Comrades

Tuesday 8 May 2012

Syabab.

Alhamdulillah, elaun buku masuk.

Alhamdulillah bill broadband dah langsai, walaupun hilang 2m. T.T

Alhamdulillah masih hidup. ^^

Sepanjang dua hari sejak semalam, minggu ulangkaji. Walaupun diwajibkan pergi kelas, aku berlugai-lugai di tempat lain.

Tidak apa, asalkan bukan di bilik. ^^

Namun, tadi pagi menarik perhatianku. Sebuah buku bertajuk "Syabab Musafir Kasih".

Penulisnya Fatimah Syarha, yang menulis buku...lupa pula. Yang penting berkaitan dengan cinta tajuknya tu.

Apapun buku ini, dah lama keluar, aku ja ketinggalan membacanya. Sedih, sedih.

Tapi tidak mengapa, sebab mampu habis dalam masa sehari saja. Hehehe.

Membaca ceritanya, dari awal sampai akhir, tapi part tersiok bagiku ketika dia hijrah ke Damsyik.

Okaylah, bagi yang tak tahu. Di Syria.

Di situ aku kagum dengan dia. Walaupun pelajaran dia simple-mimple, tapi dia tidak tahu erti putus asa mengenai ilmu. Dia belajar Quran dengan Syeikh di sana, dia rajin mencari ilmu di mana-mana saja.

Dari situ diriku bersemangat untuk menuntut ilmu, ilmu agama ketika cuti ni. Insya Allah.

Ketika baca itu juga, aku teringat kisah Imam Hanafi yang seringkali membawa pen dan buku catatan ketika menuntut ilmu dengan ulama, Imam Malik yang menggunakan simpulan untuk menghafal ilmu daripada gurunya, Imam Syafie yang tajam pemikirannya ketika belajar dengan Imam Malik, Imam Hanbali yang hebat untuk belajar dengan Imam Syafie. Lepas tu teringat cerita UAI yang pergi menuntut ilmu tanpa pergi ke pondok, pada USIA 25 TAHUN.

Aku bertanya, adakah diriku mampu buat begitu? Adakah pemuda-pemuda yang lain juga mampu begitu?

Insya Allah, dengan kekuatan dan keizinanNya.

Istimewanya pemuda-pemuda ini, kerana pemuda ada disebut dalam hadis mengenai golongan yang mendapat naungan Allah di padang Mahsyar.

Istimewanya pemuda (termasuklah pemudi) kerana jiwa mereka lembut dan mampu dijinakkan jika disentuh dengan hidayah.

Istimewanya pemuda ini, mereka gagah dan kuat untuk berjuang demi Islam.

Pemuda yang istimewa, mereka yang mencintai masjid dan selalu berulang-alik setiap kali masuk waktu.
Pemuda yang beriman, mereka yang memakmurkan masjid seperti disebut dalam Quran.
Pemuda yang mantap, mereka yang mampu dan tabah menghadapi perjuangan.
Pemuda yang superb, mereka yang menjadi geng ulama dan geng-geng ustaz.
Pemuda yang daebak, mereka yang memenuhi saf pertama di masjid, terutamanya pada waktu Subuh.

Insya Allah, ramai pemuda akan menjadi pemuda-pemuda di atas yang dimaksudkan, termasuklah diriku yang mengharap menjadi salah seorang daripada mereka.

Kadang-kadang aku berfikir, kenapalah aku tolak masuk sekolah agama dulu. Yup, betul aku reject masuk sekolah agama dulu. Abang dan kakakku saja yang masuk. Tapi time giliran ku, aku 'lupuskan' tradisi sekolah agama sebab aku dihantar ke sekolah Cina. Itupun sekadar 6 tahun (sejak tadika).

Tapi lepas tu, masuk ke sekolah mubaligh, St. Francis Xavier. Cumanya aku bersyukur, ketika masuk situ, aku diajar untuk menghafal bacaan-bacaan dalam solat.

Aku kira itulah titik permulaan.

Masuk ke form 3, alhamdulillah dapat konsisten. Tapi masuk form 4, alahai jatuh.

Namun lepas SPM, alhamdulillah, asbab abahku yang sering paksaku ke masjid, dengan izinNya, aku makin suka ke masjid.

Walaupun tak hebat mana, tapi sekurang-kurangnya asas ada.

Mengaji juga diteruskan semula sejak itu setelah tergendala beberapa tahun. Seriusly paling last baca pun ketika Tahun 4/5. Itupun malas-malas.

Namun sejak masuk ke sini, banyak perubahan yang aku rasa dalam diriku.

Bukan mahu berbangga, sekadar perkongsian, mudah-mudahan bermanfaat. Insya Allah.

Jadi cuti ini, insya Allah sahabat dan rakan-rakanku sekalian. Kita pergi belajar, cari ilmu di mana saja.

Kita boleh jadi pemuda seperti Syabab, insya Allah. Apa yang penting, konsisten untuk mencari ilmu.

Seperti biasa, permulaan itu sungguh sukar, tapi kena kuat, insya Allah.

Dah, dah, sebelum fikir pasal cuti, fikir dulu pasal exam. Insya Allah mampu menghadapinya.

Pae - Syabab pemuda. Pemudi apa? =.= Exam. Exam. Exam.

No comments:

Post a Comment