Comrades

Tuesday 8 January 2013

2013

Gua terlebih kalori!

Gua sebenarnya tiada idea untuk update blog, tula belum ada entri yang orang selalu kata 'special' untuk tahun baru padahal gua rasa sama saja.

Heh.

Hari ini genap seminggu gua berada di IPG, dan genap entah berapa hari, berapa minggu, berapa bulan dan pastinya 20 tahun gua berada di bumi Keningau ini.

Bertemu semula rakan-rakan lama, rasanya macam dulu juga, semestinya yang jadi fokus ialah "berapa pointer kau dapat".

Alhamdulillah meningkat pointer gua semester ini walaupun belum capai tahap yang diinginkan oleh gua sejak masuk sini.

Bercerita tentang 2013, segalanya baru belaka, dengan gua akan berhadapan dengan micro-teaching, lesson plans, unit beruniform serta PBS 3 dan subjek baru. Tapi tak apa, kali ini gua tidak sia-siakan masa tersebut.

Tentang tahun ini juga, gua telah pun selesai bermain MOHWF, serius game ini seronok tapi tidak semantap prequel dia yang dahulu, kalau mahu tahu, silakan main.

Ada tiga game lagi sebenarnya yang belum habis yakni FC3, AC3 dan Borderlands 2. Tapi gua malas mahu main pula, walaupun dorang yang lain main dengan penuh dedikasi(lah sangat).

Lecturer pun banyak yang baru (in terms of teaching our class), cumanya sejak hari pertama 2013 gua terfikir mahu graduate saja.

Seriously.

Lagi satu, banyak orang post pasal cintan-cintun, tapi gua tidak share. Bukan apa, bukan tak mau sebarkan.

Tapi, entahlah.

Bercakap tentang azam baru, kalau dulu gua beria-ia mahu tunaikan azam tersebut sambil beritahu satu dunia yang langsung malas mahu kisah sangat.

Gua tend to keep it secret sebab gua rasa gua boleh buat benda tu kalau gua tidak luah/tulis. Simpan dalam hati. Once your heart set on doing something, finish it. Yup. Tapi not for all, mungkin ada yang mau bagitau, terpulanglah.

Tapi apa yang bikin gua sedih ada beberapa orang yang berubah drastik secara tiba-tiba.

Gua malu sebenarnya dan gua sebenarnya tidak suka perubahan yang tidak baik, tidak kiralah apa alasan kau mahu bagi.

Terutamanya perubahan seorang perempuan yang dulu bertudung, sekarang nampak rambut. Andai kata gua hilang waras, ditampar tu perempuan.

Tapi nabi Muhammad tidak ajar begitu, dia ajar baik-baik. Dan juga, mulai hari ini gua mahu baik-baik dengan orang, tak mahu gaduh-gaduh.

Lebih-lebih lagi dengan orang perempuan, mereka ni sensitif, cepat terasa, merajuk. Hehe.

Itu yang bikin dorang comel, dan memang gua jumpa ramai perempuan begitu.

Walaupun kengkadang ada orang rasa dorang annoying, sabarlah. Allah cipta mereka begitu, terimalah. Seperti UAI kata, lelaki sejati sahaja yang boleh kasi tenang hati dorang tu.

Jadi? Macam mana mahu jadi lelaki sejati? Simple.

Solat berjemaah di masjid, tutup aurat, perbaiki akhlak dan jangan bikin panas serta memanas.

Gua lelaki sejatikah? Entahlah, belum lagi kot tapi gua bukan jenis perjuangkan LGBT yang mengarut tahap babun tu.

Mahu marah? Heh.

Awal-awal tahun sentiasa bersemangat, dan memandangkan elaun belum keluar, gua rasa happy sikit.

Kalau boleh biar bulan 3 keluar! (Evil laugh)

Kelemahan setiap orang adalah duit, melainkan mereka yang tahu macam mana mahu kawal diri.

Gua ada kelemahan itu, dengan tendency membeli makanan banyak-banyak, spend time di KFC setiap minggu (it's a lie but yes, often), dan entah membeli benda mengarut.

Kalau bolehlah gua mahu elaun kali ini gua kasi keluar 40% saja, kerja gila mungkin ni. Heh.

At least kalau cuti 3 minggu dah sampai, ada juga duit untuk cover-cover, tak payahlah diberi duit kalau disuruh membeli barang di kedai. Ambil saja dari bank.

Tapi siapalah gua untuk merancang, memandangkan UBF ada, lebih-lebih lagi folio makin bertambah, jadi memang mungkin paling kurang 50% duit elaun itu digunakan.

Broadband lagi, gua terminate la tu.

Bikin habis duit ja tu, rasanyalah. Kalau ada orang mahu sponsor bayar benda tu untuk bulan-bulan lepas, sila-sila.

Semakin mengarut entri gua sebab tiada idea. Paling-paling pun benda biasa saja, itu pun gua malas mahu bagitau.

Rasanya gua tidak anticipate sangat dengan 2013 ini memandangkan gua pastinya tiada rehat untuk membuat kerja, tapi harap gua mampu melaksanakan rutin harian dengan baik-baik belaka.

No new theme on 2013 on my blog.

Sekian, gua mahu bersiap pergi kuliah, sekarang warga IPG berdepan krisis air part 1 untuk 2013.

Tak kisahlah, macam tidak biasa. Heh.

No comments:

Post a Comment