Comrades

Monday, 23 May 2011

Cuti dah dekat. I will miss her!

Assalamualaikum,

Kurang 120 jam agaknya daripada cuti. Heh! Hari ditunggu oleh bebudak sekolah, guru sekolah, serta bakal guru sekolah. Percayalah. Memang ramai yang tunggu cuti ni.

Agak lama juga cuti. 3 minggu. Haa. Aku mesti rancang untuk membuat sesuatu time cuti ni. Supaya tidak terbuang masa begitu saja.

Memang cuti sentiasa ditunggu-tunggu. Ada family rancang nak balik kampung, melancong ke sana sini. Pasti ada punya. Itupun bagi yang mampu, kalau tak mampu, sabarlah. Lebih baik tambah ilmu kan?

Tapi agak merisaukan juga time cuti ni. Yalah. Anak-anak tak ke sekolah. Ofkosla dorang 'agak bebas' nak buat sesuatu yang dorang tak dapat buat time sekolah. Apakah ia? Nak aku senaraikan?

Dating.
Lepak.
CyberCafe.
Mengurat.
Berbagai-bagai lagi.

Merisaukan bukan? Walaupun suka-suka, takut nanti terjangkit sampai ke tua. Tak kah haru namanya?

Jadi siapakah yang patut mengambil peranan di sini? Semestinya ibu bapa. Time cuti, guru-guru punya peranan kurang sikit. Melainkan guru kelas tambahan time cuti atau tuisyen lah. Itu pun kalau ramai hadir. Lalalala.
Ibu bapa harus tetapkan peraturan yang membolehkan mereka mengawasi anak-anak mereka semasa cuti, sebab kebanyakan remaja menjadi liar time cuti. Apa tidaknya? Aku pernah nampak bro. Rakan-rakan di sekolah dulu. Amatlah tidak normal. Ups sorry.

Apakah yg ku maksudkan? Well, bayangkan kawan korang, sepanjang di sekolah hitam ja rambut. Sekali time cuti terjumpa, fulamak, artis palsu yang tersesat. Haaaaa. Maksudnya, tendency dorang mewarnakan rambut tu memang tinggi. Dari hitam ke coklat, perang, emas, perak segala jenis warna. Termasuk warna warni.

Lagi? Style la. I used to be schoolboy juga kan. Ini paling ketara. Kebanyakan mereka juga, mo dekat cuti, malas mau pendekkan rambut. Sebab apa? Mau kasi panjang. Bagi aku la, pendek ka, panjang ka, kalau perangai tidak bagus, tidak juga hensem. Lalala. Kadang2 di sekolah, macam budak baik ja rambut, keluar sekolah, tutup sebelah mata, tinggi bertambah, macam-macam lagi la.

Pemakaian. Betul, don't judge a book by its cover, tapi perlukah pakai pakaian yang ketat2? Perempuan ka laki ka sama ja. Perlukah? Bagi aku, tidak. Apa la best pakai ketat2 aa? Bagi komen dulu.

Apalagi? Ni uncommonly rare. Maksudnya dah jadi trend. Telinga beranting-anting besar serta berkilau untuk pompuan. Itu tak pa lah. Tapi kalau lelaki pula? Yang besar sehingga ibu jari kaki boleh masuk? Apa kes?

Apa lagi? Entahlah. Segala permasalahan timbul. Time cuti release tension dengan game ka, tengok tv ka, jalan2 ngan family ka, kawan2 ka (bukan kekasih) atau segalalah. Atau lebih baik tambah ilmu agama ka, belajar Quran ka. Ini time cuti tambah tensen kasi warna rambut, pasang anting2, panjangkan rambut, ketatkan pakaian. Korang tension tu lama2. Hehe.

Aku sekadar memperingatkan, kot2 ada remaja baca blog ini. Aku tahulah, blog ialah dunia orang dewasa. Remaja sekarang tahu dua sja. Kalau perempuan, FB dan Tumblr. Kalau laki2? DotA dan FB. Korang kata tipu? Tanyalah budak2 sekolah game apa masih top. DotA jawapannya.

Jadi kepada adik2 remaja, time cuti ni buatlah perkara berfaedah. Bersenam ka, belajar ilmu agama ka, belajar ka. SPM dan PMR, naah. Itu penting tu terutamanya SPM.

Jadi, kepada bercuti itu, selamat bercuti. Adik2 remaja, jangan buang masa dengan buat perkara tak berfaedah. Aku juga akan tidak buang masa dengan menghadap laptop saja. Hahaha. Baguslah hadap laptop. Sebab aku jenis tak keluar rumah punya. Hehehe.

Time cuti ni, ada la sunyi sikit. Kengkawan IPG balik rumah masing2. Ada orang juga akan dirindui. Aish, len macam. Tapi cuti ini, memang gelisah, resah, dan entah. Hahaha.

Kesimpulannya, time cuti, jangan ingat dating, lepak. Ingat Allah banyak2.

AvA - Kan bagus kalau cuti dekat2 dengan tut.

Friday, 20 May 2011

Blog untuk ikhlas. Bukan untuk follower.

Haaaaa. Entri kedua. Ya banyak idea ku ni. Tapi tak boleh keluar semua. Nanti habis point. Hehe.

Kali terakhir aku sentuh pasal blog ikhlas ni time entri Tawakal Istiqamah. Baca ni entri.

Okaylah. Pasal kes follow suruh follow balik. Hmm. Apa kes ni?

It's okay la minta follow balik. Tapi agak down di situ. Eceh. Sebab? Yalah. Hanya 'sekadar' follower. Buat pa. Kita mahu sebarkan ilmu dengan menjadi pembaca, bukan pengikut. Haaa.

Bagi aku, rela aku follower sedikit berbanding ramai tapi kurang pembaca. Follow kena ikhlas. Aku sendiri suka tengok dashboard melihat orang2 yang aku ikut. Kot2 ada yang promote diri untuk dinikahi, ada entri mantap, dan segalalah. Hahaha.

Blogger sekalian, sekalipun follower kita sikit, tapi jangan putus asa untuk berblog. Buka minda, jelajah dunia untuk mencari inspirasi. Keluarkan saja idea yang mantap, hebat dan berfaedah. Bukan ku nak kata entri mengarut a.k.a lucah a.k.a dammit a.k.a kurang ajar a.k.a panas tu tak baik, bergantung pada orang. Sebab lain orang lain cara. He he. Tanggung sendiri.
Blog untuk share ilmu, share event dan apa2 saja. Ada yang jadi diari kehidupan, tak salah. Cuma jangan terlalu personal. Yalah contohnya, "tadi saya berak. sambil pandang tu t**i jatuh." Well? Agak2lah. Konfom gila la korang ni.

Bah cukuplah setakat itu. Jadi bloggers sekalian, jangan kita follow orang semata2 untuk dorang follow kita balik. Itu tak ikhlas tu. Tukar niat kita, blog kerana Allah, untuk sebarkan ilmu dan idea serta pengajaran.

AvA - Bloggers followers! I LOVE YOU!

She cursed my heart.

Assalamualaikum,

Hoh. Punya men lama xupdate blog. Korang fikir aku exam? Absolute untrue. Aku tiada exam semester ini tapi line wireless membunuh niat. Anda maklum bukan?

Di kesempatan ini, agak lama tak bicara cinta ni. Heee. Kali ni jom cerita sikit tentang orang yang jatuh cinta tapi tak ingin meluahkan perasaannya. Agak ramai di situ. Termasuk aku. Haha.

Jadi apakah hukum jatuh cinta ini? Haram? Oh jangan terlalu extreme. Berbahaya di situ. Ini diharuskan, sebab ianya fitrah. Dah kita suka dia pa kita boleh buat. Antara dua ini, mana lebih bijak? Yang tahan? atau yang luah?

Bagi aku yang luah itu bijak dan berani, yang tahan itu bijak dan tabah hati. Haaa. Dua2 okay sebenarnya. Tak salah pun jatuh cinta kan? Aku sendiri pun pernah rasa begitu.

Jadi wahai pembaca sekalian, macam mana nak urus perasaan kita tu? Ada banyak cara.

Berdoa kepada Allah. Ini adalah cara paling baik mengatasi mana-mana cara. Percayalah. Simple bukan. Daripada kita cari orang nak minta nasihat, ada Allah yang sentiasa free untuk mendengar. Berdoa dulu kepada-Nya. Barulah ikhtiar minta tolong orang lain. Dari situ Allah tolong.

Minta nasihat ibu bapa. Ini paling penting. Sebab ibu bapa tahu apa yang anak-anak mereka mahu. Cumanya, kadang-kadang kita malu nak bertanya. Tapi mereka sentiasa ada untuk mendengar.

Next ialah minta nasihat kawan, ustaz dan orang yang dipercayai. Mereka memang pakar menasihat orang dan memang selalu bernas apa yang mereka sampaikan. Lagi satu, rahsia sentiasa tersimpan. PErcayalah.

Next, minta pandangan orang berpengalaman. Haaa. Ini mencari lah kau. Dia bagi dua saja tu, suruh luah, atau suruh tahan. Itu saja. Tapi ikutlah keadaan. Jangan yang sampai sakit hati, terluka, sedih baru menyesal. Hehehe.

Naluri manusia ialah sentiasa ingin melihat orang yang disayangi setiap masa. Walaupun jarang-jarang bercakap, at least dapat tengok senyumannya pun dah okay. Ada orang begitu. Jangan nafi. Tak salah bukan? Sudah namanya orang jatuh cinta. Tapi aku nasihatkan, tahan dulu hati tu. Memang payah, sukar dan susah. Tapi sentiasalah berdoa kepada-Nya sebab Dia lebih mengetahui perasaan kita.

Cemburu tetap ada pada seseorang apabila melihat 'yang disayangi' tu mesra dengan orang lain, especially yang kita fikir 'rival' atau mungkin berpotensi untuk merampas mereka. Fitrah. Tahan dan jangan tunjukkan anda cemburu. Sebab tiada hak anda untuk marah melainkan anda mempunyai ikatan yang sah dengan si dia.

Sedih juga tetap ada apabila mengetahui seseorang itu telah berpunya. Sabarlah. Kalau dorang couple, jangan berdoa buruk2, optimis saja. Mungkin mereka tidak kekal lama, dan kalau mereka berniat untuk kahwin, sabarlah. Ada lebih baik untuk anda. Apabila mereka dah kahwin, doakanlah kebahagiaan mereka. Sebab itulah erti sebenar cinta. Wow.

Marah tetap ada kalau orang yang kita sayang tu dilukai, disakiti dan macam-macam lagi. Bertindak bijak, jangan terlalu show off kalau mau defend dia. Dan jangan ketarakan bahawa anda defend dia sebab anda suka dia. Paling bagus, anda defend dia sebab tahu dia bukan jenis yang orang kata. Melainkan, perkara itu betul tapi jangan berpaling tadah. Support dia, bukan untuk membuktikan dia salah sekiranya dia memang salah, tapi untuk tolong dia memperbetulkan atau mengakui kesilapannya tanpa melukakan hatinya.

Apa lagi? Entahlah. Aku rasa itu saja yang mampu ku beri. Semua ini berdasarkan pengalaman sendiri. He he he. Apapun, mudah-mudahan urusan cinta kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, tak salah jatuh cinta. Yang salah ialah melaksanakan cinta dengan cara yang salah. Kalau dah suka, masuklah nikah. Hahaha.

AvA - Ya Allah, kuatkanlah hatiku, Engkau lebih mengetahui perasaanku. Amin.

Saturday, 14 May 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Apabila seorang pengemis meminta sedekah daripada kita..
Timbul dua kemusykilan..
Benarkah atau tipukah?
Maka hilanglah keikhlasan kita..
Kita prasangka terhadap dia..
Tapi pernah kita tanya...
Kenapa dia jadi begitu...

Apabila terserempak dengan seorang pelacur..
Kita memandang sinis terhadap dia..
Kita jijik melihatnya..
Apabila si pelacur ingin mendekati..
Dengan hebat kita memaki hamun dia..
Tapi pernah kita tanya..
Kenapa dia jadi begitu..

Apabila terserempak dengan penagih dadah..
Kita mula menjauhkan diri daripada mereka..
Kita memaki hamun mereka..
Kita seolah-olah orang kuat menghukum mereka..
Hebat sungguh cara kita..
Tapi pernah kita tanya..
Kenapa dia jadi begitu...

Apabila terserempak dengan orang yang dulunya baik..
Kini telah minum arak...
Kita mula bias terhadap dia..
Mengatakan dia langsung tak berguna di dunia ini...
Menyisihkan dia...
Tapi pernah kita bertanya..
Kenapa dia jadi begitu...

Apabila terserempak dengan orang buta...
Teraba-raba mencari jalan menggunakan tongkat...
Disekelilingnya tertawa melihat keadaannya...
Difikir bukan-bukan pasal dia..
Langsung tidak memandang simpati terhadap dia..
Tapi pernah kita bertanya...
Kenapa dia jadi begitu...

Apabila terserempak dengan mak nyah..
Berjalan tergelek2 tergedik2..
Kita berasa geli dan jijik sungguh...
Tahap dewa kita tak ingin sentuh...
Memaki hamun di mulut..
Tapi pernah kah kita bertanya...
Kenapa dia jadi begitu...

Apabila terserempak dengan budak yang kuat mencuri..
Kini telah ditangkap polis...
Kita berasa lega dan suka...
Lalu dalam hati kita kata...
PADAN MUKA ANDA...
Tapi pernahkah...kita tanya...
Kenapa dia begitu....

Segala di dunia ini berlaku ada hikmah dia. Segala di dunia ini berlaku pasti ada sebabnya. Tapi amat jarang bertanya kenapa seseorang itu melakukan perkara yang memang haram di sisi agama. Kenapa dia melacur? Kenapa dia menagih dadah? Kenapa dia mencuri? Dan seribu persoalan lagi yang muncul.

Tugas seorang pendakwah, tak kira ustaz ke ustazah ke guru ke apa ke, tidak ambil kira dan kisah, tidak bias dan berprasangka. Kita kenalah tolong sedaya upaya, tanya sebabnya, dan fikirkan penyelesaiannya.

Memang payah untuk melakukannya. Aku pesan diriku sendiri dan pembaca sekalian, jangan pandang serong terhadap seseorang yang melakukan sesuatu yang salah, tapi bimbinglah dia ke jalan yang betul dengan cara yang betul. Inilah baru dinamakan ikhlas serta perbuatan baik.

Kita jauh beza daripada seorang banduan. Apabila kita melawat mereka, kita duduk dan berdoa mereka, kita sememangnya jauh daripada Allah. Seorang banduan berdoa, menangis, terharu, teresak-esak, meminta dan memohon daripada-Nya, terutamanya apabila akan dihukum mati. Kita? Berdoa rileks. Terharu pun tak, faham pun entahlah. Banduan mungkin lebih baik daripada kita.

Dunia ini memang penuh dugaan. Bukan satu, dua, sepuluh, seribu...Sampai kita meninggal dunia barulah dugaan hilang. Percayalah.

Apapun, marilah kita berdoa, agar kita semua diberi taufik dan hidayah-Nya, untuk menjadi orang baik, yang akan memimpin orang jahil, ke arah kebenaran. Amin.

AvA - Idea pertama tertaip.

Friday, 13 May 2011

Dialog

"You can't forget your first love."

Ayat untuk orang dah putus cinta.

"Your smile make me fine."

Ayat untuk orang angau cinta.

"I wish the star shines bright beside me."

Ayat untuk orang jatuh cinta.

"Love is beautiful. It makes the world smiles."

Ayat untuk orang mabuk cinta.

"You're so good today. ^_^"

Ayat untuk orang yang memang kronik cinta.

"I miss you, dear."
Inipun mau satu dunia tahu.

"Dear ba balas mesej I!"

The world doesn't need to know.

"Tadi saya berak. Gila lega perut."

Holy damn!

"Aiskrim di berry memang sedap. Mau pi makan lagi la."

Makan tak ajak orang wei.

"Mari ramai2 tengok Spongebob!"

Join ya.

"Lapar geng. Aish!"

Pi beli.

"Assignment belum siap! Warrghh!"

Buatla sayang ooii.

"Mengantuk eh, tidur dulu. Nite2."

Awal geng. Pukul 4 ba tidur. Hahaha.

"Liverpool vs Chelsea!"

Man Utd tetap di hati. lalala.

"Bosan oo. Mau buat apa aa?"

Kacau kucing. X bosan tu.

"Jom tengok movie."

Movie pa? S.I.Z? On!

"Saya mau dengar lagu dulu."

(diam)

"Kenapala hujan saja ni..."

Syukurla. Daripada kemarau. Terharu oo.

"Penat oo. Hari2 sibuk."

Hanya mati memisahkan kita dari kesibukan.

"Saya single."

Sesiapa berminat?

"EXAM!"

Gudluck.

"I love you but..."

Cis.

"SIAL BA KAU!"

Few words, may God forgive you.

"KO BIKIN PANAS BA!"

Pa guna ko marah tu kucing. Makhluk Tuhan juga tu, bukan dia tahu apa2.

"Mentang2 saya ni pindik, ko tinggi, ko la ba menang."

Agak2 la. Malar sensitif betul, aku cerita lain kau pikir.

"Aku tahu lah aku tak cantik!"

(Pap) Manusia telah dijadikan Allah sebaik-baiknya. Syukurlah tak cantik. Tiada fitnah.

"Rebecca Black rocks!"

Err.....

"Kau ni kan..aku buat ini kau ikut aku buat ini kau ikut. Please stop la!"

Geng, bayang2 pun kau marah.

"Baca buku lagi baik!"

Nice.

"Kau bising pecah kau!"
Dare to do?

"Cute oo kau."

Aku tahu. Tak payah sibuk.

"Kau tahu kan...si fulan kan...dia suka mandi malam ni."

Ereii...jadi apahal?

"Mandi malam mana bagus."

Cakapla sama dia.

"Eh ya ba kan. Bah sy pi cakap aaa."

Erei.

"Tu orang ba. Bikin panas oo. Orang limpas depan dia pun mengencang ja muka. Bukan saya kasi panas dia."

Geng, orang buta tu.

"Ini lagi bikin panas. Saya cakap nda kena jawab ni."

Geng, bisu tu.

"Ko tengok ba tu, panggil2 nda mendengar."

(Pap!) Geng! Kita di pusat orang cacat ni. Tu orang pekak!

"Janganla ba ko marah."

Ko lurus sangat ba. Adaka orang cacat ko mo marah.

"Bukan cacat ba kurang upaya."

Ya kurang upaya. Ko tu terlebih upaya senang2 cakap orang.

"Mari kita main Dota."

Rampage. Sorry aku menang.

"Saya suka dia ba."

Pi lamar.

"Kenapa kau suka kentut depan orang?"

(Gedebukk) Ko yang kentut tuduh orang.
"Pinjam kereta kau."

Ko teda lesen xbleh drive.

"Cantik oo dia."

Tadi hensem sekarang cantik, mana satu kau ni?

"Tidur wei."

Aku dah lama tidur. Kau tu baru bangun.

"Cukuplah."

Tau takpe.

"Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosaku, kedua ibubapaku, guru-guruku, rakan-rakanku serta muslimin dan muslimat. Kau permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan akhirat. Kau jauhkanlah diriku dari seksa kubur-Mu dan neraka-Mu. Sekiranya dia jodohku, maka lindungilah dia Ya Allah. Bukakanlah pintu hatinya. Agar dia dapat menerima petunjuk-Mu."

Amin. Siapa jodoh kau tu?

"U la. Kan U husband I."

Pae diam dan terus tidur membiarkan Erin berseorangan. Ternyata dialog mereka memang merapatkan hubungan mereka.

"Eh bang dialog kita belum habislah!"

Cakap dengan sayang sampai esok pagi pun begitulah tu.

"Bang, I love you."

I love you too my wife.

"Bang, jom tidur."

Pae diam lagi. Terus lelap mata. Erin termangu2.

"Dasar pemalu benar suamiku ni."
Lantas Erin memeluk suaminya. Mudah2an mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Amin.

Wednesday, 11 May 2011

Siok buli orang? You better prepare!

Mesti korang fresh tentang hal yang berlaku di SMK Raja Abdullah.

Baru2 ni, ada seorang senior post video di FB, aku tahu dari kawanku. Aku tengok, fulamak! Buli geng, buli. Aisehmen. Dan diingatkan, aku bukan nak mengaibkan orang. Ini peringatan kepada semua orang.

What's the point membuli? Terutamanya membuli orang lemah? Korang fikir korang kuatlah? Salah. Korang lemah sebab buli orang lemah. Cuba pi cari pasal dengan orang yang kuat, barulah buku bertemu dengan ruas. Takkah korang terharu? Kena tumbuk sampai lebam dan biru? Padan muka kamu.

Hee. Agak emosional. Tak, aku sindir tu. Paham2lah korang.

Pointless membuli orang lain. Memuaskan nafsu sendiri dan menyakitkan hati orang lain. Memang teruk orang tersebut. Apa dosa si mangsa? Apa kesalahan dia terhadap korang? Entahlah korang.

Aku juga pernah dibuli, tapi dia lebih teruk. Sungguh tiada ilmu orang yang membuli dia. Entahlah, aku tak tahu dah.

Dan yang paling sadis, disebarkan tu video tentang gejala membuli ni. Adei, panas. Sabar, sabar. Moga Allah ampunkan dosa mereka. Amin.

AvA - Itu ja yang boleh dibuat. DOA.

Do lose temper, bear your own consequences.

ASSALAMUALAIKUM,

Habis. Speaking miahahaha. Tak palah. Kan belajar B.I. heheh.

So untuk tajuk ini, kita belajar sikit2 mengawal kemarahan kita. Kredit tu burungman sebab update status yang berharga. Terus aku teringat kembali zaman persekolahan. Dan sampai sekarang ia tetap berlaku, tak kira di mana anda berada.

Siapa-siapa dalam dunia ni pernah marah. Hinggakan nabi Ayub sendiri - nabi yang paling hebat tahap kesabarannya - juga pernah marah ketika isterinya mempersoalkan ujian dihadapi.

Jadi apakah marah ni? Menurut definisi faizava.blogspot.com, marah ialah sejenis perasaan yang membuatkan kita meluap-luap seperti ingin meletup saja. Wuu, agak lain di situ.

Kenapa harus ada perasaan marah? Kalau tak marah pun tak boleh sebenarnya. Andai kata kalau kita tak marah, buat dek saja, orang gila begitu. Contoh, isteri seorang lelaki berzina dengan lelaki lain, si suami TAHU tapi dia rilek ja. Eh bakka fool. Dayus sungguh. Orang bertindaklah, tapi jangan LOST YOURSELF. Alamatnya korang maybe masuk penjara.

Marah ini okay juga tapi kena kawal. Camana? Kawal time bertengkar dengan orang lain, dan release time sorang2. Kalau begini, konfom korang mampu maafkan orang lain. Sebaik-baik mengatasi kemarahan, ialah memaafkan orang lain KALAU DIA SALAH, dan minta maaf daripada orang lain, KALAU ANDA SALAH.
Marah ada hikmahnya, marah membuatkan kita benci. Tapi di sebaliknya ada sesuatu yang menggembirakan. Aku diri sendiri la jadi contoh. Ketika MPPB, pada hari terakhir, namaku dipanggil, dan ketika itu senior2 sekalian memarah, kutuk, caci. Time aku ucap 'kata2' terakhir pun kena. Aduh, panas hatiku. Memang marah tapi ditahan. Sekali, gimik. Cis cis dan cis. Syukur tak terlepas kemarahan tu, kalau tak konfom betul2 selamat jalan. Kehkeh.

Tapi macam mana marah ini boleh wujud? Ada dua saja tu. Pertama, perangai serta sikapnya yang menyakitkan hati (ofkoslah sikap buruk seperti kuat ejek, bikin panas dll). Kedua, orang yang provok kita dengan SENGAJA.
Yang pertama cukup jelas. Kedua ni, provokasi. Amat bahaya nombor dua tersebut. Sebab ada orang provok secara tak sengaja dan sengaja. Provok ni cuba menarik perhatian lawan/musuh supaya bergaduh. Ini KEBANYAKAN SAMSENG2 sekalian. Percayalah.

Aku pernah diprovok, time siok2 duduk2 main game PS2 ngan kawan, datang samseng entah dari mana, meletakkan tangannya di badanku terus gosok2 macam gosok kuali, baru ditarik dengan kuat sampai rasa sakit bahagian dadaku. Aku melihat dia, manalah aku kenal tu. Siok2 menunggu game loading dibuat begitu. Dalam hatiku, panas tu geng. Tapi nasib ada tu bestfren kasi sabar. Kalau tak entahlah. Agaknya aku masuk juvenil kot sebab membunuh. Lalalala.

Banyak cara provok, mengejek depan2 secara kiasan juga salah satu provokasi. Begini lah.

Ketika Abu melintasi depan si Bakar dan rakan2nya, Bakar dengan lantang menyebut
"Weh, ada mayat hidup di sini. Baru je limpas kita. Korang nampak ke?" Dan mereka ketawa. Abu tahu dia diejek. Dan dia mengangkat meja lalu dibaling ke arah mereka. Kesimpulannya? Dorang si Bakar masuk hospital.

Part terakhir tu bombastik. Lalala. Inilah maksud provok depan2. Memang cari nahas lah dorang sebegitu. Don't judge a book by its cover orang katakan. Sebab memang ada orang nampak cool saja, sekali dia mengamuk, wallahualam.

Apa tujuan orang yang memprovok tu? Ofkos nak memarahkan kita. Betul. Jadi jangan cepat terprovok dengan kata-kata orang lain. Ada orang provok diam2 berkias. Aku nasihatkan, jangan cepat terasa. Sebab siapa makan cili dia rasa pedas. Kawanku pernah terkena ni dulu. Ada orang tak puas hati dengan kawanku tapi berkias. Kawanku terus memanas. Aku bagitau, "Boi kalau kau terasa, maknanya betul lah tu. Rilek ba boi. Kalau betul pun, biarkan dia. Dia tanggung sendiri dosa dia sebab menyebarkan keburukan pasal ko. Kau dapat pahala sebab sabar."

Serius, memang pernah berlaku ni. Kesian kawanku, nasib dia okay dah sekarang. Jadi jangan cepat terasalah kalau ada orang provok diam2. Sabarlah, memang power kesabaran tersebut.

Aku akui, aku sendiri pernah provok orang. Dan terkena balik, diakhiri dengan aku minta maaf. Yalah, dah salahku, aku minta maaflah. Takkan nak bergaduh pula? Lebih baik awal2 minta maaf. Seperti peribahasa popular, maaf dulu menyenangkan, maaf kemudian memberi kesan. Eh? Hehehe. Perosak peribahasa sungguh!

Kesimpulannya, jangan cepat marah dan jangan cepat mengamuk. Orang tua2 kata, cepat marah cepat tua. Cepat tua cepat? Entah. Heheh. Dan kalau anda terprovok orang lain, cepat2 minta maaf. Takut nanti akibat yang datang berbahaya. Sabarlah, semuanya ada hikmah tersendiri.

AvA - Kredit kepada burungman sebab mengeluarkan key point yang hebat untuk si penulis buat entri. :)