Comrades

Showing posts with label Alkisah CERITA. Show all posts
Showing posts with label Alkisah CERITA. Show all posts

Friday, 21 October 2011

Pulang ke gagang - Intan dan Kaca - Kau pudar dari hatiku

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Dah masuk hari jumaat. Yeah. Start besok dah cuti, tapi aku berfikir, mahu cuti di asrama atau rumah? Yalah. Mahu belajar, tapi rindu pula keluarga, agak lama tak balik. Hmm. Takpelah. Fikir-fikir dulu, istikharah.

Pulang ke gagang, kini telah sampai ke penghujung semester, mahu exam dah. Tapi ini bukan kes IPG, tapi kes khas, organisasi yang aku sayang. JKM. Jawatankuasa Masjid IPG Keningau.

Pakcik - Pais, kau mau jadi sepupu masjid?
Aku - Bah. Mana-mana ja.

Masih aku ingat, kena ajak oleh pakcik, untuk join ni. Bukan aku saja, dorang Padli, Aga pun join. Hehehe. Time kami bawa sorang rakan kami, dia kata "aku malas ba. Nanti sibuk itu sibuk ini. Tiada masa mau study." Padahal tidaklah sibuk pun.

Kali pertama menghadiri mesyuarat, pelantikan ke syukbah yang ditetapkan. Bincang punya bincang, masuklah nama ku ke Syukbah 3P. Penerangan, Publisiti dan....Allah, aku lupa pula. Tak pa tak pa. Aku pun kurang pasti, adakah aku atau pun kata sepakat bahawa aku masuk 3P tu. Biarlah.

Mesyuarat pertama 3P, bersama senior dan rakan satu batch. Husaini, Shyakir, Kak Su, Kak Aishah, yeah. Hebat-hebat orang ini. Aku diam. Diam. Tengok mawaddah pun diam. Kena tanya pun diam. Time itulah macam mau nangis ja, sebab tidak dapat sumbang apa-apa. Rasa macam mau tumbuk dinding ja, sebab terkaku bikin orang tertanya-tanya. Diberi tugas, terima saja. Hakikatnya, otak blur tak tahu apa-apa. Masya Allah!

Selepas beberapa hari, dijumpa oleh rakan, dan akhirnya jadilah sejarah, tempoh perkhidmatan di 3P yang paling singkat. Dan aku, pindah ke Pengurusan Masjid.

Bagaimana? Biarlah, sejarah itu di hati.

Perasaan kurang senang menjalar di hati, pandangan pengerusi, ketua 3p, ahli-ahlinya, semua difikir. Tapi ternyata, tiada apa-apa berlaku. Badan okay, mental pun okay. Hehe.

Di PM, mengenali nama-nama yang memang orang lama. Amir Hazwan, Hanisah Sainuddin (kak, mispell bagitau ya) dan Sahiedatun Nasihah. Kejanggalan ofkos, tapi tak se'blur' ketika berada di 3p. Sebab direct buat tugas. Hehehe. PM, hanya sekadar menengok, update, tengok, update. Lebih kurang begitu. Alah, masalah peralatan ka, apaka. Hehe.

Dari situ, mulalah program-program. Semarak perkampungan ukhwah, menyedarkan hati. Pertama kali, selsema tiba-tiba, pada malam penghayatan. Keh keh keh. Inilah program yang sentiasa dalam ingatan, teringat ustaz Azrul, ustaz...lupa lagi...ustaz Norjeli (pengetua mereka). Ohya, berlangsung di PLDK. Teringat masjid mereka, rumah tempat kami menetap. Masya Allah, walaupun PLDK tiada air, tapi di masjid, confirm ada. Jemaah pun ramai, mengharukan. Selepas solat isya', itulah kali pertama bersalaman dengan semua jemaah di masjid. Rindu sungguh pada saat itu. Dan semestinya, mata ini liar juga, melihat muslimah solehah di sana. Ingat lagi aku kata-kata si Aga "Mau carilah isteri di PLDK nanti". Why? Anda tahu jawapannya.

Banyak lagi program, seperti hari keluarga. Siok, tapi sebenarnya, aku rasa galau pada saat itu. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Aku rasa bersalah pada mereka, maaflah. Sebab kebanyakan aku bergambar, aku tak senyum! Adesh.

Dan itulah, pada semester lalu. Kini kedatangan junior baru, wewiit. Mata! Mata! Mata! Kata-kata Zela Zulfikar, "Ko ni........ENTAH!" Sandih eh. Parkinson la, kuantitatif. Segala keluar.

KERAM ditubuhkan, dengan harapan ada la junior laki-laki masuk syukbah PM. Mengecewakan, tapi tak pa. Aku dan ketua serta ahli lain boleh jalan. Sebab? Allah bantu. Hehe.

Ihya Ramadhan, oh, sesi refleksi. Maaflah sahabatku, sebab aku ini terlalu pentingkan diri. Apapun, harap ukhwah akan semakin kuat selepas ini.

Di samping itu, sepanjang semester ini, aku mula kenal mana satu intan, mana satu kaca. Ya. Aku akui meminati seorang junior, tapi as the time goes by....Ternyata yang dekat itulah yang menyenangkan. Teguran halus yang Allah bagi, dan teguran terus dari kakak prihatin, buat ku sedar. Aku JAUH DI AMBANG PERKAHWINAN. Apapun, perasaan itu ku pendam, bukan tanpa guide, dengan cuba untuk jadi baik, walaupun tidak sebaik mereka, dan buku pink yang menarik hati, "Aku Terima Nikahnya".

KCI, Kem Cinta Islam. Mejadi fasilitator, kali pertama dalam hidup. Dan ketika itu datang ujian, demam, batuk selsema melanda. Atas nasihat kawan, aku tidak hadir kuliah pada hari jumaat, untuk meminta ubat. Allah permudahkan segala urusan, rasa agak sihat selepas itu. Alhamdulillah.

Ketika KCI, mata tu mesti liar. Mau saja cucuk dengan garfu, macam Kasim Selamat. Tapi rasional masih ada. Dan terhibur dengan adik-adik, rasa kasihan dengan luahan masalah mereka, terutamanya? Cinta. Syukur, sejak tahu maksud cinta sebenar, aku dapat sampaikan ilmu itu kepada mereka.

Kem ini, membuka hatiku, terutama selepas malam 'torture' adik-adik, alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan hati kita dalam agamaNya. Amin. First time, sejak puasa, tidur di masjid. Gembira sungguh, dan tenang. Dan kini, tabiat itu, kawan-kawanku amalkan, iktikaf di masjid. Hehe.

Selepas kem itu juga, aku putus dengan dia...namanya? Tak perlulah. Biar Allah saja tahu. Maafkan aku, sebab menyentuh hatimu, tanpa kesedaran yang cukup, walaupun tahu mengenainya. Mudah-mudahan, kita berjumpa, sebagai keluarga dekat. Insya Allah.

Okay, kini gotong royong 2.0 (aku rasa), dengan kehadiran yang sangat 'memberangsangkan', dapat juga siap. Aku tak marah mereka yang ada sebab, aku sakit hati dengan mereka yang malas memberi komitmen. Namun, kemarahan itu ternyata salah. Adesh, bakal isteri pasti jelek dengan cara ku ni. Hahaha.

Sesi refleksi, pada malam tersebut. Aku luah, mereka luah, kami semua luah. Datang satu surat, untuk ku tulis. Bukan untuk bakal bini! Hehehe. Aku...tak mahu, organisasi paling ku sayang di kampus ini, bubar. Itu saja. Aku sayang ahli-ahli, kawan-kawan, rakan sekelas, mereka semua. Mudah-mudahan ukhwah akan sentiasa mantap. Amin.

Dan kini, semuanya okay. Seperti biasa. Kalau dulu, sentiasa berjauhan, kini sentiasa dekat. Mahu saja aku peluk, sebab okay dah. Yang penting, semua dah okay. Alhamdulillah. Cuma, masalah selain ini saja melanda. Apapun, mudah-mudahan Allah menabahkan hati ku, dan hati kamu semua menghadapi dugaan. Insya Allah.

Sampailah sekarang, berkaitan organisasi ini, tiba-tiba aku terfikir. 'Aku ingin tukar syukbah...' Aku suarakan pada ketua 3p, dia okay. Aku suarakan pada ketuaku sendiri, okay. Pelik kan mahu tukar? Padahal, dalam surat tu aku kata aku mahu kekal. Cuma, adalah additional info sikit. Hehe.

Sekarang masih lagi berfikir, tukar atau tak. Cuma, aku tak ingin terburu-buru. Allah saja yang akan beri petunjuk.

Dari pengurusan masjid, ke syukbah mana yang aku ingin?

Tak lain, tak bukan, syukbah asal ku ketika masuk JKM.

Bukan kerana si dia, bukan kerana PM tak siok, PM la paling siok, dan bukan kerana apa-apa.

Semuanya kerana Allah, dan aku rasa..aku ingin memulakan, apa yang ku tinggalkan. Insya Allah. Istikharah, mudah-mudahan ada petunjuk.

Itulah saja, jarang kan cerita pasal diri? Mudah-mudahan, ada manfaat, entri kali ini. Insya Allah. :)

Saturday, 7 May 2011

Isteriku, abang menyintai mu sepenuh hati.

Lisa termenung jauh. Hatinya sebak. Besok dia bakal bernikah dengan lelaki bukan pilihan hatinya, tapi lelaki yang telah memenangi hati ibu bapanya. Dia berasa kecewa. BF dia, Zack turut berasa sedih. Ketika bertelefon sebentar tadi, Lisa tidak dapat menahan hati dan tangisannya. Zack juga turut bersedih kerana kekasih hatinya yang telah bertaut di hatinya selama 5 tahun dijodohkan dengan orang lain. Lisa pula terkaku. Teringat dia peristiwa beberapa minggu lalu.

"Kahwin? Kahwin ngan sapa mak?" Lisa terkejut apabila ibunya menyuruh kahwin dengan seorang pemuda yang tidak pernah dikenalinya.
"Ada seorang pemuda, dia datang risik. Sungguh mak suka dengan pemuda tersebut, baik, rendah diri, lagi satu, Allah sentiasa berada di lidahnya. Syukur dia risik kau, kalaulah dia risik mak, hari ni juga mak kahwin." seloroh ibunya. Lisa sedikit pun tak terpikat dengan ciri-ciri yang dikatakan oleh ibunya tadi.
"Aahhh! Kali di luaran saja dia baik, dalaman kita tak tahu. Mak kan tahu Lis dah ada Zack?" Lisa cuba untuk menghalang niat hati ibunya tersebut. Ibunya tunduk. Kemudian bersuara...
"Kalau dah suka, kenapa Zack tak masuk pinang? Apa lagi nak ditunggu? Kerja dah ada, gaji dah ada, semuanya okay apa..? Jadi kenapa tak suruh dia masuk minang?" jelas ibunya. Lisa terdiam. Namun, dia akur pada ibunya. Dia ikut juga pilihan hati ibunya walaupun hatinya tak rela.

Pada hari pernikahan, Lisa dihiaskan, didandan, disolek cantik oleh mak andam. Cantik sehingga sepupu2 dia sendiri terpana melihat kecantikan Lisa. Ketika menunggu pengantin lelaki tiba, Lisa sempat ber'call' dengan BF dia. Ternyata BF dia kecewa teramat sangat. Lisa tidak mampu berbuat apa-apa. Kedengaran riuh di depan rumah Lisa. Dia dah dapat agak bahawa pengantin lelaki telah pun tiba. Dia bersiap sedia untuk keluar, untuk melaksanakan akad nikah.

"Hamba, terima nikahnya dengan mas kahwin RM400 tunai."
"Sah!"

Lisa langsung tak melihat muka bakal suaminya sepanjang akad nikah dijalankan. Sehinggalah ketika untuk menyalami tangan suaminya, dia hanya acuh tak acuh. Suaminya perasan, tapi dia berfikiran positif. Mungkin isterinya masih malu-malu.

Pada malam pertama mereka, Lisa terlebih dahulu telah masuk ke bilik. Hatinya langsung tak terfikirkan pasal suaminya. Pintu dibuka, suaminya memasuki bilik pengantin. Lisa berpura-pura tidur. Suaminya duduk di sebelah isteri tercintanya. Dicium dahi isterinya, diusap pipinya. Tanpa disedari, air matanya setitik jatuh juga, mendarat di pipi isterinya. Lisa terkejut dalam kepura-puraan tidur. Suaminya nangis? Namun dia diam. Dia berasa bersalah apabila suaminya tidak diendahkan pada malam pertama mereka.

Pukul 3.30 pagi, suaminya terbangun. Kebiasaan bagi dia untuk menunaikan tahajjud, walaupun kepenatan melanda. Namun inilah masa terbaik untuk mengadu masalah kepada-Nya.

"Ya Allah, Engkau telah jodohkan aku dengan seorang wanita yang tak pernah ku kenali. Aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Namun ya Allah, kuatkanlah hati ku, agar aku mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami, agar isteri ku sentiasa berada di bawah jagaan ku. Ya Allah, Kau lembutkanlah hati isteri ku ya Allah, aku dapat tahu bahawa hatinya tak rela untuk bernikah dengan ku. Aku tak mahu paksa namun aku yakin, ada hikmah untuk semua yang Engkau rancangkan. Ya Allah, kekalkanlah mahligai dan ikatan kami, kerana aku jatuh cinta kepada isteriku ya Allah. Dan jadikanlah aku suami terbaik bagi isteriku."

Suaminya berdoa. Air matanya mengalir. Tanpa disedari, Lisa terdengar suaminya berdoa . Dia terjaga apabila terdengar suara suaminya walaupun tidak begitu kuat. Hati Lisa tersentuh, hatinya terharu, dia juga turut mengalirkan air mata. Kini dia sedar, walaupun dia tidak pernah kenal langsung suaminya, namun keikhlasan suaminya untuk menikahi dia memang jelas, Lisa berasa bersalah dan berdosa. Allah bukakan juga pintu hatinya. Lisa bangun, suaminya yang masih lagi duduk bersila bermuhasabah terkejut melihat Lisa. Tanpa disedari, Lisa menggenggam tangan suaminya, diciumnya, menangis memohon kemaafan.

"Abang, ampunkan Lisa bang. Ampunkan Lisa kerana bersikap dingin terhadap abang. Lisa sayangkan abang. Lisa tak tahu bahawa abang memang ikhlas menyintai Lisa. Ampunkan Lisa bang."
Suaminya terpana, dan akhirnya tersenyum. Dikucup dahi isterinya.

"Lisa, abang sayangkan Lisa. Dan abang sentiasa memaafkan Lisa walaupun Lisa tak buat salah. Dahlah sayang, abang janji akan menjadi suami terbaik untuk sayang." suaminya menenangkan isterinya. Lisa peluk suaminya. Dan dia juga berjanji, untuk menjadi isteri terbaik kepada suaminya, mengikut jalan yang diredhai-Nya.

Sejak hari itu, mereka hidup sangat bahagia. Malah tiap hari merupakan hari indah bagi mereka. Lisa kini berbahagia bersama suaminya dan berharap agar ikatan mereka akan kekal sehinggalah Allah menjemput mereka. Amin.



Inilah keindahan perkahwinan. Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin agar tidak terjebak dalam maksiat, serta melahirkan zuriat yang baik baik belaka. Bahagiakah kalau bercouple kemudian berkahwin? Dua kemungkinan, ya atau tidak sahaja. Nikah itulah yang buat kita bahagia walaupun tak pernah couple. Fikir-fikirkan lah.