Comrades

Saturday, 12 February 2011

Februari datang lagi part II

Boy - "Sayang, jom kita ke tempat lain pula. 1B ni puas suda kita round."
Girl - "Jomlah. Alamak, bang. Tunggu dulu. Ayang nak ke ladies jap. Hehe. Tolong pegang handphone ni."
Boy - "Ok. Jgn kasi lama ya."
Girl - "Don't worry la darl."
(beberapa ketika, handphone si girl berbunyi mesej)
Boy - "Aik ada mesej pula. Siapa pula ni?"
(periksa periksa)
"Darling, malam ni kita jumpa macam biasa yer. I tak tahan dah nak bersama you ni. Malam ni yer Muaaaah. Love you." - si polan
Boy - ". . . . . . . . . . . . . . ."
(si girl datang) 
Girl - "Sorry lambat sikit. Hehehe. Apa yang sayang baca tu?
Boy - "Siapa si polan ni?!" (suara keras)
Girl - "Polan mana pula?"
Boy - "Ni yang mesej ni. Jumpa malam. Tak tahan! Oh! You main kayu tiga ya?!" (marah) 
Girl - "Err.."
Boy - "You tunjuk baik depan I. Belakang you ada jantan lain ya!"
Girl - "Minta handphone tu." (cuba mengambilnya)
Boy - "Hah! Jawab dulu soalan I tu! Siapa jantan tu?!"
Girl - "Mintaklah handphone tu!"
Boy - "I takkan bagi unless you mengaku siapa tu jantan!"

* Cerita ini diolah oleh penaip berdasarkan pemerhatian beliau ketika berada di 1B selepas dari surau. Penaip mendapat inspirasi melihat adegan ini. Diingatkan bahawa dialog di atas itu semuanya rekaan namun kejadian ini memang betul-betul berlaku.

 Assalamualaikum.
Good morning semua. Hoho. Ada sihat? Mesti. Ada sakit? Mestilah. Jom kita sambung entri Februari datang lagi dan sama-sama mengambil iktibar. Insya Allah kita semua akan okay.

Tik tok tik tok, hari keramat tu semakin hampir. Hmm, dan hari selepas itu ialah? Oh, Maulidur Rasul. Hari Maulidur Rasul lah yang patut semua umat Islam tunggu. Bukannya hari Valentine Day.
Previous entri aku sentuh beberapa kategori couple kan? Kategori B telah kita bincang. Sekarang jom kita bincang kategori C pula. Ingat ya semua ini hasil kajian peribadi penaip blog ini. Hohoh.

Kategori C! Baru bercouple. Ini tidaklah se'advance' seperti kategori A dan B, saya berani kata mereka ini mengamalkan dunia ini seperti mereka saja. Tapi, dalam kategori ini ada dua kemungkinan. Satu, baru bercouple dan tidak akan melakukan perkara yang tak patut (good couple). Kedua, baru couple tapi macam pasangan kekasih yang dah lama bercouple (menghampiri kategori B). Good couple dan bad couple lah kononnya. Ada juga couple  baiknya. Walaubagaimanapun, dalam Islam couple itu tetap haram (konteks ini membawa maksud couple sebelum kahwin dan sebelum bertunang. Tunang bukan tiket untuk berdua-duaan).

Jadi time Valentine Day, kategori C akan buat apa?
1. Hadiahkan bunga pada kekasih mereka.
2. Hadiahkan coklat.
3. Kirim kad.
4. Dating macam biasa.
5. Berdua-duaan di tempat sunyi (menghampiri kategori B a.k.a BAD COUPLE [kunun])

Ini untuk kategori C. Oh ini semua nampak okay je kan pada pandangan kamu semua? Sebenarnya, tidak. Kenapa? Berpegang tangan, haram bagi lelaki dan perempuan bukan muhrim. Berdua-duaan? Lagilah haram, syaitan menjadi orang ketiga. Kamu kata itu okay? Sorry yer tak okay hatta kamu kata "alaa, pegang sikit je pun." Itu tetap dosa. Melainkan kamu sudah kahwin, baru aku cakap okay.

Kategori D ialah orang yang tiada couple. Sungguh kasihan, tapi mereka tetap menyambutnya. Dengan kirim kad kepada orang (kawan perempuan), coklat, bunga dan macam-macam lagilah. Pandangan kamu, okay atau tidak? Haha. Ini pun tak okay. Bukan salah bagi benda macam tu cumanya perlukah dibuat pada VD saja? Kalau korang kata ya, maka kita, umat Islam seolah-olah mengagungkan VD ini yang merupakan amalan agama lain. Bukankah itu boleh menyebabkan fitnah dan terbatal akidah?

Kategori E ialah yang tidak menyukai couple. Ini tak perlu ulas panjang. Kalau nampak saja pasal VD punya event ka, confirm dorang dah koyakkan/tutup/buang/macam-macam lagilah. Hahaha. Maknanya mereka benci tahap cipan la ini.

Special couple ialah khas untuk golongan dah berkahwin. Kadang-kadang golongan ini sambut VD. Tapi bagi umat Islam, kita harus ingat, mengikut dan menyambut upacara agama lain ialah haram. Walaupun anda sudah berkahwin, menyambut VD tetap haram. Kalau nak berkasih sayang bila-bila pun boleh. Bukan time VD barulah sibuk nak bagi hadiah pada isteri/suami tercinta. Adakah patut.

Kenapakah VD ini haram di sisi Islam? Sebab ia langsung tak termasuk dalam sejarah Islam. Tapi ia termasuk dalam agama jahiliah Rom, di mana seorang paderi yang dipenjara, bercinta dengan seorang anak pegawai penjara dan disitulah dia melafazkan cintanya. Paderi itu mati di situ juga. Ini versi pertama. Kedua, raja Claudius tidak mahu tenteranya berkahwin (yang muda) tapi si Valentine ini membantah dan tetap melaksakannya perkahwinan orang muda secara tapuk2. Kedapatan terus kena penjara dan dihukum  gantung pada tarikh 14 Feb.

Versi ke 2 kononnya penyucian diri - Lucerpelia sambutan Rom sebelum kedatangan Kristian. Pemuda memilih gadis berdasarkan undi dan gadis itu merupakan teman seks selama setahun. Versi yang mencabar jiwa, ialah kononnya untuk meraikan kejayaan kejatuhan Islam Andalusia di Sepanyol, kononnya si Valentine ini ialah hero dan menganggap Islam adalah zalim (adakah patut)

Hah, itu versi VD ini. Tapi kalau mahu tahu lebih lanjut kunjung ke FB dan terus join the page yer. Ekeke.

Dalam Islam, VD memang haram. Seperti dikatakan di atas tadi, VD haram sebab ia upacara agama lain. Dalam sosial, ia boleh membawa kepada penzinaan. Allah telah larang kita haram mendekati zina jadi kita mesti patuh. VD tidak lain tidak bukan hanya menyesatkan umat Islam agar akhlak kita jadi buruk. 

Tarikh yang memukau terutamanya orang Islam
Jadi kesimpulannya, janganlah kita merayakan VD ini. Bukan membawa faedah kepada kita pun. Bagi pendapat penaip, selain bawa dosa, kita menghabiskan duit ketika VD. Kita beli benda-benda mahal dan benda yang lazim (kad,coklat,bunga) untuk kekasih mereka. Kita bawa dating dan habiskan duit. Betul atau tidak? Hahahah.

Lebih baik kita sambut Maulidur Rasul pada 15 Feb berbanding VD pada hari sebelumnya. Walaupun menyambut Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh zaman nabi dulu, tapi tidak salah untuk kita mengingati kegemilangan Rasulullah S.A.W ketika dulu semenjak kelahiran baginda. Bukankah begitu? :)


Time VD ramailah orang begini

Ini lagilah..
Hati-hati yer korang semua. Jangan ikut orang-orang ini. Kalau tidak, kita tentu tahu apa hasilnya....pembuangan bayi.

So, ini je untuk kali ini. Insya Allah, kita semua okay kalau kita ikut Islam. Yang penting...kalau mahu berdua-duaan, kahwinlah cepat. Hehehe. Penaip ini pun mau kahwin, dengan siapa? Bakal cikgu kot. Hahahaha. See ya!

Wednesday, 9 February 2011

Kekuatan seorang lelaki, kehebatan seorang wanita.

Assalamualaikum.

Aku sangat gembira sebab kerja kursus kajian sosial dah hampir siap. YAHA!! Namun dikesempatan ini, mari kita cerita pasal lelaki dan perempuan.

Apakah kehebatan seorang lelaki? Sama-sama kita lihat.
1. Mempunyai kekuatan fizikal
2. Bapa
3. Ketua
4. Pencari nafkah
5. Daya tahan yang tinggi
6. Mampu buat keputusan
7. Mampu mengawal emosi
8. Bertindak mengikut akal dan naluri

Wow. Banyak juga. Hmm. Adakah ini semua benar? Ya. Dan semuanya positif. Dan apa pula kehebatan seorang wanita?
1. Mempunyai sifat yang baik.
2. Ibu
3. Penolong kepada ketua
4. Menjaga anak ketika suami mencari nafkah
5. Mempunyai sifat penyayang yang tinggi
6. Berfikir secara dalam untuk membuat keputusan
7. Mampu mengawal nafsu
8. Bertindak mengikut akal dan emosi

Masing-masing ada kelebihan sendiri. Yang penting lelaki jangan ego, perempuan jangan cerewet! Lelaki semuanya handsome! Sebab? Perempuan cantik. hehehehehe.

Isteri juga adalah amanah suami. Jadi si suamilah bertanggungjawab untuk mendidik isteri mereka. Tidak semestinya si isteri akan lepas tanggungjawab mereka. Isteri haruslah menunaikan hak suaminya iaitu? Kasih sayang. :) 

Kadang-kadang ada video posted di FB, tentang wanita curang. Apa si lelaki buat? Dia pukul habis wanita itu. Adakah patut. Itu baru kekasihnya. Agak2lah kalau bini dia curang, entah2 dia bunuh kot.

Jadi di mana silapnya dalam insiden itu? Si perempuan yang gagal kawal nafsu. Si laki pula tak mampu mengawal emosi. Jadi memang tidak hebatlah suda mereka tu.

Tapi the best part untuk wanita, mereka mempunyai kesabaran tahap tinggi. Memang punya. Seorang ibu tunggal berjaya menyara hidup anak mereka walaupun serba kekurangan. Seorang wanita memang hebat sebenarnya. Sebab itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bahawa kita hendaklah memuliakan perempuan. Bukan memukul mereka!

Best part untuk lelaki? Apa? Mau tau? Hehehe. Lelaki sememangnya ego dia tinggi. Tapi setinggi mana pun ego dia, pasti jatuh juga kerana seorang perempuan. (kalau jatuh kerana lelaki lain itu bahaya tu. elakkan)
Sebab apa? Lelaki yang marah2, akan jadi tenang kalau si perempuan bercakap lembut dengannya. Waaa. Hebat kan si perempuan ni? Eh, lelaki punya best part apa? Hahaha.

Best part of lelaki ialah mereka ini boleh jadi ketua. Ketua keluarga, pemimpin masyarakat, dan banyak lagi. Paling special, mereka tidak ada keuzuran. Hehee. Maksud ku, mereka boleh ke masjid tiap2 waktu setiap hari. Perempuan ada timenya saja. Hehehe.

Dan juga lelaki ini, naluri mereka jenis tinggi. Andai kata mereka ternampak seorang perempuan dalam bahaya, mesti si lelaki ini akan lindung si perempuan itu. Sebab apa? Naluri mereka untuk menyayangi wanita memang tinggi walaupun TIDAK DITUNJUKKAN.

Zaman sekarang ini, kita lihat wanita ramai yang gedik, lelaki ramai yang sotong. Di manakah ciri-ciri lelaki/wanita idaman kita yang kita cari? Ada atau tiada? Ada. Tapi hanya Allah saja tahu.

Kesimpulannya, dua-dua ini mempunyai kelebihan tersendiri. Dan juga wahai lelaki songsang, ingatlah kamu. Pasangan kamu adalah wanita. Tidak lahir kamu ke dunia tanpa seorang wanita (melainkan Nabi Isa A.S dan Nabi Adam). Perempuan songsang, suami kamu adalah lelaki. Merekalah sepatutnya untuk kamu. Tidak kamu bernafas tanpa seorang lelaki.

Dan juga, apabila dunia sibuk mengatakan hak kesamarataan lelaki dan perempuan, untuk selamanya tidak akan sama. Percayalah. Sebab Al-Quran sudah pun menyatakannya.

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:11) |

Itu baru harta pusaka. Tapi diingatkan, dalam Islam semuanya sama saja. Jadi jangan salah faham dengan ayat ini. Okay? Chow!


Contoh suami isteri yang baik




Tuesday, 8 February 2011

4 perkara.

Assalamualaikum..

Aku rasa entri-entri aku ni makin lama cerita pasal jiwang je. Pasal hatiku je. Adakah aku ni jenis jiwang karat? Aku rasa orang muntah lihat entri ku ni. Aisehmen. Muntah yer. Tak pe takpe. (ni pohal plak loghat semenanjung ni?)

Marilah kita cerita sikit-sikit. Korang pernah rasa kecewa tak? Pernah bukan? Kecewa bukanlah DALAM PERCINTAAN SAJA. Kecewa punya hal mesti kait dengan percintaan. Hmmm.

Mari kita cerita sikit pasal nak cari jodoh ni lagi. Tadi aku pergi masjid hadir BIG pada last minute. Kebetulan ustaz favourite aku berceramah tentang jodoh! Haa! Aku yang tunduk kepala terus angkat! Hehehe.

Kita semua tahu kan Nabi S.A.W menyatakan carilah jodoh berdasarkan 4 perkara. Siapa tahu? Sila komen! Aku bagi korang gula-gula. Haha. Gurau je.

4 perkara yang dimaksudkan baginda tu ialah
1. Cantik/Handsome
2. Keturunan
3. Harta
4. Agama

Lepas tu diterangkan lagi, wahai lelaki beriman, carilah jodoh kamu kerana agamanya (Islam). InsyaAllah, 3 perkara lain akan menjadi sempurna punya! Amin! Orang beragama sememangnya TERBAEK!!!! Hohoho.

Terus aku memang dah tekad dah dalam hati, aku ingin cari isteri kerana agama, walaupun orang kata "eleh ko pikir senang? Tidak pasal2 ko kena ceramah tiap2 hari.." Siapa takut. Ini yang bagus. Biar isteri bagi petunjuk sikit pada kita. Supaya kita berubah. Apalah korang ni.

Andai kata jodohku seperti dia...
 Tapi kenapa pula Nabi sebut yang first..cantik? Ada ustaz cakap, kalau kita awal2 pilih agama, tapi lihat muka tak elok, kita tolak bukan? (selalunya bagi orang yang tidak ikhlas) Jadi kita seolah-olah menolak agama.

Dan juga, bagi para jejaka di luar sana yang tidak pernah rasa cinta, mari sama-sama berdoa supaya kita diberi isteri solehah dan cute macam Heliza. Aik? Hahaha. Untuk perempuan pula, berdoalah agar dikurniakan suami yang soleh dan handsome. :)

Kita kena yakin pada Allah bahawa tiap-tiap yang dicipta itu berpasangan.

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaa Siin 36:36)

Nampak tu? Dari surah Yasin yang selalu kita baca tu. Tiap makhluk berpasangan. Kita pun ada. Kalau bukan di dunia, insya Allah di akhirat kelak. :)

Bicara hati ku. Aku nampak dia sudah pun berpunya. Maka harapan ku untuk bersama dia pun pudar. Adakah aku marah? Kecewa? Cemburu? TIDAK! Aku gembira. Sebab? Aku tak payah lagi rindu dia, tak payah lagi berharap, cuma aku tunggu je la. Kalau dialah jodoh ku (walaupun bukan muslim), manatau Allah buka pintu hatinya untuk mendapat taufik dan hidayah daripadaNya. Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Aku hanya berdoa agar dapat isteri solehah dan berusaha mencari..di mana? Ada. Di PLDK. Kehkehkeh. :D

Aku rasa diriku ni kronik mau kahwin tapi tahanlah. Ada juga rakanku yang mau kahwin juga! Siapakah? Hahaha. Tak perlulah. Ada sebab awal kahwin.
 1. Mengelakkan diri daripada maksiat
2. Dapat kawal hawa nafsu
3. Dapat berdua-duaan dengan isteri secara halal
4. Dapat melahirkan anak yang halal
5. Sunnah nabi
6. Mengembangkan masyarakat

Kalau lambat kahwin tu, kengkadang orang muda cari penyelesaian cara couple. Couple ini pun ada kategorinya. Dalam previous entri ada aku sentuh kan? Jadi baca sendiri.

Kesimpulannya, carilah isteri berdasarkan 4 perkara tadi. Bagi perempuan, carilah suami juga berdasarkan 4 perkara tu. Kita semua ada pasangan. Renungkan ayat Al-Baqarah ni.

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)." (Al-Baqarah 2:221)

Jadi aku akan cuba untuk lupakan memiliki si dia, hanya berkawan. Lebih baik. Amin. Semoga kita semua dapat pasangan yang baik- baik belaka! Amin.

P/S - Si faiz ni jiwang ja kerja. Buat assignment!!

Yang penting K-ON!!


Aku inginkan isteri solehah....

Assalamualaikum....

Kita bertemu lagi. Haha. Macam bodoh pula aku buat gitu. Adei. Dalam entri ini, jom kita cerita pasal kahwin. Hah! Apahal si faiz ini? Hahha.
Kenapa pula aku mau cerita pasal kahwin ni? Adakah aku ingin kahwin? Oh tidak juga. Sebenarnya aku termimpi bahawa aku dipinang! Oh, muncul suara sumbang.."eh, laki dipinang? Ko ni gila ke apo? Nak kiamat dah ke?" Gila ka kamurang cakap gitu. Lempang kang baru tau. Siapa kata laki tak boleh dipinang? Pukul baru tau. Hehehe.

Mimpi dipinang? Dan time dalam mimpi tu, bapa ku kata, "ko tunggu ja, ada seorang pompuan pinang ko dan kahwin dengan ko" Ahoi! Apa aku buat? Aku bersiap pakaian pengantin terus tunggu depan rumah. Adida. Punyala. Aku terbangun terus berfikir sepuluh kali. Ini tanda-tanda aku mau kahwin awal ke? Tapi aku tidak fikir mimpi ini menandakan aku akan kahwin sebab seperti kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
"kebahagian, kekayaan terletak di tangan Tuhan, bukan di tangan bapak."
Maksudnya, Allah saja yang akan tentukan jodoh kita. Tapi aku harap jodoh aku tu ialah wanita solehah ataupun gadis yang telah berada di hatiku sejak tahun lalu. Awww.

Kadang-kadang nampak orang dating tu jealous la sikit. Sikit je. Tapi hatiku kata, buat pa buat perkara yang tidak dihalalkan. Hehehe. Apa tidaknya, manala siok kalau nak dating, pegang tangan tu mau malu2, terus mau bercium-cium pun mau tapuk2. Kalau kahwin, ofkos, buat apa mau malu2 sama isteri. Tapi kalau jalan2 di luar janganlah terlalu 'romance' sampai mau bercium publically. Dalam bilik sudah cukuplah atau di rumah. Heehehe.
Wanita yang sentiasa menutup aurat, yakni tudung labuh/tudung yang menutup dada, berlengan panjang atau ustaz ku kata, tangan pendek (dimana hanya tangan saja kelihatan), baju labuh, seluar panjag dan tidak berlebihan perhiasannya, menarik perhatianku. Kadang-kadang tengok sioknyer. Comel betul mereka. Mau saja berkenalan dengan mereka ni. Eh..teringat aku satu hadis nabi...

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim

Berfikir aku. Buat dosa ke? Berkenalan begitu. Kalau niat mau kahwin oklah juga tapi belum cukup syarat macam mana ni. Terus batalkan niat. Kadang-kadang juga terjumpa si dia.......teringin bercakap. Manatau ada harapan untuk bawa bercinta. Aik? Terlintas lagi...

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

Naaa. Tahan hati je. Heheheehe. Jadi pesanan aku untuk DIRIKU...ingin cari isteri solehah. Kepada kengkawan lain...tahan hati dari bercouple. Tanam niat untuk kahwin. Okay. See you in the next entry. :)  


     
Seperti dia? Indah terus hidup!

 P/S - Tahan hati je. Faiz, insyaAllah ada jodoh mu tu. Amin.
 

Saturday, 5 February 2011

Februari datang lagi Part I

Masih awal lagi untuk tidak ucap Happy CNY walaupun aku jarang mengucapkan ayat ini. Hahaha. Gurau je. Wassup all. Lama xjumpa kan? Hampir seminggu lamanya.. uih nak tau cerita PLDK? Boleh lain kali je. Yang penting aku mau inform dan share suatu benda penting untuk korang renungkan betapa bahayanya kedatangan bulan FEB yang kononnya indah.

Apa ada dalam bulan FEB? hmm...let's see. CNY only? Tidak. Februari ditunggu-tunggu oleh semua CHOPSTICK BERNYAWA a.k.a COUPLE untuk menyambut apa? VALENTINE DAY! Betul kan? Betul kan? TIDAK?!! Bom korang punya rumah ni. Hehehehe.

Kalau CNY tu takpalah. Sebab negara kita ni memang ada orang Cina pun. Cumanya aku agak perasan CNY tahun ni xmeriah. Entahlah. Itu belakang cerita. Tentang hari keramat si Valentine ni yakni 14 Feb tiap tahun memang semua kekasih menyambutnya tak kiralah...normal, songsang ke apa ke, mesti kena sambut punya (dikecualikan aku, maka aku takkan sambut sampai bila2)

Mereka kalau sambut, nak tahu apa yang wajib ada? Terdapat beberapa kategori ini. Jom kita lihat.
Kategori A - Advanced Couple
Kategori B - Normal Couple
Kategori C - Baru Couple
Kategori D - Tiada Couple
Kategori E - HATE COUPLE
Special kategori - married couple

Kategori A
Kebiasaan bagi kategori A ialah mereka yang telah menjadi kekasih setelah bertahun lamanya tapi belum kahwin. Mungkin dah 8-10 tahun dah. Persoalannya...adakah orang bercouple begini lama? Kita kurangkan menjadi 5 tahun. Okay ni cukup. Benda wajib bagi mereka untuk sambut si Valentine punya hari
- Arak (confirm)
- Dadah (pasti)
- Parti (undeniable)
- Pertukaran pasangan* (tak percaya?)
- Seks (kalau tiada ni...memang bukan valentine bagi dorang)

*Pertukaran pasangan berlaku kalau advanced couple jumpa advanced couple yang lain. Di sinilah mereka buat gila2 dan aku malas mau ulas panjang2. Sebab apa? Terlalu advanced juga pemikiran korang kan?
Benda di atas tu kalau takda, dorang cakap NOOB! Jadi? Kesannya? Nyawa tidak bersalah hilang dan susah mau cari isteri/suami yang SUPER BAIK akhlaknya. Ini bukan lagi iblis/syaitan yang 'guide'. Ini sudah kena rasuk oleh makhluk tersebut.


Kategori B
Normal couple. Apa maksud ini? Ini membawa maksud orang yang bercouple baru 2-3 tahun. Jadi apa mereka akan buat time Valentine?
- Arak (mungkin)
- Dadah (70%)
- Parti (ada)
- Pertukaran pasangan (40%)
- Seks (memang punya)

Hah! Nampak tu? Walaupun yang lain hanya kurang 100% kepastian tapi kalau bab seks, jangan dinafikan. Memang dorang mau punya. Astagfirullah al azim. Kategori B ni bahaya juga sebab kenapa? Syaitan dan iblis laknatullah sudah pun berada di sisi dorang. Jadi kalau couple ni berdua-duaan di tempat sunyi, siapa orang ketiga? Semestinya syaitan. Kita kena cegah ni!

Ini korang rasa A,B,C atau spesel? Google.com

Aku mau juga show korang gambar2 menunjukkan ramai kekasih jalan2 semalam di 1B tapi susah sangat. Apa boleh buatlah. Hehehe. Cumanya semalam, di tempat parking kereta, aku nampak couple bergaduh. Haa. Mau tau camana? TUNGGU NEXT ENTRI! :)

Thursday, 27 January 2011

ELAUN!!!!!

Oh, sekarang ini kita berada di penghujung Januari. Kita bakal-bakal menyambut Tahun Baru Cina, untuk kawan-kawan yang berbangsa cina, Selamat Tahun Baru Cina. Jangan sambut sampai cedera parah yer. Hahahaa.

Satu lagi berita, elaun IPG kami akan keluar besok, eh, masuk dalam ATM besok! Yes! Akhirnya bolehlah aku buat beberapa benda. Antaranya
1. Baiki jam (wajib)
2. Beli but bola (confirm)
3. Beli baju baru (mesti)
4. Beli necktie baru (optional)
5.  Jersi Man Utd (mesti)
6. Upgrade processor (mungkin)
7. Upgrade RAM 4GB (mungkin)
8. KFC (ooh. merinduinya)
9. Pizza (sudah buka ke?)
10. Penyangkut baju (ai berapa banyak diperlukan?)

Hah. Inilah yang perlu dilakukan ni kalau elaun dah masuk. Kira-kira budget..ermm...
Baiki jam - RM20
But bola - RM70
Baju baru - RM40
Necktie baru - RM20
Jersi - RM68
Penyangkut baju - RM5

Tengok harga - RM223 ringgit. Oh, alahai alahai alahai alahai alahai. Tak naklah. Mari kita tolak. Baju baru dan but bola.
RM223 - RM110 = RM113. Oh bolehlah ni. Hahaha.
Kalau kira-kira lagi, elaun RM430. Tapi addition dalam dompet dan bank, wah. Adalah RM500+. Yes. Okay!

Jadi aku ada baki lagi RM390 ke atas. Bolehlah simpan untuk makan. Kalau elaun masuk untuk terus dua bulan. Dah semestinya but bola jadi priority. Oh yes!

Ini je lah. Aku saja nak share sebab aku sangat happy hari ini. Dapat makan sarapan setelah sekian lama, tengok pelatih baru sarapan dan paling mengejutkan, gadis yang ku cintai ada di kafe tadi pagi.

Ceritalah sikit. Aku tengah makan. Tiba-tiba aku ternampak dia masuk ke kafe. AKu tutup mukalah dengan tangan kanan. Tangan kiri pegang sudu makan. Kidal ba aku ni. Terus aku continue makan. Tiba-tiba, aku perasan dorang dah nak ke kelas. Yang menghairankan, dorang tak jalan ikut pintu depan, tapi ikut pintu tepi, kebetulan aku dan kawanku sedang duduk sana. Aduhai. Punyalah. Yang lebih mengejutkan, mereka tak lalu belakang kami, tapi DEPAN-DEPAN oo. Aduhai. Aku terus tunduk. Biarlah mereka kata sombong. Biarlah mereka kata "huh temberang sudah." Aku pujuk hatiku, Allah ada di sisiku, lagipun kami dah lama  tak berlayan. Paling last time hari natal. Dia sibuk jadi aku pun tidak SMS dia sebab dia sibuk. Sekarang kalau terserempak, akulah dulu akan jauh dari dia. Dulu dia buat begitu pada ku, tapi bukan bermakna aku balas balik. Aku cuma tak sedia berhadapan dengannya. Kalau berhadapan pun, aku tetap tunduk punya. Aku tak senyum pada dia atau tengok depan2. Paling2 pun dari jauh sajalah.

Dalam hati tu, menyesal juga sebab kami dah kawan sejak sekolah menengah lagi. Dan kini kami di satu IPG. Kali jodoh kami di sini juga kot cumanya dia seorang non-muslim. Mungkin satu hari nanti, Allah buka pintu hatinya dan memberi dia hidayah. Aku berdoa sajalah. Sebab sekarang ni, aku tak terpikat pada mana-mana perempuan. Sebab hatiku pada dia. Tapi sejak aku tahu couple sebelum kahwin ini haram, aku terus iktikad untuk kahwin awal. Mungkin lepas graduate atau time masih belajar. Sebab aku tak mau lama-lama bujang. Hahahahahaha

Jadi itu sajalah cerita ku hari ini. Dari elaun hingga pasal si dia yang ku sayang. Lain kali kita cerita lagi. Hohohhoho.

Tuesday, 25 January 2011

Cerita Boy & Girl

Girl - "Awak. Saya sayang awak."
Boy - "Ya ke? Hehehe"
Girl - "Ya. Saya sangat sayangkan awak. Kita kahwin?"
Boy - "Eh, hehe. Bila?"
Girl - "Insya Allah saya akan jumpa ibu bapa awak untuk minta persetujuan untuk bernikah."
Boy - "(kehairanan) Eh, awak ni dah gila ke apa? Kenapa pula awak nak lamar saya? Terbaliklah awak ni! Patutnya saya lamar awak."
Girl - "Tak boleh ke seorang wanita lamar lelaki?(tidak puas hati)"
Boy - "MANA BOLEH! Awak ni. Zaman sekarang lelaki lamar perempuanlah! Kalau dah terbalik tu tanda kiamat semakin dekat!"
(Paaap!)
Boy - "Eh! Apa hal awak tampar saya ni!"
Girl - "Sedap je nak kata dunia kiamat kalau wanita lamar lelaki! Awak tak pernah belajar agama ke? Dalam agama ada menyentuh tentang bab kahwin kan? Ada ke peraturan yang larang wanita lamar lelaki?"
Boy - "Eh! Awak apa tahu! Aku ada belajarlah! Lelaki yang patut lamar wanita. Bukan sebaliknya!"
Girl - "Awak tahu kisah Nabi Muhammad S.A.W?"
Boy - "Tahu."
Girl - "Tahu siapa isteri pertamanya?"
Boy - "Tahu! Khadijah binti Khuwailid."
Girl - "Awak tahu macam mana mereka bernikah?"
Boy - "(diam) Err..."
Girl - "Tahu ke tak?"
Boy - "Tak (perlahan suaranya)"
Girl - "Jadi jangan nak cakap sembarang wanita tak boleh lamar lelaki. Tahu tak, Saidatina Khadijah sendiri melamar Rasulullah tau. Jadi, kalau sudah begitu, apa hak, dari mana pula fatwa awak ni yang mengatakan wanita tak boleh lamar lelaki?"
Boy - "(diam) Errr....erm."

MORAL - Lain kali jangan sembarangan. Nak kahwin tak semestinya laki dulu mulakannya. Perempuan pun boleh tapi tahulah adat dunia. Diwajibkan konon padahal itu peraturan dunia. Kalau peraturan Allah, laki boleh mula, perempuan pun boleh. Jadi mana lebih besar? Peraturan dunia atau peraturan Allah? Fikir-fikirlah.