Comrades

Wednesday 27 October 2010

BIG - Tazkirah 26/10/2010

Assalamualaikum....

Alhamdulillah semalam saya berpeluang untuk menghadiri program yang diwajibkan iaitu solat maghrib berjemaah dan juga program Bina Insan Guru (BIG). Usai saja solat maghrib, program pun dimulakan. Penceramah untuk program tersebut ialah Ustaz Misri. Memang seronoklah ilmu yang disampaikan oleh beliau. Saya tidak mampu senaraikan semua tetapi hanya isi-isi yang penting sahaja. :)
Dia ada sentuh tentang kurangnya jemaah pada malam tersebut namun berprasangka baik sajalah kepada mereka. Dari isu ini, dia huraikan lagi. Antaranya ialah, kita telah dikurniakan oleh Allah anggota badan yang sempurna (tiada kecacatan pada fizikal) namun mengapa kita masih berat kaki dan berat hati ke masjid?Ini persoalan utama. Kita harus bersyukur dan menggunakan nikmat yang diberi kepada kita daripada-Nya kerana bila-bila saja Allah boleh tarik nikmat kita. Sekarang kita berada di tempat yang dekat dengan masjid, boleh naik motor ke masjid dan jalan kaki. Bukan jauh pun. Tidak sampai sekilometer. Nanti apabila sudah graduate dan diposting ke tempat yang nun jauh di pedalaman, haaa. Lagilah haru. Maybe berkilo-kilometer jauhnya. hehehe. Jadi jangan sampai Allah turunkan bala baru kita berdoa kepada-Nya. Ketika senang kita berdoa, ketika susah pun kita berdoa. Dia Maha Pendengar dan Maha Mengasihi.
Ustaz juga ada menyentuh tentang sentiasa mengingati Allah S.W.T. Ketika menghadapi exam inilah yang penting untuk ingat Allah. Ini kerana sekiranya kita ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kita tetapi sekiranya kita lalai mengingati-Nya, nescaya Allah akan memalingkan kita daripada-Nya. (Saya lupa apa ayat yang dibaca oleh ustaz, moga anda dapat cari ayat tersebut. :) ) Bayangkan ketika kita sedang menjawab soalan tetapi terdapat soalan yang kita tidak dapat jawab. Kalau kita ingat Allah, nescaya akan diberi petunjuk tetapi kalau tidak bagaimana pula?Fikir2kanlah. :)
Kalau boleh tambahkan amalan kita. InsyaAllah pemilik blog ini juga akan beristiqamah. :) Ustaz berkata lagi bahawa tiap2 perkara kita buat niat kerana Allah. Makan kerana Allah, tidur kerana Allah, mandi kerana Allah, belajar kerana Allah, bersukan kerana Allah, bahkan menaip untuk update blog ini pun niat ikhlas kerana Allah. Biarlah kita ikhlas kerana Allah sahaja. Kita dapat pahala, dapat kesihatan, dapat yang baik2. :) Tapi kalau kita tiba2 sakit, jangan mengeluh, jangan panik (terutamanya yang akan menghadapi exam). Itu ujian Allah. Biarpun sakit, berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Saya pernah mendengar ceramah daripada Ustaz Rusli bahawa apabila kita ditimpakan musibah, itu semua penebus dosa dan untuk mengangkat darjat orang-orang yang beriman kepada Allah. Jadi sabarlah sahaja.
Rasanya ini saja yang saya dapat kongsi untuk kali ini. Memang sikit tapi harap masuk dalam kepala jugalah. ehehehe. Bagi yang menghadapi exam, semoga maju jaya kepada anda semua. Ohya, Ustaz Misri ada memberitahu untuk mengelakkan memakan makanan yang boleh hilangkan tumpuan
1. Jangan makan benda asam
2. Jangan makan kepala ikan
3. Jangan makan semut (umum)
Inilah yang disampaikan oleh beliau. Saya ingin share sikit bagaimana untuk menajamkan pemikiran dan tumpuan
1. Banyakkan mandi (saya ada terbaca di laman web sosial Facebook)
2. Jangan lihat kemaluan dengan kerap (kalau boleh elakkan)
3. Jangan makan banyak (kekenyangan boleh menyebabkan mengantuk)
Rasanya ini saja. Ada banyak lagi tapi saya kurang ingat. Sumber ini adalah berdasarkan daripada hadis nabi (kalau salah sila betulkan saya :) ). Jadi fikir2kan dan buat apa yang patut. InsyaAllah kita akan menemui kejayaan. Saya berpesan kepada diri saya dan orang lain agar kita sentiasa beribadah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan bantu kita kalau bukan di dunia, insyaAllah di akhirat kelak. Amin. :)

1 comment:

  1. bgus nie petua2 ko..kc byk2 lg nak yaa..hehe slmt mnjd blogger pais!!!

    ReplyDelete