Comrades

Friday, 14 June 2013

Cerita Habis Cuti

Dah lama tidak menaip.

Tadi petang, gua terjumpa sahabat gua, jiran gua, sebelah rumah sahaja.

Kebetulan ketika itu gua memang bosan, gua pun bercerita dengan dia. Selalunya kalau gua jumpa geng-geng lama, gua akan rasa janggal, dan cuba elak.

Pernah gua rasa janggal ketika bercerita dengan sahabat gua ni, gua cepat-cepat tamatkan perbualan, punyalah berdosa gua begitu.

Tapi tadi, tiada. Langsung tiada, macam kembali ke zaman dahulu, aisehmen.

Last-last gua pun bergerak ke halaman rumah dia, time dia tengah mandikan baby dia yang warna hijau, gua tidak rasa janggal langsung untuk duduk macam biasa, bercerita, bawa kisah lama.

Kami bercerita, tapi gua perasan satu perubahan pada diri sahabat gua ni.

Dia makin berisi, terutaman bahagian pipi.

Syukur juga, dia pun perasan gua makin kurus, makin kurang lemak badan.

Dan topik paling kami tak akan lari...

1. Geng lama
2. Perempuan
3. Kisah lalu

Jangan salah faham tentang nombor dua. Kami cerita tentang orang-orang yang kami suka, kami bercerita tentang kisah lalu time masih gila-gila remaja, bukan cerita pasal benda bukan-bukan.

Sahabat gua seorang lagi, bakal guru yang akan habis semester akhir (8), pula tidak dapat bersama kami.

Tiba-tiba sahabat gua kata begini...

"Boii, kalau boleh saya mo kembali ke zaman dulu oo. Time saya nakal-nakal, jajal-jajal. Saya malas mau bangun pagi macam ni, pigi pejabat, kerja..."

Gua tersenyum...

"Apa boleh buat boii. Terima saja. Sabar ja."

"We've grown up..."

Dia nyanyi lagu Dammit tiba-tiba.

"Tapi boii, jangan risau. Kita masih boleh gila-gila time jamming, buat ja macam besa." gua kata begitu.

Dia tersenyum.

Gua terfikir seketika, betul. Semakin kita jadi dewasa, semakin kita rindu masa lalu, semakin dekat kita dengan kematian.

Tapi paling sedih, nilai persahabatan juga semakin hilang.

"Boii, kalau Ijan ada ni, mesti best ni boii. Jadi gila lagi macam dulu. Kau, saya, Ijan. Nah!"

Yup. Trio sejak tahun 2004. Malah ketika tahun 2007 pun, kami boleh bergila walaupun menghadapi exam besar.

Bezanya hanya satu, gua 2 tahun muda daripada dorang. Gua rasa best friends gua semua tua-tua daripada gua.

Kenapa gua kata nilai persahabatan makin hilang semakin kita dewasa?

Sibuk, kerja, komitmen, jumpa orang baru, banyak lagi.

Mudah-mudahan persahabatan kita kekal hingga ke Jannah. Insya Allah.

#KFC malam ni, bagi menguatkan semula hubungan persahabatan. Kalori oh kalori....

No comments:

Post a Comment