Rin meletakkan beg. Dia terus menghumbankan dirinya ke katil. Melihat ke siling. Hatinya umpama air panas yang menghampiri boiling point.
"Tak guna punya Fuad. Aku tanya je, dah macam-macam dorang tembak aku. Betul la apa aku cakap. McD sekutu Israel, dorang takkan tak tahu. Hmm."
Dia berfikir. Walaupun dia bukan orang kuat agama, tapi kalau berkaitan dengan humanity, dia tidak sesekali menyokong kezaliman.
Cuma masih terngiang-ngiang suara classmates dia tadi, yang membuatkan dia panas.
"Rin. Jom kita keluar ramai-ramai sabtu ni, dengan dorang Mira, Zila..dorang tulah." tiga orang jejaka di hadapannya, Fuad, Din dan Lim, si achai cina.
Rin mengangkat kening sebelah, "Nak kemana? Korang ni relax jer. Next week dah exam."
"Alaa. Keluar makan je pun, di McD." jawab Din sambil tersenyum.
Rin terdiam, dia masih teringat kata-kata Jiji, berkaitan dengan benda ni.
"Macdonald secara umumnya halal, tapi diorang ada sekutu dengan Israel."
"Apa kaitan?" Rin hairan.
"Duit yang kita bayar beli McD tu disumbangkan kepada zionis untuk beli senjata, dan bunuh rakyat Palestin." Jiji tenang menjawab.
Rin terdiam. Jiji tak kata tak boleh makan, tapi dah dikaitkan begitu, seolah-olah menolong musuh Islam.
"Tak nak aku. McD tak layan. McD tu kan haram?" Rin menolak ajakan mereka, dan memberi satu pertanyaan dengan niat dorang faham maksudnya.
"Laa. Si Rin pun dah terpengaruh dengan dakwaan McD tu haram. Eh, kalau benar McD tu haram, apa bukti? Kalau benar McD tu haram, sekutu Israel, kenapa kerajaan tak ban saja? Singkat betul fikiran korang." Din membidas Rin.
"Betul la Rin. Alah kau ni Rin. Nak kata halal-haram, tak payah cerita McD tu haram atau tak, lihat dulu diri sendiri yang masih free hair." kata-kata pedas Fuad dilemparkan ke muka Rin. Lim sekadar berdiam. Dia tidak ingin masuk campur tentang hal-hal tersebut, walaupun dia tak tahu kenapa Rin kata McD tu haram.
Rin memandang Fuad dengan perasaan marah, dia bangun berdiri, berhadapan dengan Fuad.
"Sekurang-kurangnya aku masih ada sifat perikemanusiaan, tak kira betul atau tidak. Weh, sekalipun McD tiada sekutu dengan Israel, aku tak pergi juga. Sebab bikin habis duit dan menggemukkan aku jer. Kau pula.." Rin menunjuk Fuad "Jangan fikir orang free hair macam aku ni tak tau solat, puasa dan benda-benda wajib. Weh aku taulah. Korang dua tu, pernah bangun solat ke? Pernah solat Jumaat ke?"
"Weh Rin. Kau jangan nak memain dengan kitorang." Din memberi amaran.
"Jangan nak memain? Weh, aku dengan bagus bercakap dengan korang, korang pula membidas aku macam-macam." Rin membalas kata-kata Din.
"Weh, kitorang cakap benda betul, weh kau tu tak layak nak kata McD tu haram atau halal, tengok diri, dalam keadaan haram atau halal. Free hair! Jelas buka aurat. Confirm masuk neraka punya." Fuad membalas balik kata-kata Rin.
Ain datang menghampiri Rin, ditarik Rin ke arahnya.
"Dah Rin. Jangan layan sangat dorang tu." Ain cuba menenangkan Rin. Dia memegang bahu Rin.
"Ha! Ni lagi sorang, nak trip baik konon. Fikir selalu berusrah, bagi nasihat dekat orang, boleh dapat skor bagus dalam exam lah ek? Huh!" Fuad menyerang pula Ain. Ain yang innocent terkejut dengan sergahan Fuad. Dia tidak pernah disergah sebegitu, air matanya hampir jatuh.
Rin melepaskan bahunya dari pegangan Ain, dia menghampiri Fuad, diangkat tangannya dan dihalakan ke matanya.
Bupp! Satu tumbukan singgah di mata kiri Fuad. Fuad terdiam, Din terpana, rakan-rakan lain tergamam, Ain terbungkang mata, dalam keadaan dia hampir menangi.
"Fuad, kau boleh hina aku. Tapi kalau kawan aku yang kau attack, you will feel like hell whenever I'm around. Don't you do your damn things to my friends. You haven't seen the real Fazreena." Rin memberi amaran keras kepada Fuad.
"That goes for you too, Din." Rin menoleh ke arah Din, kemudian dia menarik Ain keluar dan menuju ke kafe.
Ketika di kafe, Adi ikut mereka berdua. Dia terdengar pasal pergaduhan tu, tapi ingin bertanya si Rin, tak berani pula. Ain pula sekadar membisu.