Comrades

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

7th Ramadhan 2013

Dah masuk separuh Julai.

Tak lama lagi.

Alhamdulillah, dah berapa hari puasa?

Kalau boleh tak mahu kira. Makin dikira makin cepat.

Tapi tak best pula, nanti tak tau bila 10 malam terakhir. Heh.

Elaun untuk first two months pun dah masuk, alhamdulillah.

Kalau dulu, melantak gua membeli makanan ringan, kali ni, temptation betul membeli barang online.

Itu satu, belum lagi pening memikirkan mau repair tu kereta. Sem depan dah praktikum, insya Allah.

Sekarang puasa, setakat ni makanan-makanan yang ada boleh dihabiskan, gua pun dah berjinak-jinak dengan kurma, sesuatu yang baru sepanjang gua hidup. Bukan apa, dulu tak biasa pun berbuka dengan kurma, sekarang wajib. Heh.

Sekarang ni pun, yang menggoda untuk beriftar tu KFC. Pizza nantilah. Kalau boleh tak mahu libatkan pizza, lebih-lebih lagi berkenderaan. Sangat tak sihat.

Walau bagaimanapun, elaun ini akan digunakan sebaik mungkin, walaupun ada satu/dua keinginan untuk dilaksanakan. Bukan apa, bukan selalu. Heh.

Alasan yang bahaya untuk digunakan.

Kadangkala sesuatu yang kita nampak buruk tu ada baiknya, begitulah sebaliknya.

Tetapi kalau banyak buruk daripada baik, baik tinggalkan.

Gua bukanlah seorang yang fancy terhadap gadget mahal macam handphone canggih.

Tapi keinginan tu ada.

Siapa kata handphone canggih tu tak baik?

Gua akui, teknologi sangat tidak bagus, sebab menjadikan diri kita anti-sosial.

Tetapi disebalik kecanggihan itu, ada banyak benda bermanfaat.

Contoh? Jika terlupa bawa Quran, al-Quran application ada, tapi pastikan yang sahih lagi mutawatir.

News? Asal ada line, online, baca. It's better to read something than being boring.

Apa lagi? Itu ja kot. Hehe.

Banyak aplikasi-aplikasi yang baik, tidak semestinya game saja.

Mungkin bolehlah kalau bosan habis, layan game. Tapi gua prefer layan sesuatu yang bermanfaat, lebih-lebih lagi gua minat semula dengan biologi tahap simple.

Jangan anggap semua teknologi tu tidak bermanfaat, tapi think out of the box macam mana mahu jadikan sesuatu itu berguna dalam jangka masa yang panjang.

Satu lagi, semua familiar Running Man, kan?

Ramai yang tak suka benda ni, dan ramai yang obses (aku minat tapi tak obses, sila faham definisi obses itu).

But one thing I learnt from this show, I've got many ideas in planning activities.

Dalam RM kan banyak aktiviti, kebanyakan aktiviti itu (jika korang tengok awal-awal episod) sebenarnya memberi kita idea bagaimana untuk mengajar budak dalam suasana yang best.

Jadi untuk itu, gua sumbangkan idea dalam English Week, apakah? Wait and see. Kalau ada kelainan, insya Allah idea gua, itu pun kalau diterima.

It's how you think, think out of the box, think uniquely, differently, to make it special.

Panjang bebenor.

Okay, gua malas mahu share pasal how to keep or lose weight semasa bulan puasa.

Pesanan gua hanya satu, jika benar korang nak lose weight, jaga makan, rajin bersenam.

Puasa ini salah satu cara, tapi niat kena betul.

Tiada guna berpuasa, tapi time iftar lantak banyak makanan.

Lainlah kalau memang jenis aktif.

Bah. Nanti ada lagi terlepas sahur, seriusly. Dah dua kali terlepas, kalau boleh memang mahu full sahur saja.

Apa boleh buat, siapa suruh lewat tidur.

Selamat malam!

Tuesday, 26 February 2013

Usaha

"Yeaahhh!!!"

Itulah kali kedua aku kalah dalam perlawanan kompetitif.

Lama tak update blog ni. Heh.

Sejak hari Jumaat, warga IPG Keningau sibuk dengan acara sukan, termasuklah merentas desa.

Tapi pada hari itu pula, batch aku melawat ke SK. Tansau Putatan. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan.

Walaupun pada mulanya kami kurang suka kerana dihadkan aktiviti perjalanan, tapi setibanya di sekolah tersebut, aku tidak rugi.

Yup. Tidak rugi. Why? Sebab banyak benda ku dapat. Apa yang lebih mengagumkan, sekolah tersebut ialah sekolah gred A bahagian luar bandar.

Maaf tiada gambar. Heh. Perjalanan selepas Subuh, ikut jalan Tambunan, memang best. Cumanya, aku memang tidak tahan godaan untuk tidur.

Penat pun tidak, cuma lewat tidur.

Jadi, perjalanan pulang balik sahaja. Best jugalah, dapat juga berjalan di Suria Sabah untuk kali kedua. Maaf, aku anak kampung. Heh.

Pada hari Sabtu pula, acara merentas desa telah dijalankan. Aku pada mulanya tiada motivasi langsung, sebab rakan-rakanku semua malas-malas.

Ya, terpengaruh dengan rakan, hanya pada awalnya. Tapi eventually, aku kata pada diriku "Sudah kurang banyak, sudah jadi sihat, kenapa tidak buat bersungguh-sungguh?"

Jadi, aku cabar diriku untuk teruskan berlari, walaupun akhirnya tetap diangkut. Heh.

Tapi memang, kalau mahu berusaha, buat betul-betul. Kalau asyik merungut, sampai bila pun tidak berubah. Malas pun, tidak berubah.

Tapi, agak down juga. Rupanya kurang pemenang untuk batallion sukan kami. Aku pun rasa bersalah kerana tidak menghabiskan larian yang jaraknya tinggal 1-2 km lagi.

Jadi, tahun depan insya Allah azam untuk habiskan larian. Kalau boleh dapat nombor. Heh.

Bukan apa, kadangkala kita ini belum cuba sesuatu sudah menyerah. Macam manalah Allah mahu bagi kalau tidak buat betul-betul.

Gambar ramai-ramai.
Tidak apa. Mungkin tahun ini, peningkatan itu tidaklah ketara tapi aku rasa best sebab dapat buat sebaik mungkin, cuma rasa down sebab tidak berusaha lebih.

Bermula petang semalam, karnival sukan IPG telah diadakan. Petang semalam permainan bola sepak yang berlangsung, tenis dan mungkin ada lagi. Aku bukan tidak mahu main, tapi kaki ku tidak berada dalam keadaan baik, lebih-lebih lagi pada malamnya aku bermain dalam pertandingan badminton.

Tapi memang mengagumkan, sebab pasukan Mat Salleh hanya 1 menang dan 1 seri, di tempat kedua di belakang pasukan Monsopiad. Apa tidak, pasukan biru tu banyak star dorang. Mudah-mudahan menang lagi untuk menjadi juara.

Jadi, pada malamnya, acara badminton bermula. Memang sukan favourite sejak kecil, sebab asyik main dengan abah, jadi memang bersemangatlah memberi sokongan dan memikirkan strategi sebab aku berada di kumpulan B untuk acara beregu.

Aku down, sebab team aku kalah. Ya, kekurangan yang amat ketara sebab partner ku dalam keadaan yang tidak sihat dan juga kurang training. Aku tak salahkan dia sebab aku faham, aku perlu bantu dia. Bukan menyalahkan dia.

Memang banyak mistakes, lebih-lebih lagi aku belum mahir untuk backhand smash, kawalan bola dan banyak lagi. Cuma rasa down tu kurang sikit saja sebab kami berjaya menang first set dan bagi tekanan kepada mereka serta menyukarkan mereka untuk masuk ke pusingan seterusnya.

Adakah aku tidak berusaha? Yes tetapi tidak cukup. Partner ku kata he had done his best, tapi untuk aku "I'm not doing my best".

Kalau benar berusaha, hasilnya pasti berbeza, mungkin kalah, atau mungkin deuce. Tapi aku sedar, usahaku kurang, sebab tu tak menang, tapi mungkin Allah sengaja tak bagi menang, supaya teammate lain tu tidak penat. Yalah, kan dah pukul 11 malam. Ada hikmah semua tu.

Tidak apalah, Walaupun aku jenis sukar terima kekalahan, dan ini merupakan kekalahan kedua dalam perlawanan kompetitif. Jadi, insya Allah next time pasti berusaha lagi.

Mungkin korang kata aku ni terlalu serius. Yes I am, sebab kalau dulu, aku kurang bersaing, macam apa yang dapat itu sajalah yang kita ambil.

Tapi sejak beberapa perkara, aku sedar. Allah ada kata, Dia tak akan ubah kalau kita tak ubah sendiri. Sama seperti kita berusaha. Kalau kita sekadar sambil lewa, apakah Dia bagi apa yang kita mahu?

Dan walaupun kita sudah berusaha, tapi ingat mungkin dalam usaha kita itu ada kekurangan. Dalam usaha kita tu, ada sesuatu yang Allah tak suka. Mungkin sebelum itu kita ada buat dosa padaNya, atau pada orang lain. Sebab itu Allah tangguhkan apa yang kita mahu.

Sama seperti konsep masuk syurga walaupun amalnya sikit, seperti seorang pelacur yang memberi minum kepada anjing. Dia berusaha untuk mengenyangkan anjing itu, membantu makhluk Allah yang lain semata-mata kerana Allah. Sebab itu dia masuk syurga.

Dalam usaha pula, pastikan usaha yang kita buat itu selari dengan syariatNya, supaya diterima dan diberi apa yang kita mahu. Memang kadangkala ada orang berusaha sikit dapat banyak. Tapi ingat, kita tidak tahu perancangan Allah. Boleh jadi ianya teguran atau ganjaran atau ujian.

Jadi jangan kecewa kalau tidak berjaya, kita perlu reflect balik diri. Aku tadi reflect balik kenapa aku kalah, padahal persiapan ada, setiap hari training, stamina banyak, jaga makan, tapi disebalik semua itu, kekurangan yang tidak dapat dielakkan, disebabkan kelalaian sendiri.

Usaha itu penting, berusahalah, sikit pun tidak apa asalkan ikhlas. Ingat, orang berusaha sikit dan orang berusaha sambil lewa itu berbeza. Berusaha sikit, tapi bersungguh-sungguh itu lebih baik daripada yang sambil lewa.

Ingat, usaha tanpa doa sangatlah tidak bagus. Walaupun anda berusaha, tapi kalau tiada doa, mungkin anda dapat, tapi kemungkinan besar anda tidak bersyukur langsung. Usaha tanpa doa ibarat orang yang sombong tidak memerlukan bantuan, padahal Allah yang bagi semua.

Adui, cerita panjang. Baiklah, aku mahu rehat, besok ada volleyball match. A must win match. Heh.

#Kalau ada salah, maaf. ^_^

Wednesday, 30 January 2013

Insya Allah

Astaghfirullah, gua makan banyak!

Rajin bebenar gua update blog ni. Heh.

Kali ni mahu cerita penggunaan "Insya Allah", membetulkan persepsi semua orang.

Semalam gua ada minta tolong seorang sahabat, untuk pergi tanya harga untuk tukar string badminton.

Dia jawab "Insya Allah, tapi tak janji."

Gua terus tegur, kalau guna insya Allah, kena bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Bukan tidak mahu buat.

Inilah persepsi orang. Gua kata semua. Ramai orang suka guna kalimah ni ketika diminta hadir atau tolong. Jika ditanya kenapa tak hadir, dia bagi alasan "Kan saya kata insya Allah, bukan tak mau tapi tak janji," or so on.

Suka gua merujuk kembali pengalaman bro Hilal, ketika dia mengalami situasi ini semasa belajar di Jordan dulu. Eh jordankah? Heh. Gua guna bahasa gua lah. Sebab lupa macam mana dia cakap, tapi memang terpahat.

"Assalamualaikum Abu Muaz, saya mahu fotostat ini."
"Waalaikumsalam, insya Allah saya buat."
"Saya benar-benar mahu fotostat."
"Sebutlah insya Allah."
"Saya tak faham."
"Kalau kita mahu buat sesuatu, maka sebutlah insya Allah, sebab kita akan buat bersungguh-sungguh, insya Allah."

Lebih kurang begitu, hehe. Apa tidak, dorang cakap arab lagi. Gua bukan pandai bahasa arab.

Betul, andai kata mahu guna kalimah ini, gunalah betul-betul. Gunalah dengan baik. Kalau ada meeting, guna kalimah ini dengan niat mahu datang meeting tu. Bukan alasan. Nanti seolah-olah kita mengatakan Allah tidak izin, padahal kita yang tak mahu pergi.

Andai kata memang betul-betul tidak dapat, itu lain ceritalah. Sama seperti orang minta tolong, kalau dapat buat betul-betul. Bagitau dia, "Insya Allah aku buat." Haa. Buat betul-betul. Kalau tidak dapat tolong banyak, sikit pun jadilah.

Gua ada ingat satu kisah nabi tentang begini. Inilah masalah kalau otak ni tidak berfungsi untuk ingat baik-baik. Tak apa. Gua ambil dari blog orang, sebab itu ceritanya.

Nabi ditanya oleh 3 orang kafir.

"Siapa itu Ashabul Kahfi?
"Siapa itu Zulkarnain? (bukan Iskandar Zulkarnain)"
"Urusan roh itu apa? Apa tu?"

Nabi terlupa bagitau Insya Allah. Baginda hanya kata akan bagitau besok. Dengan itu, Jibril lambat menyampaikan wahyu.

Sebab itu gunakan kalimah insya Allah ini betul-betul. Jangan setakat cakap, tapi tidak mahu buat. Baik tak payah cakap.

Kalimah suci bukan alasan. Seperti orang buat dosa. Kenapa buat dosa? Dijawab, "Rilek la. Allah tu kan Maha Pengampun. Kau ni."

Gua tampar karang, padan muka.

Gunakanlah kalimah suci itu sebaiknya. Seperti Astaghfirullah, guna baik-baik. Bukan 'astaga', atau seumpamanya.

Dalam Islam, main-main tiada. Separuh-separuh tiada. Bergurau ada, sebab nabi juga bergurau. Tapi...

Baginda bergurau dengan kebenaran. Bukan palsu, bukan mengenakan orang, bukan mengumpat orang, bukan benda kosong.

Faham? Heh.

#Ubahlah persepsi kita, insya Allah.

Kahwin vs Belajar

Isnin lalu ketika dinner, gua dan kawan-kawan gua cerita tentang jodoh.

Sempat juga kitaorang target-target beberapa muslimah, heh. Itu doranglah. Gua sekadar berdiam diri, di samping menyampuk jika perlu.

Sekian lama tidak cerita jodoh, kadangkala terfikir juga pasal benda ni. Tapi gua tekad dalam hati, lagipun teringat pesan abah "Kau belajar dulu, kalau sudah kerja, berduit, baru kau fikir itu."

Ya. Tak salah cerita jodoh, tapi sebenarnya tak baguslah. Bukan tak bagus. Seolah-olah penting sangat jodoh ni.

Dulu gua akui, gualah paling banyak cerita pasal benda ni, malar status boy-girl (jika korang ingat), cerita kahwin, tapi di FB sekarang ni, memang ada gua sentuh juga pasal cintan-cintun ni.

Sebab? Gua rasa meluat tengok orang rindu-rindu, cinta-cinta yang belum pasti.

Okay, kenapa tidak wajar cerita kahwin ni?

Sebab kita ada amanah yang Allah bagi, yang ibu bapa harapkan terbaik daripada anaknya.

Ya, belajar. Utamakan belajar. Itulah gua belajar sejak kebelakangan ni. Belajar itu amanah, peperiksaan itu amanah.

Teringat gua tentang satu perkara yang bro Hilal kata dalam bukunya Fanzuru. Dia ada sentuh pasal belajar itu bukan setakat dunia. Lepas tu ada lagi satu benda, peperiksaan itu amanah, yang mana sejauh mana kita melaksanakan amanah ibu bapa kita.

Kalau tak silaplah. Tapi memang betul.

Tersentak juga gua, selama ni gua anggap benda ni dunia, dunia, dunia. Tapi sebenarnya, jika kita tengok dari sudut berbeza, peperiksaan ini satu amanah besar. Sejauh mana kita telah melaksanakannya.

Kalau result bagus, itu tanda kita belajar dengan baik. Tapi bukan sekadar pada result sahaja, pada benda lain pun wajib ditekankan.

Bukan tak boleh cerita jodoh. Boleh tapi janganlah sampai gosip-gosip, cerita mau target itu ini. Alangkah baiknya kalau kita simpan dan biar Allah saja tau perasaan tu.

Allah lebih mengetahui. Daripada update status atau post atau twit pasal jodoh, bek korang fokus belajar.

Luahlah padaNya, Dia kan pencipta kita. Dia lagi tahu isi hati kita. Jadi, baik bagitau Allah.

Semua orang ada impian mahu jodoh baik-baik, hatta orang jahat sekali pun. Satu hari ada satu titik orang jahat akan berubah. Percayalah.

So, fikir-fikirkan. Apa guna cerita jodoh yang belum diketahui? Kalau sendiri belum berubah ke arah lebih baik? Insya Allah, kalau baik, jodoh baik. Tapi kalau dapat jodoh yang tidak ngam, bukan musibah. Tapi ujian. If you know how to handle it.

Sekian. Belajarlah baik-baik, dunia akhirat tu.

Monday, 21 January 2013

Sihat itu penting

Gua mahu bagi tips. Tips melupakan kekasih lama.

Heh. Fikir sendiri, gua pun tidak tahu macam mana.

Sebenarnya gua mahu bagi tips pasal kesihatan, yakni pasal sihat-sihat, mana boleh gua saja sihat. Kan?

Heh.

Ceritanya begini, semalam gua ke bilik junior untuk bercerita banyak perkara, daripada IPG sehinggalah kepada LISTEN LISTEN.

Then, datanglah roomatenya membawa air kelapa dan mangga. Seriously, ketika tu gua telah mengambil fish oil, di mana gua tidak akan makan apa-apa selepas mengambilnya.

Tapi, untuk melapangkan hati si kawan ni, gua minum juga air kelapa tu, cuma gua kurangkan banyak, sehingga jumlahnya kurang daripada suku. Sebab gua tahu, air kelapa ni telah dicampur gula.

Lepas tu mangga, seriously ini makanan paling gua suka. Kalau lu hidang nasi dan mangga, gua ambil tu mangga.

Manis tu manis. Gua pun berkata, gua gemuk!

Sebenarnya, makan mangga sihat, durian sihat, pisang sihat, semuanya sihat.

Yang tak sihatnya kalau kita makan berlebihan. Berlebihan.

Dalam buah ada kalori, dalam kalori ada? Karbo, gula, protein, lemak (mungkin ada), dan banyak lagi.

Tapi bayangkan kalau kita makan buah terlalu banyak dalam masa satu hari, sudah tentu ada effectnya. Gua tak kata gemuk, tapi effectnya ada.

Ya, bukan sahaja buah, malah benda lain pun kalau boleh jangan berlebihan. Sekadar yang perlu sahaja. Tapi jangan risau, jika ada pendapat mengatakan buah itu tidak menggemukkan, tidak apa. Beritahu. Setiap orang ada pendapat.

Point utama gua di sini ialah berlebihan. Ada seorang sahabat beritahu, dia selalu ambil nasi separuh, tapi lauknya banyak. Mungkin itu caranya.

Gua, kalau lauk itu lebih daripada tiga pasti gua terdetik di hati, kenapalah aku makan banyak, kata mahu sihat.

Kalau nasi lagi terlebih? Heh. Petangnya gua boost up exercise.

Kalau mahu makan berlebihan boleh, tapi kalau mahu sihat, pastikan senaman korang juga melebihi kalori yang korang ambil ketika makan. 2 jam main badminton perseorangan, mungkin membakar 600-800 kalori.

Heh. Kenapalah gua tidak ambil kisah pelajaran biologi dulu, kan bagus.

Air sahaja satu-satu benda yang tiada kalori langsung. Tapi kalau BERLEBIHAN, alamatnya gemuk airlah korang. Heh.

Ini sekadar pandangan gua, jadi kalau ada yang korang rasa tak ngam beritahu atau betulkan. Eh sama saja. Heh.

Bukan apa, gua beritahu korang satu fakta yang jarang orang ambil tahu. Di kedai, makanan-makanan dan minuman-minuman yang sihat, dijual dengan harga mahal. Manakala yang sedap-sedap tetapi mudaratnya banyak murah-murah.

Jadi, kalau korang mahu sihat, mulakan dari sekarang. Tak paksa, tapi menggalakkan. Why? Nanti dah tua makin penat, makin teruk, makin lemah, makin berpenyakit.

At least, menjadi sihat, senang beribadah kepadaNya, dapat bantu orang, tidaklah nanti mencari ubat, mengeluarkan wang banyak, semata-mata mahu mencegah penyakit.

Gua ada kawan yang hypertension, gua kesian dengan dia. Jadi gua juga akan sedaya upaya membantu dia, lebih-lebih lagi dia tu orang penting. Syukurlah, dia kini mahu membina muscle, walaupun gua sarankan kurangkan lemak di badan supaya hypertensionnya berkurang, dan musclenya kelihatan.

Kesihatan penting, nabi tak pernah sakit ketika baginda masih hidup, kecuali ketika di akhir hayatnya. Jadi, takkanlah kita tak mahu jaga kesihatan?

Lagi satu, kalau makan biarlah berpada. Ya, memang tidak apa makan banyak, makan mahal-mahal. Duit sendiri tanggung. Gua juga kadangkala makan banyak, tapi jangan selalu.

Sekali sekala tidak apa. Manusia kan, nafsu tu tinggi. Hehe.

Besederhanalah. Insya Allah, ada manfaatnya.

Gua dah beritahukan tips-tips menguruskan dan menjadi sihat? Rajin-rajinlah baca. Jika anda sedar diri anda itu kurang sihat. Heh.

So, harap ada manfaatnya. Kalau salah sila betulkan. Sebab gua bukan pakar biologi, bukan pakar pemakanan, bukan pakar badan-badan, bukan pakar semua tu. Yang gua tahu, apa yang baik gua share, sekadar pendapat. Wallahualam.

Friday, 11 January 2013

Permudahkan yang susah

"Bro, aku tak hafal doa qunut, macam mana nak solat subuh?"

"Kak, saya takde bawa telukung, susahlah nak solat."

"Bro, time tahiyat akhir tadi, aku duduk style antara dua sujud, sempitlah. Boleh ke bro?"

"Bro, tadi aku lupa lafaz niat solat, aku niat dalam hati je. Boleh ke?"

Gua bukanlah orang yang pakar agama, pakar hukum, sekadar tahu basic untuk solat-solat ni, alhamdulillah.

Tapi setakat gua belajar, semua keadaan di atas ini, boleh solat dan sah solat selagi mana syarat solat itu dipenuhi.

Kebanyakan kita sekarang telah mula terbit rasa insaf, maka mulalah cari ilmuwan agama untuk minta nasihat, kadangkala kita ini terlalu malu.

Gua dulu begitu, jahil. Tengok style orang solat je. Tengok orang membalikkan tangan ketika mengucap salam, gua pun ikut je. Sehingga gua ditegur oleh bapa gua sendiri.

Lepas tu, ikut sedap hati pula angkat takbir setiap kali bangun daripada sujud ke qiam. Dah kena tegur oleh ustaz.

Itu gua dulu. Tapi alhamdulillah, sekarang gua dah tidak buat lagi benda begitu.

Dear readers, kalau korang menghadapi masalah begitu di atas, jangan risau. Teruskan solat.

Paling popular ialah solat subuh, gua dulu hafal mau mampus doa qunut ni kerana mau lulus PAFA, nasiblah gua bebudak time tu.

Namun, setelah gua terbaca sebuah artikel, sebenarnya doa qunut ini tak wajib pun, kalau tinggal, disunatkan sujud sahwi je. Kalau tak buat pun qunut mahupun sujud sahwi tu, tetap sah solat subuh.

Tapi heran gua ada orang tuduh mereka yang kata qunut itu tidak wajib WAHABI. Ya, gua akui ada orang kata qunut itu bidaah. Gua rasa itu pelik. Bidaah apa kalau nabi pernah buat, kan?

Lepas tu, lafaz solat. Memang dulu gua berabis menghafal semua tu, manalah tau kan, setakat ikut apa yang dalam PAFA. Tapi setelah terbaca sebuah buku, lafaz niat tu tak wajib pun, tapi gua tetap masih ingat lafaznya. Cuma tidak lagi dipraktikkan setelah diberitahu niat itu dari hati ja.

Mudah bukan? Tak perlu hafal panjang-panjang, cukup niat di hati.

Qunut tu bukanlah tak perlu hafal, sebaiknya hafal. Siapa tahu ada orang terlalu fanatik mazhab, nanti dihentam macam-macam. Padahal Imam Syafie pun kata sunat qunut, bukan wajib. Kalau korang baca sejarah, Imam Syafie pernah tidak baca doa qunut solat subuh bersama pengikut Imam Abu Hanifah (betulkan jika salah), dan menjadi imam solat subuh kepada Imam Malik serta tidak baca doa qunut. Kenapa? Dia menghormati mazhab-mazhab tersebut.

Jadi, kalau lu risau tak hafal doa qunut, teruskan saja solat. Nabi tak kata pun qunut ini wajib, sila rujuk kitab. Ada tu dia kata qunut itu tidak wajib, dan nabi pernah menyertakan doa qunut dalam solat fardhu selama sebulan, iaitu qunut nazilah.

Tentang telekung, janganlah risau. Pernah dengar tak orang luar negara yang muslim pakai telekung? Sebab itu diwajibkan melabuhkan tudung dan pakaian, agar senang mahu solat. Ini tidak, bagi alasan tak mau solat sebab tiada telekung, aurat tak buka. Siapa suruh sexy sangat.

Pakai labuh-labuh, cukup dapat nampak muka dan tangan sahaja. Cukup, berwudhu', hadap kiblat dan solat. Pastikan bersih. Sah solat. Insya Allah.

Tentang duduk iftirasy, iaitu duduk tahiyat terakhir. Jangan risau, mana-mana pun boleh. Jangan bikin orang bingung, nanti ramailah bertanya-tanya, kaki saya sakit, macam mana nak duduk begitu.

Duduk cara bagaimanapun tetap sah melainkan duduk cara binatang duduk, itu haram. Imam Syafie saja yang duduk iftirasy ketika tahiyat akhir, manakala imam lain duduk tawarruk. Tapi solat tetap sah, dan mana-mana pun betul.

Ada lagi, perletakan tangan ketika qiam. Ini popular sebenarnya. Ada orang di dada, atas pusat, dan bawa pusat. Setakat ini gua belum jumpa orang yang meluruskan tangannya disisi ketika qiam. Belum ada. Tapi jangan risau, mana-manapun betul kecuali cara yahudi. Sila lihat cara yahudi dan juga syiah sembahyang. Jangan terpengaruh.

Semua yang berlaku ada khilafnya, sebab ada sebahagian ulama jumpa hadis itu, ada jumpa hadis ini. Jadi, yang penting rajin belajar, kaji dan faham. Kalau dah ok, amal. Kalau ada orang tanya, jawab bagus-bagus. Insya Allah ok.

Tak susah nak solat ini, tak perlu nak ikut terus, dan paling penting jangan terlalu taksub. Cukuplah sekadar yang mampu, apa yang penting, takbir, suratul fatihah, rukuk, iktidal, tokmaninah, sujud betul, duduk betul dan tahiyat akhir.

Pernah ada seorang bertanya kenapa iqamat subuh dilewatkan, dia bertanya bukan sebab apa, sekadar ingin tahu. Yalah, itu soalan yang gua rasa bagus juga, sebab ada orang kalau tanya tentang sesuatu yang tak ngam, mesti mengamuk.

Seorang sahabat ini berkata, untuk meramaikan jemaah subuh. Dia tanya lagi, tidak terlalu lewatkah? Sebab pukul 5 azan subuh, 5.30 baru iqamat.

Ketika itu gua tolong sahabat itu jawab, ramai yang rasa lucu tapi sebenarnya memang benar. Dibolehkan lewat iqamat bagi solat subuh bagi memberi pelunag orang untuk mandi junub sebelum datang ke masjid.

Lucu bukan? Sebenarnya, itu antara point yang gua dengar dari ustaz gua mengenai ini dalam tazkirah beliau. Malah dalam buku ustaz Hasrizal pun ada sebut penduduk Turki melewatkan subuh, sebab satunya, mereka bermazhab Hanafi.

Ini fakta betul, gua tidak memain, serius. Mazhab Hanafi melewatkan subuh, sehingga subuh hampir habis baru mereka iqamat dan solat.

Haaa. Bagi kes yang selalu kekurangan jemaah, mungkin bolehlah guna pendapat ini, supaya lebih ramai jemaah.

Dan kalau boleh, jangan terlalu ikut mazhab saja sehingga membuang pandangan orang lain, contohnya Imam Syafie suka qunut, maka kita pun berhempas pulas menghafalnya dalam waktu yang singkat. Padahal pendapat lain tiada qunut pun tidak apa. Ambil yang mudah saja, di samping menghafal qunut itu secara berperingkat. Nanti jadi imam, senanglah nak baca. Kan?

Jadi rasanya itu saja, maaflah gua tiada link atau sumber, tapi silalah rajinkan diri membaca di internet yang sumbernya sahih, ke masjid dengar tazkirah dan cari buku mengenai panduan solat.

Karangan buku itu, seorang alim bernama Ibnu Qayyum al Jauziah kalau tak silap. Ada tu, Panduan Solat mengikut Sunnah Nabi, bapa gua beli jadi gua bacalah. Rupanya banyak benda yang kita rasa tak perlu itu sebenarnya sunnnah manakala yang kita rasa perlu itu bukan sunnah.

Jadi, gua mohon maaf banyak-banyak sebab tak sertakan sumber. Tapi gua sekadar berkongsi ilmu mengenai hal-hal ini, yalah. Gua tidak berapa ingat buku apa, tapi ingat siapa sebut macam tu.

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan ampuni dosa kita semua. Amin.

Monday, 9 January 2012

Indahnya Iman

Assalamualaikum,

Hujan turun, Allah beri rahmatNya yang luas. Aku ada terbaca satu artikel mengenai hujan di mana, berdoa pada waktu hujan memang mustajab sebab ketika itu pintu rahmatNya terbuka luas. Betul atau tidak, bukan jadi persoalan. Yang jadi persoalan ialah berapa kerap kita berdoa.

Tadi di masjid bersama pelatih guru yang baru - Guru Sandaran Tidak Terlatih - mendengar ceramah Ustaz Sobri. Memang sudah jadi lumrah untuk MPPB, bukan, untuk tiap selepas solat maghrib, ada saja ceramah-ceramah yang bermanfaat untuk para jemaah. Alhamdulillah, ada kekuatan juga akhirnya untuk menghadirkan diri bersama rakan seakidah yang lain.

Walaupun bilangan muslimin GSTT tidak ramai, haraplah mereka akan sentiasa memenuhi masjid. Muka-muka baru juga muncul di masjid, alhamdulillah, Allah telah beri petunjuk juga akhirnya kepada mereka.

Iman manusia sentiasa berubah-rubah, seperti selalu kita dengar, manusia bukan malaikat, walaupun demikian, kita semua makhluk Allah yang Maha Esa. Kan?

Tadi di kelas bercerita dengan rakan mengenai beruntungnya mereka yang tidak pernah rasa apa itu IMAN dan apa itu ISLAM, dapat merasai kemanisannya sejurus mendapat petunjuk daripada-Nya. Masya Allah, memang aku tak boleh bayangkan. Sehingga kawanku kata andai dia mati hidup balik, dia ingin try hidup tanpa kedua benda itu, dan ingin merasainya apabila setelah diberi petunjuk.

Pendapat aku, beberapa orang yang merasai nikmat IMAN dan ISLAM sebenar ialah mereka yang banyak buat dosa, mendapat petunjuk daripada Allah. Kedua, mereka yang sentiasa takutkan Allah dan sentiasa mencari redha-Nya dan terakhir, mereka yang tidak tahu Islam 100%. Siapa itu? Mereka yang lahir sebagai bukan Islam, setelah mendapat kebenaran, akhirnya memilih untuk menjadi muslim, kata nama lain, mualaf.

Walaupun demikian, haruslah kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam sebab indahnya iman dan manisnya Islam. Namun, lihat saja keadaan sekarang ini, Islam dipermainkan. Malahan yang paling teruk ialah memaki saudara seagama sendiri. UAI buat baik, korang senang-senang je maki dia. Dia mahu anak muda rasa iman dan Islam, korang pula tak puas hati tuduh macam-macam. Adakah patut.

Memang tiap manusia tidak akan lari daripada ujian, dan cabaran ini sentiasa datang walaupun kecil dan kita pastinya tak sedar bahawa kita sedang diuji oleh Allah. Semakin tinggi ujian itu, semakin tinggi kesakitan, semakin tinggi darjat kita di sisiNya. Namun demikian, ada juga orang yang diberi ujian, tapi merungut maut macamlah dunia ini dah nak kiamat. Pergh, apaitu.

Orang sebegini kurang bersyukur terhadapNya sebab itu merasakan ujian itu satu kesusahan yang melanda, padahal kalau bagi orang yang beriman, ujian itu satu cabaran untuk sentiasa bergantung kepada Allah S.W.T. Jauh beza kan?

Memang susah untuk mencari nikmat tersebut, namun demikian, semakin kita terluka mencari kenikmatan Islam, janganlah berputus asa. Itulah jalan yang benar kita lalui. Tuan Baharom - Timbalan Pengarah IPG - pernah kata, jika terluka, menangis dan sedih, jangan risau, itulah jalan yang betul kita lalui.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - Az-Zumar 53

Memang susah, demikian kita sering mendengar berita, gejala murtad, Islam difitnah, dan macam-macam lagi. Namun Allah itu Maha Adil, di saat itu Dia beri petunjuk kepada mereka yang tak pernah tahu apa itu Islam yang sebenar. Demikianlah kuasaNya, siapa kita untuk melawanNya?

Jangan kita takut menghadapi cabaran, tapi takutlah kepada Allah, kesalilah dosa-dosa yang lalu. Insya Allah, hidup kita pasti tenang saja, walaupun dengan ujian yang melanda.

Apapun, aku berharap kita semua mampu menghadapi hari-hari yang hanya Allah saja Maha Mengetahui keadaannya, dengan kesyukuran, ketabahan dan ketenangan. Indahnya hidup, jika diisi dengan iman yang sebenar.

Kesimpulannya, La Tahzan everyone. Setiap berlaku ada hikmahnya, walaupun ianya perkara kecil.

Pae - Okay, ISL mode, activated.