Comrades

Monday, 4 August 2014

Bisvit Selimut 20

Al melabuhkan punggung di rumput kering. Dia termengah-mengah. Beberapa orang yang lain pun turut serta, sambil membuka but bola.
"Aliff, ok ke?" Jay menepuk bahu Al. Al cuma mengangguk, semput tahap giga, entah dah berapa kurun tidak berlari di padang bola sepak.

"Inilah training Al, kau kena fit kalau nak main. Main buruk tidak apa, yang penting tahu basic, dan stamina kena kuat." Ikmal di sebelah Jay sekadar menambah. Al berfikir dalam.

"Lama dah tak training, time di kampung lama dulu selalu main, main style kampunglah. Dah pindah ke bandar, perasaan malas terus datang. Hehh." Al tersengih sambil meraup mukanya yang berpeluh. Dia bukanlah gemuk untuk tidak fit, tapi tiada latihan menyebabkan stamina turun. Untuk dapatkan balik stamina tu, sekurang-kurangnya sebulan kena training. Tapi yang tidak best, dua minggu cuti pun dah boleh hilangkan usaha sebulan tu.

"Alaa. Rajin-rajinlah keluar. Kalau ada masa, call jer aku. Kita main ngan geng-geng aku." Jay sekadar memberi pendapat. Al sekadar tersenyum.

"Tapi seriously Aliff, kau ada potensi nak jadi pelapis untuk pasukan kita. Cuma, rajin-rajin sikitlah turun." Danish menambah, Al pula masih lagi tersenyum. Memang sebelum ni dia rajin turun, tapi sejak ada geng berdota, menjadi malaslah dia. Tadi, keputusan untuk turun bermain itu ternyata tidak sia-sia, lebih-lebih lagi ada coach untuk guide.

Al memandang ke langit, berfikir dalam. Dalam hati, hanya Allah saja faham perasaannya sekarang. 'Maybe this is the best way to forget all sadness, confusion, and something that bothers me a lot.'

Teringat kata-kata seorang gamer, Daniil 'Dendi' Ishutin - One way to forget about pain is to do something you will be in completely.

'Insya Allah, istiqamah.' hati Al bermonolog.

* * * * *

Rin termenung membaca quote tersebut. Walaupun ia datang dari seorang gamer terkenal, tapi apa yang baik itu diambil.

"One way to forget about pain is to do something you will be in completely." Rin menuturkan ayat tersebut.

'It's not easy, but yet it's not difficult. The most important thing is to be istiqamah, consistent.'

Kata-kata Jiji sekali lagi muncul di fikiran Rin.

'Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menghadapi dugaanMu, kuatkan hatiku untuk berubah.' doa Rin dalam hati.

Tanpa disedari, air mata Rin gugur. Untuk berubah, bukannya mudah, tapi yang susahlah yang sangat best.

Isn't it? :)

Sunday, 3 August 2014

Bisvit Selimut 19

Samsung S3 dicapai, ditekan punat sebelah kiri bahagian atas, bunyi berdentum ditelinga. Earphone dicucuk supaya kedengaran bass drum dan bass guitar. Lagu Assassin berkumandang ditelinga Al. Sambil-sambil itu dia membaca sebuah novel, pemberian dari adik sepupu dia. Dahi berkerut membaca baris-baris ayat, sambil cuba untuk menghayati cerita tersebut. Kaki Al pula mengikut rentak lagu, kalau dia dah dengar lagu kegemaran, teriak 10 Octaf pun rasanya Al masih lagi tidak ambil peduli.
Dia meraup mukanya, meletakkan novel di meja. Sambil kepalanya bekerja, menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lagu lain pula berdentum di telinga, Map Of The Problematique dari kumpulan Muse. Tapi fokusnya lebih kepada sesuatu.

"Al!" bahunya ditepuk kuat. Al sedikit terkejut, lantas dia menoleh. Azri, Ben dan K dibelakangnya.

"Hoi, aku panggil kau dua ratus kali tau tak? Masih juga ke tak dengar?" Azri duduk di birai katil. Ben pula mengangguk-angguk. K pula entah sedang buat apa di mejanya sejurus selepas masuk ke bilik.

"Sorry bro, lagu ni best sangat. Apahal?"

"Dota jom!" serentak Ben dan Azri, K pula sudah siap sedia untuk mengemas laptopnya, untuk berdota.

Al tidak segera membalas, dia seperti berfikir sesuatu.

"I don't feel like it." Al tersenyum hambar, sambil mengeluh halus, lalu memusingkan badannya semula untuk menghadap novel tersebut.

Ben dan Azri saling berpandangan, K pula terdiam tanpa kata-kata. Inilah first time, Al yang gila Dota menolak untuk bermain!

* * * * *

Rin membuka laptopnya. Setelah berhempas pulas menyiapkan RPH untuk keesokan hari, akhirnya segalanya sudah siap. Dia berkira untuk layan FB sebentar, sebelum menyambung untuk melayan assignment. Tidur lewat lagilah jawapannya malam ni.

Skrol ke bawah, kebanyakan kawan dia mengupload foto kahwin, Rin tersenyum sendiri. Alangkah bestnya dorang dah kahwin, dah boleh bermanja dengan lelaki bernama suami. Lantas dia skrol ke bawah lagi dan ternampak status sepupu lelaki dia 'Wahai cuti, kenapalah cepat habis, belum puas untuk bermanja dengan isteri.'

Rin membuat muka seperti mau muntah, lantas dia menaip sesuatu di status sepupunya tersebut 'pffffft.'

"Hoi!" Adi menyergah dari belakang. Rin terkejut lalu menyelekeh kepala Adi.

"Kau tak boleh ke bagi salam kalau nak masuk bilik?" Rin duduk semula. Adi ketawa terkekeh-kekeh.

"Maaflah, I can't resist from distrubing you." ujar Adi yang kini berdiri di belakang Rin.

"Tsk." Rin melayan FB semula. "Adi, tengok kawan-kawan aku. Ramai dah kahwin. Bestnyer dorang."

Adi melihat skrin tersebut. Dia tersenyum tawar, "Dah jodoh, parents dorang pun sporting, lagipun dorang semua dah kerja."

"Kan best kalau dapat laki yang dah kerja, boleh minta kahwin, boleh manja-manja, boleh peluk-peluk.."

Paap! Kepala Rin diketuk oleh Adi.

"Berangan ke cik adik? Kita masih belajar la."

"Bukan salah pun. Ada je orang kahwin sambil belajar." Rin cuba pertahankan pendapat dia.

"Itu dorang, baik kau fikir belajar dulu Rin. Tolong parents kau dulu."

Rin diam, bebisik di hati 'nak tolong apanya? Dorang kan banyak duit.'

"Aku pun nak kahwin juga, tapi..siapalah nak aku ni. Aku tak macam kau, cantik, genius, dah tu hobi kau semua berkenan dengan kebanyakan lelaki. Game, dota, lagu, jamming, sukan. Aku apa ada? Tiada. Lagi-lagi family aku bukannya orang kaya pun, entah-entah memang tak nak orang pandang.

Rin terdiam. Dalam hati dia rasa bersalah. Dia tahu Adi bukannya datang dari keluarga senang, sebab itu emosi sikit. Tapi walaupun Adi kata begitu, Adi seorang yang cantik, malah Rin sendiri mengagumi kecantikan Adi. Malah berseri-seri, tapi tidak pula dia nampak Adi tu pakai alat solek tahap giga, tapi apa yang dia sedar kecantikan Adi tu natural.

'Kalau kita selalu berwudhu, insya Allah muka kita berseri-seri, sudahlah free, dapat pahala lagi, dah tu Allah sayang kita, malaikat pun selalu dekat kita. Itulah salah satu kelebihan wudhu.'

Teringat Rin dengan kata-kata Jiji semasa mendengar tazkirah ketika usrah bersama-sama muslimah yang lain.

'Allah sebenarnya sayang kita, tak kiralah kita ni jahat atau tidak. Walaupun orang kata kita jahat, tapi Allah lebih tahu, sebab tu jangan takut orang judge kita walaupun kita ni buat baik. Kita buat baik kerana Allah, bukan buat baik sebab ingin nampak baik.'

'Lagi satu, janganlah bersedih sekiranya musibah menimpa kita. Itu tanda Allah sayang kita dan Allah tegur kita. Sebab tu dia bagi kita rasa sedih, bukan nak zalim, tapi supaya kita kembali kepadaNya. Ingatlah, walaupun kita kehilangan sesiapa di dunia ni, yakinlah Allah ada. Berdoalah kepadaNya, insya Allah kesedihan yang kita alami itu akan hilang sedikit demi sedikit.'

"Adi, janganlah sedih. Insya Allah ada jodoh kau tu, yakinlah." Rin cuba memberi semangat. Adi memandang Rin, lama.

"Doakan aku kahwin dengan lelaki macam Aaron Aziz boleh?"

Paaap. Bantal hinggap di kepala. Adi terus ketawa terkekeh-kekeh. Dalam kesedihan, dia masih boleh bergurau.

"Tak guna kau, baru nak sentimental, ada je lawak kau."

Adi terus cubit pipi Rin, membuatkan Rin berteriak. Lantas berlaku adegan kejar-mengejar di koridor asrama mereka.

(bersambung...)