Comrades

Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Bisvit Selimut 20

Al melabuhkan punggung di rumput kering. Dia termengah-mengah. Beberapa orang yang lain pun turut serta, sambil membuka but bola.
"Aliff, ok ke?" Jay menepuk bahu Al. Al cuma mengangguk, semput tahap giga, entah dah berapa kurun tidak berlari di padang bola sepak.

"Inilah training Al, kau kena fit kalau nak main. Main buruk tidak apa, yang penting tahu basic, dan stamina kena kuat." Ikmal di sebelah Jay sekadar menambah. Al berfikir dalam.

"Lama dah tak training, time di kampung lama dulu selalu main, main style kampunglah. Dah pindah ke bandar, perasaan malas terus datang. Hehh." Al tersengih sambil meraup mukanya yang berpeluh. Dia bukanlah gemuk untuk tidak fit, tapi tiada latihan menyebabkan stamina turun. Untuk dapatkan balik stamina tu, sekurang-kurangnya sebulan kena training. Tapi yang tidak best, dua minggu cuti pun dah boleh hilangkan usaha sebulan tu.

"Alaa. Rajin-rajinlah keluar. Kalau ada masa, call jer aku. Kita main ngan geng-geng aku." Jay sekadar memberi pendapat. Al sekadar tersenyum.

"Tapi seriously Aliff, kau ada potensi nak jadi pelapis untuk pasukan kita. Cuma, rajin-rajin sikitlah turun." Danish menambah, Al pula masih lagi tersenyum. Memang sebelum ni dia rajin turun, tapi sejak ada geng berdota, menjadi malaslah dia. Tadi, keputusan untuk turun bermain itu ternyata tidak sia-sia, lebih-lebih lagi ada coach untuk guide.

Al memandang ke langit, berfikir dalam. Dalam hati, hanya Allah saja faham perasaannya sekarang. 'Maybe this is the best way to forget all sadness, confusion, and something that bothers me a lot.'

Teringat kata-kata seorang gamer, Daniil 'Dendi' Ishutin - One way to forget about pain is to do something you will be in completely.

'Insya Allah, istiqamah.' hati Al bermonolog.

* * * * *

Rin termenung membaca quote tersebut. Walaupun ia datang dari seorang gamer terkenal, tapi apa yang baik itu diambil.

"One way to forget about pain is to do something you will be in completely." Rin menuturkan ayat tersebut.

'It's not easy, but yet it's not difficult. The most important thing is to be istiqamah, consistent.'

Kata-kata Jiji sekali lagi muncul di fikiran Rin.

'Ya Allah, kuatkan hatiku untuk menghadapi dugaanMu, kuatkan hatiku untuk berubah.' doa Rin dalam hati.

Tanpa disedari, air mata Rin gugur. Untuk berubah, bukannya mudah, tapi yang susahlah yang sangat best.

Isn't it? :)

Sunday, 3 August 2014

Bisvit Selimut 19

Samsung S3 dicapai, ditekan punat sebelah kiri bahagian atas, bunyi berdentum ditelinga. Earphone dicucuk supaya kedengaran bass drum dan bass guitar. Lagu Assassin berkumandang ditelinga Al. Sambil-sambil itu dia membaca sebuah novel, pemberian dari adik sepupu dia. Dahi berkerut membaca baris-baris ayat, sambil cuba untuk menghayati cerita tersebut. Kaki Al pula mengikut rentak lagu, kalau dia dah dengar lagu kegemaran, teriak 10 Octaf pun rasanya Al masih lagi tidak ambil peduli.
Dia meraup mukanya, meletakkan novel di meja. Sambil kepalanya bekerja, menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lagu lain pula berdentum di telinga, Map Of The Problematique dari kumpulan Muse. Tapi fokusnya lebih kepada sesuatu.

"Al!" bahunya ditepuk kuat. Al sedikit terkejut, lantas dia menoleh. Azri, Ben dan K dibelakangnya.

"Hoi, aku panggil kau dua ratus kali tau tak? Masih juga ke tak dengar?" Azri duduk di birai katil. Ben pula mengangguk-angguk. K pula entah sedang buat apa di mejanya sejurus selepas masuk ke bilik.

"Sorry bro, lagu ni best sangat. Apahal?"

"Dota jom!" serentak Ben dan Azri, K pula sudah siap sedia untuk mengemas laptopnya, untuk berdota.

Al tidak segera membalas, dia seperti berfikir sesuatu.

"I don't feel like it." Al tersenyum hambar, sambil mengeluh halus, lalu memusingkan badannya semula untuk menghadap novel tersebut.

Ben dan Azri saling berpandangan, K pula terdiam tanpa kata-kata. Inilah first time, Al yang gila Dota menolak untuk bermain!

* * * * *

Rin membuka laptopnya. Setelah berhempas pulas menyiapkan RPH untuk keesokan hari, akhirnya segalanya sudah siap. Dia berkira untuk layan FB sebentar, sebelum menyambung untuk melayan assignment. Tidur lewat lagilah jawapannya malam ni.

Skrol ke bawah, kebanyakan kawan dia mengupload foto kahwin, Rin tersenyum sendiri. Alangkah bestnya dorang dah kahwin, dah boleh bermanja dengan lelaki bernama suami. Lantas dia skrol ke bawah lagi dan ternampak status sepupu lelaki dia 'Wahai cuti, kenapalah cepat habis, belum puas untuk bermanja dengan isteri.'

Rin membuat muka seperti mau muntah, lantas dia menaip sesuatu di status sepupunya tersebut 'pffffft.'

"Hoi!" Adi menyergah dari belakang. Rin terkejut lalu menyelekeh kepala Adi.

"Kau tak boleh ke bagi salam kalau nak masuk bilik?" Rin duduk semula. Adi ketawa terkekeh-kekeh.

"Maaflah, I can't resist from distrubing you." ujar Adi yang kini berdiri di belakang Rin.

"Tsk." Rin melayan FB semula. "Adi, tengok kawan-kawan aku. Ramai dah kahwin. Bestnyer dorang."

Adi melihat skrin tersebut. Dia tersenyum tawar, "Dah jodoh, parents dorang pun sporting, lagipun dorang semua dah kerja."

"Kan best kalau dapat laki yang dah kerja, boleh minta kahwin, boleh manja-manja, boleh peluk-peluk.."

Paap! Kepala Rin diketuk oleh Adi.

"Berangan ke cik adik? Kita masih belajar la."

"Bukan salah pun. Ada je orang kahwin sambil belajar." Rin cuba pertahankan pendapat dia.

"Itu dorang, baik kau fikir belajar dulu Rin. Tolong parents kau dulu."

Rin diam, bebisik di hati 'nak tolong apanya? Dorang kan banyak duit.'

"Aku pun nak kahwin juga, tapi..siapalah nak aku ni. Aku tak macam kau, cantik, genius, dah tu hobi kau semua berkenan dengan kebanyakan lelaki. Game, dota, lagu, jamming, sukan. Aku apa ada? Tiada. Lagi-lagi family aku bukannya orang kaya pun, entah-entah memang tak nak orang pandang.

Rin terdiam. Dalam hati dia rasa bersalah. Dia tahu Adi bukannya datang dari keluarga senang, sebab itu emosi sikit. Tapi walaupun Adi kata begitu, Adi seorang yang cantik, malah Rin sendiri mengagumi kecantikan Adi. Malah berseri-seri, tapi tidak pula dia nampak Adi tu pakai alat solek tahap giga, tapi apa yang dia sedar kecantikan Adi tu natural.

'Kalau kita selalu berwudhu, insya Allah muka kita berseri-seri, sudahlah free, dapat pahala lagi, dah tu Allah sayang kita, malaikat pun selalu dekat kita. Itulah salah satu kelebihan wudhu.'

Teringat Rin dengan kata-kata Jiji semasa mendengar tazkirah ketika usrah bersama-sama muslimah yang lain.

'Allah sebenarnya sayang kita, tak kiralah kita ni jahat atau tidak. Walaupun orang kata kita jahat, tapi Allah lebih tahu, sebab tu jangan takut orang judge kita walaupun kita ni buat baik. Kita buat baik kerana Allah, bukan buat baik sebab ingin nampak baik.'

'Lagi satu, janganlah bersedih sekiranya musibah menimpa kita. Itu tanda Allah sayang kita dan Allah tegur kita. Sebab tu dia bagi kita rasa sedih, bukan nak zalim, tapi supaya kita kembali kepadaNya. Ingatlah, walaupun kita kehilangan sesiapa di dunia ni, yakinlah Allah ada. Berdoalah kepadaNya, insya Allah kesedihan yang kita alami itu akan hilang sedikit demi sedikit.'

"Adi, janganlah sedih. Insya Allah ada jodoh kau tu, yakinlah." Rin cuba memberi semangat. Adi memandang Rin, lama.

"Doakan aku kahwin dengan lelaki macam Aaron Aziz boleh?"

Paaap. Bantal hinggap di kepala. Adi terus ketawa terkekeh-kekeh. Dalam kesedihan, dia masih boleh bergurau.

"Tak guna kau, baru nak sentimental, ada je lawak kau."

Adi terus cubit pipi Rin, membuatkan Rin berteriak. Lantas berlaku adegan kejar-mengejar di koridor asrama mereka.

(bersambung...)

Sunday, 1 June 2014

Bisvit Selimut 18

Just in case korang lupa

Rin - Nur Fazreena
Jiji - Katrina Jeane
Adi - Diana Natasha
Ain - Ain Farisya
Ika - Diana Syafiqah
Sarah

Aliff Danial - Al
Zakry - K
Azri - Azri/Ava
Benjamin - Ben
Lee
Andy
Kiko

"Ramai geng aku yang dah kahwin."

"Same, padahal dorang masih muda lagi. Even my cousin, Sarah dah kahwin." teringat balik dia pasal Sarah, sepupu merangkap kakak yang sangat memahami dia.

"Kau bila?"

"Hehh. Sabarlah bro."

* * *

"Recruiting Dota 2 team?" Rin membaca message di FB. Seriously Kiko dan Lee?

Rin mencapai telefon, mendail nombor lalu menunggu orang sebelah sana angkat.

"Kau biar betul?" Tanpa beri salam, Rin terus interrogate umpama seorang heartless detektif.

"Apa yang betul?"

"Yang kau sent message dekat aku tu?"

"Team Dota 2? Betul la tu."

"Apa role?"

"Carry."

Rin tersenyum, it's gonna be awesome!

* * *

"Rin." Jiji muncul di muka pintu, Rin pula tengah mengemas bilik, semester baru dah mula, padahal baru rasanya semalam tu habis exam.

"Jiji." Rin tersenyum melihat Jiji. "Masuklah, maaflah. Bilik ni bersepah sikit." ujar dia sambil tersengih kerang busuk.

"Aik? Sejak bila ada gitar ni?" Jiji terpandang berwarna putih - lead guitar jenama Fender.

"Dah lama beli tu, saja nak bawa sini jamming sakan dengan Adi. Taulah, Adi kan great singer yang menyumbangkan suara." selamba saja Rin ujar, tanpa disedari Adi berada di belakang Jiji.

"Hoi. Kutuk aku eh?"

Rin dan Jiji terus menoleh ke arah tuan empunya suara. "ADIIIIIII!!!"

* * *

Maka lagu Muse - New Born berlagu di bilik Rin dan Adi. Rin pun hairan sejak bila Adi minat Muse, diingat balik Adi bukannya jenis layan lagu rock.

"Weh, kau ada gitar tak?"

"Ada dekat rumah. Why?"

"Bawa ek next sem, kita jamming lagu Muse dekat bilik. Time cuti ni aku nak belajar main gitar."

Penangan lagu Muse yang super energetic, walaupun genre muzik Rin tu variety, tapi dia lebih suka lagu yang membuat dia high atau bertenaga, but still layan lagu Blink 182.

Wednesday, 12 February 2014

Bisvit Selimut - 17

"Suka betul kau dengar lagu-lagu macam ni." Adi mencabut earfon dari telinga, melihat Rin yang sedang seronok layan Metal Gear Rising Revengeance.

"We're different tho." ujar Rin pendek. Adi mengangguk. People, different taste.

"Tapi kadang-kadang, ada juga yang pertikaikan minat aku." sambung Rin, Adi mengangkat kening sebelah.

"Pertikaikan? Apsal?" mereka berdua memandang laptop Rin, dengan penuh aksi Rin mencantas dan memotong musuhnya dalam game tersebut.

"Entah. Dorang kata lagu aku ni peliklah, mengarutlah, takde feeling langsung nak dengar." Adi berfikir dalam, Rin pula menekan tetikus dan keyboard.

"For me, I listen to music bukan sebab nak nyanyi semata-mata. People, dorang fikir muzik itu hanya untuk nyanyi, not for art." Rin menekan butang 'ESC', mengambil bisvit selimut di meja lalu memakannya.

"Aku hairanlah, kenapa orang nak judge minat aku, terutamanya muzik. Aku memang layan banyak lagu - English mostly, Indon, Malay, Hindi, Jepun, Korea. Tapi kalau dari segi minat, memang epic muzik sentiasa di telinga. Immediate Music, Two Steps From Hell, Audiomachine, E.S Posthumus, Blue Stahli, Celldweller, banyak lagi. Lagu metal pun aku layan, System of a Down, KORN, Nirvana. Aku tak pernah pun nak judge minat orang, sebab Allah ciptakan kita berbeza kan?" Rin memandang ke arah Adi, menghabiskan bisvit selimut sebelum duduk di sebelahnya.

"Well, manusia. Memang selalu nak cakap-cakap pasal yang dorang tak rasa sesuai di mata dorang." Adi sekadar mengiakan.

"Bukan aku layan lagu yang heavy, gila atau yang gila-gila. Bukan aku layan lagu kerohanian non-muslim, bukan aku layan lagu iluminati, bukan aku layan lagu atheist, bukan aku layan lagu yang tak bagus. Aku layan lagu yang aku rasa best jer pun. Entahlah. Aku boleh terima orang layan lagu Korea, tapi dorang pula mengata minat aku terhadap epic muzik ni sesuatu yang pelik dan mengarut." Rin berbaring di katil, Adi masih lagi jadi pendengar setia.

"It's their mindset Rin. Biasalah tu. People tak kenal sangat kita. Kalau tak kenal, maka dorang rasa apa yang kita minat lain daripada yang lain itu pelik. Jadi di situ dorang terus anggap kita ni pelik."

Rin mengangguk. Betul apa yang Adi kata. Minat benda pelik, terus dicop bukan-bukan. Tak payah pergi jauh, dia sendiri jadi contoh dan mangsa kepada perspektif orang lain. Perempuan, tapi gamer tahap giga macam lelaki - Dota 2, Assassin Creed, Battlefield, Medal of Honor - terus dicop bukan-bukan.

"Biarlah dorang Rin, kau jangan fikir sangat. Manusia memang macam tu, ada saja yang tak kena di mata dorang. Kita pun kadangkala buat begitu, jadi kena banyak muhasabah diri. Muzik is okay dalam Islam, as long kau tak lalai atau layan lagu yang buat kau jadi bukan-bukan." Adi cuba untuk menjernihkan kekusutan yang melanda Rin.

"Thanks Adi. Now aku rasa okay sikit. Memang sakit jugalah ada orang pertikaikan benda macam tu. Macamlah aku layan lagu sampai tak ingat akhirat."

"Sabar jerr. Dah. Jom kita dengar lagu aku pula."

Adi menyambungkan speaker Rin dengan handphonenya, ditekan-tekan keypad untuk mencari lagu.

"Hritik Roshan! Awww."

Ek Paal Ka Jeena berkumandang di bilik. Mereka berdua spontaneously menari ikut lagu.

"Buang tabiat ke!" teriak Ain yang memasuki bilik mereka. Rin dan Adi sekadar senyum kambing.

Last-last.. tiga-tiga juga menari.

#Blub

(bersambung...)

Tuesday, 14 January 2014

Bisvit Selimut 16

"Fulamakk. K, all these are very rare bro!"

"Oh man! Level 70? Seriously?"

"Biasa je ni."

"Weh kau ni belajar jugak ke di tempat lama?"

"Belajarlah. Tapi most of the time aku main ni benda."

"Seriously mate, confirm boleh masuk team kitorang."

"Team? Tapi kurang satu."

"Boleh tambah," Azri melihat skrin laptop. "Aku kenal seorang gamer dulu sebelum masuk sini. Dia kata ada member dia ni kaki game, dota pun dilayan. Cuma tak tahu apa role dia."

"Kalau begitu, boleh recruit dia kot? Al jadi captain, K jadi midlaner, kau dan aku jadi support atau offlaner, yang last member tu aku harap dia dapat jadi super hard carry." Ben memberi cadangan.

"Ok juga tu," K menggosok-gosok dagunya. "Lagi pun team aku dah bubar. Well, semua fokus kepada karier baru."

"Karier baru? Takkan kau anggap gamer ni macam pekerjaan profesional pula?" Azri mengerutkan kening.

"Well, di negara lain macam Singapore, gamers juga salah satu karier yang dipilih. Malaysia jerr tidak. Kalau ikutkan hati, nak saja aku pergi negara lain jadi profesional gamer, nasiblah tak jadi." K mengklik 'Watch Game' pada skrin.

"Weh, Dondo the Supamida, it's Dendi bro!" Al menunjuk ke arah skrin. Azri dan Ben terus lekat mata dorang. "K, tengok game dorang."

K, Al, Azri dan Ben semua melihat Dendi main sebagai Legion Commander dengan kekaguman yang tinggi.

"Aku betul nak masuk competitive tournament." Al bersuara memecahkan kesunyian. K, Azri dan Ben mengangguk.

K, seorang hard gamer yang popular di alam maya, terutamanya dalam game Dota 2. Dia sebenarnya berniat untuk menjadi seorang profesional gamer dengan kawan-kawannya yang lain tetapi disebabkan minat mereka terhadap games sudah berkurangan, maka mereka akhirnya meninggalkan K. Minat K terhadap Dota dah capai level 99 dan Dota profile dia adalah yang tertinggi di antara mereka berempat - 70. Peranan dia dalam team adalah sebagai mid-laner (you prefer it as a semi-carry).  Hero signature dia adalah QoP, Templar Assassin, Puck, Shadow Fiend dan Pudge.

Al juga seorang gamer jenis variasi. Dota 2, DotA, Half-Life, L4D2, Fifa, Football Manager, Splinter Cell semuanya dilayan, tapi lebih prefer untuk layan Dota 2 disebabkan grafik yang semakin mantap dan gameplay yang menarik. Al merupakan captain untuk team Dota 2 mereka yang baru, dia pernah jadi captain sebelum ini bersama Ben, Azri, Kim dan Roy tetapi Kim dan Roy terpaksa keluar kerana sebab-sebab peribadi. Al merupakan genius captain yang menjadikan Na'Vi Puppey dan Maelk sebagai inspirasi untuk dia menjadi captain. Level dota profile dia adalah 57 dan peranan dia sudah semestinya captain yang boleh buat double role - either support atau killer. Hero signature dia adalah Kunkka, Slardar, Night Stalker, jika dia act sebagai killer atau Chen, Enchantress sebagai support.

Azri - offlaner. Tiada game lain yang dilayan melainkan Dota 2. Offlaner boleh jadi support tetapi bergantung kepada variasi. Signature hero dia adalah Wind Ranger, Naix, Dark Seer. Beliau boleh menjadi "unpredictable hunter" sekiranya farm dan dapat item yang cukup untuk heronya.

Ben - support. Ben berperanan sebagai carry sebelum ini. Sekarang dia menjadi support sepenuh masa seperti beli courier, wards dan memberi faedah yang banyak kepada team dalam teamfight. Signature hero dia - enchantress, enigma, furion, vengeful spirit, crystal maiden.

Mereka sebenarnya kekurangan satu lagi ahli yang berperanan sebagai Carry/Hard Carry. Namun bukan mudah untuk mencari ahli kelima sebab rata-rata hanya mereka sahaja yang gila Dota 2.

"Aku excited weii, kau rasa siapa agaknya ahli kelima kita?" Ben menongkat dagu di meja. Al, K dan Azri diam seketika.

"Member tu ada cakap dulu, kalau nak tambah ahli dorang ada seorang kawan yang memang gamer 1000%. Semua dilayan, tapi Dota 2 juga jadi keutamaan." Azri cuba mengingat semula kata-kata Lee dan Kiko dahulu.

"Tanya dorang. Entah-entah tak available dah kot gamer tu." Al memberi cadangan, Azri terus mendail nombor. Al, K dan Ben menanti dengan harapan.

"Hello." suara di sebelah sana menjawab.

"Kiko! Bro!" Azri tersenyum, ada harapan untuk recruit ahli baru.

(bersambung...)

Kalau bingung, maaflah. Jangan muntah hijau sudah.

Saturday, 11 January 2014

Bisvit Selimut 15

"Aku baca novel tu. Aku dapat rasa Dash tu lebih kurang jer macam aku. Tapi yang bezanya, dia third cultured kid, aku masih di Malaysia. Jadi mungkin suasana tu lainlah." Mereka berempat tidak memotong atau menyampuk. Rin mengambil nafas sebelum memulakan semula ceritanya.

"Apa aku lihat, Dash ada self-realization yang tinggi, dia berusaha mencari sampai dia basuh dirinya di kem tu. Aku rasa diriku lagi teruk kot dari dia. Sebab environment ku tak seteruk dia, tapi still aku tak berusaha nak berubah. Aku tau banyak basic agama compare tu dia yang tak tahu langsung banyak benda. Tapi aku langsung tak amal, of course aku lebih teruk kan? At least dia tak tahu, aku pula tahu tapi tak buat."

Zapp!! Kata-kata Rin menusuk hati mereka berempat. Air mata Rin hampir mengalir tapi dia berusaha menahannya.

"Sampailah aku baca kisah-kisah perubahan dia. Aku rasa dia lagi beruntung. From that moment aku bertekad aku ingin berubah. Tapi..aku takut..."

"Kenapa?" Jiji bertanya.

"Aku takut aku tak mampu nak berubah Ji. Time cuti adalah aku rajin-rajin sikit pergi surau, nak belajar apa yang aku rasa dapat isi hati aku yang penuh kotoran ni. Tapi..."

Mereka berpandangan. "Seringkali aku diperlekehkan. Aku tahulah aku bukan lahir dari keluarga yang mengamalkan agama tu seratus peratus. Aku tahulah aku ni taklah pandai baca Quran, tapi kenapa nak sindir-sindir aku? Kenapa nak judge aku? Salahkah aku nak berubah?"

"Rin. Pedulikan apa mereka kata. You just need to be stronger. Yang nak berubah tu kau, bukan dorang. Berubah kerana Allah, insya Allah kau boleh." Jiji cuba memotivasikan Rin. Dia sendiri maklum, perubahan ke arah kebaikan pasti sukar dan susah. Tapi di akhirnya, pasti tersenyum gembira. It's not easy yet it's wonderful.

Rin tersenyum. "You're right, Ji. Memang sakit sangat apabila kena macam tu, tapi aku tekad juga nak teruskan usaha aku."

Dia masih ingat tazkirah maghrib yang disampaikan oleh seorang ustaz. Time tu ceramah umum. Bunyinya macam ini.

* *

"Manusia tinggalkan kebaikan kerana takut kepada manusia adalah syirik." kata ustaz itu. Huh? Apakah? Soalan muncul di dalam kepala.

"Kenapa? Sebab dia tinggalkan kebaikan kerana takut manusia cakap dia riak. Ada faham?" kata ustaz itu lagi. Jemaah lelaki di hadapan semuanya terangguk-angguk.

"Katakanlah kita ni nak solat. Kita solat di bilik sahaja. Tak mau pergi masjid. Takut orang nampak kita. Takut orang puji kita, terus kita riak. Itu masalahnya, riak" Rin mula mendapat gambaran apa yang ingin disampaikan.

"Sepatutnya kepada Allah SWT sahaja kita patut takut dan gerun. Bukannya pada makhluk selainNya." ustaz itu menekankan suaranya. Jemaah lain semua tertunduk, Rin sendiri turut tertunduk, malu.

Kata-kata itu menyentap hatinya. Betul, buatlah sesuatu kerana Allah nescaya hati tenang. Bukan kerana manusia atau benda lain. Dia pujuk hatinya, 'berubahlah keranaNya, bukan sebab cakap-cakap dari manusia.'

* *

"Walau apapun, kami tetap akan sokong kau Rin." Adi memberi semangat kepada Rin, Ain mengangguk-angguk, Jiji dan Ika sekadar tersenyum.

Rin juga turut tersenyum senang. Ya. Di sini mungkin agak mudah untuk dia berubah sebab faktor persekitaran yang supportive. Kalau di rumah tu, kadangkala dia rasa janggal untuk buat semua tu walaupun di hadapan Mak Yam dan Pak Ali, dia okay. Tapi dengan parents dia, mungkin dia dianggap alien kot.

"Dah, jangan fikir banyak. Jom makan, banyak makanan aku beli tadi." ujar Ain.

"No wonder makin bam bam macam belon dipam 100 kali tekanan udara." ujar Adi dengan muka tidak bersalah. Ketawa Jiji dan Ika pecah, Rin pula tersenyum lucu. Ain mengecilkan matanya, lalu dipukul Adi dengan bantal busuknya.

"Dah dah. Kalau nak continue violence scene korang, pergi jauh-jauh. Kesian Rin lapar sekarang perutnya ni." Jiji meleraikan 'pertengkaran' mereka berdua. Ika pula menolong Jiji menyediakan makanan yang dibeli tadi. Ain dan Adi keluar untuk cuci tangan, Rin menuruti mereka, diikuti oleh Jiji dan Ika sebaik saja Ain dan Adi kembali semula ke bilik.

"Okay, semua dah cuci tangan kan?" ujar Jiji, umpama ibu kepada 4 orang anak.

"Ika," Jiji mengisyaratkan Ika untuk lead baca doa makan. Dalam hati Rin terasa senang, mudah-mudahan dia mampu untuk berubah menjadi lebih baik.

(bersambung...)

Tuesday, 7 January 2014

Bisvit Selimut - Episode 14

"Assalamualaikum.."

Adi berpaling, dia startle 3 saat sebelum senyuman muncul di bibir. Lantas dia bangun. "Riiiinnn!!!"

Dia terkejut seketika, Adi terus terkam dia bagai harimau memburu rusa. Belum sempat Rin memberi reaksi, Adi sudah peluk dia erat-erat. Bukan setakat gembira tengok Rin dah datang, tapi lebih gembira melihat perubahan dalam diri Rin.

"Wooiii. Sesak nafas! Yah!! Kalau yer pun jawab salam la!" Rin menolak Adi. Adi terkejut. Sejak bila Rin boleh mengamuk style Korea ni? Main yah yah?? Tapi dia masih tersengih melihat telatah Rin.

"Waalaikumsalam. Oi Rin. Kau okay ke? Apasal boleh mengamuk macam orang Korea ni?" Adi bertanya.

"Boyfriend aku ajar. Kim Won Bin." Rin menjelirkan lidahnya dan berlalu ke katilnya. Adi mengecilkan matanya, dicapainya bantal lalu dilempar ke arah Rin. Tangan Rin secara spontan menangkap bantal yang melayang, dan secara spontan juga dilempar balik ke arah Adi.

"Hoi. Dah pandai rupanya tengok Korea. Ini mesti kes tengok The Inheritors tu kan?" Adi ketawa kecil. Rin buat kening double jerk sambil tersenyum. Adi turut tersenyum, terharu melihat Rin. Dia perasan Rin dah berubah. A lot.

Yup. Her eyes are glowing brightly, full with changes and hopes.

* * * * *

Dia meletakkan begnya di atas lantai, matanya memandang sekeliling. Hmm.. "Bilik baru. Kecil. Tapi macam siok jerr."

Tanpa berlengah dia terus menyusun barang-barangnya. Dia perlu membersihkan bilik barunya sebelum ketibaan room mate dia. Lagu Celldweller - Wing of Icarus berkumandang di telinga. Sudah menjadi hobi, kalau membuat kerja pasti dia akan dengar lagu.

Tok tok! Pintu diketuk. Dia menoleh ke arah pintu. "Masuk." Teringin juga nak lihat siapa yang datang melawat time-time begini. Pintu dibuka sedikit, adakah itu room mate aku? Fikirnya.

"Err..hai." orang itu memberi senyuman ragu-ragu (sila fikir sendiri), dia sekadar senyum sahaja.

"Hai. Why?" Dia mengecilkan volume handphone. Tangannya terus menarik earphone di telinga.

"Oh. Sorry. I'm Zakry. Call me K." K menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia ragu-ragu pada mulanya, tapi salam tersebut disambut juga.

"Aliff Danial. Al." Al tersenyum. "Guess you're my new room mate."

K terdiam seketika, tapi pada first impressionnya, room mate dia jenis cool dan ramah. Agaknya.

Of course, taaruf bermula or like Hlovate stated in the novel - Ice is broken.

* *

Siap mengemas. Al duduk di birai katil. Tangannya mencapai smartphone, lagu Celldweller - Birthright sedang bermain di telinga. Kepalanya diangguk-angguk - headbanging - mengikut rentak lagu. K pula masih lagi mengemas. Al sekadar melihat. Dia melihat sekeliling, seronok dia dapat bilik kecil. Sebelum ni bilik besar menyebabkan dia kurang selesa. Bukan apa. Bilik besar, kipas di tengah-tengah, satu sahaja. Maka dia seringkali kepanasan, jadi 365 hari tolak cuti kipas dipasang maksimum. Nasib juga dia seorang semester lalu, kalau ada room mate confirm jatuh sakit 3 minggu.

K menoleh ke arah Al. Dia lihat Al macam siok jer layan lagu bergendang di telinga.

"What song?" Al membuka earphone, dia perasan K sedang bercakap dengannya. "What?"

"Lagu apa tu? Macam siok jer." K menyambung semula kerjanya sambil menunggu jawapan. Al menghembus nafas halus.

"Celldweller - Birthright." ringkas jawapan. K mengangguk. Rupanya minat lagu upbeat song room mate dia.

"Memang minat lagu cam tu ke?" Al senyum kecil. "Rentak laju, high tempo, syok."

K mengangkat kening sebelah. "Layan lagu lain?"

Al berfikir seketika. Room mate dia ni boleh jadi minat muzik. "Punk, rock, pop-rock."

"Blink 182, Green Day, Yellowcard, GC, Linkin Park, Metallica, System of A Down, Mayday Parade."

Ternganga seketika mulut Al. K ketawa melihat reaksi Al.

"Serious bro. Do you play music?"

"Well, mostly on percussion."

Boleh buat band nih! Dengan Azri dan Ben!

* * * * *

"Rin. Makin comel la kau." Ain mencubit pipi Rin. Rin tepis tangannya, mencebik.

"Kan kan kan? Rin makin comel." Adi pula menyambung sambil melipat baju-bajunya. Ain terus saja ziarah bilik mereka sebaik mendapat SMS daripada Adi.

"Rin. Tak nak cerita apa-apa ke?" Ain menyoalnya. Adi sekadar melihat. Tok tok! Pintu bilik diketuk.

"Assalamualaikum," dua suara memberi salam. "Waalaikumsalam." Kelihatan Jiji dan Syafiqah tersengih masuk ke bilik.

"Haa. Nice timing korang dua. Apa korang perasan pasal Rin hari ni?"

"Okay je macam biasa." Syafiqah cuba meneka, Adi mengecilkan mata. "Kau memang belum kenal kawan." Syafiqah kehairanan.

"Hoi Adi. Dia bukan tahu pun, kesian Ika. Jangan buli dia." Ain menegur Adi.

"Rin. Story please." Ain mendesak, Jiji dan Syafiqah kehairanan melihat. Story apa benda?

"Story kemende. Takde aa." Rin cuba mengelakkan bermain mata dengan mereka.

"Ada apa-apa ke?" Jiji duduk di bersila di lantai berdekatan Adi. Syafiqah pula terus meniarap di katil Adi. Ain dan Adi tersenyum. Rin masih diam, memikirkan ayat sesuai untuk jadi pembuka bicara.

"Well..." Rin bersuara. Tangannya mengambil sesuatu daripada begnya. Dia mengeluarkan novel Hlovate - Anthem. Jiji, Syafiqah, Adi dan Ain semua masih tertanya-tanya.

"Everyone had a past, everyone has a present, everyone deserves a better future. Right?" ujar Rin sambil tersenyum. Mereka berempat pula sudah dapat agak maksud Rin tu. Lalu mereka membuat group hugs. Adi paling terharu, sebab kawannya telah berubah.

Yup. She deserves a better future, everyone deserves a better future, regardless of who you are in the past.

(bersambung...)

Wednesday, 1 January 2014

Bisvit Selimut 13

Rin meletakkan novel Anthem. Dia berniat untuk menyambung pembacaannya semula besok. Dia mengambil earfon, dicucuk ke telinga sementara handphonenya dipasangkan lagu Samsons - Kenangan Terindah. Sambil berbaring, dia cuba mengingati semula perkara yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Pada awal pembacaan novel Anthem, dia merasakan watak utamanya tu kurang manners, degil dan a very bad girl. Tapi selepas membacanya, dia teringat zaman dia dulu. Ya. Walaupun dia dan watak utama - Dash - itu berbeza, tapi mereka sebenarnya lebih kurang sama saja, tapi of course Dash lebih sadis berbanding kisah hidupnya.

Dia dapat merasakan mesej yang disampaikan Hlovate itu tepat ke hatinya. Ya. Dash, walaupun dulu seorang yang mean, bad, harsh dan free hair, tapi dia berusaha untuk berubah, mencari dirinya, mencari agama. Dia?

Tahu asas agama, tahu baca Quran, tahu hukum hakam, tapi usahanya macam tiada. Nasiblah Jiji ada untuk membetulkan dia di saat dia hampir jatuh, nasiblah rakan-rakannya ada untuk backup dia, nasiblah juga abangnya yang berada di UK tu selalu nasihatkan dia. Dia patut rasa malu, Dash berusaha sendiri untuk berubah, kenapa dia tidak boleh?

Rin mengiring ke sebelah kanan, air matanya mengalir. Dicapainya handphone, melihat jam menunjukkan 12 a.m, 1 Januari 2014.

Dengan niat dan azam baru, dia ingin berubah, menjadi lebih baik. Menjadi lebih mantap daripada sebelum ini. Ya, dia ingin menjadi Nur Fazreena yang baru, sesuai dengan namanya.

Itulah harapannya, harapan untuk hari-hari yang akan datang.

"I hope for a better year and days. Insya Allah."

Rin bermonolog. Niat dah ada, tinggal usaha lagi. Insya Allah.

Tiada guna niat tanpa usaha, tiada guna usaha tanpa doa, tiada guna doa tanpa berusaha dan paling teruk tiada guna niat tanpa doa dan usaha.

To change yourself, is not easy, yet it is not hard. It's your choice, to be better or worst.

:)

Monday, 23 December 2013

Bisvit Selimut 12.3

Kehidupan Rin yang sibuk dengan kerja-kerja sekolah, dilayaninya setiap hari. Walaupun dia genius student (proclaim by Andy, Lee and Kiko), tapi melayan setiap kerja sekolahnya, boleh muntah hijau jadinya. Sejak masuk sekolah ni, asyik-asyik kerja rumah. No wonder sekolah ini sekolah elit, kerja yang diberi mengalahkan orang dewasa - dia andaikan sendiri. Nasib sekolah harian, cuba kalau parents hantar dia ke SBP, pasti lebih teruk.

Pada mulanya Tuan Abdul Hashim bercadang untuk hantar dia ke SBP, tapi Puan Azlina membantah. Last-last Rin masuk sekolah tersebut, sekolah elit. Why elit? Sebab anak-anak mereka semua anak-anak orang penting, tak kiralah dalam swasta atau kerajaan, sampaikan anak EXCO Negeri pun ada, nasiblah anak sultan tiada. Tapi Rin masuk dalam bulan Mac, dua bulan selepas sesi persekolahan bermula, jadi nasib badanlah terpaksa cover beberapa topik.

Ketika dia masuk sekolah tu, ramai orang pandang dia semacam, pelik. Mungkin juga sebab dia seorang sahaja free hair di situ, sebab biasanya yang free hair ni non-muslim. Jadi apa tidak mereka terkejut melihat dia.

Sudah tentu, dia dipandang serong oleh kebanyakan orang di situ, tapi Rin diamkan mereka dengan keputusan ujian yang super cemerlang, malah budak geek yang rajin belajar tu pun terdiam melihat pencapaian Rin.

Rin sememangnya tidak ingin bersekolah di Malaysia, sebab dia rasa dirinya bukan orang Malaysia, hanya sebab dia free hair.

"Lihatlah dia tu, free hair, temberang sungguh!"
"Dia ingat dia ni anak orang hebatlah nak begitu!"
"Hmmph. Mesti teruk budak ni terlibat dalam masalah social!"

Antara desas-desus yang sering didengari oleh Rin. Dia baru plan nak bertudung on the next day, tapi first day dah orang kata macam-macam. Jadi dia batalkan niatnya.

Di dalam kelas, Rin seringkali lari fokus sebab kebosanan. Malah dia selalu sahaja ke tandas hanya sekadar untuk menghilangkan bosan. Di situ dia bertemu dengan Andy, Lee dan Kiko sedang bercerita (escaping class). Pada mulanya Rin tak nak layan dorang, tapi apabila mereka bercerita tentang game, terus dia join. Andy, Lee dan Kiko pada mulanya terkejut, tapi dengan hati yang terbuka mereka berkawan dengan Rin, kerana minat yang sama.

Andy dan Lee yang memperkenalkan Future City (CC) kepada Rin. Dari situ, Rin banyak bergaul dengan mereka, terutamanya selepas sekolah, di CC tersebut. Taiko di sana pun turut senang dengan kelakuan Rin yang original, tidak fake macam budak-budak perempuan lain yang menjadi plastik hanya untuk impress the guys.

Sejak hari itu juga, mereka berempat selalu bermain di Future City. Mereka tidak pernah plan untuk main ketika waktu persekolahan, tetapi gara-gara ketagihan Rin yang sukar dibendung, mereka escape untuk bermain di CC selama beberapa jam. Setakat ini, mereka belum tertangkap lagi walaupun dah hampir 4 kali mereka escape. Kali terakhir mereka escape, berakhir dengan Rin membelasah 4 orang samseng yang kalah ketika main CS.

Walaupun gembira dengan rakan-rakan barunya, tetapi apa yang membezakan mereka adalah Rin genius student, manakala Andy, Lee dan Kiko pula problematic students dalam akademik. Jadi mereka bertiga selalu berasa inferior untuk mendekati Rin, pelajar lain pula rasa Rin tu teruk sebab bergaul dengan mereka bertiga. Rin pula tidak berasa begitu, sebab dia tidak kisah dengan siapa dia berkawan, dia tidak pernah membezakan kawannya mengikut status atau persepsi orang lain.

Kadang-kadang Rin berfikir, kenapa sampai begitu sekali orang nilai dia? Sebab dia berkawan dengan three problematic students? Sebab dia free hair? Aku free hair aku kacau dorang ke? Aku kawan dengan mereka, dorang cemburu ke? Aku okay je pun akademik, mengarut betul komuniti sekolah ni.

Rin memutar-mutar penselnya, dia mengeluh halus, terasa sunyi, walaupun Kiko, Andy dan Lee ada jadi peneman di sekolah, tapi di rumah dia sangat sunyi. Ketika dulu, abangnya saja peneman dia buat sementara waktu, sebelum dia menyambung study di UK. Tempat yang Rin bersekolah ini dulu pun, tempat abangnya sekolah dulu, tapi mereka tidak tahu Rin merupakan adik kepada abangnya yang belajar di UK.

Rin melihat handphonenya, kalau di US dulu, pasti Rin dah bergembira dengan kawan-kawannya. Terry, Thomas, Lizzy, Sharone, semuanya okay saja dengan dia. Tapi di sini, dia berasa sunyi dan tersisih daripada orang yang sewarganegara dengannya sendiri.

Rin bangun menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus, diambilnya Tropicana Twister dan diteguk terus. Ketika dia menuju semula ke biliknya, handphonenya berbunyi, menandakan SMS masuk.

"Slm Fazreena. Saya difahamkan oleh cikgu Jalil yang kamu merupakan ahli baru KRS dan karate do. Jadi, besok selepas waktu sekolah, ada perjumpaan untuk KRS dan diikuti dengan karate do selepas itu. Wajib hadir, di dewan ilmu. Tq."

Mata Rin terbungkang luas. KRS? Seriously? What the hell? Siapa ni? Tak guna, suka-suka saja masukkan aku dalam KRS. Kalau karate okay lagi, tapi KRS? Seriously? Apa benda tu? Kumpulan Remaja Sensasi? Haishh!!! Dia tidak terfikir langsung bagaimana nombornya boleh diketahui oleh orang tersebut.

Jari Rin menaip laju keypad handphone, ditekannya reply. Ditunggu beberapa saat, hatinya sedang memanas. Tiada angin, tiada ribut, ada meeting besoknya. Ada ke patut, tak boleh ke bawa bincang dulu? Ini terus nak masukkan aku dalam persatuan yang aku tak tahu pun apa benda tu. Handphonenya berbunyi... dia membuka inbox...

"Sorry, you don't have sufficient balance. Please topup your prepaid to enjoy SMS and call." - 2888

DAMN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(bersambung)

Wednesday, 18 December 2013

Bisvit Selimut - 12.2

"Ish. Rin ni. Tak habis-habis nak gaduh." kata Mak Yam sambil menyapukan ubat ke bahagian lutut dia yang tercedera.

"Dorang tu, tiba-tiba saja cari pasal. Nasiblah Rin ni ada karate, selamat juga." Rin memuncungkan bibirnya, mukanya berkerut sikit menahan sakit.

"Yang Rin escape kelas tu apahal? Dah 16 tahun pun nak jadi budak-budak pergi CC. Tak cukup ke dengan game di rumah ni?" Mak Yam kini menyapu ubat ke bahagian siku. Rin sekadar tersengih.

"Bukan selalu Mak Yam. Alaa. Bosanlah kelas tu, agaknya okay lagi Rin mengajar daripada cikgu Bio tu." Rin mendagu di lututnya, melihat Mak Yam menyapukan ubat luka di siku.

"Jangan kata begitu Rin. Tu cikgu, Rin perlu hormat. Nanti kalau ditakdirkan Rin kerja cikgu, haa, Rin rasalah nanti." Mak Yam memberi amaran, dia melekatkan plaster ke siku Rin.

"Haish, Mak Yam ni. Rin tak nak jadi cikgu, Rin nak kerja lainlah."

"Hmm. Yalah tu. Haa. Dah siap, pergi mandi, solat, makan, rehat. Petang nanti baru turun main." Mak Yam sempat memberi arahan kepada Rin. Kalau dah dikata begitu, Rin kena patuh.

Mak Yam, walaupun sekadar pembantu rumah, tapi dialah yang selalu ada di sisi Rin ketika dia sedih, menangis kalah main game, stress belajar waktu PMR dulu, kawan bercerita, maklumlah Rin saja seorang anak yang ada di rumah tu. Parents dia pula selalu keluar negara, dengan hal-hal penting. Abangnya pula berada di Manchester, UK, menyambung study dalam bidang medic, MBChB - Bachelor in Medicine, Bachelor in Surgery. Tapi Mak Yam tak kisah. Rin, walaupun seorang gamer, tetap patuh pada suruhan agama, walaupun tidak pakai tudung. Rin juga tahu nak urus kerja-kerja rumah, kalau dia bosan, pasti dia tolong Mak Yam atau Pak Ali membersihkan kawasan yang patut, atau pun menyiram bunga.

Rin melihat siling, tiba-tiba handphonenya berbunyi. Dia mencapai telefonnya, tertera nama seorang lelaki yang memang disayangi sejak dulu.

"Helo Rin."

"Abang. How are you?"

"Fine. Rin buat apa tu?"

"Ermm.. baru lepas balut luka."

"Hahh? Apahal?"

"Bergaduh tadi. Ada orang cari pasal. Kalah game nak cari gaduh dengan Rin."

"Jadi, Rin menang tak bertumbuk?"

"Of course menang. Fikir Rin ni cincai ke."

"Cincai la sangat, lawan abang tetap kalah."

"Diam!" orang di sebelah sana ketawa, Rin turun ketawa.

"Bila abang balik?"

"Hmm..belum tau lagi ni. Biasalah sibuk."

"Kan nak summer dah?"

"Abang tak balik summer ni, sebab kawan abang ajak pergi Amsterdam."

Bertuah punya abang. Mentang-mentanglah belajar di UK, boleh-boleh nak pergi negara La Oranje, negara kelahiran Edwin Van der Sar dan Ruud van Nistelrooy.

"Sengaja aa nak buat Rin jeles."

"Nanti abang bawa ole2."

"Ole2? Apa?"

"Rin nak apa?"

"hmm.. Van der Sar. Hahaha."

"Jangan nak mengarut. Dia tu banyak match penting."

"Hee. Abang pergi tengok tak main bola hari tu?"

"Ada abang pergi, MU menang. Abang sempat jumpa Park Ji Sung, itupun kawan yang bawa."

Pengkasi jeles!

"Okaylah sayang. Abang ada kelas, nanti abang call lagi. Sampaikan salam pada Mak Yam dan Pak Ali."

"Okay abang. Love you."

"Love you baby."

Rin mematikan panggilan. Dia tersenyum, kerinduan terhadap abangnya itu semakin mendalam. Pasal dialah Rin kuat main game, belajar karate, main gitar dan buat benda yang orang perempuan jarang buat.

Rin melihat jam, baik aku solat. Lepas ni nak makan dan rehat. Kalau tak, memang sah Mak Yam sound aku lagi.

Rin mengambil tualanya, lalu menuju ke arah bilik mandi dengan segera.

(bersambung...)

Tuesday, 17 December 2013

Bisvit Selimut - 12.1 (Counter Strike)

"Weh, tak apa ke kita escape kelas ni?"  tanya Lee.

"Lek aa. Aku burn class pun, aku boleh belajar dekat rumah. Kau tu? Haha." dia sempat memperli kawannya.

"Iyelah, kau tu lain cerita. Entahkan belajar ke tidak dekat rumah. Contohilah ice princess kita ni, walaupun selalu escape kelas Bio, tapi keputusan dapat A+. Entah macam mana dia buat." sambung Andy.

"Hei, study kena relax derr. Jom, kita pergi jalan-jalan. Tukar baju dulu."

"Aku tak percaya aa ice princess kita ni genius student, tapi boleh pula bergaul dengan kita yang tak pandai ni." Kiko bersuara rendah di akhir ayat. Terasa dirinya tak berguna dibandingkan dengan dia.

"Weh bro. Setiap manusia kepandaiannya berbeza untuk sesuatu bidang. Jangan low confident. Kemonlah. Aku pandai akademik, kau hebat dalam kereta, nah. Kan ada bagusnya tu. Tak semestinya aku pandai dalam kelas, aku hebat dalam bidang lain kan?" dia memberi semangat pada rakan-rakannya, walaupun pada masa itu mereka telah melanggar peraturan sekolah!

"Yelaa. Nak ke mana ni?" tanya kawannya seorang. Dia dan rakan-rakannya berjaya melepasi benteng terakhir sekolah. Mereka terus menuju ke kedai berhampiran.

"Main game lerr. Apa lagi. Counter Strike dah menunggu." ujar rakannya yang seorang, Lee. Mereka telah selesai menukar baju sekolah mereka ke pakaian biasa. Biasanya CC (cyber cafe) tak benarkan budak berpakaian sekolah masuk.

"Eh, si puteri ais ni?" Kiko melihat dia. Dia buat muka selamba sahaja.

"Ice Princess tak perlu tukar baju. Masuk je terus dapat main."

"Seriously?" Lee, Kiko dan Andy saling berpandangan.

"Aku ada pakaianlah. Jap aku nak tukar."

"Err..di mana kau nak tukar?"

"Tandas. Tuuu tandas awam." dia memuncungkan bibir ke arah tandas awam yang terletak berhampiran dengan sebuah kedai. Dia melajukan langkahnya ke tempat tersebut.

Kiko, Andy dan Lee tersenyum melihat dia yang telah menukar pakaian.

"Itu dia. Ice Princess sedia untuk membunuh terrorist!"

"Jom! Jom!"

Mereka menuju ke CC popular, yang selalu dikunjungi, Future City. Kebanyakan yang main di sana adalah geng Chinese, tapi mereka tak kisah pun, sebab Lee dan Andy ramai kenalan mereka di sana. Malah mereka turut mengagumi kebolehan Kiko dan dia dalam permainan Counter Strike, sebelum zaman tersebut berlalu dengan Defence of the Ancients mengambil alih.

"Wassup bro!" Lee menyapa penjaga CC.

"Haiseh. Budak skul no enter."

"Come la taiko, wo men yao wan CS. Ice also come."

"Ice? Where?"

"I'm here bro." dia mengangkat tangan kanannya sambil tersenyum.

"Aaa. Ke yi wan. Ni yao wan CS aa Ice?"

"Yes sir." ujarnya sambil tersenyum.

"Bias gila taiko ni dengan kau. Mentang-mentanglah kau tu amoi."

"Hei Kiko. Lu mau gua halau lu dari sini ka? Diam-diam saja sudah." Penjaga CC yang digelar 'Taiko' menegur Kiko. Nadanya tidak berapa garang, Kiko tahu dia sekadar bergurau.

"Rileks taiko. Ada seat? Nasib tidak ramai datang." Andy melihat sekeliling.

"Of course la. Ta men shang xue maa. Ni men shi landuo. Huh!" Taiko memerli mereka.

"Kelas bosan la taiko." dia menjawab, dia faham apa yang taiko maksudkan, sebab dia pernah bersekolah Cina sejak tadika sehingga darjah 4. Parents dia yang nak. Sebab itu dia tidak berapa kisah untuk berkawan dengan orang yang berlainan bangsa.

"You (sebut yow). Itu seat sana, yang lain punya tidak boleh guna. Rosak." Taiko menunjuk ke tempat yang dimaksudkan.

"Okay. 2 hours ya."

Dia, Andy, Lee dan Kiko mengambil tempat. Taiko sekadar menggeleng kepalanya. Tak sah kalau tiada muka dorang di Future City. Tapi mereka tidak selalu datang, sebulan dalam 2-3 kali mesti ada mereka waktu sesi persekolahan. Kalau hujung minggu, doranglah paling awal. Sejak kedatangan Ice Princess, Future City menjadi tempat persinggahan para gamers lelaki. Bukan sebab nak main, tetapi mengurat Ice Princess. Apa tidaknya, susah nak jumpa gamers perempuan, lebih-lebih lagi yang cantik. Tapi dia bukan senang untuk di'usha', karatedo blackbelt third dan menjadi senjata sekiranya ada yang nak cari pasal. Kalau sekadar membawa bermain game, dia okay. Lebih dari itu, minta maaflah, baik lari daripada masuk hospital.

Dia melihat jam. Dah hampir 2 jam mereka berada di kedai tersebut. Dia tidak berapa kisah sebenarnya, sebab parents dia sentiasa sibuk dan dia beritahu pembantu rumahnya dia akan balik sendiri. Semuanya sebab nak jumpa kawan dan bermain game.

Tuesday, 16 July 2013

7th Ramadhan 2013

Dah masuk separuh Julai.

Tak lama lagi.

Alhamdulillah, dah berapa hari puasa?

Kalau boleh tak mahu kira. Makin dikira makin cepat.

Tapi tak best pula, nanti tak tau bila 10 malam terakhir. Heh.

Elaun untuk first two months pun dah masuk, alhamdulillah.

Kalau dulu, melantak gua membeli makanan ringan, kali ni, temptation betul membeli barang online.

Itu satu, belum lagi pening memikirkan mau repair tu kereta. Sem depan dah praktikum, insya Allah.

Sekarang puasa, setakat ni makanan-makanan yang ada boleh dihabiskan, gua pun dah berjinak-jinak dengan kurma, sesuatu yang baru sepanjang gua hidup. Bukan apa, dulu tak biasa pun berbuka dengan kurma, sekarang wajib. Heh.

Sekarang ni pun, yang menggoda untuk beriftar tu KFC. Pizza nantilah. Kalau boleh tak mahu libatkan pizza, lebih-lebih lagi berkenderaan. Sangat tak sihat.

Walau bagaimanapun, elaun ini akan digunakan sebaik mungkin, walaupun ada satu/dua keinginan untuk dilaksanakan. Bukan apa, bukan selalu. Heh.

Alasan yang bahaya untuk digunakan.

Kadangkala sesuatu yang kita nampak buruk tu ada baiknya, begitulah sebaliknya.

Tetapi kalau banyak buruk daripada baik, baik tinggalkan.

Gua bukanlah seorang yang fancy terhadap gadget mahal macam handphone canggih.

Tapi keinginan tu ada.

Siapa kata handphone canggih tu tak baik?

Gua akui, teknologi sangat tidak bagus, sebab menjadikan diri kita anti-sosial.

Tetapi disebalik kecanggihan itu, ada banyak benda bermanfaat.

Contoh? Jika terlupa bawa Quran, al-Quran application ada, tapi pastikan yang sahih lagi mutawatir.

News? Asal ada line, online, baca. It's better to read something than being boring.

Apa lagi? Itu ja kot. Hehe.

Banyak aplikasi-aplikasi yang baik, tidak semestinya game saja.

Mungkin bolehlah kalau bosan habis, layan game. Tapi gua prefer layan sesuatu yang bermanfaat, lebih-lebih lagi gua minat semula dengan biologi tahap simple.

Jangan anggap semua teknologi tu tidak bermanfaat, tapi think out of the box macam mana mahu jadikan sesuatu itu berguna dalam jangka masa yang panjang.

Satu lagi, semua familiar Running Man, kan?

Ramai yang tak suka benda ni, dan ramai yang obses (aku minat tapi tak obses, sila faham definisi obses itu).

But one thing I learnt from this show, I've got many ideas in planning activities.

Dalam RM kan banyak aktiviti, kebanyakan aktiviti itu (jika korang tengok awal-awal episod) sebenarnya memberi kita idea bagaimana untuk mengajar budak dalam suasana yang best.

Jadi untuk itu, gua sumbangkan idea dalam English Week, apakah? Wait and see. Kalau ada kelainan, insya Allah idea gua, itu pun kalau diterima.

It's how you think, think out of the box, think uniquely, differently, to make it special.

Panjang bebenor.

Okay, gua malas mahu share pasal how to keep or lose weight semasa bulan puasa.

Pesanan gua hanya satu, jika benar korang nak lose weight, jaga makan, rajin bersenam.

Puasa ini salah satu cara, tapi niat kena betul.

Tiada guna berpuasa, tapi time iftar lantak banyak makanan.

Lainlah kalau memang jenis aktif.

Bah. Nanti ada lagi terlepas sahur, seriusly. Dah dua kali terlepas, kalau boleh memang mahu full sahur saja.

Apa boleh buat, siapa suruh lewat tidur.

Selamat malam!

Tuesday, 22 January 2013

Today

Gua agak suka hari ini, kerja tutorial untuk TSL3105 awal siap. Heh. First time buat begitu rajin.

Tapi yang tak bestnya ialah besok ujian keahlian pengakap SEKALI LAGI. Sebab gua tak hafal undang-undang pengakap bersama geng-geng lain. Tak apalah. Hafal..hafal.

Okay, gua mahu bagi satu tip kesihatan. Yakni mengenai badan dan senaman.

Kalau kita bersenam, sudah tentu ada rasa sakit pada sendi bukan? Itu tandanya kita tidak warm up tu. Otot terkejut.

Hanya sesetengah orang saja yang akan cramp, selebihnya akan rasa sakit selepas bersenam atau ketika. Jadi gua nasihatkan supaya stretching dahulu sebelum buat senaman.

Lagi satu, kalau rasa sakit badan sejak kelmarin, hari ini rehat. Jangan terover bersenam. Why?

Badan kita juga perlukan rehat. Gua kini sakit bahagian triceps serta kaki. Padan muka tidak rehat. Mungkin besok rehat kalau masih sakit, tapi kalau tak, insya Allah bermain badminton.

Hehe. Simple saja tips gua. Yang penting anda tahu, senaman itu perlu, kalau badan sihat. Kalau sakit, sila jangan bersenam tapi aktifkan diri, jangan malas. Paling penting jaga diet.

Andai kata kita tercedera, sudah tentu kita rasa susah mahu menjadi sihat. Lebih-lebih lagi kalau kita cedera, kita kuat makan. Heh. Salah tu namanya.

Jadi, jaga badan anda. Pastikan rehat secukupnya, andai lewat tidur waktu malam, pastikan siang tidur. Cuma tidak dinasihatkan sangat.

Tak susahkah mahu jadi sihat? Naa.

Itu cerita sihat.

Aktiviti gaming gua juga berkurangan, gara-gara FIFA 13 crash setiap kali habis season kedua. Penat gua develop tu player jadi mesin gol, tapi akhirnya? Sandih. Heh.

Apapun, hari ini gua belajar banyak perkara dalam LGA 3102. Gua mengembangkan lagi pemikiran gua, kreativiti gua yang memang agak rendah - I am very poor in terms of creativity.

Gua juga belajar, membuat lesson planning ini tidak susah, yang susah itu apabila kita rasa susah. Kalau kita anggap mengajar itu susah, maka kita akan merasa susah.

Dan tadi juga, gua belajar untuk bekerjasama serta mengurangkan rasa malu, demi belajar. Kalau mahu develop untuk jadi guru, perasaan malu terhadap orang ramai in term of teaching mestilah tiada. Kalau dari segi keaiban, wajarlah untuk malu.

Heh. Okaylah, gua mahu tidur. Seriously, inilah first time gua mengantuk setelah tidur petang, which selalunya gua tidak dapat tidur awal pada waktu malam.

Jangan lupa bangun subuh!!

#Entah apa mahu bagi title benda ni.

Tuesday, 3 July 2012

Kifarah atau balasan.

Euro dah berakhir. Kemenangan Sepanyol, baguslah.

Tapi aku tak minat sangat, sebab aku lebih minat kepada kelab.

Sekarang ini ramai sakit, pensyarahku, rakan-rakanku, keluarga? Wallahualam. Insya Allah aku tanya keadaan mereka nanti.

Sakit itu, secara definisi, sesuatu yang membuatkan kita lemah dan tidak bermaya, menjadi beban dan diri kita pasti malas.

Itu secara umum, sebab memang kalau orang sakit, sakit dia macam tidak mampu buat apa-apa benda.

Namun bagi mereka yang berfikir, sudah tentu mereka akan merasakan sakit ini satu ujian bagi mereka, mahupun balasan kerana dosa mereka.

Sakit ini satu anugerah bagi mereka yang bersyukur. Percayalah, tapi tidak ramai ingin berfikir.

Diriku juga sakit, dengan rasa lemah dan malas, sehingga payah untuk bangun subuh tadi. Astaghfirullah, nasiblah dapat juga menunaikan kewajipan tersebut.

Aku masih ingat kata-kata ustaz ketika kuliah 2010 sebelum masuk IPG, di mana aku rasa aku ada update dalam previous entri. Sila cek sendiri.

Beliau kata, sakit ini sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kecil kita, jadi jangan mengeluh kalau sakit. Tapi itu tidak bermakna kita pergi cari sakit.

Mentang-mentanglah ayat tersebut menghapuskan dosa-dosa kecil kita, terus kita dengan 'bodohnya' pergi cari sakit. Bukan begitu, Allah tak suruh kita cari kesusahan pun, tapi bersabar menghadapi ujian yang Dia beri.

Boleh jadi juga sakit itu sebagai satu balasan kerana dosa kita, pengajaran agar kita insaf.

Ada satu ketika, pada tahun 2010. Ini bukan cerita sakit, tapi mudah-mudahan memberi pengajaran.

Ketika itu aku fokus untuk mendapatkan lesen, dijadikan cerita pada hari Isnin, aku akan mengambil ujian JPJ.

Namun ditakdirkan pada malam sebelumnya, ada sedikit salah faham di antara mama dan aku. Aku tak rasa apa-apapun ketika itu.

Besoknya, selepas mengharungi litar, ujian bukit pula menanti. Ketika giliran aku, dengan penuh yakin, aku memandu sehingga ke lereng bukit dan berhenti. Bagi yang dah ada lesen, mesti tahu macam mana prosedur tersebut.

Ketika ingin memecut melimpasi bukit tersebut, ditakdirkan Allah, aku tekan sekuat mana pun minyak tu dan klutch juga sudah diseimbangkan dengan baik, tapi kereta itu tidak naik malahan terundur. Aku mula menyalahkan kereta tersebut. Sudah itu, polis itu berkata, ujian ku dah tamat. Habis.

Siapa tidak marah kan? Setahu aku peluang patut diberi sekali lagi. Tapi tidak, aku langsung tidak dapat peluang tersebut.

Aku terus bertekad untuk retake semula, tapi bukan pada hari tersebut, minggu hadapannya. Aku memberitahu abahku tentang kegagalanku.

Abahku kata, "Kau mau tau kenapa kau gagal? Sebab kau buat salah sama mama sampai dia sakit hati."

Aku ingin menyanggah, tapi setelah berfikir berkali-kali, betul. Malam sebelumnya itulah yang menyebabkan Allah memberi balasan terus kepadaku.

Mamaku sakit, ya sakit hati kerana perbuatanku. Allah terus beri balasan kepadaku, bukan setakat malu, hilang duit RM50.

Aku terus minta maaf selepas tu, memang tak sangka begitulah kuasa Allah. Aku rasa bersalah dan berharap tidak mahu lagi menyakitkan hati kedua ibu bapaku.

Pada ujian retake, aku lulus sepenuhnya. Tapi berdasarkan pengamatanku, ada orang gagal naik bukit 2-3 kali, tapi masih diberi peluang. Hatiku membantah tindakan polis tersebut, tapi apapun, aku tidak fikirkan sangat. Dunia memang jarang ada keadilan, akhirat pasti membela mereka yang dizalimi.

Tidak bermaksud aku termasuk orang di situ, aku berpendapat aku diberi balasan kerana menyakiti mamaku. Sebab itulah, jangan sesekali menyakitkan hati kedua ibu bapa kita. Sayangilah mereka.

Berbalik kepada tajuk, tak semestinya sakit itu berupa yang umum seperti demam, selsema. Sakit hati juga boleh menyebabkan diri kita ini diberi balasan oleh Allah. Mungkin Allah tak mahu kita diseksa pada hari akhirat. Wallahualam.

Jadi sekiranya sakit, bersyukurlah, sebab Allah beri peluang untuk menghapuskan dosa kita, untuk memohon maaf kepada orang yang kita buat salah, untuk memohon keampunan daripadaNya, untuk meningkatkan iman dan taqwa kita kepadaNya.

Sakit itu boleh jadi kifarah untuk dosa kita atau balasan kerana dosa kita.

Beruntunglah mereka yang sakit, tapi masih boleh berzikir mengingati Allah S.W.T, seperti Nabi Ayyub yang sentiasa berzikir kepadaNya, sekalipun lidah baginda saja yang masih sihat.

Satu peringatan, jangan minta sakit. Tak pasal-pasal dapat sakit berat, pasti kita merungut. Manusia kan, suka merungut.

Dah, jom belajar. ^_^