Comrades

Sunday 30 December 2012

Summary 2012

From 2012 to 2013, nothing is changed except the date, same as the change of months.

But if you face something, then your life has changed, then it is special for you.

Okeh, gua mengarut.

Summary untuk 2012, sebab gua tidak akan buat entri pada hari terakhir 2012.

Malas, tiba masanya untuk packing-packing time tu, sebelum gua bertolak dari rumah ke kampus dalam jarak 5km mungkin. Dekatkan?

Keputusan exam pun dah keluar, alhamdulillah. Tapi seriously gua yakin result tu belum official lagi. Yalah. Banyak kesilapan teknikal mungkin, apapun teruskan berusaha berdoa kepadaNya.

Walaupun paling lambat tahu, tapi at least gua dah tahu gua boleh sambung semester tiga tanpa fikir-fikir mahu revise subjek semester dua.


Dan orang akan cerita tentang azam baru, tahun baru. Semuanya baru. Yalah. Gua syak ramai geng-geng, junior senior gua akan menjadi baru lepas ni. Harap baru yang bagus. Heh.

Gua pun memang ada azam baru, tapi it's better for us to be silent about it.

Kadang-kadang kita boasting up about our new goals in new year, tapi pada akhirnya, tidak terbuat juga.

Jadi biarkan azam itu Allah dan diri kita saja tau. Barulah ada motivasi mahu buat. Kan3?

Okay, berbalik kepada summary 2012. Kita mulakan dengan Januari.

Kalau tentang kuliah, jumpa pensyarah yang first time mengajar, Tuan Mahian, Cik Zainab, Mr. Henry, dan ramai lagi. Mr. John sememangnya muka lama yang mantap mengajar.

BIG fasa 1, oh kenangan terindah tu dengan kumpulan Starfish. Alahai. Gua teda gambar.

Lagi, lagi. Dalam JKM, gua jadi ketua, dengan kakak senior yang baik jadi penolong. Seriously, gua cannot recall.

Tapi paling sandih elaun yang beribu-ribu tu gua habiskan untuk makanan. Cis. Nasib bertahan sampai hujung semester.

Dan best friend gua ada laptop baru membuatkan gua jeles. Heh. Punyalah banyak perubahan.

Dan itu ja gua boleh recall untuk...semester satu. Bukan januari semata. Heh. Ups, PBS. Debut PBS, gua solo run di Sk Pekan Kuala Penyu. Heh.

Semester dua?

Gua beli laptop baru, rahsia terbongkar dah. Perlukah ada gambar?

No info about GC and Processor right? I perished them. Heh.

Games that I've downloaded except for SD.

Ambik mu. Tak perlu tahu, yang penting boleh main FIFA 13, Hitman dan banyak lagi. Ohya, no DotA dah.

Itu satu, game pertama gua main semestinya Conviction. Heh.


PBS II bersama geng kelas sendiri, si kecik Idah, si Kristal (not fx), dan si budak rock, Shyakir.

No pics okeh. Puasa, alhamdulillah. Dan biasa-biasa saja. Mungkin highlight di sana ialah laptop baru.

Oh, my first DotA and will be the last, insya Allah. I've stated the reason to stop, and I'll definitely stop. Kalau main pun, dengan AI, teda lagi angkat laptop melancong ke bilik orang.

Penat dah main, walaupun semalam tetiba ibu jari kiri gua menyentuh L+Alt.

Sehinggalah November, okay juga. Heh. Melancong ke Kudat, tetapi hujan.

Disember? Blink released new EP, damn love it.

Dan result pun dah keluar, ohya. Semester 1 result gua jatuh drastik habis. Nasib semester ni naik drastik terus. Heh. Kalau drastik mantap, pasti sembilan hari.

2013? Gua jumpa semula Sains, seperti dikatakan dalam entri dulu-dulu. Heh. Biarlah.

Oh, kereta gua, wajib diganti bumper dan renew road tax serta top overhault. Tapi itu akhir semester. Bukan awal semester.

Heh. Ok. Time for me to sleep. Don't you know? Sufficient sleep can burn about 400-500 calories, depends on person actually.

Congratulations to IPG Keningau trainees.

Saturday 22 December 2012

Pretty Little Girl

"Pretty Little Girl"
Nineteen your eyes are glowing into my beating heart
Oh it seems like it is fine as my hand is moving up your arm
And you never really know where it goes up until it starts
I've got my eye on you, what you gonna do

Day dream near a stream with the linear bites
Oh, I listen to the song on repeat from the other night
And I can't picture you but I sure got the feeling right
What a crazy world
Pretty little girl

And we wake from the night in a bed with a bruise
And we're laughing out loud over the craziest news
And you reached for my hand I was scared in your room
We fell on the floor and we started to move
And your hands were like birds as they flew from the coop
Up my back they would climb just as I came unglued

She said
If you break my heart then I'll change your mind
And I'll do it again
If you play the part then I will play mine
And I'll do it again
If we miss the mark if we hold on tight
We'll be there to try it again

Nineteen as we roll across the bedroom floor
Your eyes they cannot lie as you're dreaming of our future home
And the kids are growing up as you and I we are growing old
What a crazy world
Pretty little girl

In the rain with the drink from the back of the bar
I would raise up my voice, you would raise it up more
We'd forget that our lives being apart it is hard
We'd thought we were close but it still feels far
Can we learn to get by if we learn to have scars
If we learn to forgive and accept who we are


You said
If you break my heart then I'll change your mind
And I'll do it again
If you play the part then I will play mine
And I'll do it again
If we miss the mark if we hold on tight
We'll be here to do it again

Wait a minute hold up a second
Don't leave me here with this feeling
Like I'm the one full of regret
Like I never did good for us both
Like you never did pull out that weapon
And stick that knife in my back
Was I supposed to accept it
When your words are like
More than just sticks and stones
Kinda like a bullet
A hollow tip that lodged in my bones
And I can't just swallow it
My pride is more than all that I own
So I gotta give it away
And some of the times I'm all the way wrong
But can't you see past me and see my f*****d up home
That made me the meanest, the devil is just singing along
To the song I write til I'm alone at night
And I hang up the phone and bite my tongue
Cause I know that me and you is just only right but one

It's a cry from the past we have been through a lot
Every year has been great and a few have been tough
And your kids they will reach for the stars up above
We'll sit and relax as we cheer in the morrow
The ropes to the light from the crypt to the grave
We started alone in the end we're okay

You said
If you break my heart then I'll change your mind
And I'll do it again
If you play the part then I will play mine
And I'll do it again
If we miss the mark if we hold on tight
We'll be here to try it again

Friday 21 December 2012

Hiburan oh hiburan

21/12/2012. Gua rasa kaum Mayan pasti malu teruk.

Alhamdulillah masih hidup. Gua mahu bicara tentang hiburan.

Gua rasa hiburan di Malaysia ni semakin lama semakin bikin sakit hati.

Kalau dulu ramai-ramai berebut mahu masuk AF, Mentor, entah apa-apa lagi.

Sekarang ada lagi satu rancangan yang khas untuk kanak-kanak, yakni Super Bintang.

Di mana? Cari di astro.

Seriously, buat apala buat benda macam ni. Serious.

Gua rasa sangatlah membuang masa, sangatlah tidak relevan.

Gua hairan.

Why? Kanak-kanak akan pasti fokus untuk menjadi bintang, bukan menjadi ilmuwan.

Yang bikin sedih ada ibu bapa berbangga anak-anaknya ada bakat yang hebat dalam tari menari ataupun menyanyi.

Heh. Gua boleh main gitar dan drum, boleh nyanyi, boleh break dance pun parents tak bangga. Kena marah adalah!

Bilang generasi baru akan mewarisi, tapi generasi yang lahir semuanya berlandaskan hiburan semata-mata.

Mencari populariti, publisiti, tak habis-habis sampai mati.

Bukan itu saja, untuk orang tua-tua pun dah ada.

Sedarlah diri tu sikit.

Para juri memuji persembahan kanak-kanak, bagus. Bagus. Bagus. Bagus.

Tapi kalau ada sultan Al-Fateh, sudah tentu dibantainya semua tu.

Kalau ada sahabat-sahabat nabi malah nabi sendiri pun, gua rasa pasti terdiam dorang ni.

Terdesak sangatkah mahu kembangkan bakat budak-budak? Bukankah lebih bagus ajar budak untuk mencintai ilmu.

Barulah dapat melahirkan generasi yang berilmu, lalu membangunkan negara. Lebih-lebih lagi kalau ilmuwan agama.

Terlalu ikut sangat dengan budaya orang Barat dan orang Timur yang maju.

Budak-budak ini kain putih, jadi ibu bapalah yang mewarnakan mereka.

Kebanyakan sekarang ramai mencari populariti, tapi mengabaikan ilmu di sekolah.

Tapi bagi artis yang dulu memang mantap akademik lain ceritalah.

Apa  tidak peratus keputusan exam-exam besar menurun, gara-gara terjebak dengan hiburan yang semacam-macam.

Itu budak-budak.

Ada lagi Fear Factor versi Malaysia.

Okaylah fine. Mahu uji keberanian? Gali kubur, buat keranda, pura-pura jadi mayat. Tanam dalam kubur, duduk 30 minit. Memang dah panik.

Tak payah nak uji dengan binatang-binatang berbisa lagi menggelikan, akan teruji juga dikubur nanti.

Time tu korang tak boleh nak patah balik.

Seriously. Memang rancangan hiburan kini semakin hari semakin mengarut.

Entahlah kenapa. Gua tak rasa menarik pun tengok tu. Satu-satunya rancangan yang gua suka ialah bola sepak. Time itu ja yang gua akan duduk depan TV lama-lama. Itu pun bergantung kepada gaya permainan.

Kalau bosan, gua tak tengok.

Baik lagi bukan TV Al Hijrah, banyak rancangan bermanfaat di sana. Kalau tak pun, Discovery channel ka, History channel ka, lagi bagus.

At least bermanfaat juga, menambah ilmu, meluaskan pemandangan.

Apapun, haraplah keadaan ini akan berubah dalam masa yang akan datang.

Memang gua terkejut melihat rancangan TV yang gua rasa mengarut, setelah lama tak tengok TV.

Heh.

Bah. Jangan lupa solat Jumaat. Datang awal. Bukan tidur ketika khatib baca atau berkhutbah.

Gua syak ramai mentertawakan tentang kiamat 21/12/2012.

That's not funny. Why?

Sebab kiamat sentiasa berlaku kepada setiap orang. Setiap orang akan mengalami kiamat kecil yakni mati.

Funny right? But it's fact. You can never deny it.

Reflect yourself.

Tuesday 18 December 2012

Move on

21/12/2012.

Takut sangat orang-orang yang bodoh dengan tarikh tu, padahal dorang tak sedar dalam masa terdekat ni pun kita semua boleh mati.

Dikatakan kiamat berlaku pada tarikh tersebut. Gua tak percaya, yang gua percaya kiamat pasti berlaku pada hari Jumaat.

Cukup-cukuplah sudah cerita tu tarikh. Kalau takut, haaa. Bertaubat.

Senang.

Gua lebih banyak berfikir di sini berbanding di rumah.

Gua asyik terfikir kesalahan gua yang lalu, gua sangatlah menyesal.

Ada hikmah disebalik semua tu.

Walaupun banyak perkara datang menyerang, gua malas mahu layan. Gua buat macam biasa.

Heh. Biar Allah saja tahu. Manusia memang. Dorang bukan memahami, tapi menjadikan lebih rumit.

Biasalah, jarang ada manusia yang dapat memahami manusia lain, tipikal. Gua pun termasuk dalam situ.

Tapi biarlah, Allah saja tempat bergantung. Sakit, luka, perit, pahit, masam, tawar, masin, pedas semua telan saja. Allah ada.

Bagi yang ditimpa masalah, jangan sedih. Berdoa dan berusaha agar dapat mencari ketenangan.

Bukan susah pun, cuma perlu rajin sahaja. Tak perlu pandai, tak perlu duit.

Ada orang kata, berpisah itu selama-lamanya.

Kalau mati ya.

Tapi sebenarnya berpisah itu agar sama-sama berhijrah.

Mungkin berjumpa pasti baik keadaannya.

Heh. Gua tak tahu apa cerita ni.

Tapi gua akan cuba untuk menjadi lebih kuat.

Bukan setakat pada fizikal, yakni dalaman ini.

Tiada manusia yang tidak rasa sakit dengan ujian, apatah lagi ujian hati.

Ujian hati adalah dugaan berat bagi setiap diri manusia. Malah nabi S.A.W pun pernah rasa sedih.

Jadi itu normal, cuma jangan putus asa dan harapan daripadaNya.

Allah pasti tolong, bukan cepat, tapi pada masa yang tepat.

Insya Allah. Berdoalah agar kita mempunyai hati yang tabah untuk hadapi segala ujian.


 Goodbye is not a bad thing. Farewell is forever.
One day it will be a funny memory, and we'll laugh about it.

Who knows what happen in the future? Wallahua'lam.

Monday 17 December 2012

Move Along II

After two years playing, after two years practicing, I've decided to leave DotA.

It's a great memory to play DotA with TnP, with my juniors, my batch-mates, and seniors. I know the rules, the gameplay, strategies, with my favourite team DTS and NaVi, I learnt a lot from DotA.

However, I keep thinking of this, and also my future, after hearing news about exam results, which our class aren't excluded from facing failure, I've decided that I should stop playing DotA.

Yeah, it's hard to stop, to forget, to move on without this game, but I believe I can.

I will delete it from my laptop, delete it from my memory, and my left thumb won't ever touch Left Alt again.

Yeah, DotA is a cooperative game, that's why I want to stop. So that I can focus more and have enough sleep every day, it's not that easy, but I will try my best.

Thank you to those who helped me in developing in this game, although I lost most of the time.

It made me realize, no matter how hard you try, you won't be able to get the highest rank.

No, it's not true. Maybe because I didn't put too much effort, that's why.

I'm not giving up on DotA, I just want to stop play it.

And my best hero is always Nevermore. It's so good to be able to master the most difficult and greatest hero in DotA.

Well, there's no more for that.

And I hope that when I am about to get married, I will no longer playing games.

That's my words for my unknown future wife.

Dear Allah, please forgive me for all the sins I've made.

I've lost myself, I was too immature, I was too selfish, I was too stubborn.

Yet, I will give my best to everyone, parents and friends.

And I will try to be the best because of Allah. Insya Allah.

I will move along.

Friday 14 December 2012

Hitman - Absolution

I am absolute.

Hitman - Absolution
Heh.

Setelah mendownload lebih daripada seminggu, gua dapat main Hitman : Absolution.

Kini, gua mahu review pasal grafik, gameplay dan jalan cerita. Sebab gua dah habis main.

Tentang grafik sebenarnya gua tak perlu banyak cerita, bergantung kepada kekuatan laptop atau PC korang. Tapi memang mantap.

Memang nampak real dan sangatlah berpuas hati.

Memang best. Seperti Splinter Cell - Conviction, HA masukkan execution, tapi gua akui memang sukar mahu buat benda tu.

Jadi, grafiknya memang mantap.

Mission time.
Gameplay? Heh. Gua katakan tadi, execution atau lebih dikenali point shooting dalam HA.

Cumanya, korang perlu bergantung kepada instinct dan ketepatan serta kepantasan kamu untuk mark target. Dan sememangnya, sangatlah mantap.

Jika dalam SC - Conviction, korang perlu take down seorang musuh untuk mendapatkan kebolehan execute.

Dalam sini, instinct lebih diperlukan, jadi berpada-padalah menggunakan instinct kamu.

Bezanya lagi, HA membolehkan pemain untuk menyamar jadi orang lain, berbeza dengan SC.

Selain itu juga, penggunaan Sniper turut ada. Sorrylah, gua bercerita sebagai a new player untuk game ini.

Heh. Penggunaan sniper, salah satu part gua suka, memang mantap. Namun kalau part macam ini, gua prefer memilih MOH. Lebih realistik.

Gameplay lain? Heh. Memandangkan game ini berbentuk stealth, jadi memang kena ada akal dan vision yang tinggi untuk melaksanakan misi-misi yang ada.

Sebenarnya korang perlu main game ini untuk merasai keseronokan bermain dengannya. Heh. A must-play game.

Jalan cerita? Daebak!

You won't guess for this.
Sila alami sendiri, gua tak mau cerita.

Tapi bagi gua sebagai new player untuk game ini, ini merupakan game paling susah pernah gua main, even for a normal mode.

Seriously, kalau terdetect, confirm menembak, sudah pula tu, mahu bersembunyi bukan senang. Lainlah macam SC - Conviction, asal tempat gelap boleh tapuk. Ini? Heh.

Memang bikin panas, terutama jumpa orang yang menembak mau mampus. Heh.

Tapi seriously, memang bestlah game ni. Tak rugi dan tak sia-sia gua download hampir 2 minggu, dan final solution ialah dengan install STEAM.

Gua rasa gua akan main menggunakan HARD MODE kali ini, semestinya tanpa sebarang gangguan.

This is when you use sniper.
Heh. Wahai bro Aga, sila jeles dengan gua.

Selepas ini, AC3, Far Cry 3, CODBO2, MOHWF dan NFS:MW.

Ini adalah game yang didownload pertama gua habiskan.

P/S - Tiada gambar, agak-agaknya belum ada yang mahu letak Screen Shot. Gua malas buat sedemikian. Heh.

Thursday 13 December 2012

Bola Sepak

Kecundang pada semi-final. Jadi gua mahu ulas sedikit.

Sebenarnya, memang susah mahu main berbanding cakap. Tapi at least gua tahu apa mahu kata. Heh.

Gaya permainan Thailand lebih kepada short pass, walaupun start tengok second half, tapi sejak first match pun gua tengok Thailand mengekalkan peratus hantaran mereka.

Gua kecewa dengan Harimau sebenarnya sebab dapat bola mesti bagi long pass, kalau tak pun dribble yang senang dirampas bola.

Ramai orang kata pengadil berat sebelah. Ya, dia berat sebelah pun boleh fight tu Thailand. Seperti England vs Portugal. Rooney dibuang padang pun, tapi England fight sampai penalty.

Gua rasa, possession Thailand mesti 60% keatas, dan Malaysia tidak akan lebih daripada 45%. Pass accuracy? Gua berani kata Thailand 90%, Malaysia less than 65%.

Seriously.

Cubalah tengok style permainan EPL di Eropah, atau tiru permainan Barcelona. Sebenarnya Harimau satu kelebihan mereka ialah pantas, cuma gaya permainan mereka terlalu agresif. Apa tidak, mengejar lawan dengan penuh keganasan tapi kurang naluri dan reaksi.

Gua tidak hairan jika coach Harimau kata sesuatu yang tipikal. Gua akui referee tu berat sebelah, tapi tetap boleh fight walaupun menang tipis.

Lagi satu, siapa perasan laser dihalakan kepada GK harimau time wisel penamat ditiupkan? Gua tak hairan. Sebab sebelum ni pun ada penyokong yang sangatlah kurang bijak buat begitu time first match.

Heh. Rasanya status FB malam ni semua salahkan pengadil, tapi gua rasa Thailand memang masuk final walaupun pengadil dia jenis 'adil'.

Ramai gua tengok, maki-maki tu pengadil. Heh. Rasanya, baik korang sentiasa update bola setiap musim jika mahu tau apa sebenarnya itu bola sepak.

Memang jelas lagi bersuluh, tapi lagi terang benderang lihat the way they play since the match with Indonesia. That's the mistake.

Apapun, semoga berjaya pasukan negara. Jangan risau, improve banyak-banyak, paling penting, sentiasa kaji gaya permainan. Peduli kata orang mengenai meniru gaya permainan barat, padahal dorang tak sedar hidup mereka seperti orang barat.

Contohilah gaya The King Of Come Back, Manchester United. Come back mantap setiap perlawanan, dan paling smart free-kick RvP.

Heh.

Cuba tukar nama dan masukkah orang Sabah dan Sarawak, barulah nama satu Malaysia. Heh. Orang Sabah hebat okeh!

Gua syak orang Thailand buat tarian Gangnam dengan menaiki gajah sambil nyanyi Oppa Bangkok Style.

Sekian, Mr. Analyzer.

P/S - Gua jarang buat entri bola sepak, tapi gua memang peminat bola sepak.

Wednesday 12 December 2012

Too many in 1

Ketika sibuk-sibuk mendownload latest game, gua sebenarnya agak gelisah juga memikirkan result exam, sebab rakan-rakan di IPG lain telah pun keluar result. Apabila terfikir seorang sahabat yang sedih ketika lepas menjawab exam tu, lagilah gua rasa resah di samping simpati terhadap dia.

Namun, hanya Allah saja tempat kita bertawakal. Dialah yang membantu semua urusan hambaNya di dunia ini. Paling penting, teruskan berdoa lagi dan lagi.

Time-time cuti ini, minat gua terhadap muzik tetiba meningkat, sehingga gua mencari semula lagu-lagu lama pernah gua buat pada 4 tahun lalu, entah berapa buah semuanya. Mungkin hampir 20.

Software gua guna? Heh. Gua tidaklah sepro seperti orang-orang yang belajar muzik, sehingga mereka mengguna FL Studio 10, gua guna Guitar Pro 5 je dengan RSE. Ada juga gua download GP6 tapi seriously, otak gua tak berfungsi langsung. Heh.

Mendengar semula lagu-lagu tu, bikin gua ketawa sorang-sorang. Ada terlalu jiwang, ada belum siap, ada terlalu panjang, ada terlalu sentimental.

Gua buat keputusan untuk mengubah lagu-lagu yang gua rasa seronok, laju dan mantap saja.

Masalah gua hanya satu, lirik. Lagu-lagu tersebut pernah ada lirik, tapi berkarat dalam otak sebab jarang layan ni benda.

Dulu pernah juga gua minta seorang junior comel (ketika Highschool) untuk mengarang sebuah lirik, tapi biasalah budak-budak. Tak perlu gua sebut.

Namun memang di hati ada niat mahu orang dengar lagu tu, bukan sebab mencari populariti, tapi menghayati. Sebab adakalanya lagu yang disampaikan tu mempunyai mesej penting.

Cumanya, lagu-lagu gua tu versi pop-rock/punk-rock/fast-rock. Jadi gua simpan ja.

Tapi itulah hobi gua sekarang. Mengedit-edit sambil dengar. Andai ada orang mahu dengar, gua kasi dengar ja.

Itu satu.

Cuti gua juga bukanlah kosong tanpa aktiviti luar semata-mata.

Banyak ilmu gua belajar secara langsung dan tidak langsung, sekaligus membuka minda gua yang memang sempit macam parit ni.

Membaja sawit, heh. Penat tu penat, tapi mau tolong abah yang dah separuh abad tu, harus cekal. Dia punya tenaga lagi banyak dari gua, semput sangat gua ni. Heh. Tapi seriously, banyak gua belajar pasal pertanian bisnes ni. Siapa tahu gua bikin bisnes, berhenti dari kerja guru kot. Heh. Taklah.

Gua suka guru ni sebabnya gua rasa anak-anak muda sekarang perlu dididik dengan baik. Kalau bolehlah, gua tak mau ada anak-anak murid gua tu jadi artis kecil.

Macam dalam TV, heh. Realiti TV untuk orang besar tak laku, disasar bebudak. Ibu bapa pula terima ja.

No wonderlah bidang artis ni macam-macam.

Kalau boleh gua mau anak-anak murid gua jadi ahli sukan yang beriman, andai mereka target mau jadi atlet.

Barulah okay, main sukan tak tipu, akhlak bagus. Ini tidak, entahlah.

Memang payah kerjaya guru, gua bukanlah orang yang tepat untuk bicara tentang ni, mungkin ada senior yang lebih arif. Tapi melalui pandangan gua yang kurang matang ni, setiap kerjaya ada kelebihan dan kekurangan. Tapi gurulah kerjaya yang paling penting di dunia ini.

Why? Rasulullah S.A.W menjadi guru kepada satu dunia ini walaupun ada yang ingkar kepada dia. Dia ajar benda-benda baik melalui banyak cara yakni percakapan dan akhlak. Ini dua perkara penting sebagai seorang guru, jadi tak semestinya kerjaya lain tak baik.

Asal niat kerana Allah dan kerja itu memang dihalalkan oleh syara', baguslah.

Previous entri gua ada kata gua kecewa dengan kebanyakan orang.

Ya. Semakin gua terjumpa muka-muka lama di Keningau ni, semakin gua hairan dengan perubahan mereka.

Malah di FB pun, ada yang berubah kerana terkejut dengan budaya.

Pesan gua pada mereka terutamanya lepasan SPM. Time cuti inilah peluang korang belajar agama dengan baik-baik dan mencari hidayahnya.

Gua faham, time sekolah dulu kita fokus pada pelajaran yang diajar, dan jarang sekali belajar agama (bagi yang bukan sekolah agama).

Gua dulu jahil, tapi alhamdulillah Allah beri hidayah melalui abah gua yang garang paksa gua ke masjid. Heh. Boleh-boleh berhujah mengatakan solat berjemaah di rumah sama seperti solat berjemaah di masjid, tidakkah hujah tu boleh dipatahkan. Heh.

Jadi gua pesan, memasuki alam 18 tahun ini, bagi yang baru mau masuk, jagalah diri. Dan kalau boleh, kekalkan Islam bagi yang Islam, dalam diri kamu. Jangan time di sekolah budak baik, tudung tak tinggal, solat ditunaikan, selalu pakai seluar panjang, rambut kemas-kemas, tapi time dah habis SPM, masya Allah, gua terkejut beruk.

Dan kalau boleh, kalau mahu bercinta tu berpada-pada, andai cinta itu putus di tengah jalan, korang sakit teruk padan muka. Gua bukan apa, mengarut sungguh cinta budak-budak sehingga mengatakan sehidup semati. Hoi. Kalau besok kekasih korang mati, apakah sanggup korang mati?

Okay cukup. Pasal bola sepak. Ingat, entri ini boleh jadi panjang. Gua gembira MU menang, tapi gua agak tidak puas hati sesetengah die hard fan MC yang gila melukakan salah seorang pemain.

Dan lagi, ada haters tidak puas hati MU menang, sampai merendah-rendahkan pasukan tersebut.

Satu sajalah ya gua punya kesimpulan, korang jeles. Full stop.

Tak pernah gua nampak fan MU memburuk-burukkan pasukan lain, paling-paling pun boo saja. Heh.

Gua pernah terlibat dalam hal ini, jadi gua diam sajalah. Yalah, sekadar bola sepak. Makin didebat, makin teruk.

Heh. Biarlah. Ohya, kepada rakyat Malaysia yang main laser tu. Jangan biadap, kalau kena balas balik, takziah kepada anda. Suppor-support juga, tapi berpada-pada. Gua hairan apa guna cat muka tu.

Tadi gua baca di langitilahi.com tentang provokasi orang murtad. Gejala ini bahaya bagi orang Islam. Orang murtad ini kebanyakan gua jumpa, dorang suka provok dan hasut orang. Dan gua perasan apabila dibalas, mesti ada makian. Jadi muncullah ulasan "nama ja Islam tapi memaki".

Senang saja mau deal mereka ini, tapi yang susahnya tu mahu jadi sabar. Jika dorang provok Islam itu benar atau tidak, jawab saja ya. Kalau dorang balas balik dengan provokasi, jawab sekiranya ilmu tinggi, diam jika tidak mampu dan biarkan.

Orang yang memprovokasi orang lain tu sebenarnya ketagihan perhatian, mencari publisiti, temberang. Yang perlu dihadapi ialah mereka yang diam-diam tu. Hujah dengan baik, akhlak yang bagus-bagus.

Barulah orang suka. Macam mana seorang wanita buta yang sering memburuk-burukkan nabi boleh masuk Islam? Sebab akhlak Rasulullah S.A.W tu sangat baik.

Lihatlah macam mana dia berhadapan dengan orang-orang lemah (yakni orang kafir yang sekadar benci), dia tunjukkan akhlak baik. Kaji macam mana dia tegur sahabatnya yang pakai cincin emas.

Begitulah kalau mahu berdakwah kepada orang bukan Islam. Bukan provok!

Heh.

Lagi satu, pasal tarikh 12/12/2012 dan 21/12/2012.

Firstly, tiada special untuk tarikh hari ini. Apapun, gua simpati dengan kematian kucing Miss A. Jangan nangis, tak comel. Haiwan mati tak masuk neraka.

Kedua, memang tarikh ini sekali muncul sekali dan berakhir selama-lamanya. Let me tell you something, tiap hari yang datang itu muncul sekali dan berakhir selama-lamanya, hatta minit yang datang pun begitu. apatah lagi saat.

Allah ja tau bila hari special untuk kita yakni ada satu saja jika betul, kematian kita. Hari itu special atau pun doom bagi kita saja, samada kubur terang atau gelap.

Faham? Heh.

Tarikh yang satu lagi, ianya jatuh pada hari Jumaat. Gua nasihatkan, mana-mana Jumaat pun boleh terjadi kiamat dengan izinNya, tapi jangan iktikad tarikh tersebut.

Pedulikan kajian orang lain, sedangkan nabi sendiri tak tahu bila kiamat, kita yang penuh dosa lagi temberang ni memandai. Heh.

Okaylah, cukuplah. Terlalu banyak benda gua kupas.

Apapun, ini sekadar ulasan gua yang tidak matang, gua minta maaf banyak-banyak jika ada yang tak puas hati.

Gua masih belajar, gua perlu berubah, rasanya dari segi peribadi tu gua kena berubah. Gua tahu diri gua ini tak mampu memuaskan hati orang lain, tapi at least biarlah gua ini tidak jadi satu alat untuk dibenci orang lain kerana kesalahan gua.

Minta maaf banyak-banyak kepada yang berkenaan. I'm immature, stubborn, selfish, hot-tempered, yet I am trying to improve myself to be a better person, for you, to lead you to Jannah. Insya Allah.

Tuesday 11 December 2012

Game III

Disember dah datang.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Seperti yang korang lihat pada title, gua akan cerita game lagi. Tapi kali ini game review, bukan preview. Heh.

Gua telah download sebanyak tiga game setakat ni, dan install sebanyak 4 game (satu game tu main beli).

Jadi gua mau komen-komen sikit, walaupun belum habis main semua tu.

1. Need For Speed : Most Wanted

NFS:MW
Criterion game. Seperti ku katakan, adaptasi daripada NFSMW. Pandangan gua pada game ini untuk laptop gua, agak berat sedikit tapi tidak teruk. Boleh main masih. Cuma mungkin grafik kena low sikit, masalah laptop gua ada dua saja, RAM dan kapasiti Hardisk. Insya Allah tukar dan upgrade nanti.

Gaya permainan juga sama tapi untuk ini, tiada Speedbreaker. Walaubagaimanapun, permainannya mudah cuma mau drive tu sandih. Gua akui ini game bikin panas. Heh.

2. Medal Of Honor - Warfighter

Warfighter

Paling best pernah gua main sebab tak pernah main COD. Heh. Setelah beberapa kali download, rupanya masalah tu boleh selesai tanpa download yang baru. Cis. Tapi, seperti NFS:MW, memang berat sedikit sebab ianya perang-perang. Tapi gua suka main ni benda, dan yang paling best, main sniper. Heh.

3. Hitman - Absolution

Absolution

 Ini antara first-time game. Berbentuk stealth, dan lebih kurang Splinter Cell - Conviction dari segi execution menggunakan pistol dan marking. Tapi marking dia perlukan exposure yang tinggi. Heh.

Gua baru main 2 misi, tapi ingat. Game ini memerlukan kesabaran tinggi terutamanya apabila korang mau continue game. Oh ya, selain itu, korang mesti download dan INSTALL STEAM. Tak payah log in pun tidak apa. Sebab ada masalah sikit dengan game ni.

4. Assassin Creed III

Assassin Creed


Game Assassin Creed kedua pernah gua main (sebelum ni Revelation). Game-game sebelumnya gua tak pernah main. Heh. Tapi gua bagi rate 4.5/5 sebab sangat best jalan ceritanya.

Gua belum habis main, tapi gua kini telah sampai Sequence 2. Seriously, first time gua main game dengan wataknya speaking British accent. Seolah-olah tengok Harry Potter. Heh. Tapi seriously, cara berlawan juga berbeza seperti terdahulu, cumanya gua belum tengok lagi penggunaan Tomahawk. Heh.

Jadi itu antara game review yang belum 100%. Rasanya, cukup sudah bagi pembayang sama korang. Misi gua kali ini mendowload Call Of Duty : Black Ops 2 dan Far Cry 3. Jika dah siap, mau hantar assignment ni pada otai gua yang mana cemburu dengan gua punya kejayaan download game-game ini. Kahkahkah.

Apapun, selamat bercuti. Jaga diri, kesihatan dan iman anda. Seriously, gua rasa kecewa dengan kebanyakan orang.