Comrades

Thursday 30 June 2011

Semester 3. Lebih mantap dari semester dua. KAHWIN. KAHWIN.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sebab Allah masih memberi aku nafas untuk hidup, dan untuk update blog. Alhamdulillah.

Oh. Kali terakhir update pasal junior, hmm. Takpelah. Dah tamat dah pasal junior ni. Aku kurang kisah sangat.

Cumanya time semester 3 ni, aku menyukainya, lebih dari semester dua. Sibuk pun tak halang aku untuk menyukainya. Masya Allah. Hehehe.

Semester 3 ni kira satu cahaya baru untuk aku dan komrad2ku. Alhamdulillah. Jika sepanjang dua semester ni aku terkapai2, kali ini aku ada keyakinan dah. Ceh. Macam temberang ja.

Bukan apa. Semester tiga, memang sibuk. Exam, assignment, kerja-kerja, tugasan JKM. Tapi aku rasa macam tiada saja. Well, itu baru permulaan. Harap2lah aku mampu bertahan sampai bila-bila.

Semester 3 ada perubahan baru. Secara jujurnya, aku seorang yang lemah pengetahuan agama (bukan jahil aa). Sebab aku tak pernah sekolah agama sejak kecil. Time semester 3 ni lah yang membuatkan aku bersyukur mahu nangis sebab dapat mempelajari semula agama - ain, kifayah, asas, advance - dan paling seronok, belajar bahasa Arab.

Ramai yang anggap Arab ini susah. Betul memang susah. First time masuk kelas, blur ni ustaz cakap Arab full time. Haha. Tapi itu tidak halang niat dan azamku untuk belajar Arab. Sebab, dengan Arab saja aku boleh memahami al-Quran dengan betul.

Itu satu. Kedua, usrah umum pun dah ada semula. Alhamdulillah. Dapatlah lagi mengisi malam2ku dengan ilmu bermanfaat. Hehe. Ketiga, Ini paling siok. Kursus kahwin. Haha. Jangan korang jeles kalau aku ikut awal2, dapat jodoh awal2. Bukan terkahwin aa. Hehehe. Kursus yang memotivasikan diri aku.

Itulah semester 3. Di samping tu, banyak lagi lah. Selain kerja Kajian Sosial, Pengajian Inggeris, Pengajian Bahasa, Perkembangan Bahasa juga menyeronokkan. Cuma ada satu saja yang down aku. Hoki. Aisehmen. Susah mau main. Tapi kena belajar. Kena usaha lagi. Sebab dalam kelas aku, ada seorang PEREMPUAN genius sukan. Adesh. Sandih.

Banyak lagi sebenarnya. Aku haraplah aku dapat bertahan selama yang mampu. Bukan mudah, tapi tak susah. Yang penting sabar dan solat. Pembaca sekalian, anda juga mampu melakukannya. Bukan aku saja.

Walaupun awal2 ni dah ada yang menduga hati - junior serta si dia - tapi aku sabar saja. Sebabnya? Aku yakin aku akan dapat yang lebih baik untuk diriku. Cumanya, aku kena jadi baik kalau mau dapat yang baik. Bukan kerana itu, tapi kerana Allah.

Baiklah. Dah cukup dah. Simple tapi berisi. Walaupun semester ini lebih sibuk (percayalah) daripada semester lalu, tapi aku akan tabah mengharunginya. INSYA ALLAH!

AvA - Semester 3. Fasa dewasa sebenar.

Monday 27 June 2011

2 in 1. Kegemaran dan gotong-royong.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, subuh dah dilaksanakan. Yeah. Minggu kedua semester baru. Hmm. Kali ini, aku plan mau update 2-3 kali seminggu saja. Sebab aku mahu fokus pada study. Eceh. Konon.

Baiklah. Baiklah. Baiklah. Kali ini aku mahu cerita pasal sesuatu yang lain. Tengok tajuk pun mesti ada bingung kan?

Pernah anda menjadi special/favourite/kegemaran/kesukaan orang lain? Kalau ya, apakah yang anda sumbangkan? Itu dia. Itu dia. Itu dia. Haha.

Mejadi kesayangan, favourite orang lain tak semestinya ada kebaikan. Kenapa? Sebab, makin kita disayang, POTENSI UNTUK MEMBERONTAK, MELAWAN MENJADI TINGGI. Betul atau tidak?

Kita makin dimanja, makin dibelai (untuk kes suami isteri tu lain la), dan apabila kita minta sesuatu tidak diberi - disebabkan terbiasa kena bagi time kita minta - mesti kita terus mengamuk. Kan3?

Itulah kelemahan keluarga sekarang, terutamanyalah. Ibu bapa menyayangi anak mereka, tapi last2 anak dia jadi kurang ajar. Macam? Anakku Sazali. Contoh yang paling ketara.

Itu kes keluarga. Kes guru pilih kasih? Kalau korang kata tiada, korang salah. Kalau pernah baca HLOVATE, watak utama sering diserang oleh guru disiplin sebab LATAR BELAKANG watak utama kononnya taraf orang miskin. Manakala antagonisnya sentiasa dapat perhatian guru-gurunya.

Kan? Hehe. Banyak lagi kes. Cukup ini saja. Tapi percayalah, kalau menjadi favourite, tapi perangai jadi kurang ajar, memang teruklah. Kalau kes jadi favourite, tapi tetap humble down to earth, itu memang mantaplah.

Kesannya apa? Orang disayangi sentiasa dimanja, murid 'kaya' atau 'kuat ampu' sentiasa disayang, padahal ada lebih baik dan perangai lebih mantap daripada mereka.

Jadi kalau kita 'tidak' jadi favourite orang lain, tidak mengapalah. Biarkan saja. Kita buat cara kita, untuk menjadi TERBAIK PADA PANDANGAN ALLAH DAN IBU BAPA KITA. Ini yang aku belajar sepanjang aku hidup.

Tidak menjadi favourite banyak kelebihan, kita jarang menjadi perhatian - perkara bagus. Kita tak perlu risau apa orang lain kata - tiada orang ambil kisah. Kan3? Jadi biarlah kalau orang lain jadi favourite, tapi yang jadi favourite tu bagus ke? Fikir-fikirkanlah.

Jadi apa lagi cerita? Banyak. Tapi biarlah aku simpan. Lain kali keluar. Nanti tak pasal-pasal ada orang mengamuk pula. Miahaha.

Aha. Junior dan gotong royong. Yeah. Semalam pagi (ahad pagi) aku dan JKM serta junior-junior baharu bergotong-royong di masjid. Kasi bersih la ba. Hehe. Meriah geng. Dan itulah tugas aku pertama selaku JKM - menjadi ketua, dan bercakap memberi tugas. Secara jujurnya, aku malas mau suruh-suruh orang, sebab aku malu. Heh heh. Nasib ada jadual.

Tugas banyak, ada membersihkan tempat solat, bilik Imam, bilik gerakan, tandas, dapur, tempat wudhu, cat pagar, dan banyak lagi lah. Tugasku cuci tandas. Haha. Hairan aku. Di rumah kena suruh cuci tandas, di sini pun kena suruh. Kali memang kemahiran ku cuci tandas. Wakaka.

Junior2 macamana? Alhamdulillah. Walaupun dah habis MPPB, dorang tetap datang ke masjid. Wuu. Bukan senang tau. Aku haraplah akan berterusan dan insyaAllah aku juga akan berusaha memperbaiki diri.

Dalam kesempatan tu, dapat jugalaha aku tengok beberapa junior perempuan. Bukan sebab menggatal, hehe. Yalah, tak sempat nak kenal-kenal time MPPB kan. Ramai cute. Tapi itulah, mereka masih dalam proses pembelajaran dan ke dunia alam dewasa kan. Masih ramai lagi kebudak-budakan. Terbawa-bawa dari sekolah menengah.

Apapun, memang semalam hari seronoklah walaupun penat. Hehehe. Siok dapat buat kerja, tolong orang, kacau orang. Haha.

Kesimpulannya, kepada yang tidak menjadi kegemaran orang lain, tak payah susah hati. Yang penting kita cuba untuk menjadi orang baik demi Allah. Kepada semua ahli JKM, junior2 dan orang yang menjayakan gotong-royong, terima kasih sebab sudi untuk tolong. Seperti kata popular, KALAU BUKAN MUSLIMIN dan MUSLIMAT yang hadir ke masjid, SIAPA LAGI?

AvA - 2 in 1. Yeah!!

Saturday 25 June 2011

Meriah tapi jaga adab. Beware.

Assalamualaikum,

MPPB dah habis. GIMIK malam terakhir melucukan. Kah3. Kesian. Nasib aku bukan jenis teriak2. Haha.

Jadi sekarang? Apa cerita junior? Heh. Mereka telah diserapkan ke dalam group IPGK. Wow. Satu 1/2 hari tak buka FB, tup2, notifikasi sungguh banyak. PErgh. Cek2. Ya ampun. Sesi perkenalan pula ni. Hahaha.

Junior baru kena add, digesa buat introduction. Aku tak pandang junior laki2. Hari jumpa. YANG GADISNYA DICARI. MAU KENAL2. Apa korang fikir? Aku mata miang? Hati miang? Salah. Aku nak berkawan. Lagipun ada junior TESL. Mesti kenal2. Kan? Heh heh.

Di page asrama kami pun sibuk saja ni. Kebanyakan post dari junior. Adik2 junior. Post tu boleh. Tapi agak2la. Takkan tiap2 masa mau post? Macam kejakunan kamurang ni.

Jangan cerita IPGK. Siok habis. Dan time inilah, aku cari cari cari cari cari. Hah. Ada comel, cantik. Tapi tak secantik BAKAL ISTERIKU. (Entah2 mereka bakal isteri ku. Heh heh.)

Itulah kali pertama page itu begitu meriah. Gila banget. Haha. Tapi siokla. Sebab lepas MPPB, trus di add. Time kami dulu, page tu baru dibuat, itupun lepas beberapa bulan. Jadi kurang sikitlah. Ini? Hah. Happening.

Apapun memang siokla ada junior baru. Heh. Dan mereka muka baik2 punya. Macam kitorang. Ofkosla. Kami lagi baik dari dorang. Kononlah. HAHAHA.

Dan aku telah habis idea. Share kegembiraan meraikan junior baru kan. Apapun, selamat datang wahai adik2 junior. Ahlan Wasahlan. Irashai imasen. Nah. Speaking.

DotA - Aku mau main dengan korang.

AvA - TIDUR.

Wednesday 22 June 2011

First time senior.

Assalamualaikum,

Di kesempatan aku tak dapat tidur. Jom aku ceritalah. Lebih tepat, update.

Memandangkan minggu ni masih lagi MPPB, jadi pasal usik junior ni okaylah. Hahaha.

Secara rasminya aku menjadi senior (ofkoslah komradku pun jadi senior) dan memang rasa kelucuan tengok dorang ikut program2 yang dibuat. Yalah. Kelam kabut, penat, mengantukan, eceh. Aku ka yang merasa ni.

Part yang paling popular, minta sain daripada senior. Hahaha. Ini part paling siok. Di sanalah mau membuli junior secara diam-diam. Heh. Takkan mau buli terang2 kan? Nanti jatuhlah standard. Apalah.

Tadi ada perbualan junior dan senior.

Junior - Bang, boleh tolong sain ka bang?
Senior - Eh tadi dah sain pun?
Junior - Dorang suruh minta 50. Sebab ada nama-nama yang lain2 macam Yamamoto, Dante tu. Marah dorang.
Senior - Iya. Tulah korang minta sain dengan senior yang gila-gila.

Kah3. Tak pasal2 kena suruh minta. Kalau tak silap aku, deadline untuk tu time subuh nanti. Haaa. Merasalah kamu. Tapi time batch aku lagi power. Sampai berteriak2 kena tengking. Aku? Cool. Dan pernah hampir2..ada masalah.
Memang ada beberapa masalah sikit dengan junior. Yang pasti bukan aku ada masalah dengan dorang. Alah. Biasalah tu. Ada ku kisah? Ada yang kata junior-junior ni sombong. Heh. Aku tak mahu komen. Yalah. Sebab aku belum kenal mereka lagi. Don't judge a book by its cover. Kan3?

Prinsip aku, be cool saja. Peduli la tu junior sombong ka, bombong ka, temberang ka, minta puji ka, kalau dia tak ganggu hidup aku, aku cool saja. Yalah. Mungkin kita tak tahu, memang begitulah perangai dia dan susah mau diubah. Sombong tinggi langit manapun tu junior, aku tak affected. Sebab? Ramai lagi junior lain. Bukankah nabi kata tidak masuknya seseorang itu ke dalam syurga apabila terdapat kesombongan dalam hatinya walaupun sebesar zarah. Hadis sahih tapi lupa siapa yang meriwayatkannya.

Kawan - Ramai junior temberang oo. Bangga lah dorang tu.
Aku - Siapa? Ramaikah?
Kawan - Siapa? (berhenti) semua. Banggalah dorang tu dapat masuk IPG, jadi guru. Temberang saja.
Aku - Ahah. Time minta sain nama tulah yang ngam mau gitu-gitu tu.
Kawan - Huh. Saya lipat dorang tu.

Honestly, aku tiada niat pun mau cakap begitu. Tapi tersebut. Apa boleh buatlah. Tapi ini kisah benar, tapi ketemberangan junior tu aku belum tahu. Heh. Suka-suka ja kan kita berprasangka buruk pada orang. Tak sedar diri ke? Aku terus buat andaian, si kawan ni nak balas dendam dengan melepaskan dendam kepada junior baru. Adei.

Penat cerita junior. Ada lagi nampak status kawanku di IPG lain tentang junior mereka. Ish3. Itu bukan senior membuli, tapi junior yang show off. Orang mau tolong pun tak boleh. Tapi biarlah. Yang penting dorang bahagia.

Time MPPB ni lah, yang buat sesuatu meriah sikit. Apakah? MASJID. Diulangi, MASJID. Time MPPB, 5 waktu solat, ramai. Ramai? Tak sampai dua saf. Tadi ustaz beri tazkirah, dan pada 14 muslimin baharu, dia suruh berikrar untuk datang ke masjid walaupun MPPB telah habis. Ya. Aku pernah lalui ini. Syukurlah, walaupun ada musim naik turun, tapi apapun hati kena kuat. Itu saja yang paling afdhal untuk melazimi masjid.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah 9:18)

Al-Quran sendiri menyebutnya. Hati kena kuat. Mesti. Mungkin ada orang kata "Alah. Tak ke masjid pun aku solat tau di bilik." Kalau perempuan takpelah, tapi laki2 tu mesti (sehinggakan kemestian tu menghampiri tahap wajib). Harap-harap kita semua dapat memakmurkan masjid. Amin.

Dan ketika MPPB, mataku ni sedikit liar mengintai gadis junior. Hahaha. Setakat ni belum jumpa, well sebab jarang berhadapan dengan mereka. Entahlah kalau tiba-tiba pula mereka minta sain nama. Solution? Haha. Aku bagi bersyarat. Minta no fon. Eceh. KALAU BERANI. Gurauan semata-mata.

Kesimpulannya, kepada junior2, kalau kena marah, tengking, alah biasalah tu. Tahan hati. Itulah dugaan. Dugaan dunia. Korang okay tapi tak best sebab jarang kena tengking. Kami k.o tapi mantap sebab ada ja kena tengking. Haha. Suka ditengking konon.

AvA - Mencari satu, idaman kalbu. Haha.

Monday 20 June 2011

Aku ditag. Tapi aku malas tag orang.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 92 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.
WHAT WAS YOUR:

1. last beverage = Air?
2. last phone call = Err...roomate.
3. last text message = Erm....nombor suru subscribe video lucah.
4. last song you listened to = U&I Hokago Tea Time.
5. last time you cried = ketika menyesali dosa2 lalu
HAVE YOU EVER:
6. dated someone twice = Pernah.
7. been cheated on = Kena tipu? Ada tapi aku maafkan.
8. kissed someone & regretted it = Ini? Mamaku, bapaku, adikku. Menyesal? Tidak!
9. lost someone special = Hmm. Yeah. Tapi takpelah.
10. been depressed = Ni time muda-muda saja ni. Haha.
11. been drunk and threw up = Mabuk? Kau hulur tu botol aku pecahkan.
LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Biru.
13. Merah.
14. Hitam.
LAST YEAR (2010), HAVE YOU:
15. Made a new friend = Ramai. Lebih daripada 50 orang.
16. Fallen out of love = Jatuh cinta? Oh pernah.
17. Laughed until you cried = Pernah. Tapi kini control2 suda.
18. Met someone who changed you = Ya. Dan sampai sekarang? Masih mengharap ka ni? Hahaha.
19. Found out who your true friends were = Since 2004.
20. Found out someone was talking about you = Entah.
21. Kissed anyone on your FB friend's list = Kawan? Keluarga sajalah.
GENERAL:
22. How many people on your FB friends list do you know in real life = Well, dengan jumlah 351. Mungkin kebanyakan. Tapi tak semua.
24. Do you have any pets =Ada. Tapi bukan aku jaga.
25. Do you want to change your name =Nickname sajalah. Call me PAE.
26. What did you do for your last birthday = Silent saja. Tiada orang tahu. Except family.
27. What time did you wake up today = 6 a.m. Sikit miss solat.
28. What were you doing at midnight last night = cuba tidur.
29. Name something you CANNOT wait for = Well..elaun. Haha.
30. Last time you saw your Mother = Semalam.
31. What is one thing you wish you could change about your life = Nothing.
32. What are you listening to right now = Orang-orang bercakap.
33. Have you ever talked to a person named Tom? = Tidak.
34. What's getting on your nerves right now = Excited adalah. Mo cari junior. HAHA.
35. Most visited webpage = DotA, Mangareader, Blogger, Youtube. (FB kurang. Haha.)
37. Nickname = Pais, Is. Dan terbaru, Ava dan Pae. (Si aga saja panggil.)
38. Relationship Status= Married with future wife. Haha.
39. Zodiac sign = Honestly I HATE this. Cancer.
40. Male or Female = Male. Apa ko pikir aku ni transgender?
41. Elementary = Yuk Yin + Saint Francis Xavier.
42. High School = - Saint Francis Xavier.
43. College = IPG Keningau.
44. Hair color = Dark brown.
45. Long or short = Short.
46. Height = 170+. Kali ba.
47. Do you have a crush on someone = Ada. Silently.
48. What do you like about yourself? = Suka sorang2. Haha.
50. Tattoos = Damn and never.
51. Righty or lefty= Halfty. Left for writing, right for anything.
FIRSTS :
52. First surgery = Dibedah? Tak pernah. Membedah? Pernah. Hahaha.
53. First piercing = Damn and never.
54. First best friend = Muhd Zulhilmie.
55. First sport you joined = Badminton. Ini daddy the sifu ajar.
56. First vacation = Time kecik. Pi kampung.
57. First pair of trainers = Lupa. Bukan2. Aku tak paham maksud ni soalan.
RIGHT NOW:
59. Eating = Tadi breakfast. Nda jadi puasa sunat.
60. Drinking/Swallowing = Air.
61. I'm about to = Belajar. Konon.
62. Listening to = Belum ba.
63. Waiting for = Habis kuliah.
YOUR FUTURE :
64. Want kids? =Satu team bola sepak. 6 laki 5 pompuan. Haha. (Gurauan semata-mata)
65. Get Married? = Sememangnya.
66. Career? = Perguruan.
WHICH IS BETTER (FUTURE PARTNER) :
67. Lips or eyes = Both.
68. Hugs or kisses = Both.
69. Shorter or taller = Not too short nor too tall.
70. Older or Younger = Yang penting, AGAMA.
71. Romantic or spontaneous = Mau juga ni.
72. Nice stomach or nice arms = Untuk? Yang penting agama. Sebab AGAMA MENCANTIKKAN SEMUA.
73. Sensitive or loud = Boleh bawa bergaduh manja.
74. Hook-up or relationship = Forever.
75. Trouble maker or hesitant = Yui. Buat pa.
HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger = no.
77. Drank hard liquor = Damn.
78. Lost glasses/contacts = Tak.
79. Sex on first date = Kalau first night (malam pertama) okayla
80. Broke someone's heart = Pernah.
81. Had your own heart broken = Semestinya.
82. Been arrested = Hahaha.
83. Turned someone down = Yes.
84. Cried when someone died= Sad, not cry. Grandparents.
85. Fallen for a friend = Ya.
DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself = Berusaha la ni.
87. Miracles = Allah yang menentukan.
88. Love at first sight = Entah. Haha..
89. Heaven = Batal iman kalau tak. MEstilah.
90. Santa Claus = 100% no.
91. Kiss on the first date = Damn no.
92. Angels = Malaikat? Mesti.

Nah. Aku disuruh tag orang lain. Tapi aku malas. So bacalah. Harap terhibur.

Friday 17 June 2011

Ingin keluar dari hometown.

Assalamualaikum,

Haa. Mau balik IPG suda. Tapi sama seperti tidak balik pun. Sebab? Well, aku tetap di hometown sendiri. Bersyukurlah sebab Allah bagi tempat yang mana tidak perlu aku keluar duit banyak. (Tapi elaun tetap habis.)
Tadi aku bershopping membeli barang keperluan. Sengaja awal2 supaya senang angkat, tak payah kelam kabut mau cari itu ini. Ceh shopping konon. Time beratur untuk membayar, terdengar perbualan orang belakang ku.

Makcik 1 - aii. Lama dah tak jumpa ni.
Makcik 2 - Itulah. Sibok je memanjang.
Makcik 1 - Yalah. Shopping sakan nampak?
Makcik 2 - Taulah. Ni sorang ni, dah nak jalan dah besok.
Makcik 1 - Iya? Ke mana? Ilmu Khas ke?
Makcik 2 - Iya. Di KL.
Makcik 1 - Ikut jejak ler tu.
Makcik 2 - Yalah. Dah rezeki namanya.
Makcik 1 - Baik2 ya 'dayang'.
Si gadis - Yalah. Hehe.

Pergh. Comel gila gadis tu. Ahah. Mau dilastik mataku ni. Tapi part yang bikin rasa diri ini kecik sikit, part Ilmu Khas tu. Waaa. Jauh geng. Aku terus berfikir, apasal aku di Keningau saja. Namun, aku cepat2 istighfar, Allah telah tentukan takdir ku, hidupku, jadi aku bersyukur. Cuma aku harap, kalau posting di bandar lainlah. Takkan Keningau kan? Hehe. Itu saja harapan ku.

Dulu time abang dan kakakku, mereka pergi asrama time sekolah menengah. Abangku 6 tahun di SMAKK, kakakku, huh. Pindah sana sini. Memang anak perantau. Dari Gunsanad, ke Ranau, ke Limauan, ke Gunsanad balik. Patut ramai kawannya. Dan sekarang di KK. Abangku sekarang di Beluran. Aku? Memecahkan tradisi dengan tidak ke asrama. Tadika - Keningau, sekolah rendah - Keningau, sekolah menengah - Keningau, institut pengajian/pendidikan - Keningau. Haha. Rekod stay di Keningau saja ni.

Tak bermakna aku tak ada kehidupan di asrama, aku tak boleh berdikari. Woohoo. Aku mungkin lebih okay daripada sesetengah orang yang pernah tinggal di asrama time sekolah dulu. Bukan nak bangga tapi yalah, sebab pernah ada orang kata begini padaku "Tula tidak pernah sekolah asrama. Tidak tau kehidupan asrama." PErggh. Sabar sajalah. Aku tahan hati saja tu. Hah hah.

Semuanya bergantung pada orang. Ada orang memang kaki asrama, tapi tengok bilik bersepah. Ada orang sesekali di asrama tapi bilik memang kemas. Ada orang bukan asrama, tapi bilik sangat mantap. Ini aku nampak kawanku punya bilik. Heh. Cantik geng. Mantap bro. Hebat bos. Sampai menang anugerah bilik terbersih/kemas/mantap/hebat time pertandingan bilik mantap. Haha. 

Nah melarat suda aku bercerita pasal asrama ni. Tak pa. Berkaitan juga ni. Manatau nanti diposting pi Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, atau yang power, Pensiangan, Pegalungan, Nabawan. Haaa. Start aku masuk IPG tulah, ilmu yang ku dapat, aku bawa pergi tempat aku posting. Bukan dari IPG ja, dari sejak kecil ilmu yang aku dapat, aku bawa, praktikkan dan amalkan. Insya Allah.

Cukuplah. Aku mahu fokus semester 3 saja ni. Penentu kemasukan degree. Insya Allah, aku akan buat yang terbaik. Kepada komrad2ku, let's fight during this semester. Yeah!

Kesimpulan, aku tak sabar menunggu junior. Hahaha.

AvA - 2 hari lagi sebelum ke asrama. 


Thursday 16 June 2011

Junior. MPPB. Senior. Semester 3. Happy Bestday.

Assalamualaikum.

Waaa. Pejam celik pejam celik, cuti semester dah nak habis. Alaaa. Tak siokla. (Padahal kepingin mau jumpa kawan.)

Apapun, memang siok sebab kali ni, kami menerima junior baru. Yeah, agak ramai, 3 kelas kesemuanya. Macam batch kami juga tapi, kami mungkin antara batch tersikit. Konon. Ahah.

Junior, BM,BI dan Prasekolah. Heee. Ni yang mantap. Tadi aku baru cek senarai, dan aku nampak ada juga schoolmate masuk, ada junior di sekolah masuk. Wah. Hebat2. Apapun, bersedialah untuk menghadapi MPPB.

MPPB kali ni, xtau la pula apa rancangan si YDP dan member dia nak buat. Tapi part aku mau tunggu, minta sain kalau ada. Hehe. Bukan apa, boleh juga tengok muka freshie ni. Kalau yang pompuan lagi.....nasib aku jenis tak suka hangout di mana2 selain asrama (melainkan kelas dan masjid)

Dan aku dan batch ku menjadi senior. Kalau ada junior terbaca, ingat pesan abang baik2. Senior2 semua baik, kalau ada sesuatu tak kena, muhasabah diri. Sebab aku pernah rasa. Dan jangan kita buli junior, kecuali time MPPB. Keh keh keh.

Secara rasminya 20HB aku masuk semester 3. Woooo. Penentu kemasukan degree. Ini takda lagi rilek2. Kena study mantap. Hehe. Apapun, ramai2 kita berdoa agar kehidupan kita, urusan kita dipermudahkan. Amin.

Lastly, selamat ulangtahun hari kelahiran kepada orang2 yang sambut pada bulan Jun, serta abahku, ex-classmateku, serta classmate ku. Happy Bestday. Moga murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu.

Jadi apa lagi? Well, cukuplah. Pelan2 kio. Aku mau cari informasi lagi ni. Banyak nak share, tapi kena simpan. Jangan dulu keluar semua. Hehehe.

Kesimpulannya, jom main dota. Yaahaa!!

AvA - Kerja Pae sepanjang cuti ialah DotA. Bagus lagi doa.

Saturday 4 June 2011

AF. Aku Faizava. Aku Feel. Aku Frust. Air Freeze. Apple Fruit.

Aku taip entri ini untuk aku dan kita semua. :) No offense.

Assalamualaikum,

Haaiya. Spoil the mood with the dumb act. Dear SESB, please don't do it again. My laptop might be damaged. Lalalalala.

Okay. Jom straight to the point. AF. Apa ni AF? Aku Faizava la. Haha.

Seriusly, time aku tengok AF tadi, okay apa. Mantap juga, eh, bolehla. Mantap tu kedua tertinggi. Jadi xboleh.

Jadi kenapa kali ni aku mau komen AF? Hehe. Cerita tadi dengan mak ku..

Aku - xprasan ka mak ni AF macam len suda ni.
Mak - kan ni terakhir suda. Dorang mo stop.
Aku - Stop? Ah benar ba?
Mak - betul. (aku ya saja)
Aku - Dorang spoil diari Af kan? Kasi dedah sama urg luar.
Mak - kan last suda. xlaku ba tu.
Aku - Kali la. Lagipun sy xdgr suda ex-af2 yang lain ni. Dorang Vince, Khai, erm..Siapa nombor 3 AF1 tu?
Mak - okay ba juga. tapi..yakan...macam jarang2 dengar ni AF-AF lain...
Aku - Tula ba. Nda laku sungguh. Lagipun kan, sy tgk AF9 ni..kicik2 badan dorang. Macam remaja sekolah. (sudah ditapis ni hahahaha.)
Mak - mmm mmm. Kali la.

Hmm. Setelah berborak, aku rasa aku setuju AF tak laku. Kalau laku, manakah orang yang dulu2 ni? Vince? Zahid? Faizal? Dan ramai lagi? Ceh cam tau ja. Yang aku perasan, si Mawi, Stacy, Mila. Muka dorang ja ni. Hehe. Malah juara AF lepas aku xknal pun. 

Aku bukan minat sangat AF ni. Time aku budak hingusan je aku suka2 tengok. Lebih2 lagi lagu dorang nyanyi tu mantap. Tu pasal aku suka tengok. Cuma sejak Stacy tu (malahan AF6 pun aku tengok siapa menang saja) terus down ba ni AF. Betul la AF xlaku. Kalilah. Jangan marah peminat. Lalalalalala.

Bagi aku la, hentikan saja pencarian artis2 hebat ni. Bukan apa. Terlalu ramai suda artis yang dilahirkan dari program realiti (iyer ke??) dan tidak satu pun yang mantap. Hmm. Jadi bagus xpayah kan? Stoplah. Baik lagi Imam Muda tu. Mencari Imam, pemimpin Islam yang hebat. Dan aku tadi melihat page JKM, ada gambar yang ku knal, ya. YDP MPP PLDK. Woaaa. Punya men bagus dia berusaha untuk masuk program Imam Muda.

Semua program realiti ni okay, tapi kalau hiburan, cukup2lah. Terlalu banyak. Dulu ada MI, ada BRTM, MENTOR, apa lagi? Entah. Kalau program realiti mencari orang beragama ka, cari saintis ka, cari mekanik ka, okay apa. Barulah. Kalau hiburan saja, sampai mana kemajuan negara kita?? Sampai?? Fikir sendiri.

Pointless kalau hiburan lebih2. Jadi? Jadi? Kurangkan. Itu jalan terbaik. Kalau mau jadi penghibur, okay, yang penting jangan lalai. Jadi penghibur, buat band (ofkos band baik2) lepas tu hiburkan orang. Penonton sikit xpa, yang penting kasi hibur dengan cara yang tidak langgar syariah. Kalau silap maafkan aku.

Malahan tiap2 channel, kebanyakan..hiburan. Mentang2 musim bola dah tamat. Lalalala. Bantai Game saja.
AvA - Agak2 tiada AF10 sebab dorang takut 'Kiamat 2012' kot? Lalalal. :p

Friday 3 June 2011

Thanks for the memories - 2006 part II

Pae kini dapat tahu fakta sebenar pasal Val. Tapi dia tetap berkawan dengan dia. Yalah. Takkan mau lupa budi kot? Hahaha.

Cikgu Ben berdiri menerangkan Kerja Kursus Geografi. Oh bingung Pae. Nasiblah Mr. Genius, di sebelahnya banyak membantu. Jikalau dulu Pae duduk belakang, kali ini, Pae duduk dengan Mr. Genius serta Vester. Dibelakang mereka ialah Renz dan Val.

"Jadi berapa ramai ni mau ikut p Kampung Bayang2?" tanya Mr. Genius. Pae angkat, Vester, Riz, An, Dan dan Mr. G sendiri. Wow. Mantap eh mantap. Hahaha.

Di kg. Bayang2, Pae diarah oleh mereka untuk menunjukkan rumah Ifa.

"Ko kan kazen dia, tunjuk ba sekali."
"Yala2."

Ifa, kazen Pae, perempuan, cute dan macam budak2. Serius.

"Begini2, buat begini2."
"Riz buruk motor kau! HAHAHA."

Segalanya, sejarah, HLOVATE.

* * * * *

"Boi." Zan menegur Pae.
"Kenapa boi? Apa ni boi? Apaka?"
"Boi, siapa nama tu perempuan di kelas DK tu boi? Kawan si Lyne."
"Marilyn?"
"Hehehe."

Zan berminat dengan Marilyn. Pae mula2 diam. Last2 dia bagitau pasal Marilyn termasuk kejadian 2005. Ya. Pae direject!

Pae mula sedar, bahawa Marilyn, walaupun baru kenal Zan, tapi mula suda suka sama dia. Berbeza dengan Pae dulu, dia hanya kawan saja. Zan seringkali tersebut mengenai Marilyn yang selalu rindu dia, tanpa menghiraukan perasaan Pae. Pae sekadar diam. Dalam masa yang lain, Hilmi, mula tackle Ayu, sekelas dengan Pae juga.

Jadi? Ofkoslah. Dua2 xdpt. Pae macam mana? always cool la.
Pada pengakhiran 2006, Pae mendapat handphone. Alhamdulillah. Yang penting ada. Dan dia mula bersms dengan Marilyn, hakikatnya, Zan di hati si Marilyn. Jadi Pae? Dia try seorang lagi, bernama Vie. Ngeh. Tanpa dia sedar, Vie dah pun berpunya. Lalalalalala.

Jadi segalanya lepas tu? History seperti kata HLOVATE.

Dan kemunculan gadis, bernama Mimi, dalam diari hidup Pae.

(Bersambung....)

Game yang aku belasah.

DMC4
1. DMC4 - Devil May Cry 4.
Game aksi, pertarungan, adventure, segala yang pertama aku main. Inilah game yang mencabar walaupun jalan cerita yang sama, paling kick mode DMD. Kalau korang tak belajar dari orang, konfom korang terkapai2 walaupun di awal level. Dan paling susah mau diguna, Dante.


DotA
2. Prospek terhangat sepanjang dekad? Entahlah. Tapi sejak form 1, aku dah kenal game ni. 2005. Jadi hampir sedekadlah. Simple tu simple, tapi memilih item, timing membuat spell, attacking, defend. Perggh. Ini pun kena ajar juga ni, kalau x, konfom aku awal2 kena first blood. Haha.



FIFA11
3. Ini game, hanya beberapa orang ja suka. Sebab sepanjang aku hidup, lebih ramai cenderung memilih PES. Entahlah. Tapi aku rasa FIFA lagi hebat, sebab aku tengok PES banyak kurangnya. Grafik mantap lah kalau PES. Cumanya, kalau xpakar main ni, konfom kalah. Hehehe.


HM - FOMT
4. Aha. Game paling siok pernah ku main. Lebih dari FIFA, DMC, DotA. Yang tak pernah main konfom tak tau caranya. Macam boring kan? Kelebihan game ni mengajar cara berjimat, berbelanja, upgrade segala, cari kawan, tanam2, eh memang mantap. Cuma, kalau tidak baca guide, memang susahlah. Hehehehe.


Game tertua pernah ku main
5. CZero, inilah game tertua pernah ku main. Agak2nya dari 2001/02/03 kali ni. Abangku yang kenalkan. Haha. Ini memerlukan keberanian, ketepatan serta ketajaman dan reaksi. Percayalah. Ini game memang susah.


Jiwa kelajuan
6. Woohooo. Vroom. Game kereta. Memang siok ni geng. Banyak2 keluaran EA untuk NFS, aku rasa NFSMW paling mantap. Kenapa? Dalam NFS lain, yang aku kaji, MW saja yang memerlukan 'khidmat' polis untuk mencabar tiap2 pelumba haram. Try la. Ini memerlukan strategi. Apakah? Upgrade kereta dan menang. Hahaha.


Paling mencabar minda
7. Hmm. Heran? Jangan. Ini merupakan game yang memerlukan kepakaran taktikal, strategi, teknik serta permainan minda yang power. Pandang rendah pada game ni? Tidak payahlah. Kalau tidak pandai taktik. Formasi 442, 433, 41212, 4411, 4312, segalalah. Nampak men bola betul2 macam senang ja kan? Ni lah game yang memerlukan kepakaran minda kalau mau menang.


HAHAHAHA.
8. Game ini, walaupun tidak hebat, tapi memang mencabar. Game ini memerlukan, pengiraan matematik, fizik. Berapa kelajuan, berapa darjah, ketepatan tembakan. Hah. Pikirlah kau. Hahaha.


Jadi? Apa lagi game yang ada? Ini je yang ada di laptop ku. Sikitkan. Burukkan. Hahaha. Bosan. Ada game lain? Suggest. Aku download.

Currently waiting......

Half Life 2

and revival of.....

Number 1 killer. L4D2.
 Aku tau aku ketinggalan. Yalah. Sukati korang. Yang penting aku main dengan gumbira. Hihihih. Dan aku bercadang, mau main semula, L4D2. Hohohohohh.

Still waiting, the next....

Devil Hunter Dante.


AvA - GAME SAJA. BAIK KO PI EXERCISE!

Thursday 2 June 2011

Kon'nichiwa, watashi wa PAE o shite imasu.

Assalamualaikum,

Jun dah datang. Jun dah datang. Adesh. Punyalah bosan. Main game, lagu, FB, tidur, makan, tv. Itulah kerja ku yang baru seminggu cuti.

Lama suda aku tak update blog ni. Aku mencari ilham. Last2 dapat juga. Kali ni aku mau cerita seni mempertahankan diri. Karate-do! Haiya!

Jadi kenapa aku buka cerita ni? Sukati. Hehe. tidak ba. Aku buka sebab aku rindu mau ikut ni seni mempertahankan diri. Aku menyertainya pada tahun 2004, selepas habis UPSR. Lalala.

* * * * *

"Os!"

"Kamu Pae ka? Mau belajar karate?" Masih ku ingat kata-kata sensei Hendry dulu tu. Dalam pemikiran ku, awal2, sensei punya muka garang. Kah kah.

"Ya."

Dan aku sertailah karate. Ingat lagi langkah pertama. Hidarino gidanbarai hajime! Dan buka langkah.

"Pae, kau memang bagus. Tapi untuk peringkat sparring, ko belum okay lagi. Malah sorrylah, ko belum lagi boleh upgrade belt ko tu. Jadi sabar2 la aa." kata sensei.

"Lek boi." Wiem dan Jul.

Kesimpulannya? Bulan pertama aku masih kekal putih. Sampailah 3 bulan kemudian. Lalalalala.

Masih ingatkah aku karate sekarang? Entahlah. Aku ingat langkah. Tapi kata aku lupa. Hahaha.

*Kata - Seni Karate

Shutokan Karate. Rasanya. Ahah.


(Bersambung....)

AvA - Mau ikut balik ni karate.