Comrades

Showing posts with label Alkisah cinta. Show all posts
Showing posts with label Alkisah cinta. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Nasihat Cinta.

"Bersyukurlah Allah bagi kau rasa macam ini. Sebab kadang-kadang bercinta ni memang banyak susah, terlalu harap terhadap mereka memang menyakitkan."

Nasihat seorang sahabat apabila aku meminta pandangan dia pasal cinta. Heh. Diri pandai cakap pasal cinta, tapi sendiri tak pandai urus pasal cinta.

Dia nasihatkan lagi, tak perlu bercinta sekarang, sebab diri pasti susah, sebab banyak benda mahu fikir.

Jadi, bersabarlah, Allah sudah janji akan beri seseorang yang memang sudah khas untuk diri kita. Kepada mereka yang single tu, sabar. Allah tak akan hampakan kita, bila masa Allah tidak tunai janji Dia?

Cinta itu, apabila datang, didampingi iman dan takwa, insya Allah bahagia.

Kahwin bukan setakat suami isteri, tapi membentuk keluarga yang beriman.



Sunday, 22 April 2012

Mencari yang baik hendaklah jadi baik.

Lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Mana ada manusia yang tidak suka kepada fitrah kan? Lainlah kalau fitrah itu bertentangan.

Seringkali diri diingatkan tentang menjadi baik, mujahadah. Semestinya umpan, atau lebih sedap dikata, perkara yang boleh menarik orang lain menjadi baik adalah cinta.

Betul, cinta. Remaja sekarang suka berbicara tentang cinta. Tapi ingatlah, kalau kita nak cari pasangan yang baik, wajibkanlah diri kita untuk menjadi baik terlebih dahulu.

Cinta itu jika baik jalannya, maka syurga jawapannya. Jika membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. Ayat yang power daripada Hilal Asyraf, yang aku mengolah sendiri tetapi tak ubah maksud.

Memang senang untuk buat baik, tapi menjadi orang baik ialah 100 kali ganda susah. Menjadi orang baik semestinya banyak ujian, bukan setakat ujian biasa-biasa, malah umpatan, makian dan cacian juga akan menyerang kita.

Tapi itu semua boleh dilakukan, boleh dihadapi dengan niat yang betul, kerana Allah S.W.T.

Setiap mukmin yang berjaya, di mana kebanyakan mereka ini semua 'biasa-biasa' saja, tapi mampu mencapai matlamat yang tinggi, termasuklah cinta.

Tak pernahkah terfikir, seorang yang rajin berdakwah malah masih berdakwah sekalipun exam pada esoknya, tapi apabila result keluar, mantap sungguh.

Ini kerana niat untuk berjaya, niat kerana Allah itu mengatasi segala keinginan dalam diri. Jika kita buat sesuatu kerana Allah, sudah tentu ia menjadi ibadah dan Allah pasti menjadi pembantu kita. Tapi ingat, sekalipun amalan itu disertai dengan niat, niat tidak semestinya menghalalkan cara.

Sama seperti cinta. Jika kita berubah menjadi baik hanya kerana ingin mendapatkan wanita yang baik, sudah tentu kita akan dapat wanita tersebut. Tapi ganjaran akhirat yang lebih baik terlepas begitu sahaja. Jadi betulkan niat terlebih dahulu, dan lakukanlah kerana Allah.

Cinta itu fitrah, jangan jadikannya fitnah. Jadi, kalau kita menjadi baik, biarlah kita menjadi baik kerana Allah semata. Bukan untuk mendapatkan cinta manusia.

Remaja kini juga semakin kerap mengatakan pasal kahwin. Sudah tentu aku tak terkecuali dalam hal ini walaupun aktiviti ini aku lebih suka untuk senyap-senyap. Tapi memang tak boleh elak sebab dah dapat 'cop' orang yang suka cerita kahwin.

Kahwin, tadi aku dan saudara-saudara serta sahabatku hadir ke majlis kenduri kahwin. Agak simple sebab diawalkan bagi rombongan lelaki yang terpaksa balik pada petang itu. Memang time tu aku cerita juga kahwin dengan sahabat ku. Banyak cerita jugalah, malah kadang-kadang kenakalan tu tertonjol juga.

Aku berfikir, bilakah tamat zaman bujang ku? Adakah ketika masih belajar? Tahun terakhir? Lepas belajar? Sebelum kerja? Atau selepas kerja? Allah itu Maha Perancang, Dialah juga menentukan segalanya. Jadi aku berserah di samping mencari bakal isteri.

Kadang-kadang aku lost dalam diriku sendiri. Apakah kalau aku mencintai dia, dia terima cintaku? Tapi apapun, buat masa sekarang, aku akan mencintai seseorang itu dengan senyap. Biarlah Allah saja mengetahuinya. Kalau tertonjol juga tu, entahlah. Kehkehkeh.

Apapun, aku bersyukur kepadaNya sebab ada sifat pemalu yang agak lain. Sebab aku tak perlu kawal sangat malu tu kalau berhadapan, bercakap atau berbicara perasaan dengan perempuan, sebab ia datang sendiri. Kehkehkeh. Melainkan mereka yang rapat, cuma buat masa ini, diam itu lebih baik.

Tipulah jika ku kata aku tak mahu kahwin awal. Andai kata ada calon, ibu bapa dan ibu bapa calon isteri benarkan, sudah tentu ku kahwin. Cuma diriku tak sebaik untuk mendapatkan yang baik, dan tidaklah ku jadi baik sepenuhnya baru nak cari, sebab manusia itu fitrahnya baik. Tapi biarlah. Masa itu akan menjelaskan, Allah akan tunjukkan juga. Andai kata ajal itu lamar diriku terlebih dahulu, aku terima.

Baiklah, pukul 2 pagi dah. Aku masuk tidur dulu, kalau termiss subuh kan terharu. Nauzubillah.

Pae - Hati yang baik, anggota lain akan turut menjadi baik. ^_^

Wednesday, 26 October 2011

Fikir sejuta kali.

Assalamualaikum ^______^

Err... Sila abaikan senyum kambing itu. Hehe.

Tajuk, tajuk, tajuk. Fikir sejuta kali, untuk apa? Banyak. Sebelum buat sesuatu.

Sebelum kita ingin melakukan sesuatu, eloklah kita fikir dulu apa kesan yang kita akan buat itu. Termasuk menaip entri. Kesan menaip entri? Kongsi ilmu dengan orang, pengalaman, situasi, kan? Hehe.

Tapi, kali ini, bukan pasal itu, tapi pasal, cinta. Adei, keluar sudah tajuk kegemaran Mr. Pae. Bakal isteri, sorry, suka sangat cerita cinta.

Fikir sejuta kali sebelum kahwin <-- Betul.

Fikir sejuta kali sebelum menyentuh hati perempuan <-- Betul.

Fikir sejuta kali sebelum couple <-- BENAR.

Aku ingin menekankan paling last itu.

Andai kata kita telah meminati seorang wanita, perempuan, fikir, bagaimana untuk mendekati dia.

Ada satu cara saja, yang paling bagus. Apa dia?

Dekatkan diri kita dengan Allah. Cara terbaik mengurus perasaan cinta kita itu.

Janganlah kita dekat dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah, boleh menimbulkan kegelisahan dalam hati, seriusly. Why? Sebab aku pernah rasa kedua-dua cara yang dilarang ini.

Berdasarkan pengalaman, amat sakit untuk mendekati seorang wanita, walaupun dengan niat baik, betul. Tak perlulah mahu sentuh hatinya, jika tiada niat untuk membawa dia ke jalan yang diredhai Allah, yakni nikah dan kahwin. Kan?

Memang susah, sangat susah. Sebab? Diriku juga tak terlepas dari situasi ini. Makin hebat kesakitan itu, kalau seseorang yang kita cuba dekati, menjauhkan diri daripada kita. Itu makhluk, bayangkan kalau Allah jauhkan kita dariNya, tidakkah itu sakit? Syukurlah, Allah sentiasa untuk hambaNya, selagi mana kita beriman kepadaNya.

Ramai di antara kita terbabas. Yup. Bergurau senda dengan seseorang yang kita minat, sekalipun orang itu tak tahu kita minat dia, tapi percayalah, sebenarnya kita menyeksa diri kita, untuk stay suka pada dia. Jangan buat diri kita lalai dengan perasaan ini.

Aku akui, aku sendiri terlalai, tapi alhamdulillah, nasihat seorang sahabat, seperti aku nyatakan dalam entri lalu, menyedarkan aku. Aku sudah tekad, aku ingin jauhkan diri daripada menyentuh hati seorang wanita yang ku minat, sebab ia pasti membunuhku. Kalau dia minat pada kita, lagilah bahaya. Kalau dia tak minat, buat dek saja, menyakitkan sungguh. Kan?

Allah ada untuk kita, tak kira di mana saja. Apabila mencintai seseorang, cintailah Allah terlebih dahulu. Biar kita ingat dia, terus kita ingat Allah. Bukan kita ingat Allah, kita ingat dia. Terbalik! Kenapa ingat dia terus ingat Allah? Supaya kita tahu, ada batas tertentu, yang telah Allah tetapkan.

Jadi rakan-rakanku sekalian, sebelum anda menyentuh hati seorang yang anda minat, fikirlah sejuta kali. Sekalipun kesan yang buruk itu tak ada, sekalipun kita tidak bercouple dengannya, sekalipun hanya sebagai kawan saja, perasaan kita yang jatuh sakit. Sebab terlalu merindui, terlalu meminati, terlalu mengharap.

Kalau suka, jumpa ibu bapa, katakan pada mereka, hasrat murni. Kalau belum lagi, puasa. Kan nabi suruh puasa? Hehehe.

Aku ini malar saja cerita pasal cinta. Tapi sebenarnya, ada hikmah jika kita just keep calm, tidak terbawa-bawa, tidak lalai. Andai kata kita bersabar, di samping kita menjadikan diri kita terbaik, insya Allah, Dia akan beri apa kita mahu. Sebab itu ada dua saja kemungkinan yang Allah boleh bagi, si dia yang kita minat, atau lebih baik lagi. Yakinlah pada Allah.

Kesimpulannya, jangan dekat seseorang, jika tiada niat untuk bersama dengan dia selamanya. Jadikan diri terbaik untuk Allah, sekalipun tidak baik, tapi ada usaha. Dan akhir kata, nikah dan kahwin, itulah jalan terbaik, menghubungkan cinta dua orang insan. Insya Allah.

AvA - Sabar. Sabar. Sabar. ^_^

Monday, 17 October 2011

Mengurus cinta.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih ada peluang untuk bernafas. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk menghadapi segala rintangan dunia ini. Apapun, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Insya Allah.

Cerita lagi, pasal cinta. Hais, bilang tak sentuh pasal cinta lagi. Tak lah. Aku sentuh juga. Tapi kali ini lebih berdasarkan pandangan peribadi aku.

Apabila minat seseorang, kita pasti akan berfikir, mahu luah atau tidak. Itu persoalan lain. Tapi kali ini aku mahu bagitau pasal hati seorang perempuan.

"Hati perempuan memang sangat mudah tersentuh." - Anon

Aku tak tahu 'anon' mana. Keh3. Apapun terima kasih atas komen-komen anda.

Hati perempuan sensitif, mudah merajuk, tapi persoalannya, adakah senang dipujuk?

Senang kalau tahu caranya. Tapi itu bukan persoalannya. Kita ini, kadang-kadang minat perempuan sebab yang klise. Apakah?

"Perangai dia, baik, rajin, lemah lembut, pandai masak."

Ini ialah jawapan tipikal seorang lelaki. Kalau advance sikit, pasti dia tambah "cantik atau tak, tak kisah yang penting baik."

Aku sarankan, sentuhlah hati seorang wanita itu, kerana agamanya. Sebab itu pasti bahagia. Pakej ada. Dari baik, cantik, semuanya ada.

"Apabila mengejar akhirat, dunia akan ikut. Apabila mengejar dunia, akhirat makin jauh." - Aziman Abdul Ali

Kata-kata seorang sahabat. Sahabat yang sangat baik.

Agama mencantikkan segalanya. Percayalah, insya Allah bahagia.

Aku juga minat seorang perempuan. Namun setelah bicara hati dengan seorang sahabat, ternyata itulah jawapan yang dicari. Allah beri petunjuk melalui dia.

Sebelum mengejar dunia, kejarlah akhirat terlebih dahulu. Memang tak salah minat perempuan, seperti ku katakan selalu, tapi yang penting jadikannya ia sebagai fitrah.

Kalau kita minat seseorang, jangan terlalu 'obses' dengan minat tersebut. Boleh jadi ia menjadi fitnah.

Kalau kita minat seseorang, adanya dua pilihan untuk kita. Apakah ia?

1. Tahan hati, sabarkan hati, tunggu masa saja.
2. Luahkan, sentuh hatinya, dengan syarat ingin berkekalan.

Itu saja. Tiada pilihan lain. Pilihan ketiga dan seterusnya semuanya haram! Hehe. Fikir-fikirkan.

Pilihan pertama memang sukar. Sebab tak semua boleh buat. Aku sendiri juga turut merasainya. Ada banyak cara untuk tahan dan melupakan seketika perasaan itu.

1. Carilah cinta Ilahi yang agung.
2. Sibukkan diri dengan beragama.
3. Ingat Allah.
4. Solat istikharah.
5. Puasa.
6. Banyak membaca buku ilmiah.
7. Beriadah.

Inilah cara yang boleh aku senaraikan. Ada banyak tapi ini saja dapat ku fikirkan.

Kalau kita cinta akhirat, dunia pasti mengikuti kita. Dan si dia yang kita minati juga, pasti akan suka akan kita yang mencari cinta Ilahi. Tapi ingat, niat kena betul. Cinta Ilahi mengharap rahmat dan redhaNya. Bukan perempuan semata-mata.

Jadi lelaki sekalian, kalau ada masalah cinta itu, terutamanya minat terhadap seseorang, sabarlah. Pasti Allah akan bagi yang baik, selagi mana kita berpegang teguh kepada agamaNya, selagi mana kita mencintaiNya, kerana Allah pasti bagi seseorang yang juga melabuhkan cintanya kepadaNya, untuk kita. Insya Allah.

Kesimpulan, macam biasa, jangan fikir pasal kahwin sangat. Keh keh keh.

AvA - Terima kasih sahabatku. Wahai bakal isteri yang ku tak tahu siapa, jagalah dirimu sebaiknya. Akan ku sentuh hatimu kerana agamamu, apabila Allah memberi petunjuk. Insya Allah.

Sunday, 16 October 2011

Ujian perasaan.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Selepas berpenat lelah bergotong royong, ternyata dapat juga selesai dengan izinNya. Memang tak mudah, dengan kekurangan tenaga, tapi ternyata Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Okay, hari ini aku mau cerita tentang ujian perasaan. Aku mau petik kata-kata ini dari FB.

"Ujian perasaan itu lebih menyakitkan berbanding ujian fizikal." - Pae.

Hehe. Menarik kan? Ujian perasaan, tapi kali ini perasaan cinta.

Setiap kita mesti ada seseorang kita minat. Betul kan? Kepada yang single la. Kalau dah kahwin itu tak payahlah cerita.

Apa perasaan kita kalau mengetahui si dia itu menjauhkan diri dari kita?

Apa perasaan kita kalau mengetahui si dia itu meminati seseorang iaitu kawan kita?

Apa perasaan kita kalau mengetahui kawan kita juga meminati si dia tanpa disedari?

Mestilah perasaan menyakitkan. Siapa kata tak sakit?

Setiap kali kita minat seseorang, tiap kali itulah adanya ujian. Kadang-kadang kita lihat dia seperti single, tapi sebenarnya dia serasi dengan seseorang walapun sebagai kawan. Jadi apa perasan kita?

Sakit. Itu perkataan terbaik untuk ujian perasaan.

Tak salah meminati seseorang, yang penting urus perasaan itu dengan baik. Supaya tidak terjebak cinta fitnah.

Kebenaran itu menyakitkan, tapi yakinlah ada hikmah disebalik semua itu.

Kalau kita minat dia, masukkan dia dalam doa kita. Sepertimana aku bilang pada previous entri, mohon daripada Allah meminta orang baik untuk pasangan hidup.

Bukan mudah untuk menanganinya,  tapi apa yang penting, Allah ada untuk mendengar kita.

Yang penting, simpan perasaan kita. Sebab itu saja cara terbaik untuk menyintai seseorang. Memang sakit kalau orang yang kita sayang, tidak sayang kita semula. Tapi yakinlah Allah akan bagi seseorang yang baik untuk kita, selagi kita bertakwa kepadaNya.

Mungkin tak mudah, tapi paling penting, fokus untuk memperbaiki diri. Apabila tiba masanya, maka itulah cara terbaik untuk meluahkan cinta kita.

Apakah ia? Jumpa ibu bapa si dia untuk menyatakan hasrat kita. Kalau diterima, alhamdulillah. Kalau tak? Sabar. Ada hikmahnya.

Kesimpulannya, janganlah menyentuh hati seseorang, kalau tiada niat untuk berkekalan.

AvA - "Kuatkanlah hatiku ya Allah, agar tidak terjebak cinta fitnah"

Tuesday, 11 October 2011

Cinta sebenar.

"Makna mencintai seseorang ialah dengan mendoakan keselamatan, kesihatan, kejayaan, keafiatan, dan kegembiraan untuk dirinya. Semoga ALLAH menjaga perasaan ini hingga ke akhirnya." - Adilah Saridih.

Assalamualaikum,

Agak lama tak update. Hehe. Semakin menjadi-jadi status ku di FB. Kahwin, kahwin, kahwin. Abangku yang dah kerja pun tak ingat pasal kahwin. Astaghfirullah al azim.

Memang aku cerita kahwin, sampaikan junior-junior ku pun cerita cinta sudah. Masya Allah. Salah aku, berdosalah aku ini sebab mempengaruhi mereka.

Okay. Jom ke topik utama. Cinta sebenar. Umum tahu cinta agung ialah cinta Ilahi, dan selepasnya ialah cinta kepada makhluk. Tapi jom kita spesifikasikan ke seseorang yang kita minat.

Memang dah banyak kali aku ulang, doakan saja agar si dia dapat terbaik. Betul. Janganlah kita menyeksa diri kita, dengan meluahkan perasaan kita, menyentuh hati seorang wanita, kalau kita tidak ada niat untuk menjalinkan hubungan yang halal bersama dia.

Aku mahu kongsi pengalaman. Sepanjang aku menghilang diri dari dunia blog, aku banyak belajar, melalui pengalaman, pembacaan serta nasihat sahabat yang baik. Aku kini sedar apa itu erti cinta. Walaupun telah didedahkan, namun ketika itu Allah belum buka pintu hatiku. Ternyata cinta yang agung itulah tidak pernah mengecewakan tiap-tiap manusia yang sentiasa bertaqwa kepada-Nya.

Bukan mudah untuk urus perasaan. Aku juga boleh jatuh kalau bab-bab perasaan ni. Aish. Apa ni, bilang rockers. Hehehe. Memang sakit apabila mengharapkan cinta daripada seorang manusia, sakitnya seperti kita seolah-olah hilang semangat. Tapi muhasabahlah diri kita. Berdoa kepada-Nya. Istikharah kepada-Nya. Allah Maha Mendengar. Percayalah. Aku boleh jamin, jika kita sentiasa mengharap daripada-Nya, hati akan tenang. Insya Allah.

Sesungguhnya ujian perasaan juga merupakan satu ujian. Sejauh mana kita boleh bertahan dengannya. Tapi ingatlah, dengan taqwa saja, ujian itu umpama angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau benar kita cintakan si dia, cintailah dulu Allah. Kerana yang memberi itu Allah, yang menarik semula itu Allah, dan semuanya Allah punya. Hatta kalau Allah tak berikan kekuatan kepadaku, sudah tentu aku tak mampu untuk menaip. Kita semua makhluk yang lemah.

Selepas mencintai Allah, barulah kita minta kepada-Nya. Agar dikurniakan seseorang yang juga mencintai Allah. Itulah namanya, cinta kerana Allah. Insya Allah bahagia. Aku teringat kata-kata seorang kakak, "ingin yang terbaik, jadilah yang terbaik terlebih dahulu." Andai kata kita tidak bertaqwa kepada-Nya, mana mungkin Allah ingin memberi yang baik, melainkan Dia mengkehendakinya.

Aku juga teringat pasal satu page, "kurangkan agenda mencari si soleh/solehah, tapi berusahalah untuk menjadi soleh/solehah." Betul. Kalau kita jadi baik, insya Allah baik-baiklah. Kalau tidak diberikan yang baik, maka ada hikmah disebalik semua itu. Allah tidak akan menurunkan ujian kepada seseorang melainkan apa yang dia mampu.

Memang tak salah meminati seseorang. Tapi janganlah sampai ianya menjadi fitnah. Berdoalah kepada-Nya agar tidak lalai gara-gara meminati seseorang lelaki/wanita. Kajilah dulu apakah itu kahwin, sebab ia bukan sehari dua semata-mata, ianya sampai bila-bila.

Dan kini aku sedar, aku masih jauh dari ambang perkahwinan. Dan aku bersyukur sebab Allah beri aku petunjuk pasal semua ini. Betul. Walaupun tidak secara langsung, tapi itulah kehebatanNya. Alhamdulillah.

Akhir kata, kalau suka seseorang, simpan dalam hati. Dalam masa yang sama, masukkan dia dalam doa korang. Bukan dorang saja, utamakan diri anda, ibu bapa anda, saudara-saudara anda, dan akhir sekali dia. Insya Allah.

Jadi kesimpulannya? Hehe. Boleh fikir pasal kahwin, tapi jangan over sangat. Kalau dah mampu teruskan. Kalau masih terkapai-kapai, kembalilah ke jalan-Nya. Kalau masih belajar macam mana pula? Eleh. Belajar tiada kaitan langsung. Boleh. Tapi aku sarankan, rujuk pakar. Insya Allah dipermudahkan. Wallahualam.

AvA - Aku bersyukur, sebab adanya seorang hamba Allah, yang menyedarkan aku tentang semua ini. Ternyata kata-katanya menusuk qalbu ku. Terima kasih hamba Allah. Entri ini khas untuk anda. Mudah-mudahan Allah mengurniakan seseorang yang beriman kepada anda. Amin.

Monday, 29 August 2011

Cinta II

Azman duduk termenung jauh di tepi tingkap pejabatnya. Terlintas di fikirannya tentang kejadian semalam. Ternyata sakitnya terasa sungguh. Melukakan hatinya.

"Man, assalamualaikum bro." Pae masuk. Happy go lucky sungguh anak ni.

"Waalaikumsalam." acuh tak acuh. Malas Azman membalasnya. Pae kehairanan melihat sahabatnya tu. Semalam hilang entah ke mana, tup tup balik rumah pukul 3 pagi. Apa kes?

"Man, hang okay tak?" tanya Pae dalam loghat Kelantan. Inilah akibatnya kerana terlalu obses dengan orang Kelantan. Sama saja seperti si Aga

"Okay je." Pae dah buat andaian. Dah agak, memang ada yang tak kena ni.

"Wei bro, apa kes ni bro? Termenung jauh je nampak. Ingat Syafiqah yer?" usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia tak boleh marah pada kawannya tu. Pae tak tahu lagi rupanya, bisik hati kecilnya.

"Pae, aku tak mau dah nak cinta seseorang. Biarlah, nanti kalau ada jodoh kahwinlah aku." tutur Azman serius. Pae tergamam.

"Apasal pula?"

"Aku direject Syafiqah. Dia kata dia ingin lelaki yang boleh memimpinnya. Apa kurangnya aku?" kata Azman. Sebut namanya, galau hatinya. Pae duduk di sebelah Azman. Sambil menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya.

"Man, be strong brother. Kemonlah takkan pasal ni kau kecewa? Sungguh tak patut." dalam lembut, Pae memberi sadis. Azman mengangkat mukanya. Dia tak sangka kawannya berkata sedemikian. Namun perasaan dikawalnya.

"Apasal pula?" tanya Azman tak puas hati.

"Kerana cinta manusia. Man, tak apa kalau bersedih, tapi sedih sebab direject? Apa kes? Kita patut terima. Bukan terus lari dari masalah."

"Aku tak lari la bro."

"Habis yang kau kata kau serik nak bercinta apasal?"

"Itu...."

"Man, kau takde kurangnya. Tapi mesti ada sesuatu yang buat Syafiqah kata begitu. Kau harus ingat, Syafiqah bukan sembarangan orang."

"Habis apa kurangnya aku ni? Sampai dia kata nak ada lelaki yang boleh pimpinnya? Aku dah kata baik-baik dengan dia niat baik aku tu. Aku nak memperisterikannya."

Pae berfikir panjang. Apa kes? Azman pun tak kurang hebatnya. Boleh jadi imam, bacaan quran baik, sentiasa solat berjemaah di masjid hampir tiap-tiap waktu, ada majlis ilmu tetap dia ikut. Nak kata dia ada buat salah tak juga. Nak kata dia merokok, minta maaf, Azman paling anti-rokok di office mereka.

"Macam mana kau cakap pada dia?" tanya Pae.

"Aku cakaplah, Fiqah, aku dah lama simpan perasaan ku terhadap kau. Sudikah kau menjadi isteri ku?" ayat yang boleh buat tiap perempuan gegar. Pergh.

"Di mana kau jumpa dia?"

"Di taman bunga dekat tempat kerja kita. Semalam aku jumpa dia."

Pae terdiam. Patutlah.......

"Semua okay Man. Satu ja. Cara kau."

Terdiam Azman. Cara aku? Okay apa? Jumpa si perempuan kan?

"Bukan dia harus kau jumpa." kata Pae.

"Habis tu....." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Azman menepuk dahinya. Ternyata dia buat satu kesalahan. Satu kesalahan yang memang jadi dosa besar.

"Man, niat baik, tapi cara kau salah. Bukan setakat itu, tempat dan timing pun salah. Aku tak tahu macam mana kau boleh pujuk Syafiqah ke sana. Tapi memang salah cara kau."

Azman setia mendengar.

"Kau seharusnya jumpa IBU BAPA dia Man. Kan dia masih beribu bapa. Aku rasa itu sebab Syafiqah reject kau. Ada apa-apa dia kata lagi?"

Sambil berfikir, Azman teringat sesuatu.

"Ada! Dia kata lagi, 'bukan saya yang buat keputusan. Saya hanya berserah kepada Allah. Kalau betul suka, tanya yang sepatutnya'."

"Sarkastik sungguh. Dia mahu kau jumpa ibu bapanya, bukan jumpa dia. Itu yang dia maksudkan."

"Kau biar benar? Macam mana kau tahu?"

"Dah terang-terang hint dia tu. TANYA YANG SEPATUTNYA. Eh apa kau tak fokus ke time tu?"

"Time tu dah down sangat, jadi dengar pun macam malas....." Azman diam. Pae menggeleng-geleng kepalanya.

"Bertuah punya anak. Dia dah bagi hint, kau pergilah. Insya Allah boleh tu."

"Tapi..aku takutlah kena reject lagi."

"Perasaan atau Allah? Mana satu kau pilih?" pedas kata Pae. Azman terdiam.

"Azman, yakinlah pada Allah. Jika si Fiqah itu jodoh kau, maka bersyukurlah kepada-Nya. Jika bukan, redha saja dan doakan terbaik untuk si dia. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk hamba-Nya. Insya Allah, Man." tenang sahabatnya menutur ayat itu.

Azman tersenyum. Pae, kaulah sahabatku dunia akhirat.

"Thanks bro. Betul kata kau. Cara ku salah. Kau rasa dia terima ke kalau jumpa ibu bapanya?" dalam keraguan.

"Terima tak terima, redha saja. Yang penting usaha. Allah melihat usaha, bukan melihat hasilnya. Kalau tak terima, jangan risau, doakan terbaik untuk Syafiqah. Kau carilah orang lain, Farah yang dulu kau minat tu masih ada." sempat lagi Pae mengusik. Azman menumbuk lembut bahu rakannya tu. Lantas dia bangun, dan mencari fail, sebab satu perkara penting yang dia perlu cari, yakni rumah ibu bapa Syafiqah.

Kadang-kadang kita niat betul, tapi cara tak semestinya betul. Sebab itu niat tak menghalalkan cara. Walaupun nabi kata, sesuatu amalan itu bergantung pada niat, tak semua amalan itu halal. Contohnya benda haram untuk nafkah. Memang haram walaupun niat untuk sara hidup. Fikir-fikirkanlah. Insya Allah diberi petunjuk.

Tentang jodoh pula, kita sudah berdoa untuk minta yang baik, usaha ada, dan kenalah berterusan. Maksud berterusan ni ialah sentiasa berdoa kepada Allah selepas usaha, iaitu ke arah pernikahan. Tinggal tawakal kepada Allah saja iaitu selepas memberi tahu hasrat murni kita kepada ibu bapa perempuan yang kita cintai. Dan kalau tak dapat, redha saja kerana Allah tidak mempersia-siakan amalan hamba-Nya. Ada lebih baik menanti, dan doakan terbaik untuk si dia. Kalau dapat, ucaplah alhamdulillah, dan jagalah si dia sebaiknya. Insya Allah hidup bahagia.

AvA - Alhamdulillah, terima kasih ya Allah memberi aku inspirasi membuat entri ini.

Sunday, 28 August 2011

Cinta.

"Hmmm. Bagitau atau tak, bagitau atau tak. Bagitau atau tak." Azman runsing. Dia mundar-mandir di pejabatnya. Pintu diketuk.

"Masuk." arah Azman.

"Man, sibuk ke?" Pae masuk. Dia kehairanan melihat Azman seperti cacing kepanasan. Apa kes kawan ku ni? Sawan ke?

Azman masih senyap. Mukanya keruh sambil dia menggosok-gosok dahinya.

"Wei Man!"

Azman tersentak. Lantas dia mengalihkan pandangannya ke Pae.

"Oh, Pae. Aduh. Sorry. Apa hal?"

"Kau okay ke Man? Macam ada prob besar je."

"Aku okay. Huuu." Azman jawab acuh tak acuh.

"Kemon bro. Ada prob ke? Bagitau la. Kita kan best friend sejak kecik. Kau punya masalah, aku punya masalah."

"Kau memang sahabat sejati aku Pae. Kau je la yang boleh ku harapkan."

"Seram bunyi kau ni. Apa masalah kau ni? Sampai aku lihat macam cacing kena goreng." usik Pae. Azman tersenyum kelat. Dia sedang menyusun kata-kata sesuai agar Pae faham masalahnya.

"Aku jatuh cinta Pae." ucap dia lambat-lambat.

"Aisehmen. Aku dah tau cerita tu, pasal kau suka si Farah tu kan?"

"Bukan."

Pae tergamam. Seriously kawan ku ni okay ke tak?

"Kali ini bukan dia. Kalau suka dia pun, bukan dia syok kat aku. Tapi ini orang lain."

"Siapa yang bertuah tu?"

"Syafiqah..." perlahan Azman menuturkan ayatnya. Dia melihat reaksi Pae. Ternyata Pae tak terkejut walau sedikit pun.

"Macam mana kau boleh jatuh cinta padanya? Pelik betul kau ni."

"Entahlah. Sejak akhir-akhir ni, dia mesra je dengan aku. Time kerja sama-sama, mesra sungguh dia. Terus kadang-kadang dia sms aku mesej-mesej nasihat. Aku reply balik dengan cara yang sama. Sejak itu aku rasa dia suka aku. Tapi aku dapat tahu, dia dah ada yang punya."

"Dah ada? Boyfriend atau tunang?" tanya Pae.

"Sumberku kata dua-dua bukan. Kira kawan rapatlah. Tapi selalu berhubung. Kira dah ada label 'taken.'" Pae mengangguk-angguk.

"Jadi?"

"Aku cintakan dia lah bro. Tapi itulah, aku tak mau ganggu. Tapi kenapa dia seolah-olah memberi harapan kepada ku."

"Alright, aku hanya boleh cakap. Semuanya terpulang pada kau sendiri. Insya Allah. First, pasal Syafiqah. Sumber kau kata hanya kawan bukan? Jadi apa yang menghalang kau daripada untuk masuk minang si Syafiqah tu? Sekalipun mereka rapat, tapi tak bermakna ia menghalang kau dari berkawan dengan Syafiqah, rapat dengan dia kan? Why? Sebab kawan dia tu bukan SUAMI dia. Okay itu first. Kedua, pasal kau dengan Farah. Ubah niat kau. Kau mesra dia kerana Allah, kau suka dia kerana Allah, insya Allah dipermudahkan urusan kau."

Azman tergamam. Masuk akal kata-kata Pae tu. Orang yang berhak ke atas seorang perempuan ialah suaminya. Syafiqah belum kahwin, apatah lagi bertunang. Boyfriend pun tiada. Kalau sekadar kawan rapat, tidak mengapa. Tiba-tiba terlintas di fikirannya.

"Tapi Pae, bukan seolah-olah merampas ke?"

"Kenapa kawannya tak mulakan langkah dulu?" Pae membalas balik.

"Sumber kata, kawannya tu belum ada rezeki. Sebab itulah belum sedia."

"Kau dah sedia?"

Azman tergamam. Dia mencari jawapan yang sesuai. Pae ini lain sikit caranya. Memang sardonik.

"Belum."

"Kenapa?"

"Aku...." Azman terdiam.

"Man, kalau betul kau suka si Syafiqah tu, kau jumpa ibu bapa dia Man. Kalau benar kau ingin memperisteri dia, cintailah dia kerana Allah. Man, aku boleh rasa yang si Syafiqah tu juga menaruh hati pada kau. Kalau tak mustahil dia nak sms kau. Tapi ingat, itu sebenarnya ujian daripada Allah. Sejauh mana kita boleh mengurus perasaan kita. Mungkin Allah beri kau petunjuk, supaya kau kahwin. Itu sajalah cara yang Dia halalkan bagi perhubungan lelaki-wanita."
Azman tekun mendengarnya.

"Man, aku juga pernah rasa kes sebegini. Aku syok sangat sebab amat jarang untuk seorang perempuan sms aku. Jadi aku layan dia tapi sms kami bukan kosong. Semua kata-kata nasihat. Ternyata niat kami dua tu tak menghalalkan cara. Kenapa? Sebab fitnah syaitan tu tinggi. Dari kata-kata nasihat, boleh-boleh kami sms gurauan senda. Dan hampir aku kapel dengan dia. Aku juga semakin lalai dari ingat Allah. Tapi syukur, Allah beri petunjuk. Aku terus stop sms dia. Aku simpan tekad, kalau Allah izinkan, aku mahu memperisterikannya. Sejak itu, aku dan dia tak bersms lagi. Aku kini fokus untuk membaiki diri. Kau taulah aku ni paling jahil antara korang semua."

Azman memandang sahabatnya. Dia kagum dengan sahabatnya tu. Ternyata sahabatnya tu lebih arif dan lebih banyak pengalaman berbanding dirinya.

"Jahil pun, pengalaman mengajar kau. Jadi Pae, kau rasa apa harus ku buat?" tanyanya.

Sambil senyum, Pae kata "Istikharah. Afdhal. Terbaik. Nabi anjurkan. Allah suka."

Azman mengangguk. Ternyata itulah cara terbaik untuk menghadapi masalah. Dia juga akan berusaha untuk meminatinya, bukan menyukainya. Sebab dia tahu, Allah menguji dia. Boleh jadi si Syafiqah dia suka tu orang yang dibenci. Dan boleh jadi orang yang dia benci, akan dia suka. Dan dia tekad, dia rapat dengan Syafiqah sebab dia nak menjaga dirinya, di samping kerana Allah. Insya Allah.

Tak salah untuk mencintai seseorang. Tapi jadikanlah ianya fitrah bukan fitnah. Dan juga berpada-pada untuk mencintai seseorang. Kerana apa? Boleh jadi sesuatu yang kita suka, akan jadi sesuatu yang kita benci. Begitulah juga sebaliknya.

Bukan setakat itu saja. Apabila menghadapi masalah, istikharah ialah penyelesaiannya. Allah Maha Mendengar. Insya Allah Dia akan selalu bantu kita jika kita sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya.

Penulis menaip semua ini berdasarkan pengalaman. Bukan sekadar suka-suka. Fitrah manusia ialah mencintai dan juga ingin dicintai. Lumrah manusia juga ialah sedih dan kecewa kalau mengetahui orang yang dicintai telah berpunya. Tapi ingatlah, setiap makhluk di muka bumi ini, telah Allah ciptakan pasangan. Daun dan pokok, air dan api, langit dan bumi, siang dan malam dan macam-macam lagi. Jadi insya Allah, ada pasangan kita. Kalau bukan di dunia, akhirat menanti kita selagi mana kita berpegang teguh pada agama Allah. Insya Allah. 

AvA - Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri. Maaf zahir dan batin. (^_^)

Monday, 25 July 2011

D.U.I.T dalam bercinta.

Assalamualaikum,

Oh, hari Isnin. Assignment semakin menggila. Eceh. Bombastik tidak sepatutnya. Ternyata aku ini ada2 saja.

Kali ini kita cerita pasal cinta lagi. Eheh. Tapi ini khas untuk individu yang jatuh cinta, yang ingin mencari pasangan, bukan dilamun cinta.

Apa maksudnya? Jatuh cinta dengan seseorang tapi tidak meluahkan perasaannya. Hanya sekadar disimpan dalam hati saja.

Bukan satu perkara mudah. Percayalah. Bukan perkara mudah. Memang susah. Tapi tak mustahil.

Tiap orang pernah jatuh cinta, hatta Saidatina Fatimah - anak Rasululullah S.A.W - jatuh cinta pada Ali, tapi endingnya? Alhamdulillah. Dia berkahwin dengan Ali.

Jadi salahkah untuk jatuh cinta? Semestinya tidak. Sebab ianya fitrah.

Kalau dah jatuh cinta, mestilah nak tengok orang yang disayangi tu senantiasa saja kan? Tapi kalau terserempak depan-depan? Tak ke haru? Mesti gelisah kan? Seolah-olah macam mau lari saja walaupun hati gembira ada dia di depan mata kita. Hehehe.

Jadi apakah cara terbaik untuk kita menguruskan perasaan cinta kita ni? Banyak cara. Paling utama ialah solat.

Solat haram ditinggalkan. Wajib ditunaikan. Subuh ialah waktu paling susah. Tapi mudah-mudahan kita dapat melaksanakannya. Amin. Dengan solat sajalah, kita mampu untuk menenangkan hati kita. Serta merehatkan minda kita. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Hanya dengan solat, kita pasti tenang. Tapi kita zaman sekarang, asal ada masalah, lain cara kita buat. Afdhalnya kita memohon kepada-Nya dulu sebelum berikhtiar untuk mencari penyelesaian. Kan?

Kedua ialah doa. Doa ialah senjata bagi orang mukmin dan muslim. Tapi kita, pernahkah kita berdoa untuk memohon kepada-Nya? Ini tidak. Minta tolong orang lain, bomohlah, dukunlah, cikulah entahlah. Segala-galalah. Kalau ada masalah seperti aku bagitau, minta pada Allah. Berdoa kepada-Nya.

Contoh, kita jatuh cinta dengan seseorang. Tapi kita tak mau rosakkan diri dengan cuba menjalinkan percintaan dengan cara yang tidak halal, jadi apa kita buat? Doa. Doa. Doa. Selepas solat, doa. Sebab Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 186 - 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. 

Dan macam mana doa ini? Minta supaya Allah ampunkan dosa2 kita, dosa ibubapa kita, keluarga, guru dan muslimin serta muslimat. Minta kepada Allah supaya memberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan. Minta jauh dari seksa kubur dan neraka. Dan kalau pasal cinta, minta supaya dikurniakan jodoh baik. Sekiranya kita minat seseorang, mengadulah pada-Nya. Sebab kenapa? Allah Maha Mengetahui perasaan, hati, pemikiran kita berbanding makhluk yang ada dalam bumi ini. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 115

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

Lepas doa? Usaha. Kalau kita suka seseorang, berusahalah untuk mengenal dia. Tapi dengan cara baik. Jumpa ibubapa. Ustaz ku ada cerita time usrah semalam.
"Kalau suka, jumpa ibu bapa. Baik-baik dengan mereka. Bagitau, 'pakcik, saya sebenarnya ada hajat. Dari dulu lagi saya dan si polan ni macam berngam. Dua-dua ahli masjid. Kalau dalam syukbah, saya ketua, dia setiausaha. Rasanya saya berkenanlah dengan anak pakcik ni. Jadi saya ni nak masuk minanglah."

Macam ni laa. Jumpa ibu bapa. Apa barang bagitau dengan tu perempuan. Kan? Hehehe. Tapi ingat, bukan sembarang tau kalau ibu bapa nak 'nilai' bakal-bakal. Kita mesti ada ilmu agama. Kan? Kalau tak pass Al-Fatihah, baik baiki diri dulu ya.

Tapi macam mana pula kalau kami masih bawah umur? Maksud bawah umur ini ialah time masih belajarlah. Alaaa. Rileks. Bagi contohlah, dalam IPG sendiri (sebab aku tak tahu kes IPT hahaha), kan 5 tahun belajar sini. Kalau jumpa berkenan, tahan-tahan dulu. Heh heh. Dalam tahan, usahalah untuk kenal sikit-sikit. Kita kena berusaha mencari pasangan, bukan tunggu macam tunggu durian jatuh. Alamat kahwin tualah. Tanya-tanya kawannya, dah tunang ke belum, dah ada yang punya ke belum. Paling penting tanya ini benda.
"Eh awak, kawan awak tu, ORANG MASJID KE?"

Tanyalah benda ini. Ambilah kira pasal masjid. Laki ka, perempuan ka sama saja. Walaupun hakikat perempuan tidak perlu solat jemaah di masjid, tapi pergilah. Dengan masjid, pasti hati tenang. Amin.

Lepas usaha apa? Kalau ikut formula D.U.I.T, istiqamah kan? Tapi aku ada kes spesel sikit. Ada solat di depan doa. (Sama saja tu) Berterusanlah berdoa, dan berusaha. Korang ingat ayat ini. Allah memandang ke arah usaha kita, bukan hasilnya. Jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi, tapi kita kena usaha untuk mencarinya. Susah tapi tak mustahil. Sebab jodoh itu ada di mana-mana. Maybe, korang akan kahwin dua, korang akan jadi madu, korang akan janda, korang akan duda, korang akau bujang hingga ke tua, korang akan dara hingga kedut. Haraplah tidak bujang sampai tua.

Lepas istiqamah? Tawakal. Ini ialah kita berserah sepenuhnya. Tapi ini peringkat tinggi dahlah. Kes mo kahwin. Haha. Kita dah masuk minang, tunggu kata putus saja dari pasangan anda.Ini kita terus berserah kepada Allah saja. Kalau suda kita doa, usaha, istiqamah, palingl last tunggu keputusan dan tawakal. Kita berserahlah kepada Allah. Ada dua kita boleh minta. Pertama minta supaya terbuka hati si dia, kedua minta supaya hati kita tabah menghadapi segala kemungkinan. Ini pendapat akulah. Banyak kita boleh minta.

Kan? Begitulah kalau mahu menguruskan cinta ni, terutamanya kalau mencari pasangan. Allah Maha Menyayang dan Maha Memberi. Kalau tak dapat, tak pa, mungkin ada lebih baik lagi.

Dalam Islam, tiada istilah 'kenapa tak dapat', yang dipersoalkan 'kenapa tak cuba'. Kenapa tak cuba? Siapa tahu kita dapat?

Jadi dalam percintaan, kita kena pandai manage. Sebab kebanyakan orang manage dengan cara yang macam mana? Menjalinkan percintaan tak halal. No need to comment. Jadi, insya Allah tips-tips yang aku bagi ni mampu mengurus masalah cinta tu. Terutamanya yang tak sabar mau kahwin, yang down sebab rasa diri ini tak sesuai dengan si dia. Eleh, belum try belum tahu bro. Dah try memang alhamdulillah.

Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah memberi rahmat serta memudahkan segala urusan kita. Amin.

AvA - Huis. Panjang geng.

Friday, 20 May 2011

She cursed my heart.

Assalamualaikum,

Hoh. Punya men lama xupdate blog. Korang fikir aku exam? Absolute untrue. Aku tiada exam semester ini tapi line wireless membunuh niat. Anda maklum bukan?

Di kesempatan ini, agak lama tak bicara cinta ni. Heee. Kali ni jom cerita sikit tentang orang yang jatuh cinta tapi tak ingin meluahkan perasaannya. Agak ramai di situ. Termasuk aku. Haha.

Jadi apakah hukum jatuh cinta ini? Haram? Oh jangan terlalu extreme. Berbahaya di situ. Ini diharuskan, sebab ianya fitrah. Dah kita suka dia pa kita boleh buat. Antara dua ini, mana lebih bijak? Yang tahan? atau yang luah?

Bagi aku yang luah itu bijak dan berani, yang tahan itu bijak dan tabah hati. Haaa. Dua2 okay sebenarnya. Tak salah pun jatuh cinta kan? Aku sendiri pun pernah rasa begitu.

Jadi wahai pembaca sekalian, macam mana nak urus perasaan kita tu? Ada banyak cara.

Berdoa kepada Allah. Ini adalah cara paling baik mengatasi mana-mana cara. Percayalah. Simple bukan. Daripada kita cari orang nak minta nasihat, ada Allah yang sentiasa free untuk mendengar. Berdoa dulu kepada-Nya. Barulah ikhtiar minta tolong orang lain. Dari situ Allah tolong.

Minta nasihat ibu bapa. Ini paling penting. Sebab ibu bapa tahu apa yang anak-anak mereka mahu. Cumanya, kadang-kadang kita malu nak bertanya. Tapi mereka sentiasa ada untuk mendengar.

Next ialah minta nasihat kawan, ustaz dan orang yang dipercayai. Mereka memang pakar menasihat orang dan memang selalu bernas apa yang mereka sampaikan. Lagi satu, rahsia sentiasa tersimpan. PErcayalah.

Next, minta pandangan orang berpengalaman. Haaa. Ini mencari lah kau. Dia bagi dua saja tu, suruh luah, atau suruh tahan. Itu saja. Tapi ikutlah keadaan. Jangan yang sampai sakit hati, terluka, sedih baru menyesal. Hehehe.

Naluri manusia ialah sentiasa ingin melihat orang yang disayangi setiap masa. Walaupun jarang-jarang bercakap, at least dapat tengok senyumannya pun dah okay. Ada orang begitu. Jangan nafi. Tak salah bukan? Sudah namanya orang jatuh cinta. Tapi aku nasihatkan, tahan dulu hati tu. Memang payah, sukar dan susah. Tapi sentiasalah berdoa kepada-Nya sebab Dia lebih mengetahui perasaan kita.

Cemburu tetap ada pada seseorang apabila melihat 'yang disayangi' tu mesra dengan orang lain, especially yang kita fikir 'rival' atau mungkin berpotensi untuk merampas mereka. Fitrah. Tahan dan jangan tunjukkan anda cemburu. Sebab tiada hak anda untuk marah melainkan anda mempunyai ikatan yang sah dengan si dia.

Sedih juga tetap ada apabila mengetahui seseorang itu telah berpunya. Sabarlah. Kalau dorang couple, jangan berdoa buruk2, optimis saja. Mungkin mereka tidak kekal lama, dan kalau mereka berniat untuk kahwin, sabarlah. Ada lebih baik untuk anda. Apabila mereka dah kahwin, doakanlah kebahagiaan mereka. Sebab itulah erti sebenar cinta. Wow.

Marah tetap ada kalau orang yang kita sayang tu dilukai, disakiti dan macam-macam lagi. Bertindak bijak, jangan terlalu show off kalau mau defend dia. Dan jangan ketarakan bahawa anda defend dia sebab anda suka dia. Paling bagus, anda defend dia sebab tahu dia bukan jenis yang orang kata. Melainkan, perkara itu betul tapi jangan berpaling tadah. Support dia, bukan untuk membuktikan dia salah sekiranya dia memang salah, tapi untuk tolong dia memperbetulkan atau mengakui kesilapannya tanpa melukakan hatinya.

Apa lagi? Entahlah. Aku rasa itu saja yang mampu ku beri. Semua ini berdasarkan pengalaman sendiri. He he he. Apapun, mudah-mudahan urusan cinta kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, tak salah jatuh cinta. Yang salah ialah melaksanakan cinta dengan cara yang salah. Kalau dah suka, masuklah nikah. Hahaha.

AvA - Ya Allah, kuatkanlah hatiku, Engkau lebih mengetahui perasaanku. Amin.

Monday, 9 May 2011

Sabarlah.

Azri mundar-mandir di biliknya. Aish, Eri. Kan bagus kalau aku dapat bersama kau. Aish, kenapalah aku tak berani nak meluahkan isi hatiku ni, getus hati Azri. Dia berfikir-fikir cara untuk memenangi hati gadis yang diminati sejak dulu, Eri.

Eri bukanlah kategori cantik. Tapi ada daya tarikan yang menyebabkan Azri terpikat kepadanya. Namun sehingga kini, Azri masih lagi menahan perasaannya. Dia ragu-ragu untuk meluahkan isi hatinya, kerana dia pernah nampak, dan dengar bahawa couple itu haram. Namun perasaan hatinya membuak-buak menyuruh supaya beritahu saja si Eri. Cinta kan fitrah juga.

Azri keluar menuju ke taman yang berdekatan. Dia duduk di atas kerusi. Berfikir apakah harus yang dia lakukan, luah atau tahan. Kemungkinan yang berlaku ialah, kalau diluah, diterima dia bahagia. Tapi kalau ditolak, mampu kah dihadapinya? Kalau tahan, apakah yang terjadi pada dirinya. Azri makin bingung. Dia semakin bingung. Dia ingin bersama dengan Eri, tapi dia kebingungan.

Sedang dia berfikir-fikir, dia didatangi seorang lelaki, yang tua beberapa tahun daripadanya. Lelaki tersebut duduk di sebelahnya. Azri terdiam. Lantas muka risaunya, muka bingungnya menjadi serius. Lelaki tersebut memandangnya. Senyum nipis pada bibirnya.
"Okay ke dik?" tanya lelaki tersebut. Azri kebingungan semula. Dia curiga seolah2 lelaki tersebut tahu apa yang dihadapinya.
"Okay je." jawab Azri acuh tak acuh. Sedang kebimbangan melanda, dia ditanya soalan yang tak terjangka.
"Adik suka pada perempuan bernama Eri tu kan?" tanya lelaki tersebut. Azri terdiam. Tepat sungguh naluri lelaki tersebut. Lelaki itu tersenyum.
"Abang boleh lihat, cara adik tu, mundar-mandir, kalau lihat saja si Eri tu terus diam, kontrol, macho, malu2. Jangan risaulah, normal tu semua." kata lelaki tersebut. Siapakah lelaki ni? Hanya dengan perbuatan Azri, dia tahu apa dalam isi hatinya.
"Abang jenis observant punya orang. Suka sangat lihat gelagat manusia." kata lelaki itu lagi.
"Erm, tapi cinta saya bertepuk sebelah tangan saja. Saya tak berani nak luahkan isi hati saya pada dia." Azri jujur memberitahu. Lelaki tersebut terangguk-angguk.
"Abang paham. Jadi apa yang adik fikirkan?" tanya dia.
"Entahlah. Bingung dah saya ni bang." kata Azri.
"Adik, cinta itu memang fitrah. Tak boleh kita nafikan, tapi kita kena pandai mengurusnya. Setiap wanita di dunia mendambakan seorang lelaki yang boleh menyayangi diri mereka. Namun perasaan wanita amat sukar difahami, pemikiran mereka sangat kompleks. Mereka tak macam kita, keputusan dibuat setelah 100x berfikir. Kita main direct saja, dan berfikir 2-5 kali saja. Adik, wanita sangat sensitif serta empati yang tinggi. Seorang wanita tidak ingin melukakan hati seorang lelaki yang menyintainya. Seorang perempuan akan berasa serba salah terhadap itu. Sebab itulah, perempuan ni kompleks sangat. Janganlah hancurkan hati wanita kerana cinta."
"Adik, sebaik-baik bercinta ialah bernikah. Kalau tak mampu, puasa.Sebab itulah penghalang segala keinginan kita untuk melakukan maksiat. Sabarlah dik, sebab orang yang sabar, ganjarannya sangat tinggi. Fikir2kanlah dik." kata lelaki tersebut.

Azri terpegun, dia tahu, apa maksud yang tersirat dalam kata-kata lelaki tadi.
"Macam mana abang tahu?" tanya Azri.
"Pengalaman mengajar abang. Dan sekarang, kahwin saja dalam fikiran abang." seloroh lelaki tersebut.
"Abang juga menyintai seorang gadis?"
"Yup. Hampir jadi, tapi akhirnya, abang terluka. Mengambil masa yang lama...."

Fahamlah Azri sekarang, dan kini, dia hanya menunggu masa untuk jodohnya, dengan mengisi masa remaja dengan ibadah yang banyak, agar dia mampu untuk menahan perasaannya terhadap Eri.

Kepada yang kemaruk nak bercinta, janganlah luahkan perasaan tersebut kepada orang yang kita sayangi dan minat. Anda mungkin akan terluka dan dia juga akan terluka. Apabila seorang lelaki meluahkan isi hatinya kepada si gadis, hati si gadis akan mula sakit. Diterima atau tidak, hasilnya tetap melukakan hati si gadis.

Si gadis akan berasa serba salah. Dia ingin menjaga perasaan 'the admirer' tersebut sehingga mengabaikan sendiri. Dia tak ingin 'the admirer' itu terluka kerana jawapannya. Lantas dia sendiri akan bingung dan tidak terurus. Dan hatinya mudah sensitif serta terluka.
Apabila diterima, kebahagiaan tidak berkekalan. Sebab pertengkaran akan berlaku pada bila-bila masa saja. Tentunya, di saat hubungan berakhir, hati si gadis akan lebih terluka berbanding lelaki kerana perasaan cinta dan sayang diberi ialah 100%.

Kesimpulannya, fikirkanlah mana satu jalan terbaik untuk membendung perasaan cinta diri kita ini.



AvA - Cerita diatas diolah berdasarkan kisah benar.

Thursday, 31 March 2011

Dia...

Setiap kali dia berkata-kata..
Aku terpukau dengan caranya...

Setiap kali dia ketawa..
Aku tersenyum melihatnya...

Tatkala dia melihatku..
Aku terus tunduk...

Dia terus merenungiku..
Timbul perasaan malu...

Dia senyum melihatku..
Aku terpana melihatnya tersenyum...

Aku teringin bersama dengannya..
Tapi aku takut dia tidak terima...

Aku hanya mampu melihatnya dari jauh..
Melihat senyuman yang menguntum...

Aku hanya mampu doakan dia bahagia..
Bahagia bersama orang yang memiliki dia...

Aku tak mampu berkata-kata cinta..
Kerana hatiku hanya ingin memperisterikan seseorang wanita...

Dia seorang yang baik..
Tapi sayang sekali, aku hanya angin pada pandangan dia...

Moga hati ku menjadi kuat..
Menghadapi dugaan CINTA...

Demi Allah, aku mencintai seseorang kerana-Nya..
Akan ku cuba kerana-Nya
Akan ku berusaha kerana-Nya

Amin.

Thursday, 24 February 2011

Kalau mahu bercinta baik pergi kahwin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kenyang lepas makan nasi. Baik makan sebelum maghrib. Kan3? Tapi lupakan persoalan itu.

FB ialah penyebar segala berita, notes, artikel, dan macam-macam yang boleh anda fikirkan. Namun sejak kebelakangan ini, mesti ada pasal cinta punya. Cinta, cinta, cinta, cinta, cinta. Kalau cinta kepada Allah, aku tak kisah sangat. Kalau cinta kepada ibubapa, siapalah mau halang, tapi ini kisah cinta dengan kekasih.

Kalau sekali sekala aku tak kisah sangat. Tapi ini terlalu kerap. Malahan aku naik muak sudah dengan post2 pasal cinta ini. Sebab itulah aku jarang sudah update entri cinta. Aku tau korang pun muak yer? Hehehe.

Aku bukan marah pasal bercinta. Nasihat bagus, jangan bercouple sebelum kahwin, tak baik. Bagus tu. Tapi kadang-kadang ada cerita cinta, tips-tips bercinta, dan macam-macam lagilah. Naik fed up aku.

Aku nasihatkan, kalau kepingin sangat mahu bercinta, baik pergi kahwin awal. Tanam niat mahu kahwin, kerana Allah. Kahwin supaya dapat kawal nafsu. Kahwin supaya tahu apa erti cinta. Bukan apa, nasihat itu bagus, tapi kalau balik2 bertemakan benda sama, aku jujur katakan, aku malas mahu baca.

Memang ada pengajaran, tapi sebaiknya postlah sesuatu yang lebih berfaedah selain daripada cinta monyet punya tema. Contohnya cinta kepada Allah, rasul, Quran misalnya. Kan baik begitu. Cerita tentang Islam. Tak payahlah cerita balik2 tentang mahu bercinta. Sebab kita sudah tahu, cinta sesama makhluk dihalalkan oleh Islam ialah cinta berkahwin. Kalau bagi tips bercinta, konfom ramai lagi couple baru terhasil. Buat apa begitu.

Sebaiknya cuba post kan ciri-ciri isteri/suami yang baik. Lagi bagus daripada memberi tips bercinta. Tips bercinta tu belakang kira. Yang penting cari suami/isteri yang baik dulu. Aku tak halang bercinta, tapi cintailah seseorang kerana Allah. Lebih baik begitu.

Aku malaslah nak ulas panjang-panjang. Sebab tetap ada punya tu benda. Sebolehnya cuba berhenti dulu. Kalau terlalu banyak notes pasal cinta, andaian aku ialah orang yang mempost itu kemaruk ingin bercinta tapi tak kesampaian. Sorrylah yer. Kadang-kadang ada notes yang aku rasa perlu share maka aku share. Itupun balik2 dah aku update status tentang cinta ini. Jadi takkan tak ada yang ambik tahu kot?

Kesimpulannya, kurangkanlah pasal cerita cinta ini. Memang cinta itu indah, tapi indah lagi mencintai Allah dan rasul-Nya. Daripada cerita pasal cinta sesama makhluk, lagi indah membaca sesuatu yang kita jarang fikirkan.

P/S - Aku update entri pasal kahwin. Bukan cinta yerr. Lalalalala...walaupun sama tapi tetap tidak. :P