Comrades

Monday, 31 October 2011

Cinta monyet.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih boleh menaip lagi. Heee. Aku tak dapat tidur, jadi alangkah baiknya aku menaip sesuatu.

Tajuk itu, sudah boleh gambaran bagi anda kan? Keh keh keh.

Cinta monyet, cinta ketika sekolah. Kenapa time sekolah saja kena panggil cinta monyet? Time di IPT tidak pula?

Sebab time ini, bebudak sekolah suka tukar-tukar pasangan, sebulan couple break, seminggu couple putus, sehari couple, cerai. Hoh!

Cerai? Erk, bila kahwin? keh keh keh. Sebenarnya, dipanggil cinta monyet ini, sebab, macam monyet. Sudah makan pisang, mau lagi pisang lain. Kan? Sudah puas bercintan-cintun, cari lagi orang lain.

Realitinya, cinta monyet ini buang masa. Kalau dulu, ketika friends di FB masih angka 1000 ke atas, ada sajalah cintan-cintun monyet bebudak sekolah, juniorku, yang berpost-post. Lepas tu ada juga memaki, sebab bf kena kacau orang lain. Kalau lelaki, tak pernah memaki hamun pula. Eh?

Sudah tu, kalau cinta monyet ini, berkepit maut, terutamanya lepas sekolah. Di sanalah, dating sana sini. Yang bikin hairan, tiada guru sound-sound. Guru mau korek cerita adalah!

Lepas tu, kalau ada big event, macam sukan, hari guru, hari kebangsaan, memang kepit habis jo. Apa boleh buat. Syukurlah, sebab korang tak percaya teori Darwin, yang mana dia kata manusia asalnya monyet.

LAWAKNYA, seminggu kemudian, orang lain dah ganti. Senang sungguh!

Dalam FB, bergumbira kunun dengan orang baru. Tiga hari kemudian, tukar orang lagi! Adish.
Itu yang tukar orang, macam mana dengan nama yang panjang, memberitahu dia suka seseorang?

SDSEREFSDALWAYSLOVEYOU CHENTADIA <-- Seriusly, this is harmful.

Aku mengutuk ke ni? Bukan mengutuk. Ingin buka mata bebudak sekolah saja. Jadi, siapa rasa dia budak sekolah, kalau terbaca ini, paham-pahamlah.

Namun ada juga yang aku salute, kawanku, dari sekolah sampai sekarang masih kekal. Ada juga, sejak 2009, time kami SPM, dan sekarang dia dah kahwin. Baguslah.

Cerita cinta monyet ini, rekod terlama pernah dicatatkan........seminggu saja. Paling sekejap? Oh, sehari. Bagaimana? Itu nanti bakal isteri saja akan tahu. Keh keh keh.

Cinta IPT? Aku no komen. Masing-masing dah besar, anda fikir sendiri. Jika mengharap hingga ke jinjang pelamin, pastikan berbatas ketika belum kahwin. Kalau sekadar main-main, baik lupakan saja dia.

Tiada faedah pun cinta monyet, baik-baik, gaduh, break. Kan? Baik lagi tumpu study. Dengan SPM makin dekat ni, SPM ini yang akan jadi nilai untuk menentukan di mana anda pada tahun 2012. Ohhooo. Apapun, gudluck SPM 2011. Kepada awak yang SPM, baik-baik ya. S.S.

Belajar...sampai sekarang kebluran aku dalam subjek killer LDS masih tinggi. Apapun, harap dapat masuk otak ilmu-ilmu ini. Amin.

Kisah FB, hmm...paling ketara, makin banyaklah gambar kucing. Apapun, aku suka tengok kucing-kucing tersebut. Okaylah kan? Daripada aku tengok benda lain. Takkah haru nanti. Keh keh keh.

Raya Idul Adha pun dah dekat. Raya kali ini, insya Allah sambut di IPG. Buat ibadah korban, tumbanglah tiga ekor, if i'm not mistaken, lembu. Hehe. Penangan daging lembulah nanti ahad ni. Insya Allah.

Kesimpulannya, entahlah. Ohya, kak nija bestday hari ini. Sanah helwah kak. Mudah-mudahan jadi guru baik nanti. Jangan teriak-teriak. ^^v

AvA - ..........................

Sunday, 30 October 2011

Senang cerita, alaminya nanti.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk bernafas, untuk menaip entri kali ini. Hehe.

"Aku Terima Nikahnya", buku pink menarik hati, yang ku pinjam dari hamba Allah yang baik hati ^_^, kalau mau tunggu abangku, tunggulah hujung bulan November. Adei. Entah-entah time tu aku dah nikah kot, dah beli baru kot. Keh keh keh.

Kali ini masuk ke peringkat ketiga, "Murabbi Cinta", banyak input ku dapat. Dari definisi nikah, sampai ke permasalahannya, belum lagi penghujungnya

Tatkala membaca buku ini, memang banyak buat aku sedar. Nikah, bukan sekadar cinta semata-mata, tapi sampailah ke cucu cicit kita. Fikir senang ke nak bernikah?

"Aku terima nikahnya si isteri binti bapa mertua dengan mas kahwin rmXXXXXX." Tersurat.

Tersiratnya? "Aku tanggung segala perbuatan anakmu, dosanya, bertanggungjawab terhadap segalanya, makan minumnya, kehidupannya, tempat tinggalnya, nafkahnya, amalannya, wahai bapa mertua."

Buat aku sedar, nikah ini satu ibadah yang besar. Bukan perkara main-main, nak tanggung segalanya, bukan perkara senang. Sedangkan kita diberi tugas, malas mahu buat, ini diberi amanah yang jauh lebih berat, diimpikan pula.

Apapun, dengan kesedaran yang ada, aku sedar. Jodoh baik tak datang bergolek. Di zaman yang penuh drama ini, luaran baik, dalaman tidak baik. Luaran jahat, dalaman baik. Luaran terang-terang jahat, dalaman pun jahat. Kehkehkeh. Gurauan saja.

Ingin menjadi terbaik sahaja, cara penyelesaiannya. Tapi, bukan kerana nak jodoh yang baik, tapi ingin baik di pandangan Allah S.W.T. Teringat satu status, entah siapa yang bagitau. "Mudahnya soleh di mata manusia, sukarnya soleh pada pandangan Allah."

Aku berfikir juga, layakkah aku untuk bersama si dia, sedangkan diri ini terumbang-ambing mencari cahayaNya, kadang-kadang dapat, kadang-kadang gelap. Bukan mudah, bukan mudah. Godaan datang, dari segenap penjuru. Hati diserang penyakit, hanya taqwa saja yang menangkis semua itu, serta iman yang kukuh.

Dengan kata lain, aku masih jauh dari ambang perkahwinan. Kadang-kadang, ada post kahwin ditujukan kepadaku, apa tidak, semester ini, semuanya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Sampaikan ada kata panas, "tidak penatkah cerita kahwin saja?" Aku tersenyum saja. Sampai Allah bagi teguran, melalui seorang hamba Allah yang prihatin, seperti yang ku nyatakan pada entri lalu, aku terus tak buka cerita kahwin, dengan orang lain. Well, at least, itu lebih baik daripada post sesetengah orang yang mabuk cinta.

Namun, berbalik pada tadi, jauh dari ambang perkahwinan. Membaca buku Ustaz Hasrizal sudah cukup, tak perlu nak cari benda lain. Sebenarnya, yang belum kahwin, yang belum ada kewangan kukuh, termasuk pelajar sendiri, kita jauh dari ambang perkahwinan. Tahukah apa yang dekat dengan kita?

KEMATIAN. Kematian itulah yang pasti, dekat dengan kita. Andai Allah takdirkan kita untuk pergi sebelum kahwin, maka adakah kita mencapai kahwin itu, mungkin di akhirat. Wallahualam.

Ada juga suggestion, kahwin semasa belajar. Aku tak halang, tapi masing-masing ada pendapat sendiri. Ada yang bermacam-macam, memang bernas, tapi kalau Dia tidak izinkan juga, maka bersabarlah.

Bagi aku, aku mahu fokus belajar, Allah sudah beri nasihat melalui pakcik Jinny untuk fokus belajar terlebih dahulu. Namun, tabiat cerita kahwin ini memang susah dikikis. Hehe. Gurau, gurau. Apapun, fokus untuk menjadi terbaik diutamakan, study tetap didahulukan.

Kita nak pasangan baik? Sedangkan solat lima waktu pun terkapai-kapai. Kita nak pasangan solehah? Sedangkan membaca Quran pun tersekat-sekat. Kita nak pasangan yang soleh? Padahal kita mendedahkan aurat kepada mereka. Apapun, banyakkan berdoa, agar kita sentiasa tetap dalam agamaNya, berusaha untuk menjadi terbaik pada pandanganNya, dan insya Allah, Dia akan beri apa yang kita minta.

Bercerita pasal kahwin senang, cerita pasal keluarga senang. Dengan megah kita kata, "alaa, kahwin je la. Senang cerita." Apabila masuk alam ini nanti, kita akan rasa. Terutamanya bagi lelaki, apabila isteri kamu mengandung. Jadi? Tahankah diri kamu untuk menjaga nafsu kamu? Fikir-fikirlah. Perempuan, tahankah kamu? Apabila suami berubah tiba-tiba. Susah kan? Membaca buku ATN ini pun, aku boleh rasa situasi itu.

Namun, berpesan untuk kahwin, okaylah, sebab COUPLE SEBELUM KAHWIN HARAAAAM. Kalau cerita cinta rumahtangga, tak apa. Supaya orang tahu keindahannya, dan itulah namanya da'wah targhib, da'wah taghrib pun cuba masukkan.

Apa yang penting, jangan lalai. Jangan siok dengan orang, sebab besok-besok, dorang boleh tak siok dengan kita. Sioklah dengan Allah, sebab kita tak akan rasa jemu denganNya. Aku teringat kata hikmah, "Beribadah sehingga penat pun, tapi pahalanya tetap membahagiakan, tapi melakukan dosa walaupun seronok, kesannya amat berbahaya." Lebih kuranglah, Hehe. Terlupa.

Kesimpulannya, aku jauh dari ambang perkahwinan, korang yang belum kahwin pun sama. Tapi apa yang pasti, kalau nak baik, jadi terbaik, fokus perkara didahulukan, kahwin itu kemudian. Ingin senang, bacalah buku "Aku Terima Nikahnyaa". Insya Allah, banyak pengajaran. Ini peringatan khas untuk diriku, dan juga anda semua. Mudah-mudahan bermanfaat. Insya Allah.

AvA - Kepada yang akan balik IPG, mudah-mudahan Allah melindungi korang semua. Amin. ^^

Friday, 28 October 2011

Cerita Cinta VI

"Lisa, tak payahlah." kata Erin.

Lisa tergamam. Apa kes?

"Eh Rin, kau nak diorang pijak kepala korang? Bukan kau bersalah. Diorang si Ariel tu bersalah. Ngamlah tu dia, ikut jejak langkah Aril Peterpan."

"Oi Lis, jangan kutuk saudara seagama sendiri. Dia salah pun, doakan dia supaya dia bertaubat." Erin memang kurang suka dengan bab kutuk-mengutuk. Kalau dia dikutuk, dia boleh tahan. Kalau orang mengutuk orang, memang dia terus sembur ladanya. Ayu-ayu gengster, tapi memang mantaplah.

"Bukan apa, tapi kau kenapa Rin? Padahal dia yang nak belasah kau. Syukurlah ada mamat pergi selamatkan kau kan? Eh, handsome tak mamat tu?" sempat lagi Lisa mengusik Erin. Erin sekadar menggeleng. Apa kena kawanku ni? Kejap lain, kejap lain. Namun, Erin tetap menyenangi Lisa, sebab mereka sehati sejiwa.

"Kau ada mata, tak nampak ke tadi? Ish, ish, ish." Erin membalasnya.

"Eh, ya tak ya juga. Eh, Rin. Jom balik. Melangut apa kita di sini." Lisa menarik tangan Erin. Tatkala meninggalkan tempat tersebut, mereka berselisih dengan seorang lelaki. Lelaki itu merenung Erin dari kepala hingga ke kaki. Erin dan Lisa berdiam saja. Lisa tahu, lelaki, nampak perempuan cantik tergamamlah tu.

"Wah, lawa rambut, model syampu ke?" ayat sarkastik, Erin dan Lisa terhenti. Lelaki itu dengan rileksnya melangkah ke bilik pengetua.

"Apa awak cakap?" Lisa mula berapi. Walaupun ayat itu memuji, tapi nada suara lelaki itu sememangnya sarkastik.

"Cantik rambut. Model syampu? Kenapa belajar kat sekolah? Kenapa tak photoshoot saja?" kata lelaki tersebut.

"Hei, awak jangan nak cari pasal sini." Lisa menuding jarinya ke arah lelaki tersebut.

"Heh, setakat perempuan macam kamu dua..." lelaki tersebut meninggalkan mereka, tanpa menghabiskan ayatnya. Hilang disebalik pintu bilik pengetua.

"Tak guna punya jantan, tak kenal-kenal, tiba-tiba cari pasal, karang dibedal, baru padan muda." Lisa menghamburkan kemarahannya. Erin berdiam diri. Apa kes lelaki tu? Tapi macam pernah ku nampak. Mungkin perasaan saja kot.

"Dahlah Lisa, jom kita balik." mereka terus meninggalkan tempat tersebut.

* * * * * * * * * *

"Aku dengar ada pelajar baru. Betul ke?" para pelajar riuh bertanya soalan tersebut. Hari itu hari isnin, perhimpunan mingguan akan dimulakan sebentar lagi.

"Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di dewan sekarang juga. Terima kasih." sekali saja pengumuman, semua pelajar berduyun-duyun masuk dewan. Tak terkecuali Erin dan Lisa. Mereka sebenarnya malas nak pergi, penat berdiri. Lainlah kalau jadi pengawas seperti si Sarah tu, boleh jalan-jalan, duduk, suka-suka hati saja nak buat apa.

Perhimpunan yang tipikal, melaporkan event minggu lalu, termasuk kes Erin, namun nama tidak disebut. Dan hal-hal lain yang sewaktu dengannya.

"Baiklah, sekolah kita telah menerima pelajar baru, di mana dia akan menduduki SPM juga. Dipersilakan, Alif Zaidi Daniel Kamahl." umum guru disiplin, Encik Hakim.

Mata tiap pelajar terus melihat pelajar yang dimaksudkan. Para pelajar perempuan mula senyum-senyum, berbisik-bisik, para lelaki jelik melihat keadaan pelajar perempuan. Namun bagi Erin dan Lisa, dia merosakkan mood pada pagi tersebut.
(bersambung....)

Entri 1/6 malam.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih bernafas. Okay, belajar lepas tidur.

Fresh, memang siok. Tadi aku tertidur pukul 9 pm lebih2, terbangun pukul 12.30 a.m. Fikir tidur lama. Jadi? Tak dapat tidur balik, baik kita layan laptop kan? <-- Lebih baik layan Qiam. =.=

Apapun, aku on laptop, bukan mahu layan game, tapi layan study. Sambil berFB. Syukurlah ada kawan prihatin dari IPSAH, bertukar-tukar la idea pasal topik exam, kan sama-sama opsyen. Keh3.

Sebenarnya, belajar lepas tidur amat seronok berbanding belajar sebelum tidur. Sebab tak mengantuk. Hehe. Aku dua jam saja tidur, boleh-boleh bangun, terus fresh habis. Apa kes? Entahlah, Allah yang bagi. Alhamdulillah. Gunakan masa sebaiknya.

Jadi mahu belajar ini, perlu ada persediaan nota. Seriously, melayan LDS dari kemarin, boleh membunuh mindaku. Clauses, Cohesive device, Word Classes, membunuh sungguh. Okay lagi melayan sastera, tapi itulah, kena usaha. Sebab LDS ini boleh dikatakan senang berbanding sastera walaupun susah berbanding sastera. Dengan kata lain, LDS killer, ES (Sastera Inggeris) membunuh. Sama kan?

Di saat berkongsi topik, chatbox FB pula bikin hal. Auto-offline. Apa kes? Mark Zuckerberg, is it a bug? Seriously, the only thing that I know that have bugs is DotA map. Takkan FB jadi DotA? Keh3.

Jadi aku menaip ini, saja menghilangkan rasa bosan melanda di hati. Ingin belajar bagus-bagus la ni. Tadi di masjid, jumpa seorang saudara lama, bernama Pakcik Jinny. Semart kan namanya? Mulalah cerita kami, dia nasihat aku supaya teruskan, tanpa berpaling, dia kata dia doakan kami semua (aku, jul, jan) agar sentiasa berjaya. Terharu jo, dalam hatiku berkata, alhamdulillah, pakcik Jinny banyak berubah. Memang baik la tu pakcik.

Dia nasihat lagi, supaya berusaha untuk mencapai cita-cita, sebab kalau dah minat, teruskan. Alang-alang menyeleku pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kan? Memang bernas nasihatnya. Aku cuba gurau sikit, pasal kahwin. Memang tiada topik lain aku ini, kahwin saja.

PJ - Tidak lama ba tu. Ko pejam, celik, pejam celik, naah. 4 tahun sudah berlalu. Terus jadi guru.
Aku - Pejam, celik, pejam, celik, kahwin. Keh keh keh.
PJ - Apapun, tumpukan belajar dulu, kalau ada kerjaya sudah, senang sudah. Tu cewek-cewek tu nanti-nanti saja. Biar dulu itu. Yang penting, belajar dulu, mencapai cita-cita. Cewek-cewek itu kemudian.
Aku - Itula tu. Saya tidak fikir pasal itu, saya manada cewek ini. Hehe.
PJ - Itulah, kalau ada kerjaya sudah, ada kerja tetap, senang saja ba itu. Ada juga tu nanti.

Tertembak di hati, tiada cewek konon, tapi cerita kahwin. Tidak fikir konon, tapi hati merindui, hmmm. Apapun, memang betul kata pakcik Jinny. Jadi tugas sebagai pelajar ialah study.

Exam kali ini, aku mahu dapat terbaik,  tapi kalau pass untuk masuk degree, syukur alhamdulillah. Sebab foundation tidak mempengaruhi, dan akan bermula dari 0. Di situ, aku terus buat sebaik mungkin. Insya Allah.

So? Sekarang fokus LDS dulu, LDV, ES dan SS. Sebenarnya mahu fokus killer subjects, sebab dua subject lain okay saja, tapi tidak boleh dipandang rendah. Hehehe.

Dengan cuti berbaki 2 hari, tolak hari ini, aku mahu belajar. Bila balik IP? Maybe tomorrow, insya Allah. Kalau ada orang sudah, i mean, kawan-kawanku di situ. Hehe. Paling-paling, si Syeikh dan Salman Al-Farisi saja stay seminggu di situ.

Okaylah, cukup setakat itu. Aku mahu sambung study dengan rakan lama, Connie Dhalia. Cantik kan nama? Tapi awas, dah berpunya. Keh3. Lupakan niat korang. Miahaha.

AvA - Oh LDS. Oh LDS. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita semua. Amin. ^_^

Wednesday, 26 October 2011

Fikir sejuta kali.

Assalamualaikum ^______^

Err... Sila abaikan senyum kambing itu. Hehe.

Tajuk, tajuk, tajuk. Fikir sejuta kali, untuk apa? Banyak. Sebelum buat sesuatu.

Sebelum kita ingin melakukan sesuatu, eloklah kita fikir dulu apa kesan yang kita akan buat itu. Termasuk menaip entri. Kesan menaip entri? Kongsi ilmu dengan orang, pengalaman, situasi, kan? Hehe.

Tapi, kali ini, bukan pasal itu, tapi pasal, cinta. Adei, keluar sudah tajuk kegemaran Mr. Pae. Bakal isteri, sorry, suka sangat cerita cinta.

Fikir sejuta kali sebelum kahwin <-- Betul.

Fikir sejuta kali sebelum menyentuh hati perempuan <-- Betul.

Fikir sejuta kali sebelum couple <-- BENAR.

Aku ingin menekankan paling last itu.

Andai kata kita telah meminati seorang wanita, perempuan, fikir, bagaimana untuk mendekati dia.

Ada satu cara saja, yang paling bagus. Apa dia?

Dekatkan diri kita dengan Allah. Cara terbaik mengurus perasaan cinta kita itu.

Janganlah kita dekat dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah, boleh menimbulkan kegelisahan dalam hati, seriusly. Why? Sebab aku pernah rasa kedua-dua cara yang dilarang ini.

Berdasarkan pengalaman, amat sakit untuk mendekati seorang wanita, walaupun dengan niat baik, betul. Tak perlulah mahu sentuh hatinya, jika tiada niat untuk membawa dia ke jalan yang diredhai Allah, yakni nikah dan kahwin. Kan?

Memang susah, sangat susah. Sebab? Diriku juga tak terlepas dari situasi ini. Makin hebat kesakitan itu, kalau seseorang yang kita cuba dekati, menjauhkan diri daripada kita. Itu makhluk, bayangkan kalau Allah jauhkan kita dariNya, tidakkah itu sakit? Syukurlah, Allah sentiasa untuk hambaNya, selagi mana kita beriman kepadaNya.

Ramai di antara kita terbabas. Yup. Bergurau senda dengan seseorang yang kita minat, sekalipun orang itu tak tahu kita minat dia, tapi percayalah, sebenarnya kita menyeksa diri kita, untuk stay suka pada dia. Jangan buat diri kita lalai dengan perasaan ini.

Aku akui, aku sendiri terlalai, tapi alhamdulillah, nasihat seorang sahabat, seperti aku nyatakan dalam entri lalu, menyedarkan aku. Aku sudah tekad, aku ingin jauhkan diri daripada menyentuh hati seorang wanita yang ku minat, sebab ia pasti membunuhku. Kalau dia minat pada kita, lagilah bahaya. Kalau dia tak minat, buat dek saja, menyakitkan sungguh. Kan?

Allah ada untuk kita, tak kira di mana saja. Apabila mencintai seseorang, cintailah Allah terlebih dahulu. Biar kita ingat dia, terus kita ingat Allah. Bukan kita ingat Allah, kita ingat dia. Terbalik! Kenapa ingat dia terus ingat Allah? Supaya kita tahu, ada batas tertentu, yang telah Allah tetapkan.

Jadi rakan-rakanku sekalian, sebelum anda menyentuh hati seorang yang anda minat, fikirlah sejuta kali. Sekalipun kesan yang buruk itu tak ada, sekalipun kita tidak bercouple dengannya, sekalipun hanya sebagai kawan saja, perasaan kita yang jatuh sakit. Sebab terlalu merindui, terlalu meminati, terlalu mengharap.

Kalau suka, jumpa ibu bapa, katakan pada mereka, hasrat murni. Kalau belum lagi, puasa. Kan nabi suruh puasa? Hehehe.

Aku ini malar saja cerita pasal cinta. Tapi sebenarnya, ada hikmah jika kita just keep calm, tidak terbawa-bawa, tidak lalai. Andai kata kita bersabar, di samping kita menjadikan diri kita terbaik, insya Allah, Dia akan beri apa kita mahu. Sebab itu ada dua saja kemungkinan yang Allah boleh bagi, si dia yang kita minat, atau lebih baik lagi. Yakinlah pada Allah.

Kesimpulannya, jangan dekat seseorang, jika tiada niat untuk bersama dengan dia selamanya. Jadikan diri terbaik untuk Allah, sekalipun tidak baik, tapi ada usaha. Dan akhir kata, nikah dan kahwin, itulah jalan terbaik, menghubungkan cinta dua orang insan. Insya Allah.

AvA - Sabar. Sabar. Sabar. ^_^

Tuesday, 25 October 2011

"FACE IT"

"If you have problems, FACE IT. Don't FACEBOOK IT."

Quote special. Heh. Sesiapa tertembak hatinya, bagus. Fikir.

Facebook tempat apa? Tempat? Cari kawan, kawan lama, kawan baru, saudara, siapa-siapa saja.

Apa itu status? Untuk memberitahu perkembangan yang berlaku pasal situasi, berkongsi ilmu.

Part yang aku mahu sentuh, SITUASI.

Perlukah memaki? <--- Agama tak ajar memaki. Islam ka, Kristian ka, Hindu ka.

Perlukah update tiap masa? <--- Terpulang. Tapi orang pasti jelek dengan anda.

Perlukah buka aib orang? <--- Agama sendiri larang. Islam larang umatnya buka aib orang. Agama lain juga begitu.

Perlukah marah-marah? <--- Tiada guna. Syaitan rasuk, padan muka.

Wahai Pae, kenapa sibuk-sibuk sangat? <--- Well, sebab status korang banyak memaki, marah-marah. ^_^

Jadi kenapalah? Bukan FB kau kan? <--- Ya bukan. Tapi, tak bolehkah bersabar kalau ada dugaan?

Suka hati akulah! <--- Suka hati aku juga mahu tembak korang. Kehkehkeh.

Kau ini, kenapa juga?! Aku mengadu masalah pada FB bukan pada kau.

^-- Ada Allah, kenapa tak mengadu padaNya? Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui. Kan?

Sudahlah kau! <--- Itulah, orang tegur tak makan saman. Ditembak hati, mengamuk pula.

Sebenarnya, Facebook ini untuk kita bersosial secara maya. Aku tak kisah status yang okay-okay punya, cumanya kalau status memaki hamun, mengamuk tak tentu pasal, apa kes?

Kalau ada dugaan, cuba luah dulu pada Allah. Try sekali. Percayalah, tenang. Confirm! Tenang. Kalau tak tenang, kualiti ibadah korang ada tak kena itu. Jadi bagaimana? Berubahlah. Insya Allah.

Tahukah korang bahawa tiap dugaan itu ada hikmahnya? Setiap benda yang menyakitkan itu dugaan. Betul. Orang kasi sakit hati kita, dugaan. Ada konflik dengan orang lain pun dugaan. Tapi ingat, cari puncanya, muhasabah diri. Bincang baik-baik. Kalau konflik berlaku, itu menunjukkan sejauh mana kita boleh bersabar, terutamanya bertentangan pendapat. Kan?

Jadi, pembaca sekalian, jangan memaki di FB. Aku memang tak tegur kalau ada orang buat begitu, paling-paling aku suruh sabar saja. Itu sajalah. Kalau aku pun memaki, maka tegurlah aku. Insya Allah, saling bertegur itulah cara untuk membentuk individu yang mantap, dan hebat. Hehe.

Kesimpulannya, jadikan FB tempat berkongsi benda baik, jangan memaki hamun. Okay? Keh3.

AvA - Janganlah memaki. Tidak bagus. Keh3.

Menjelajah YouTube.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas. Syukur.

Oh yeah, kini telah sedang bercuti, study? Adesh. Sekejap-sekejap saja ni. Apa macam ini. Takpa. Aku nak usaha lagi.

Salah satu sebab aku sikit-sikit belajar, gara-gara DotA. Urgh! Dengan map baru dah keluar, semua hero mantap-mantap, aish. Tapi itulah. Hari ini, hanya dua game saja setakat ini. Kehkehkeh.

Okay. Tadi aku bosan, bosan, bosan. Jadi selain FB, aku masuklah YouTube. Yalah. Tapi kali ini, mencari benda yang smart-smart. Kalau dulu, DotA video dicari.

Sedang mencari benda smart-smart, dengan izin Allah, aku teringat fenomena seorang ustaz di Malaysia. Sampaikan artis sendiri pernah rujuk kepada dia. Siapa dia? Heee. Aku agak, korang boleh teka kan?

Dan makin banyak ilmu, yang selama ini aku tak pernah tahu. Daripada cerita hukum menyimpan Quran di laptop, handphone, sehingga hukum kahwin, jima' (wow) dan banyak lagi. Paling penting, sekalipun loghatnya tu agak pekat, tapi senang mahu faham. Dan confirm, tak kering gusi. Lawak saja. Santai, macam Dr. Fadzilah Kamsah. Keh,keh,keh. Jadi meh aku share dengan korang. Sebab aku rasa, tak semua orang tahu, jadi aku nak share la. Mudah-mudahan bermanfaat kepada diriku, dan korang semua. Insya Allah.

Ini linknya saja. Semuanya direct to YouTube. Maaf ya. :)

Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku close tab semua sebab buffering slow. Namun syukurlah, time cuti ini, bukan game ja aku layan. Hehe. Sebab dulu-dulu, asyik game je. DotA, DotA, DotA. Entahlah.

Mudah-mudahan link di atas ini, beri manfaat kepada kita semua. Seterusnya menambah minat kita untuk mendalami ilmu agama. Insya Allah.

Indah semua ini. Aku ada terbaca satu komen "keindahan iman yang tidak dirasai oleh orang yang belum terima hidayah" - lebih kurang begitulah. Aku berfikir juga, betul. Namun ada hikmah semua ini, Allah beri hidayah kepada kita, supaya kita sedar, dan seterusnya membawa orang lain ke jalan yang sama.

Tapi untuk mendapat hidayah, doa dan usaha perlu ada. Sebab itulah turunnya ayat al-Fatihah ke 5 bermaksud : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Inilah ayat yang semestinya kita ikut. Tapi apa nak jadi orang zaman sekarang? Bila diajak amar ma'ruf, dia kata "nantilah tunggu hidayah", macam mana nak ada kalau kita tak sembah Allah terlebih dahulu?

Bukan mudah, tapi tak susah. Ingatlah, dunia ini sementara, akhirat itulah kekal selamanya. Insya Allah, dengan kehidupan beragama, hidup kita bahagia.

Kesimpulannya, link itu bermanfaat kepada kita semua, sekiranya kita mementingkan rohani kita. Insya Allah.

AvA - Bakal isteri, sila lihat link yang pertama. Bagitau parents anda, "mak ayah, lihat video ini." Keh3.