kali pertama kami membuat revision. Wah kemarin kami buat juga tau. Apalah korang ni. Korang pikir selama ni kami main ek?
Tadi juga buat revision banyak perkara. Pengajian Bahasa dan Kajian Sosial. Lepas tu sebelum kelas bersurai, ketua opsyen buat pengumumanlah.

Aku ringkaskan je lah. Peraturan HEP pas ni makin power la. Hehe. Antara yang pertama, rambut wajib punk pendek. Ini aku tak kisah. Pas tu tak boleh dah pakai shorts kalau nak outing ke apa ke. Loh, aku tak kisah sebab aku memang kaki seluar panjang punya.

Ketiga, pompuan takleh dah pakai seksi2. Menyedihkannya, kalau ada juga, akan ditangkap gambar dan disiar di assembly. Loh, ni barulah. Buka aib orang. Sekali Allah buka aib hang tak ke padan muka. Tak payahlah nak buat begini. Memalukan serta menjatuhkan maruah si pesalah je. Dorang pun ada maruah ba.

Keempat, kenderaan kena didaftarkan. Eh aku dah daftar kereta BMW aku tu. Nak daftar juga ke? Yang sandihnya, kenderaan hatta kereta sewa/teksi pun kena kasi masuk dalam senarai padahal bukan selalu dorang masuk. Eh..?

Kelimanya, aku dah lupa. Lalala. Bukan apa, macam banyak peraturan ni. Paling sandih, kalau tak cukup kredit jam, elaun dipotong. Wuinaa hebat juga ni. Baru padan muka pada yang selalu ponteng. Lalalal...

Haaa..banyaklah orang bising2 sudah ni. Aku tak bising. Sebab? Aku pakai seluar panjang, aku tak pakai seksi, aku punya rambut pendek konfom, aku bawa keta tahun dpan, jadi nxt year lah aku daftar. Seterusnya aku memang tak ponteng kelas. Yelah, wat pa nak ponteng kalau nak minta kena potong gaji. Hahaha.

Tapi ada bising sebab shorts kena banned. Lepas tu minta2 jeans tak kena ban lagi. Loh, apa ni. Kata bakal guru, tapi peraturan baru, tidak puas hati pla. Kata orang bakal guru kena baik2, sendiri tu terima peraturan pun masih tak puas hati. Tak salah kan shorts dilarang untuk outing? Yalah. Supaya orang nampak guru ni baik2 punya. Kalau malas pakai jeans, hang pakai laa seluar slack. Tak ke senang kerja. Selesa lagi.

Terima jelah peraturan yang ada selagi tak melanggar perintah agama. Dorang nak kita jadi baik baik ba. Aku on je. Yalah, budak paling jarang outing, budak paling benci rambut panjang, budak paling malas pakai seluar pendek ketika outing. Haha. entahlah. Malas aku nak cerita.

Kesimpulannya, terima je apa yang ada. Kalau mereka kata wajib pakai full baju kuliah nak outing, itu aku terus stop outing. Gila ke apa.

AvA - Bah. BUAT KERJAMU!