Comrades

Showing posts with label Semester. Show all posts
Showing posts with label Semester. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

Selamat tinggal semester dua.

"Bila kau balik?"
"Mungkin besok kot."
"Kau senanglah dekat saja."

Tiap kali gua ditanya bila balik, akan ada kenyataan tersebut.

Sebenarnya, dekat atau jauh, bila-bila boleh balik.

Hairan.

Dan gua tak suka ada orang kata.."Kau okeylah dekat saja rumah. Senang."

Heh.

Ada seorang hamba Allah kata begini.

"Kau dekat saja kan...tapi kalau pulang ke rumah biasa saja tu. Sebab selalu nampak."

Aku teringat kata seorang junior PAI. Betul, orang yang merantau beruntung.

Apabila korang balik rumah, akan ada rasa perubahan suasana. Percayalah.

Jangan kamu cemburu pada orang yang tinggal dekat-dekat kampus, percayalah gua sebenarnya kalau boleh pergi merantau ke Sarawak atau Semenanjung.

Kepulangan dan kerinduan suasana di rumah pasti akan diamati jika orang merantau berbanding orang dekat.

Sebab orang dekat dah terbiasa, terutamanya diriku ini.

Namun, kadang-kadang terguris juga sedikit, apabila bandar kelahiran gua ini dibanding-bandingkan dengan tempat lain. Yalah, korang expect tempat kelahiran gua ini canggih sangat ke?

Lagi satu, gua jenis duduk rumah tak suka jalan-jalan. Apa-apa kedai yang ada di KK, tiada di Keningau memang gua tak tahu.

Sorrylah ya jika kadang-kadang cadangan gua untuk pergi mana-mana kedai, gua tercadang yang tak setaraf dengan KK.

Gua sedar diri. ^_^

Cemburu jugalah mereka yang balik, mesti suasana tu sangat berbeza. Kalau gua? Sama saja. Hehe. Apa tidaknya balik pun biasa saja. Sebab tu gua jarang balik rumah kalau hujung minggu, lebih selesa di IPG. Lantaklah apa nak dikata, gua rindu family gua cara sendiri, tetap rindu dan kadang-kadang gua call bertanya khabar.

Mungkin sebelum kahwin, gua lepak ja dalam bilik, entah-entah lepas kahwin, gua melancong dengan isteri tersayang.

Insya Allah. ^_^

Kepada yang kembali ke kampung, hati-hati. Berdoa agar Allah permudahkan. Kepada senior semester 8, tahniah. Alam kerja menunggu dah di depan kamu. Ikhlaskan hati.

Kepada kakak-kakak JKM semester 8, Kak Ani, Kak Yati dan pembantu gua, Kak Ibah, gua minta maaf banyak-banyak jika gua ada buat salah. Heh. Rajin-rajin baca blog gua, hehehe. Kalau kahwin jemput gua ya, terutamanya kak Ani sebab dekat saja tu Tenom. ^_^

Orang cemburu melihat mereka keluar, gua berfikir bolehkah gua jadi guru pencetus inspirasi untuk murid-murid..insya Allah.

Semester depan, UBF gua, kembali ke zaman sekolah, Pengakap. Elektif dua? Heh. Nightmare before I know, Science. Itu apa gua nampak di status rakan gua. Elektif sains, dahlah TESL ni susah. Tambah lagi SAINS.

Oh, nampaknya, gua expect satu semester paling sibuk akan gua lalui sebelum praktikum. Heh.

Jangan saja mimpi buruk datang.

Sleeping Dogs, MOHWF, DotA, AC3.

Friday, 25 May 2012

Chapter 4 - Tamat semester satu.

LAST PAYPERRR!!!

Lawak yang dipopularkan oleh Johan RL. Seriously, ramai yang mengungkapkan perkataan tersebut apabila exam dah habis.

Selalunya habis semester, entri aku terakhir di IPG kampus Keningau mesti berkaitan dengan sepanjang semester yang telah kulalui.

Dan, yup. Tipikal me. I definitely will reflect in this entry.

Ketika masuk....first thing yang difikir ialah elaun.

First time kan pegang duit banyak, tapi sekarang...menangislah sudah akaunku. Duit dah semakin habis. Macam manalah mahu repair tu kereta ni. -.-

Tapi apapun, alhamdulillah sepanjang semester ini aku belajar banyak, berubah (tak tahulah) dan banyak lagi. Cerita cinta? Confirm. Cerita sosial? Ada. Cerita agama? Alhamdulillah. Ceritera saja? Jangan risau.

Cerita cinta? Heh. Malas mahu cerita pasal ini, sebab berakhir dengan kekecewaan. Aisehmen, adakah patut.

Tapi apapun, maafkan diriku kerana tersentuh hatimu, maafkan diriku kerana pecahkan hatimu.

Cerita sosial? Ofkoslah. Dengan suasana baru, persekitaran baru, classmate baru. Hehehe. Banyak benda baru. Memang mantap jugalah.

Suasana pembelajaran, aku rasa semester ini semester terteruk aku pernah alami sepanjang aku berada di sini. Baru first semester dah teruk. Astaghfirullah al azim.

Tapi apapun, aku berserah kepadaNya tentang urusan aku. Harap dipermudahkan.

Sosial? Kalau dulu, aku paling liat mahu turun bersenam. Sekarang, alhamdulillah memang turun. Cuma saat-saat akhir semester pertama, aku dah jarang turun. Exam antara sebabnya, dan satu lagi aku kuat lepak di satu tempat namanya? Koperasi.

Memang banyak suka duka sepanjang semester. Tapi aku rasa signifikan yang tak akan lari dari setiap entri refleksi ialah cerita cinta.

Cuma sekarang, malaslah mahu fikir. Sekalipun ada target depan mata, tapi target itu telah ditembak oleh orang lain. Tak apalah. Janji gua senang tengok dorang.

PBS. Ahah! Ini juga satu perkara yang baru dalam program baru. Memang siok, dan lebih mencabar sebab buat sorang-sorang di tempat orang lain. Pelikkan? Orang lain buat di kampung halaman, aku buat di tempat lain. Heh. Next semester? Entah mana aku mahu pergi. Yang penting, dapat izin ibu bapa, pihak pengurusan, dah cukup. Tempat tinggal? Cari ja mana-mana, kalau tak pun masjid atau surau ja. Hehe.

BIG Fasa satu. Terbaik pernah ku lalui. Hehe. Rindu pula mereka, teringat pula aktiviti air. Siok gila.

Aku kira, assignment juga tidak terkecuali dalam refleksi. Eksainmen banyak pun, boleh siap apa. Hehe. Cumanya setakat ini, rekod minta extend masih bersih. Hehehe.

Memang sadis, tapi apa boleh buat. Lumrah hidup seorang pelajar. Insya Allah next semester, THERE WILL BE NO MORE PROCRASTINATION.

Exam. Ini aku kira, aku hanya mampu tawakkal kepada Allah S.W.T. Hanya last payper saja aku letak harapan sedikit, dan paper linguistik sememangnya aku letak juga harapan walaupun sikit. Yang aku betul-betul gelisah ialah both of my EDU paper as I couldn't answer very well for the essays. Sedih.

Redha ja dengan apa yang Allah beri. Usaha dah buat, doa pun dah bikin, hanya Allah saja yang berhak menentukannya.

Itu saja. Simple kan? Hehe.

Dan saat-saat akhir sebelum exam, aku ada tabiat buruk, iaitu lepak di koperasi mendengar cerita, berkongsi cerita, dan tabiat itu masih sampai sekarang. Niat mahu pergi besok sebelum solat jumaat pun ada dalam hati. Apa kena aku ni. -.-

Cumanya cuti kali ini, sibuk sungguh rasanya. Ahad ini, rai pengantin, pakcikku, di Kuala Penyu. Next week, kakak sepupu kahwin. Lepas tu ada lagi orang kahwin. Malar kahwin. Cuti kali ini azam tinggi untuk belajar lagi. Insya Allah.

Rakan-rakanku dah berpulangan semua. Ramai yang balik hari Khamis. Aku sengaja pilih Jumaat. Dan memang setiap kali cuti semester, aku sengaja lambat balik. Why?

1. Cuci kain
2. Solat Jumaat, kalau di bandar, sesak mahu parking kereta
3. Saja sukakan suasana yang sejuk di bukit langsat ni
4. Masjid dekat
5. Boleh lewat tidur. Hehe.
6. Entah apa lagi.

Rasanya hanya semester pertama PPISMP saja aku balik awal. Itupun gara-gara hari raya.

Apapun, mudah-mudahan semester depan, aku dapat buat dengan lebih baik. Impian 3.5 tu masih lagi belum tercapai. Insya Allah next semester mesti usaha lebih.

Next semester pasti sibuk, cuma sekarang, aku mahu enjoy cuti dulu. ^^

Belajar masak, insya Allah cuba. Karamel pudding. ^^