Comrades

Showing posts with label Alkisah TIPS. Show all posts
Showing posts with label Alkisah TIPS. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

Tips mengelakkan malas.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih bernyawa. Hehe.

Elak malas. How to do it?

Jadi diriku yang hina ini hanya sekadar berkongsi ilmu dengan anda semua, melalui pengalaman juga. Insya Allah.

Setelah seminggu lebih berada di luar kawasan Keningau, akhirnya aku kembali ke tanah tempat aku lahir. Hihi.

Tips elak malas. Apa perlu buat kalau kita malas? Terutamanya malas assignment.

1. Menyusahkan diri terlebih dahulu.

Macam mana nak susahkan diri terlebih dahulu? Begini, set dalam otak korang.

"Assignment banyak! Takpa, buat awal-awal. Hujung-hujung nanti aku boleh rileks. Aku rela tak tidur malam awal-awal daripada akhir-akhir nanti."

Apa maksud akhir-akhir? Ketika exam hampir menjelma. Hehe. Atau ketika deadline semakin dekat. (Aku ni assignment belum sentuh walaupun sikit)

2. Rajinkan diri anda mencari kerja.

Lebih kurang saja macam di atas. Tapi ini untuk short term punya rajin. Contoh lecturer bagi kerja, time tu kita malas-malas. Tak payah malas. Terus rajinkan diri anda agar lecturer tak lempang anda. Hihi.

3. Rajin-rajin solat sunat.

Haa. Ini boleh rawat penyakit malas kita. Kita dah tahu, solat wajib kita tu banyak kekurangan, dan kita tahu solat adalah amalan pertama akan dihisab nanti. Jadi bagaimana? Kita rajin-rajinkan solat sunat qabliyah dan ba'adiyah. Dengan ini penyakit malas pasti hilang, insya Allah. Solat sunat ada faedah, secara tidak langsung, apa-apa benda faedah pun kita akan kurang malas untuk buat.

4. Buat perancangan

Buat perancangan awal-awal agar tidak malas. Why? Supaya kerja kita lebih sistematik dan teratur. Tak payah buat last-last minit, tak ke haru nanti.

5. Rajinkan bersenam

Dengan bersenam, insya Allah darah akan cepat mengalir ke otak lalu perasaan malas pun hilang. Kalau darah mengalir, insya Allah terus banyak idea kita untuk buat kerja. Jadi kesimpulannya, rajin-rajin bersenam, supaya cergas dan lemak pun terbuang.

6. Elakkan diri daripada tidur banyak.

Penyakit zaman sekarang. Asal petang tidur. Asal petang tidur. Malam tidur tak apa, tapi kalau tidur petang, automatik malam kita akan berjaga sebab masih fresh lagi. Lecturer aku bagi tips untuk tidak tidur petang

"Bangun pagi, set dalam minda untuk tidak tidur petang nanti."

Minda lagi. Betul, minda yang mainkan peranan. Jadi pandai-pandailah korang sana.

7. Jangan terlalu makan banyak.

Ini juga satu kelemahan bagi kita. Bagi mereka yang berdiet mungkin tak apa. Tapi bagi mereka yang kuat makan? Baik kurangkan. Lawan nafsu makan tu. Cubalah korang makan banyak, konfom lepas tu korang nak tidur. Huh! Macam ular.

Malas bukan sebab kenyang, sebab penat makan. Korang try, korang try korang try, kalau tak percaya. Pergi hotel order makanan banyak-banyak and makan. Konfom korang penat terus nak tidur. Macam ular, lembu, buaya, harimau dan macam-macam lagi. Pergh. Jadi jangan makan banyak, dan jangan makan sambil minum air, boleh cepat kenyang.

8. Jangan layan perasaan boring.

Percayalah, kalau anda boring, secara otomatik anda akan malas. Kalau nak hilangkan malas, jangan layan perasaan boring dan jangan layan sangat sesuatu perkara yang anda suka buat. Contoh? Main DotA untuk hilang boring. Tapi lepas main DotA korang konfom jadi malas. So elakkan buat benda begini. Pergi cari kawan ka, cerita-cerita sikit. Hehe.

Ini ja boleh ku share untuk tips-tips. Maklumlah jarang sangat bagi tips kan. Hehe. Apapun, ini entri khusus untuk pelajar-pelajar universiti dan IPG. Tapi siapa-siapa pun boleh ambik sebenarnya. Manataulah kan. Hihi.

Ini bukan malas. Tapi bikin panas.


Pae - Insya Allah akan memberi tips-tips di masa akan datang. (^_^)V

Thursday, 20 October 2011

Oh Study......

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dengan izinNya. Heeee. Fresh sungguh selepas cukup tidur semalam. Hooo.

Okay, memandangkan musim exam dah dekat, marilah aku share tips-tips untuk belajar, samada last minute atau tak, semuanya dari diri sendiri.

Tips pertama, jaga solat!

Apa beza jaga solat dan menunaikan solat? Jauh bezanya. Jaga solat maknanya kita solat di awal waktu, menunaikan solat tidak mengira waktu. Kan?

Paling afdhal, muslimin, pergi masjid solat berjemaah. Perempuan? Solat di awal waktu.

Tips kedua, jangan pernah ada masalah.

Ini memang susah, tak kira apa jenis masalah, memang ada punya. Tapi sebenarnya itu ialah ujian daripada Allah, tatkala korang study, korang ingat Dia ke? Itu maksudnya. Jadi, untuk menghadapinya, jangan cari masalah, kalau ada masalah, selesaikannya. Insya Allah tenang.

Tips ketiga, jaga pemakanan.

Perkara biasa, jangan makan atau minum sesuatu tak berkhasiat. Sebab itu akan memalaskan kita. Tak percaya? Korang try. Keh3. Makin gemuk makin malas. Kan? Dan juga supaya kita tak medapat penyakit common - demam, batuk, selsema. Heeee.

Tips keempat, belajar ikut masa yang sesuai.

Pilihlah masa yang sangat sesuai untuk korang belajar.  Jangan paksa kalau tak dapat. Nanti pecah otak. Keh3. Aku cadangkan, belajar sebelum subuh, waktu tahajjud. Why? Masa itu memang sangat tenang. Kalau study sampai lewat malam, pointless. Sebab mengantuk. Kalau tidur awal, bangun awal insya Allah, dapat study. Sebelum study, qiam dulu. Heeee.

Tips kelima, faham pelajaran, bukan hafal pelajaran.

Inilah yang selalu guru-guru ku kata, termasuk pensyarah-pensyarah. Semalam kami usrah, tajuk perbincangan macam mana menghadapi exam. Memang banyak idea, mestilah. Ilmu mesti dikongsi. Ustaz ku tanya, kalau ada buku tebal, macam mana nak study? Banyak jawapan. Spot soalan, spot tajuk, baca yang diminati, buat short notes, peta minda dan macam-macam lagi.

Paling bagus, faham, bukan hafal. Kalau mau hafal satu buku, memang susah. Why? Otak manusia biasa ini susah. Melainkan dengan izinNya. Seperti imam Syafie'e, beliau dapat menghafal quran pada masa 9 tahun, dengan memahami maksud, serta mengamalkannya. Subhanallah!

Tips keenam, muzik diharuskan, tapi ikut kesesuaian.

Kebanyakan kita suka belajar guna muzik. Aku tak kisah, sebab aku juga buat begitu. Hehe. Cuma, ikut kesesuaian. Korang try belajar sejarah dengan lagu, confirm susah masuk. Kalau belajar math dengan lagu, maybe boleh. Tapi itu semua berlaku dengan izinNya. Solusinya? Dengarlah alunan ayat Quran.

Tips ketujuh, group study.

Group study, ada manfaatnya, ada kekurangannya. Tapi, aku mahu ambil manfaatnya saja. Group study membolehkan kita untuk berbincang, saling bertukar pendapat, berkongsi ilmu. Di kelas aku buat group study, aku menyenanginya. Why? Sebab semua saling bekerjasama. Kalau dulu, aku biasa study seorang2, tapi sekarang ternyata lebih mantap kalau berkumpulan.

Tips kelapan, minta restu ibu bapa dan guru-guru.

Ini penting, supaya mereka sentiasa mendoakan kita. Terutamanya ibu, doanya sangat makbul. Mintalah restu ibu bapa, supaya tenang dan relax saja time menjawab.

Tips kesembilan, jangan stress.

Pelik kan? Sepatutnya tips ini paling atas. Tapi tidak, ianya penting, tidak sepenting yang pertama. Jangan stress, kalau banyak stress, susah mahu fokus. Relax saja, insya Allah dipermudahkan.

Tips kesepuluh, tawakal.

Selepas doa, usaha, istiqamah, tawakal ialah perkara penting. Allah saja yang akan menentukannya. Kita sudah doa dan usaha serta istiqamah. Insya Allah, Dia tak sia-siakan amalan hambaNya yang beriman kepadaNya.

Tips kesebelas, puasa.

Ini time exam. Bagi non-muslim, makan ala kadar, atau puasa boleh. Bagi muslim, berpuasa sunatlah ketika menghadapi paper exam. Sebab perut kosong, tambah-tambah lagi puasa, kita mesti fikir 'eh aku puasa, mana boleh makan.' Secara automatik, kita dapat fokus. Insya Allah. Dan ingat, doa orang berpuasa sentiasa dimakbulkan, dengan mematuhi syarat-syaratnya.

Tips ke-12, once done, focus another.

Kalau dah siap satu paper. Cukup-cukuplah. Jangan mahu sibuk tanya itu ini pasal tu exam. Kalau tahu jawapan sebenar, dan jawapan di paper tu salah, tidakkah sakit hati? Hehe. Jadi, kalau dah siap satu, serahkan pada Allah, terus fokus pada paper lain.

Tips terakhir, yakinlah pada Allah.

Ini tips terpenting, permulaan penting, pengakhiran juga penting. Allah saja yang boleh beri kita semua tu. Walaupun kita banyak belajar, kalau tidak diizinkanNya, memang tidak dapat kita jawab. Selagi mana kita beriman kepadaNya, ingat padaNya, insya Allah Dia akan ingat kita. Amalkan baca surah an-nur, ayat 35 untuk terang hati, surah al-insyirah untuk penenang hati, surah an-nas untuk hilangkan was-was. Insya Allah, Dia pasti akan bantu kita.

Haaaa. Inilah tips-tips yang aku dapat bagi. Mungkin blog lain ada buat, takpelah. Sekadar berkongsi ilmu kan? Kongsilah yang baik, simpan yang jahat. Apapun, tips ini bukan khas untuk awal ka, last minute ka, semuanya dari diri kita juga tu. Ada yang last minute study, result gempak. Ada yang first minute study, result mantap. Dengan kata lain, semuanya dari diri kita juga tu. Apa yang penting, yakin padaNya. Insya Allah.

Kesimpulan, belajar baik-baik ya teman seperjuangan. Insya Allah, kita semua pasti dapat menghadapinya.

AvA - Doakan aku ya para pembaca, ini exam official sejak SPM. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita semua. Amin. (Hati yang gembira!) "Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, kedua ibu bapaku, saudara-saudaraku, terangkanlah hati kami dengan petunjukMu, hidayahMu, serta ilmu yang bermanfaat."