Comrades

Monday 28 February 2011

Aku sedia untuk lari!!!!

Assalamualaikum!

Well, selamat datang bulan Mac. Bulan ditunggu budak2 dan bakal guru serta guru sekolah. Sebab ada cuti. Haha.

Jadi, entri ini jom cerita pasal lari. Lari apa? Larian marathon? bolehlah dikata begitu. Pada hari sabtu bersamaan 5 Mac kami akan berlari merentas jalan raya. Kalau mau kata desa tak juga. Haha.

Dan tiap peserta yang join akan memberi markah kepada batallion pasukan masing2. Yezza! Aku akan sumbangkan tenaga ku untuk larian menguruskan badan. Muahaha.

Batallion ku ialah Mat Salleh yang berwarna merah. Ramai atlit hebat dan berbakat dalam batallion ini. Kalau aku list sampai besok pun tak siap. Yang aku tahu pelari paling bikin takut mantap ada dalam pasukan ini si Ben dan Ema. Dei, aku pun hebat ba. Lalala.

Rupanya ada pertukaran ahli dalam batallion ni. Aku pun hairan kawanku kata dia dah pindah ke batallion lain. Rupanya benar. Aku pikir tipu. Ceh. Tapi nasiblah yang masuk pun hebat2 belaka.




Hoo. bukan di trek ini mau lari. Ni merentas jalan raya kami akan buat.

Well dengan exam menjengah dalam masa seminggu, aku rasa bagus juga aku join lari. Manatau time lari tu aku boleh mengurat anak dara orang lain, cerita2 dengan gadis comel ingat pelajaran ku. Darah lancar bergerak dalam tubuh terus ke otak. Waaa. Seronok eh. Tapi kena training lorr. Tak pasal2 pengsan time mengharungi bukit tertinggi di Keningau. Tapi siok juga pengsan, boleh kena angkat terus sebelum dorang masuk pagar, bangun dan lari ke garisan penamat. Haha.

Aku tak kisah menang atau tak, yang penting lari. Lari dan teruskan menyanyi. Kasi hilang sedikit tekanan yang melanda diriku ini. Waah tak kisahlah. Dan paling hebat dan paling menang, jarak larian menghampiri 10 kilometer. Agak2nya dari sini ke Kg. Baginda jaraknya. Wuaih jauhnya. Tu bagi pelatih laki2. Pompuan, pensyarah dan anak2 staf semuanya 5 km. Ceh. Tak adil. IPG Gaya kalau tak silap 5 km je. BUYUK!! Dan secara rasmi tadi aku dilantik sebagai AJK Peralatan, si YDP yang promote aku. Laaa. Adaka patut, kalau makanan takpelah. Hahaha.


Windrunner
 
Yah aku ready dan ready dah ni. Besok ada berita baik untuk semua IPG. Ada kuliah tapi takde PNP. Induk IPG datang ke sini untuk join roadshow entah apa sudah kena cakap tu. Yang penting takda PNP. Bolehlah aku buat assignment dan study dengan begitu aman! Yes!

Banyak aku mau cerita tapi sikit2lah. Mana boleh terus2 ba kan? Lalala. Dan minggu depan asrama akan menjadi sunyi sebab aktiviti banyak berlangsung pada minggu itu. Semester 3 pergi PBS, Semester 1 ke BIG, PPISMP Sem 2 TESL exam manakala PSV buat bodoh je. Haha. Semester 5 dorang kak nija kalau tak silap pun PBS/Praktikum.

Kesimpulannya, aku ada satu assignment mau buat iaitu Matematik, ada larian merentas desa hari sabtu dan exam pada minggu depan. Insya Allah akan aku laksanakan dengan kekuatan yang dikurniakan. Amin!

AvA - Kak nija, ko tak larikan? Sediakan minuman di setiap checkpoint untuk ku. Muahaha. :P


Sunday 27 February 2011

Kenapa saya sayang WASABER?

Assalamualaikum.

Sempena penutup dan BOTM bulan Februari, aku mahu beritahu semua orang kenapa aku suka, sayang dan seronok dengan WASABER ini.

Apa itu WASABER? Adakah ia adik beradik wasabi? Tidak. WASABER ialah satu komuniti yang menggabungkan bloggers SABAHAN dari seluruh SABAH. Anda dah join? Lebih baik anda join jika anda orang SABAH!

WASABER bermaksud We Are Sabahan Bloggermania Blogger. Faham? Hehe. Joinlah dengan klik gambar kat bawah ni.




Aku diperkenalkan dengan WASABER pada bulan Januari di mana burungman telah kenalkannya kepada ku. Ketika itu juga rakan sekelasku Debbie pun join sama. Wah, disinilah mulanya kehidupan blogger yang sebenar walaupun hakikat aku telah mula berblog pada September 2010.

Yang best ada pada WASABER ini, first time aku jumpa tu CRB. Disana, korang CHAT, NYANYI, CERITA, BUAT LAWAK, GOSIP dan macam-macam lagilah. Weh punya siok. Tu yang buat aku tertarik tu. Cuma sekarang terpaksa kurang sikit singgah gara-gara exam menjengah dalam masa 8 hari lagi. T.T

Dari sini aku belajar dari pakar bloggers samada burungman, abangku, kak nija, kak zue, dan aku paling suka dengan gaya penulisan seorang WASABER bernama....SAHIDZAN, bro kalau salah eja jangan lempang gua. Wakaka. Sempoi je ayatnya. Tapi dia penyokong Man Utd! Muahaha!

Dorang kasi hubung aku dengan orang lain. Memang seronok. Tiap hari ada je ahli WASABER baru, dan aku tak lepaskan peluang tengok blog dorang. Admin dia pun mantap ba. Kadang2 di page WASABER di FB, ada ja perkara yang lucu dorang cerita. Itu baru FB, kalau masuk CRB, hah! Menyanyi dan ketawa2lah aku menghadap skrin komputer gara-gara kelucuan ahli WASABER. Kawanku pun tanya, "apa ba yang lucu ni ko tengok?"

Setiap bulan, wallpaper WASABER pasti update. Nama-nama ahli yakni baru mahupun lama kena kasi masuk dalam wallpaper tu. Siok tengok nama-nama ahli ini. Hehehe.

Dan setiap bulan ada je BOTM. Ya, ini yang buat aku terkejut. On FB, ada mesej dari admin, mengatakan aku masuk peraduan BOTM. Tak terjangka aku dapat masuk. Padahal aku bukan aktif sangat pun (malu-malu ayam kunun. haha)

Dan krew WASABER kini melaksanakan gathering bersama ahli-ahlinya yang bakal dilakukan pada bulan Mei. Wah! Aku mau join. Siapa tak nak jumpa WASABER lain kan? Hahha. Paling aku mau jumpa siapa? Lalala..semua ahli kalau boleh. Insya Allah tiada aral aku pergi. Hehee.

Dan aku mencari bloggers Keningau. Itu misi utama ku sekarang yang baru aku niat. Kehkehkeh. Sebab kalau Keningau senang sikit mau jumpa. Banyak juga aku belajar cara penulisan sebagai blogger. Abangku dan si burungmanlah selalu ajar aku camana nak buat blog kita nampak menarik. Kini ada WASABER, ada pro bloggers, banyaklah boleh aku rujuk. Kehkeh. Rujuk aa! Bukan PLAGIAT!! Hahaha.
Ini ja kot yang boleh aku kupas isi pasal WASABER ni. Dan aku rasa WASABER punya komuniti paling siok dan paling mantap pernah aku join. Yang lain seperti Sahabat Blogger pun okay, tapi hatiku, kalau masuk FB gadis comel WASABER juga ba dipandang. Hehe.

Wah dah cukup panjang dah entri ku. Nanti pening admin mau baca. Okaylah. Ini je setakat ini. Terima kasih kerana beri peluang masuk peraduan. Aku senantiasa support WASABER sampai bila-bila. Gambatte!!!

I LOVE WASABER!
AvA - Ya! Inilah WASABER! Pastikan korang join. Dah meriahkan CRB! Semestinya, tidak berkaitan dengan Valentine Day. :P

We Are Super Amazing Bloggers Endlessly Rocking!

Saturday 26 February 2011

Nikmat yang diragut sementara.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kenyang perut ku lepas sarapan. Sedap eh masakan emak. Huahuahua.

Tadi baru cek page WASABERS, wah semakin ramai yang join komuniti ini. Eh, korang belum join? Silakanlah ke page ini dengan klik benda ni.




Okay kan? Baiklah jom kita continue entri untuk kali ni.

Kali ni cerita pasal nikmat pula. Nikmat apa? Nikmat Allah. Tangan kita. Siapa pernah hilang tangan? Eh, gila ke apa. Hahaha. Siapa pernah hilang nikmat untuk sementara sila komen. Ekekeke.

Aku mau cerita sikitlah. Time darjah 4 dulu, ada sorang budak ni, memang nakal. Nakal habis dan jajal tapi jenis yang baik punya. Tidak terpengaruh terus. Hehehee.

Time tu trend breakdance makin hot di sekolah tu. Banyaklah cara brekdance dorang tu. Nama lain bagi breakdance yang slalu disebut too phat, dan ia tidak kena mengena dengan nama kumpulan penyanyi rapper tu. Haha.

Si budak tu pun, dah tau badannya besar, masih buat. Tapi jangan oo. Paling campin di dunia tu. Haha. Sebenarnya breakdance ni popular sejak darjah 3, dan berlarutan hingga darjah 4. Hehehe.

Suatu hari, si budak ni ke rumah kawannya main PS1, maklumlah time tu masih lagi miskin ba orang2 sana. Jadi time main PS1, kawannya dan sepupunya melakukan sesuatu yang menarik hati si budak tu. Apakah ia?



WOW!!

Hah!! Inilah dorang buat sampai menarik perhatian si budak tu. Waa, si budak tu bersemangat ni mau buat. Kawan2nya galakkan "buat la siok tu. Buat ja teda pa2 tu. Tilam juga ba tempat ko landing." Pa lagi dia buatlah.

Pa jadi? Dia makin ketagih. Hahaha. Dia buatlah. Sampai puas. Tak ke gila namanya tu...

Sekembalinya di rumah, dia ingin mencuba pula. Tapi kali ni di katil yang lembut dan tahan dia try. Dia front flip, wah seronoknya. Berkali2 dia buat. Tak pandai puas. Dia tunjukkan lagi pada adiknya. Tergamam si gaman.

Time malam tu, dia kira2 mau buat lagi sebelum tidur. Dari pintu, dia lompat ke katil front flip. Tiba-tiba...

Prak!....

Terlentang dia di katil. Dia fikir bunyi apa tdi tu. Tiba2 kesakitan datang....
"Argh, adui. Sakitnya..."
Mengerang kesakitan dia. Dia panggil adiknya, adiknya bingung last2 kakaknya datang.
"Ko kenapa?"
"Sakit ni..."
"Tipu ja..."
Sekali dia tarik tangan tu budak.
"Argghh!!! Woi palui sakit ba!"
"Dui, menipu ja."
"Urang betul2 bulih2 ko cakap sy tipu."
Nah. Apa yang sakit tu? Hahaha. Sampai mak tu budak pun dipanggil.
"Kenapa ko?"
"Patah tangan sy..."
"Ah tipu ja. Salah urat kali ba."
"Astaga tadi sy dgr lagi bunyi patah. Adui mama ni..."
Patah tangan. Ya rabbi. Kesian ni budak.



Pinjam gambar yer. Google.com

Macam ni lah lebih kurang. Tapi paling haru. Lepas seminggu baru pergi hospital. Sebab ibu bapa budak tu tak percaya patah tangannya. Hahaha.

Cek2 doktor, X-Ray dan kesimpulannya, bukan patah tangan. Patah tulang bahagian otot bisep dan trisep. Loh? Pikir tangan. Hehehehe. Jadi doktor balut tangannya. Siap kena bagi ubat. Si doktor tanya pa pasal bulih patah, jawablah si bapa.."Bah dia main tu apa tu..brekdance bah doktor. Itu pasal lah. Heii, nakal sungguh."
Si budak malu terus. Dan time patah tu, yang dah dekat cuti panjang. Haha. Jadi last day sekolah manada dia pergi gara2 patah tangan kan. Time patah tangan masih jajal. Masih buat breakdance dengan satu lagi tangan. Kalau patah dua2 tidakkah haru.
Nakal sungguh, dan mengambil masa yang lama mau sembuh. Gara2 kenakalannya. Jadi lambat sembuhlah.

Budak ni tak reti duduk diam. Main ja ingat. Hahaha. Ada sorang cikgu tanya, "Aik tangan kanan patah, jadi ko tulis macam mana?" budak tu jawab "Saya kidal ba cikgu. hihih."

Nasib kidal. Hahaha. Kalau tidak entahlah. Tulah nakal, kan Allah dah ragut nikmat sementara tu.
Jadi pas tu dia insaf? Sikit je. Tup2 masuk darjah 5, dia telah pindah ke sekolah lain. Kira darjah 4 tu paling last la di sekolah cina. Hahaha. Tahun penuh dengan kelukaan dan kelucuan. Wakakka.

Dan sekarang apa cerita budak tu? Dia sekarang mampu sudah menggunakan tangan kanannya semula. Dan lebih menggunakan tangan kanan berbanding kiri walaupun dominasi dia ialah kiri. Ada cikgu cakap pada dia...
"Buruk tulisan ko ni. Aih!" komen si cikgu
"Ala cikgu ni, sy kidal ba. Kidal memang buruk sikit. Hehee." balas tu budak
"Mengarut! Kawan saya kidal cantik tulisannya. Ko ni mengada2 ja." Nah kena balas.
"Cikgu, dia full kidal, su half kidal, kanan boleh kiri boleh. Hehehe." Mengarut lagu si budak tu. Hahaha. Time ini berlaku pada form 5.

Itulah alkisah budak tu. Memang jajal. Kesian kan? Tapi padan muka. Huahuahua.

Kesimpulannya, jangan jajal. Nanti nikmat diragut baru tahu. Hahaha. Jadi buat baiklah dan jadi baik. :)

Ava - Ini sekuel dari Nostalgia kejajalan dan kenakalan seorang budak lah ni. Pada tahun yang sama juga terima padah. Wahahaha. Korang tentu tahu siapa si budak tu. Hahaa.

Nostalgia kejajalan dan kenakalan seorang budak...

Assalamualaikum.

Wah, dah pukul 1 lebih. Tapi takpelah. Besok cuti juga kan. Bukan selalu dapat online sampai larut malam. Assignment tinggal satu lagi nak buat then submit, takpe. Senang je tu. Kehkeh.
Entri kali ni aku nak bawa korang ke nostalgia time budak-budak. Siapa tak pernah lalu zaman budak maka korang bukan manusia. Wakakak.

Siok kan jadi budak-budak? Siapa kata tak siok! Time budak korang takda kerisauan langsung pasal hal sekeliling. Kehkehkeh. Sebab time budak2 memang comel. Hahaha. Hakikatnya, ia bukan persoalan. Hahaha.

Aku time budak2 adalah antara orang paling jajal di sekolah. Weih, jajal yang masih boleh jadi baik aa. Bukan jajal terus. Hehehe. Suka kacau orang, kasi main2 orang, dan yang penting main mesti wajib. Biasalah budak, main ja ingat.

Tapi paling aku ingat, time darjah 3 di sekolah cina, aku pernah mendapat A dalam karangan bahasa cina. Wah! Tak caya ke? Ini seriuslah!

Gambar ni bukan gambar kelas aku. Tapi saja2 mau tunjuk macamana sekolah lama ku dulu

Waah. Search di google rupanya ada. wakakak. Jahat eh aku ni. Time jajal suka kasi kena orang last2 aku terkena sendiri.

Cerita begini, suatu hari ketika sedang tunggu bas, aku kacau seorang pompuan dari kelas aku juga. Macam mana? Aku ejeklah. Bawa teriak2. Time ni aku rasa darjah 4. Ejek2. Terus entah apa dia buat macam dia pi pukul aku. Yoh, ganas eh amoi ni. Hahaa. Aku mau balas balik. Aku kejar dia lari. Entah macam mana, yang penting aku kena cash oleh Allah, aku tersadung dan jatuh tertiarap. Bukan jatuh gedebuk, jatuh heret. Dapat bayangkan?

Ketawa orang sekeliling. Suddenly aku rasa pedih di bahagian bawah muka a.k.a dekat mulut dan dagu ku. Aku tengok lantai. Darah menitis. Eh? biar benar?! Aku ludah balik2. Liur je kluar. Dari mana darah ni? Aku hairan dan pelik. Dan aku jatuh bukan tempat sembarangan, aspal tu yob!

Terus ada sorang senior bawa aku ke bilik guru. Weh, aku ni masih bingung pikir2 dari mana darah tu. Sekali di bilik guru, terkejut cikgu2 sekalian. Nah disuruh aku cuci lukaku itu. Senior yang bawa tu amoi juga. Cute weh! Sempat lagi aku ni! Astaghfirullah!

Sekali aku lihat di cermin, huh? Aku berjanggut. Janggut darah. Kahkah. Dagu ku berdarah. Besar koyaknya tapi tak dalam. Masih merah lagi tu. Eeeee...


Cam ni lebih kurang tapi koyak aku panjang cuma tak dalam.


Hah. Lepas tu aku dihantar ke hospital. Aku masih keadaan confuse, dan aku pun ikutlah entah siapa yang bawa aku ke hospital tu. Sampai je di hospital, aku disuruh baring. Doktor tu nak jahit aku. Waaa. Korang bayangkan camana kena jahit tu. Sakit tak? Manada sakit. Dia bagi bius dulu. Wahahaha.

Lepas siap pembedahan daguku itu, dibalut kapas dan selesai. Bapaku berlawak mengatakan aku dah tua ada janggut, warna putih pulak tu! Kakakku kata aku macam kambing ada janggut putih. Cis!

Adakah dikatakan macam kambing. Tak guna!


Haha. Pergi sekolah macam biasa esoknya. Ramai yang hairan ni. Amoi yang aku kacau tu diam je. Taknak heboh. Kali nak tutup aib aku la tu. Makasi makasi. Hehehehe. Kawan2ku pun kata aku macam kambing sebab berjanggut. Tak guna! Aku fikir balik, itulah kesan jajal aku. Naa kan.

Jadi berapa lama baik? Aku pun lupa. Macam 2-4 bulan gitu. Sekali buka kapasnya, ada benang hitam di dagu. Tapi kalau tengok depan2 tak ketara langsung. Sebab luka bukan di dagu, bawah sikit dari dagu. Sekarang ni dah berparut dah. Tapi takder orang nampak. kehkehkeh.

Itulah akibat kasi main2 dan sakit hati orang. Kan sendiri kena, lepas tu aku insaf ke? Heh! Manada insaf. Makin jajal. Gila. Sudah kena bagi cash pun masih jajal. Hmmm...

Kesimpulannya, janganlah korang jajal. Allah balas balik secara cash tidakkah kamu terharu. Tapi baguslah supaya korang sedar. Hahaha.
Okay itu je. :P

Ava - Dagu luka, tapi aku masih hensem. Hahaha.


WASABERS!!!!

Thursday 24 February 2011

Kalau mahu bercinta baik pergi kahwin.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kenyang lepas makan nasi. Baik makan sebelum maghrib. Kan3? Tapi lupakan persoalan itu.

FB ialah penyebar segala berita, notes, artikel, dan macam-macam yang boleh anda fikirkan. Namun sejak kebelakangan ini, mesti ada pasal cinta punya. Cinta, cinta, cinta, cinta, cinta. Kalau cinta kepada Allah, aku tak kisah sangat. Kalau cinta kepada ibubapa, siapalah mau halang, tapi ini kisah cinta dengan kekasih.

Kalau sekali sekala aku tak kisah sangat. Tapi ini terlalu kerap. Malahan aku naik muak sudah dengan post2 pasal cinta ini. Sebab itulah aku jarang sudah update entri cinta. Aku tau korang pun muak yer? Hehehe.

Aku bukan marah pasal bercinta. Nasihat bagus, jangan bercouple sebelum kahwin, tak baik. Bagus tu. Tapi kadang-kadang ada cerita cinta, tips-tips bercinta, dan macam-macam lagilah. Naik fed up aku.

Aku nasihatkan, kalau kepingin sangat mahu bercinta, baik pergi kahwin awal. Tanam niat mahu kahwin, kerana Allah. Kahwin supaya dapat kawal nafsu. Kahwin supaya tahu apa erti cinta. Bukan apa, nasihat itu bagus, tapi kalau balik2 bertemakan benda sama, aku jujur katakan, aku malas mahu baca.

Memang ada pengajaran, tapi sebaiknya postlah sesuatu yang lebih berfaedah selain daripada cinta monyet punya tema. Contohnya cinta kepada Allah, rasul, Quran misalnya. Kan baik begitu. Cerita tentang Islam. Tak payahlah cerita balik2 tentang mahu bercinta. Sebab kita sudah tahu, cinta sesama makhluk dihalalkan oleh Islam ialah cinta berkahwin. Kalau bagi tips bercinta, konfom ramai lagi couple baru terhasil. Buat apa begitu.

Sebaiknya cuba post kan ciri-ciri isteri/suami yang baik. Lagi bagus daripada memberi tips bercinta. Tips bercinta tu belakang kira. Yang penting cari suami/isteri yang baik dulu. Aku tak halang bercinta, tapi cintailah seseorang kerana Allah. Lebih baik begitu.

Aku malaslah nak ulas panjang-panjang. Sebab tetap ada punya tu benda. Sebolehnya cuba berhenti dulu. Kalau terlalu banyak notes pasal cinta, andaian aku ialah orang yang mempost itu kemaruk ingin bercinta tapi tak kesampaian. Sorrylah yer. Kadang-kadang ada notes yang aku rasa perlu share maka aku share. Itupun balik2 dah aku update status tentang cinta ini. Jadi takkan tak ada yang ambik tahu kot?

Kesimpulannya, kurangkanlah pasal cerita cinta ini. Memang cinta itu indah, tapi indah lagi mencintai Allah dan rasul-Nya. Daripada cerita pasal cinta sesama makhluk, lagi indah membaca sesuatu yang kita jarang fikirkan.

P/S - Aku update entri pasal kahwin. Bukan cinta yerr. Lalalalala...walaupun sama tapi tetap tidak. :P

Oh assignment..

Assalamualaikum,

Bangun pagi, pergi wudhuk, solat subuh, tidur balik. Hoh? Tidur balik? Aduh. terkena aku. Kebiasaan ku adalah tidak tidur balik. Tapi kepenatan dan mengantuk yang amat sangat maka tewas aku. Aduhai, rezeki tak masuk dah ni.

Namun bukan itu yang jadi persoalan. Cerita assignment belum habis lagi. Aduh! Hari ini, aku menerima lagi satu KKP. Naah. Yang bikin hebatnya, hantar time minggu exam. Loh, macam mana ini, mau belajar, mau buat KKP. Aduhai.

Assignment Pengajian Islam pun belum siap, deadline besok pula tu! Bukan tak buat, wireless di sini amatlah hebat hebat dan hebat! Macam apa? Penyu yob. Aarrrgghh!!


Hang pa kater pasal aku ni? Nak kamehameha ke?!

Dei, marah pula tu penyu. Bukan begitu encik penyu. Bah. Ready2lah untuk tidur lewat selewat hingga ke waktu subuh. Hmm, matilah aku.

Patut semalam aku buat. Tapi wireless tak bagus. Jadi terpaksalah menggunakan idea yang mantap untuk membuatnya. Nasib tau sikit2. Kalau tak hancuslah aku.

Ni kalau di hostel terpaksa pinjam broadband burungman. Hmmm..tapi kelajuannya mengalahkan kelajuan semut. Tapi dikalahkan oleh kelajuan aku menaip. Gila. Adei.

Namun selaku pelajar universiti yang berdisiplin, eh aku tak sesuai digelar pelajar U. Paling sesuai pelatih guru. Kehkehkeh. Sebagai pelatih guru yang berdisiplin, aku kena buat kerja dan bersungguh-sungguh belajar. Padahal, tiap petang, peneman aku adalah DotA. Kalau bukan Dota, FIFA!! Kalau bukan FIFA, tidur aku petang2.

Tidur ja tau, makin gemuk sudah ni. InsyaAllah jadi slim semula ni. Tengoklah korang. Hahha.

Dan kini perut aku mula bersoprano. Mula buat hal ni. Aduhai, harap dapat tahan. Mata masih mengantuk. Entah pukul berapa aku tidur semalam. Kawanku sorang dah tidur ni. Sioknyer jadi dia dapat tidur dengan mudah, walaupun di kelas!!

Kesimpulannya, ini saja entri ku. Tinggalah....

P/S - Eh, faiz, pergi wat kerja hang!




Wednesday 23 February 2011

Andai kata mereka masih hidup....

Assalamualaikum, jom kita bicara tokoh Islam kali ini. Hehehe. Aku share yang aku tahu je.

Andai kata mereka masih hidup....

1. Abu Bakar As-Siddiq
Sahabat pertama yang memeluk Islam. As-Siddiq merupakan gelaran baginya kerana membenarkan apa yang diperkatakan oleh baginda S.A.W. Khalifah untuk kerajaan Khulafa Ar Rasyidin yang pertama. Beliau memerangi golongan riddah dan nabi palsu daripada menguruskan jenazah baginda S.A.W kerana golongan ini lebih berbahaya kepada masyarakat Islam pada ketika itu. Beliau sangat tenang ketika kewafatan baginda dan telah memujuk Umar al Khattab untuk bersabar.

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu golongan murtad dan ajaran sesat dah lama kena 'tabrak' oleh beliau.

2. Umar al-Khattab
Seorang lelaki paling berani menghadapi kaum kafir Quraisy. Baginda berdoa kepada Allah S.W.T agar jadikan samada Umar atau Abu Lahab supaya  masuk Islam. Dan yang terpilih ialah lelaki paling berani tersebut. Siapa masih ingat kisah tentang pengisytiharan beliau sebagai Islam depan orang ramai terutamanya pembesar kafir Quraisy? Mereka tergamam dan ketakutan melihat Umar. Malahan iblis laknatullah pun takut pada  beliau, aku ada terbaca dalam hadis mengatakan sekiranya Umar pilih jalan pertama, iblis tidak akan melalui jalan itu kerana takut bertembung dengan Umar. Subhanallah! Keberanian bertambah selepas masuk Islam! Dan ketika mahu berhijrah, Umar ada berkata begini : Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.” Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.” Pembesar Quraisy macam mana? Diam je.

Andai kata lelaki paling berani ini masih hidup, sudah tentu A.S, Yahudi dan sekutunya gigit jari  sampai putus melihat keberanian yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau. Mereka pasti tidak buat jenayah di muka bumi Allah ini.

3. Uthman bin Affan
Seorang yang sangat bencikan keganasan. Musuh-musuh Islam tak berani untuk membawa bertengkar kerana beliau mempunyai akhlak baik dan lemah lembut. Malahan jika berhadapan dengan musuh pun secara lemah lembut. Jasa beliau adalah penyumbangan harta beliau ke jalan Allah. Banyak sangat. Subhanallah. Zun nurain digelar kerana beliau memperisterikan 2 puteri nabi S.A.W selepas salah satu meninggal dunia.

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu ramai yang mencontohi beliau untuk menderma harta ke jalan Allah. Subhanallah!

4. Ali bin Abi Talib
Sepupu nabi S.A.W. Berkahwin dengan Fatimah (anak perempuan nabi S.A.W). Orang pertama memeluk Islam dari golongan kanak-kanak. Beliau memang berani. Ingatkah anda siapakah yang menggantikan Rasulullah S.A.W di tempat tidurnya ketika baginda ingin berhijrah ke Madinah untuk membangunkan Islam di sana? Dialah orang itu! Saidina Ali!

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu tiada yang berani menghina Islam.

Jadi itulah saja tokoh-tokoh Islam yang sentiasa kita dengar, baca, tahu dan faham. 4 sahabat Rasulullah S.A.W yang dijamin masuk syurga. Subhanallah. Betapa indahnya mereka.

Aku bukan mahu mempertikaikan qada dan qadar Allah. Aku mahu share apa yang kita semua selalu lupakan. Dan sekarang kita semua sememangnya tidak perlu lagi fikir panjang2 siapakah orang yang mampu bawa kegemilangan Islam ini semula. Tidak lain dan tidak bukan, Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Mereka akan turun saat dunia ini mula didatangi oleh Dabbatul Ard, Dajjal dan Yakjuj Makjuj.

Rancangan Yahudi dan Amerika sekarang juga ialah mencari Imam Mahdi, aku terbaca di satu domain. Dorang kunun mau cari mau bunuh dia. Tapi mereka tidak tahu, kalau Allah berfirman Kun-Fayakun, maka siapalah kita untuk mau menghalang perintah Allah. Sama seperti Firaun ketika Nabi Musa lahir dulu. Allah kata kun-fayakun, lahirlah Nabi Musa dan selamatlah baginda A.S dari ancaman Firaun.

Jadi, aku share ini supaya kita ingat dan cuba memperbaiki diri kita. Aku berpesan khas untuk diriku sendiri dan kita semua supaya membangunkan Islam dalam diri kita. Ramai2 ba kita. :)

Kesimpulannya, mari kita sama-sama amalkan Islam dalam kehidupan dan yakin bahawa Allah ada di sisi kita bagi yang bertaqwa kepada-Nya. Amin.

P/S - Kalaulah mereka semua masih hidup, insya Allah aman damai saja kita. Insya Allah kita akan merasai keamanan itu ketika masanya dah tiba. :)

Tuesday 22 February 2011

Bakal isteriku lebih comel dan cantik!!

Assalamualaikum
Oh, hatiku betul-betul dalam keadaan kronik sekarang. Aku benar-benar ingin kahwin kalau boleh sekarang juga. Huuu....
Okay stop mengarut. Jadi gila aku. Jom kita cerita gadis comel. Siapa gadis comel yang aku maksudkan ni? Heliza?

Oh bukan dia, aku cerita pasal sorang lagi gadis comel. Siapa? Cik yuyu zulaikha? Lagilah bukan.

Jom kita tengok orang ni....




Milik siapakah gadis ini..

Ini orangnyer. Cantik kan? Ofkoslah, pompuan ini memang cantik. Rakanku sorang tu gila sangat pada dia ni. Aku tengok besa je. Si burungman bagitau bahawa dia ni model sambilan dan mempunyai blog. Apa blog dia? Klik sini kalau nak ke blog dia.

Aku akui tak tahu sangat pasal dia ini. Yang aku tahu dia ni blogger juga. Sama je cam aku. Apa speselnya dia ini ya? Cantik? Ya aku akui. Comel? Ofkos. Ayu? Laaa..tidak. Hehe. Jangan marah yer cik Hanis. Aku gurau je. Entri aku kan mengarut.

Kawanku tu, adui. Minat banget ngan dia. Aku nampak macam pompuan biasa je. Malah aku yakin Hanis sendiri akan cakap "I ni sama je macam orang lain. Tak adalah cantik sangat." Benarkah keyakinan aku tu? Bukan setakat Hanis. SEMUA ORANG GITU. Aku pun gitu. kikiki.

Sebenarnya semua orang hensem dan cantik. Aku dah banyak kali post pasal benda gini. Cuma aku mau katakanlah kepada semua orang, tak kiralah...secantik/sehensem mana pun korang lihat seseorang tu (yang korang minatlah ofkos), orang yang paling hensem/cantik yang korang akan jumpa ialah....JODOH KORANG SENDIRI. Loh? Tak benar yer? Benarlah tu.

Apa aku katakan ini sungguh benar. Heliza kata aku hensem, memang hensem pun. Dia suka senyumanku. Tapi apabila jodohnya tiba, bakal suaminya tulah dia kata paling hensem. Ekeke. Ini merupakan contoh yer. Lalalala...tapi aku memang hensemlah. :P

Jadi siapa pula bakal jodoh kita ini? Kita tak tahu kan? Jodoh kita berada di Luh Mahfuz. Allah je tau. Dan yakinlah bahawa kita semua ada jodohnya. Percayalah. Dan jodoh kita itulah yang paling baik untuk kita. Hehehehe.

Jadi janganlah kita bising2 mau mekap sana mekap sini, rambut sana sini, sebab kita ni memang cantik. Dah berkarat2 sudah keyboard aku cerita pasal cantik dan hensem ni. Dan jodoh kita memang yang paling hensem dan cantik. kekekeke.

Kesimpulannya, bersyukur apa yang ada. Hehehehehe.

P/S - Hanis Zalikha, aku cintakan mu. lalalala....

Monday 21 February 2011

Bertawakal dan beristiqamah.

Assalamualaikum.

Oh, kelas petang memang bikin mengantuk. Tapi demi Allah tabahkan hati saja. Lagipun kebaikannya adalah untuk menjawab test untuk exam bulan depan. Mudah-mudahan dapat kekuatan. Amin.

Dalam entri lepas, aku ada sentuh pasal 'reasons for blogging' atau sebab untuk berblog. Jadi aku blogger baru dalam dunia blog ni pun ingin kongsi sikitlah apa sebenarnya yang aku mau kongsi ini. Aku terbaca entri si burungman pasal blogger baru yang berhenti berblog.

Kenapa perkara ini? Maybe mereka rasa down sebab tidak ramai follower mereka, maybe mereka rasa orang tak suka dengan blog mereka. Aku kadang-kadang terfikir juga. Banding blog ku dengan si burungman, abang BEN, cik Yuyu, aretikz abangku, kak nija, blog mereka lebih hebat tapi aku selalu fikir apa kurangnya aku ini. Aku boleh buat perbezaan yang besar between aku dan mereka. Mereka ada widget, template dan macam-macam lagilah, nuffnang (burungman takde dah) dan shoutbox. Aku? Shoutbox je paling kurang. Kehkehkeh. Widget2 semua tu aku tak letak sebab blum pro.

Mungkin itu kelemahan ku. Sebab itu orang tak pandang sangat blog aku ini. Namun niat aku mengatasi segalanya. Niat ku ikhlas untuk berblog. Kawanku si burungman yang suruh aku berblog. Aku ikut. Entah macam mana ketagih mau berblog. Kalau dulu (sebelum 2011) aku punya blog dalam B.I. Takde orang paham, aku buat B.M, pun tak de orang paham.

Jadi aku pikir, mungkin orang2 blog hebat tersebut pun pernah rasa macam aku. Manataulah selepas ini traffic ku menjadi tinggi, follower makin ramai, gadis comel dan makin ramai yang siok. Kena hentam anon. Kehkehkeh. Teruskan berusaha. Jom.

Kesimpulannya, jom kita teruskan berusaha berblog walaupun tak menarik perhatian. Makin dorang benci dorang pasti baca. Macam si terbang tinggi tinggi, aku nampak aku benci sebab kelucahan, tapi last2 makin siok sebab tidak semua entri dia begitu. Kehkeh.

Jadi, niat kita mesti ikhlas kerana-Nya. Biar orang baca daripada tiada. Orait. Baiklah aku nak jawab test ni. LDS!!

Sunday 20 February 2011

SAYA SEORANG BLOGGER AKTIF

http://www.benashaari.com/2011/02/segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.html





Assalamualaikum...
Ternampak entri bro ben kita, terus ikut je lah. Hehehe. Barangsiapa nak ikut bolehlah ke blog beliau. Aku memang aktif dan boleh menjadi hiperaktif kalau makan gula-gula banyak sangat. Hahaha.

P/S - Jom join ramai2. :)

Friday 18 February 2011

DotA? Aku mau pulang rumah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas tadi siap juga akhirnya kerja ku. Aku tak tahulah benar atau tidak cara ku tapi biarlah. Aku malas mau pikir2. Betul lah tu aku rasa.
Semalam tertidur pukul 12.30/1/2 pagi rasanya. Aku pun lupa. Time tu baru sekerat ayat. Bangun tadi 10 minit sebelum subuh. Aku pun cubalah membuatnya. Memang masih mengantuk time tu. Mau paksa tapi tertidur balik. Begitulah berulang-ulang sampai 5.30. Ish3. Time tu terus buat. Tak sampai 30 minit dah siap termasuk slideshow. Aih, lepas tu tidur balik baru solat subuh. Hehe. Makan ubat dan akhirnya melayan blog kejap. Alah...dekat je gimnasium ni. Lepas ni kitorang PJ dengan kakak opsyen prasekolah dan BM serta KPLI BI. Hehe.

Siok ba dengan dorang ni. Comel-comel semua kakak prasekolah. Mestilah comel sebab nanti murid-murid pun suka dorang. Sioknyer jadi murid2 prasekolah. Boleh manja2 dengan kakak tu. Aku dah mula mengarut ni!

Semalam rakanku kata besok (hari inilah) kita main DotA. Aku terus bersemangat ni! Yalah. Siok nak try main sama dorang. Nak tau pula feel main ngan orang pro. Selama ni dengan AI, AI dan AI lagi. Bosan sudah aku. Aku ja menang. Hehehe.

Tapi berfikir. Bukankah aku telah cakap pada mak balik minggu ni? Oh aku lupakanlah DotA ni. Aku mau balik rumah. Sebab last week aku tak balik. Padahal time Maulud Nabi sempat aku balik mau ke klinik kan. Hehehe. Tapi bukan tidur di sana. Rindu aku mau tidur di bilik ku tu. Paling rindu dengan seoranglah. Siapa pula? Ini dia....

Adikku paling comel. Abang sulungnya hensem. Abang ngah dia cool! Abang su dia? stylo.

Salah satu faktor aku mau balik. Gara-gara kecomelan dia. Haha. Paling aktif dan lincah sekarang. Mengalahkan aku! Ni dah pandai jalan ni memang kena pandai pantau dia ni. Hehe. Para gadis mau dukung dia? Jomlah ikut aku balik. Terus masuk minang ba. Lalalala. Gurauan semata2.

Lagi satu faktor aku balik sebab duit. Aku malas mau kasi keluar duit dari bank untuk menyara hidupku hujung minggu ni. Yalah. Makan maggie siapa tahan. Walaupun masih ada 2 bungkus maggie dalam almari, aku tetap mau makan di rumah. Rindu masakan emak katakan. Kekekek.

Tak taulah kalau akakku balik juga esoknya. Tapi setiap 2 minggu dorang boleh balik. Minggu lalu dia pun tak balik jadi aku buat kesimpulan dan andaian dia balik mungkin minggu ni. Abangku? Amat susah dia nak balik. Haraplah dia dapat tukar tempat kerja yang dekat2 ka. Senanglah balik.

Ini tahap kesihatan ku masih di bawah 90%. Belum sihat sepenuhnya. Tapi kalau bersukan karang memang sihat terus ni. Ditambah faktor kakak2 BM, KPLI dan prasekolah yang comel2 adrenalin sejak semalam (entah apa aku makan) di mana aku fresh walaupun sikit ja tidur. Itu kali hikmahnya.

Dan hari ini, birthday gadisku. Hahaha. Semua orang tahu dah. Jadi malas aku mau update banyak2. Yang penting aku doakan dia sentiasa happy, bahagia dan ceria.

Kesimpulannya.....MANDI! JOM!

Thursday 17 February 2011

Khamis part II - adrenalin dan keaktifan

Assalamualaikum...

Oh, hari khamis malam jumaat. Amatlah amat amat amat hari ditunggu iaitu hari jumaat. Selepas jumaat kan sabtu, nasib sabtu ni tiada kelas ganti. Hehehe.

Dalam kesibukan membuat kerja untuk presentation besok, sempat lagi update blog. Amatlah hebat aku ni. Ish3. KKP Kajian Sosial pun akan disubmit besok. Final touch up. Jom tengok front cover nak? tak payahlah.

Tentang kerja presentation, aduhai. Punyalah. Aku fikir besok bincang Macbeth saja. Rupanya lecturer suruh buat presentation. Tu soalan dibawah tu. Soalan ni merupakan sampel soalan mock exam Pengajian Inggeris senior2 kitorang tahun lalu.






Rasanya baru dia sorang yang bagi contoh soalan kepada kami. Maklumlah tidak tahu format exam peringkat IP kan. Hehehe. 3 komponen utama belum lagi diberi. Kata ex-coordinator kami, "if the lecturer haven't give you the sample questions paper by next week, I'll be the one who will guide you. That's my words."

Ceh temberang ja kunun ba dia cakap gitu. Tapi betullah begitulah maksudnya. Hehe. Campin pula aku inggeris ni aa. Orang TESL ni kena advanced inggeris oooo. Bukan cam senior2 lain, Sains, PJ, BM, PSV, semua dorang belajar BM. Hmmm...

Berbalik pada presentation tu, aku kata pada sorang ahli aku suruh dia buat semua. Terkejut dia. Tapi tidaklah. Korang pikir senang nak suruh orang buat? Selalunya akulah buat semua kerja ketika mood aku tidak baik. Tak percaya? Tanya mak aku.
Bukan apa susah pun soalan tu. Cumanya tu pencerita mahu macam mana si watak utama menghadapi cabaran-cabaran dalam hidup mereka. Tapi kan aku boleh bingung. Ditambah kepala aku mahu pecah sudah ni. Anda bayangkan macam mana kepala tu mau pecah. Adei.

Kalau boleh mau saja aku tidur sekarang ni. Memikirkan KKP aku belum siap print, yakni reference, cover serta beberapa lampiran, aku tunggu dululah. Kalau pukul 1 si burungman belum lagi print, aku tahulah besok pagi sudah siap print tu. Yang penting fokus kepada presentation ni.

Betul2 mencabar minda ni soalan. Begini soalannya "Discuss how the narrator in 'The Third and Final Continent' as well as Phoenix in 'A Worn Path' rose to the challenges that their faced in their lives" Hah! Macam form 5 juga pun ni. Aku dan gengku sorang sudah diberi tugas yang senang iaitu buat pasal 'A Worn Path', senang kan? Tajuk pertama lagilah susah. Panjang yob.

Dan kini lepas bertukar2 pendapat ngan tu kawan, yes! Aku tau sudah. Mungkin aku tidur kejap. Baru lepas makan ubat yang menidurkan mengantukkan. Pikir boleh paksa ke? Niat ku mau sambung main FIFA11 terbantut. Tapi klau aku main tetap sakit hati punya sebab? LAG!

Dan sekarang dengar lagu kejap kasi relaks fikiran. Hehe

Loh? Besarnya nguapan? Hahaha

Kena kuat ni. Kalau tak matilah aku apa aku nak present besok. Lagi aku tak suka aku ni jenis gemuruh. Aih, tapi semester ini kurang sudah gemuruh ku. Kalau lalu2, adoi. SEJUK tangan. Jadi camana nak hilangkan rasa gemuruh untuk buat presentation? Jom kita amalkan doa ini. :)

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, dan mudahkanlah bagiku, tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku" - Surah Taha (25-28)

Doa ni Nabi Musa guna untuk berdakwah kepada kaumnya. Sebenarnya bukan bersambung ayat2 tu tapi saling berkaitan jadi aku kasi sambunglah. Ayat Quran yang sebenar tak bersambung. Selalu baca dalam bahasa arablah. Mau juga tulis ayat Qurannya? Copy paste image je. Tapi doa dalam bahasa apapun Allah dengar. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mendengar. :)
Bah, 14 minit sebelum jam 12 tengah malam. 18 Feb! Ya! Besok hari kelahiran gadis kesayangku. Jadi aku mau wish awal2 pada dia walaupun sudah ada, aku sebagai kawan ikhlas. Hohohoho. Aku ada terniat mau bagi hadiah. Tapi berfikir apa pompuan suka, jadi end up dengan sekadar ucapan. Ikhlas atau tidak Allah Maha Mengetahui. Hehee.



Coklat! Nyum! Aik bukan ke dia tak suka coklat?

Ambik je walaupun hanya fatamorgana semata2. Hehe. Dahlah. Aku dah wish SMS, FB dan entri pun sentuh sikit pasal dia. Aku harap dia bahagia dan sentiasa happy. Happy bestday my beloved best friend. Orang IPGK kalau terbaca entri ini boleh agaklah siapa orang tu. Haha.

Kesimpulannya, cukuplah setakat ini. Kita tunggu hari besok! Bah faiz! Buat KERJA!

Khamis

Assalamualaikum...
Diriku kini beransur sihat, syukur alhamdulillah. Tapi kawanku pula masih lagi sakit. Tak pe, ujian tu bagi orang yang beriman.

Siapa ada baca berita hairan harian hari ni? Online punyalah.  Hehehe. Ni na ni.

Sumber Berita Harian

Nampak ke? Kalau x nampak layarilah ke web mereka. Ada tu. Tak payahlah aku nak bagi link.

Kerajaan mula memberi perhatian untuk melarang penjualan minuman bergas. Baguslah tu. Sihatlah murid2 ku dan bakal anakku nanti. Eceh, hahaha. Siapalah jadi bini ku ni...alalala....

Memang bagus langkah kerajaan buat begitu. Tak payahlah larang2. Terus kasi haram ja. Sebab memudaratkan. Banyak asid tu. Cumanya, satu perkara yang perlu kerajaan buat sejak dari dulu lagi.

Apakah itu? PENGHARAMAN ARAK! Itu yang kerajaan perlu buat sejak dulu lagi. Why? Arak tu yang buat gejala sosial makin teruk. Tapi kerajaan macam memandang remeh je tentang arak tu. Marah kalau gejala buang bayi ni berlaku, tapi gara2 apa tu semua? Arak. Diulangi arak.

Arak ini ibu segala maksiat. Why? Sebab araklah, penzinaan dan pembunuhan berlaku. Bukankah Allah sudah mengatakan arak ini haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maaidah 5:91)

Nampak tafsiran ayat al-Quran di atas tu? Arak tu memalingkan kita daripada Allah. Arak itu merupakan minuman syaitan. Jadi kenapa masih tidak diharamkan? Arak tu boleh merosakkan akidah dan akhlak kita. Dan juga, orang muda sekarang semakin berani minum arak di khayalak ramai. Ini merupakan tanda-tanda kiamat yang jelas sepertimana dalam hadis nabi :

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".



H.R. Ibnu Majah


Haa. Nampak tu? Kita semakin hampir kepada kiamat sekarang ni. Jadi aku harap sangatlah, kerajaan mengharamkan arak tu. Tu minuman gas dari segi kesihatan je. Tapi arak ni WAJIB DIHARAMKAN kerana aspek agama dan nilai moral boleh mengancam. Konon takut ekonomi negara jatuh. Buat pa? Kalau ikut ajaran Islam insya Allah hidup bahagia.

So kesimpulannya, ambiklah iktibar. Haraplah negara Malaysia ni sentiasa selamat. Amin. 

P/S - Arak haram, tapi dihalalkan? Manada perkara begitu.



Wednesday 16 February 2011

EXPLORACE!!

Assalamualaikum...
Sejuk kat sini. Gila, nasib demam okay sudah, tapi masih sejuk. Kawanku pula yang sakit. Alahai. Sabar je. Allah menguji kita ba ni.

Hah! Explorace. Apa kebenda tu? Macam amazing racelah. Tapi apa kaitan dengan ku?

Well, aku bertugas menjaga checkpoint dekat prasekolah. Seronok juga tu walaupun sorang. Sebelum ke C.P, kitorang pi kafe dulu. Pastu, kak Seha briefinglah. Berabis dia kasi pahamkan aku walaupun aku dah paham seratus peratus sejak kak Hanisah briefing. Adei. Sempat lagi dia tanya macam mana sunnah nabi ketika makan. Nak tau napa? Sebab itu ialah halangan untuk peserta sebelum mendapat soalan. Hehehe.

Jadi lepas tu aku singgah KOP dan beli ribena serta sandwich 2. Makan tengahari katakan. Sambil2 tunggu aku dengar2 lagu. Lama juga dorang kena ceramah briefing ni. Pukul 2 EXPLORACE tu start sebenarnya.
Barang yang perlu

Haa. Lihat tu. Itulah aku punya equipment. Gula-gula tu untuk sampel macam mana makan ikut sunnah nabi. Korang tau ke???? Ribena tu aku punya!

Loh? Pantun 4 kerat berkaitan dengan salam susah ke?

Sekitar sinilah kami.

Perrgghhh seronok betullah walaupun cuaca panas. Aktif para peserta ni. Bakal guru kan mestilah aktif. Siapa kata tugas guru mengajar ja. Hahaha.

Banyak juga peristiwa lucu juga tadi. Hehehe. Tapi paling first punya kumpulan dari prasekolah punya opsyen. Wei gila dorang datang group lain pun datang. Bingung aku. Sudah tu berkerumun aku macam mau kena belasah. Punyalah aku malu kena kerumun perempuan sebegitu. Aku mau ambik gambar2 group2 yang pertama ke tempat ku tapi tak sempat sebab berabis dorang ni minta soalan. Roadblock pun belum lagi. Hehehe.

Roadblocknya ialah makan ikut sunnah nabi. Alhamdulillah ramai yang tahu walaupun ada yang curi2 tengok group lain buat camna. Tak pelah dimaafkan. Mula2 aku suruh semua ahli dalam kumpulan makan. Wow, dorang pandai juga aa. Duduk, pegang guna tangan kanan, baca doa makan lepas tu bismillah dan masuk makanan. Kunyah? Tak tahu berapa kali dorang kunyah. Tapi itu tak pe lah sebab mengejar masa kan. Har har har.

Ni berabis buat pantun ni. Wooo..



Ada juga beberapa kumpulan kurang tahu macam mana makan sunnah nabi. Dorang tahu guna tangan kanan, doa dan bismillah sebelum makan. Ada lagi terselit kunyah 40 kali. Mula2 tu masih berdiri, sekali ada group datang terus buat demonya sambil duduk. Hah, dorang duduk terus. Kehkeh lawak juga. Tapi kesiannya takkan sunnah untuk makan ketika duduk dorang tak ambik kisah?

Tapi aku mau kata dorang semua okaylah. Sekurang2nya dorang masih ingat camana sunnah nabi. Yelah, kalau dorang tak baca doa sebelum makan, makanan tu tak diberkati tu. Syukurlah tiada perkara sebegitu. Hehehe.

Group yang terbaik ni.

Ohya, lupa pula nak gitau berapa kumpulan. Ada 14 tapi 11 ja ikut. 3 lagi tarik diri, salah satunya kelas kami sebab ada orang sakit. Alahai, kan bagus kalau korang datang je bertanding rakan2 kelas ku. Aku nampak ada juga orang yang tiga orang saja masih boleh menang. Hehehe. Tak pelah mungkin dorang fikir mesti 4 orang kot.

Group terakhir ada 2 group. Dua2 memang lawak jugalah. Hehe. Satu group tu kawanku yang satu lagi senior pompuan (comel sorang bertudung..ups) Haha. Sempat lagi si pais ni. Dorang sudah betul cara dorang. Time dorang makan aku kata dua2 group salah. Hahaha. Tidakkah haru. Berfikir dorang ni. Kekekek. Jahat aku ni. Jangan marah yer.

Dorang tanya aku, apa yang salah, macam mana juga. AKu berpegang teguh untuk tidak menolong mereka. Aku kata mereka kurang satu part penting. Haha. Aku secara kias kasi tengok lagi demonya. Macam mana? Ribena tu aku minum time cangkung. Dorang tak paham masi. Last2 dorang call kawan dorang. Aisehmen. Nasib dibenarkan. Hahaa.

Inilah kakak senior yang comel2 ni..hehe..


Lepas call2, hah apalagi, baru tau macam mana. Yang kakak senior tu melihatlah camana dorang buat. Hahaha. Mentang2 sms tak dibalas ikut jelah. Nasib betul. Sambil tu aku tunggulah sampai sorang daripada mereka yang makan tu abis. Hehehe. Lepas abis tu, aku kasi saspen lagi. Tanya betul ke cara tu, hahaha. Dorang mula2 ragu last2 aku kesian. Betullah aku kata. Hehehehe. Gembiranya dorang. Terus aku bagi soalan tu pada dorang. Buat pantun. Dan lepas tu minta signature terus jalan. Macam tulah alkisahnya.

Terlari2 dorang ke C.P seterusnya. Nasib C.P aku ni sunnah nabi je. Kalau ke C.P dorang Bani Irwin dan si Syafiq tu, adumak, tidak ku tahu camana dorang hadapinya. Kenapa? Sebab dorang disuruh makan PERIA!! Diulangi, PERIA! Bukan yang kena rebus tu, yang ORIGINALLY DARI KEDAI MASIH FRESH TU. Hahaha. Takpelah yang penting buat. Ikut sunnah nabi lorr. Hehehee.

Pikir pikir....

Apapun, tahniah kepada semuanya. Anda semuanya adalah pemenang. Tiada pengalah. Eh cam familiar pula tu. Jadi dalam apapun, ikut je sunnah nabi insyaAllah hidup kita aman bahgia.

Itu sajalah untuk penutup kepada hari ini. Sorrylah gambar aku kebanyakan time dorang buat pantun sudah. Sebab time dorang makan tu tergesa2 jadi kamera pun tak sempat kasi keluar. Biarlah. Harap korang enjoy. Ohya, peminat tegar bola sepak, pagi ada main bola. Arsenal vs Barcelona. Boleh tengok main bola tu, tapi sebolehnya bangunlah dulu setengah jam awal untuk tahajjud. Kalau gara2 main bola kita boleh bangun awal, kenapa tahajjud setakat dua rakaat kita tak boleh? Fikir2kanlah. Dan lepas tengok tu jangan tidur baliklah. Aku tau tu ramai buat begitu. Terus solat subuhlah. Aku tau juga tu pukul berapa abis tu main bola. Mo dekat pukul 5/6 pagi tu. Hah, solat teruslah. Tapi subuh di sabah 5.08+ jadi jagalah masa tu. 

Kesimpulannya, moga kehidupan kita dirahmati Allah. Insya Allah kita bertemu lagi. :)

P/S - Ars vs Barca? Aku tak sokong dua2. Yang penting Man Utd di hati! Arsenal kasi kalah tu Barca. Lepas tu biar MU blasah korang balik Arsenal. Hahaha

Rabu part II

Assalamualaikum.

Jom cerita sikit pasal bab kutuk orang ini. Siok rok kutuk orang? Siok eh. Konon kepala hotak.

Jom cerita sikit. Perkara ni berlaku di mana2. Ada orang ni marah kena ceramah agama oleh orang baik. Lepas tu mengamuk dia ni sampai dia repot kat kawannya yang sekepala dengannya. Macam2 lah dorang kutuk. Kononnya orang baik tu bagus sangatlah sampai bagi ceramah macam tu.

Kawannya tu bagi komen kononnya kalau nak nasihat tu bagilah baik2 jangan sampai sakitkan hati orang atau pun marah2. Mustahil orang baik akan buat begitu! Percayalah! Melainkan kalau memang kronik, dorang pasti sergah. Dalam Islam, menyergah orang yang sudah kronik dia punya kejahilan dan dia tahu tu jahil, contoh : Solat wajib, tinggal dosa tapi tetap tak mau buat, memang boleh punya. Contoh, nabi pernah menegur seorang sahabatnya yang memakai cincin emas. Dengan kasar baginda cabut cincin tu dari jari dan terus buang. Lepas tu jalan macam tu je. (Ustazku cerita). Boleh begitu.

Kalau kita kena bagi ceramah agama secara tidak langsung, terima je lah. Lepas tu bergantung nak berubah atau tidak. Jangan kata "alaa..tua baru taubat. Muda ni enjoy dulu." Mati tak kenal masa. Berubahlah.

Kawan dia ni konon berlagak macam pandai sangat tapi 2x5 je dorang. Cakap je, buat tak. Aku bukan mau buruk2kan oranglah tapi kan, perkara ni berlaku banyak sangat. Sebab itulah umat Islam makin jahil. Kena ceramah sikit mula melenting. Bersyukurlah ada orang care. Sedangkan nabi pun care pasal kita, pernah ke kita ikut sunnahnya?

Kita marah apabila orang mencela nabi, memperlekehkan hukuman Allah, mencaci Quran, tapi pernah ke kita ikut ajaran Islam? Tau marah. Buat demonstrasi tapi solat kita buat ke?

Tentang mengutuk ni, janganlah kutuk orang. Banyak kutuk-mengutuk berlaku, hatta pemimpin kita pun begitu. Ingat tak? Pernah sekali proposal tentang hukuman hudud. Kerajaan tolak mentah2 konon2 peraturan itu tak sesuai. Ramai orang anggap kejam. Kejamkah hukuman yang telah Allah tetapkan? Lebih sedih mereka memperlekehkan hukuman Allah. Nauzubillah.....

Ketua berlagak pandai tapi bodoh. Lebih kuranglah tadi, kena ceramah tapi panas terus. Hmm...entahlah apa nak jadi.

Aku bukan mau burukkan orang, ini kes banyak berlaku. Tempat aku pun ada tapi aku tak tahulah ada ke tiada. Sebab aku akan cuba jauhkan diri dari benda ni. Korang pun begitulah. Para pengutuk, siapa terbaca ni...fikirlah apa patut korang buat. Korang nak hentam aku silakan. Korang nak berubah alhamdulillah. Korang ancam nak bunuh aku? Silakan. :)

Yahudi pasti ketawa melihat umat Islam gaduh sesama sendiri. Tidakkah kamu fikir? Itulah tujuan dorang. Dan juga, kerajaan Islam jatuh disebabkan pemikiran serta akidah diserang. Sebab Yahudi kata, kalau mau lawan kekuatan konfom Islam menang.

Kalau dunia sekarang, kalau umat Islam sekarang bergabung konfom Yahudi tunduk. Cumanya masanya belum tiba. Kita tunggulah kedatangan orang ditunggu tu. Kepada pengutuk tu, jangan sampai dajjal turun baru nak insaf. Kalau dajjal sudah turun, orang beriman pun boleh kafir. Nauzubillah....berdoalah kita kepada Allah agar dilindungi dari fitnah dajjal yang dahsyat. Surah Al-Kahfi merupakan caranya.

Kesimpulannya, pengutuk...insaflah. Kalau terbaca, seperti diberitahu, aku hadapinya. Jangan kita kutuk orang lain gara2 dia bagi sesuatu yang baik. Apapun, meh kita meningkatkan ibadah kita kepada Allah walaupun Maulidur Rasul dah berlalu. Ibadah jangan bermusim2 yerr. :)

Rabu

Assalamualaikum.
Sempat lagi ba update sebelum memandikan diri. Marilah aku ringkaskan entri ini.

Tadi aku melihat latest entri si burungman, dia buat pasal 'awek' dia si yuyu zulaikha. Konon awek. Hehehe. Aku rasa si burungman ni bosan tahap kronik dan mau kahwin tahap mendekati wajib kot.

Pastu aku mau bagi komen. Ada anon. Tau anon kan? Bukan yang ada blog juga tu. Ni anon a.k.a silent reader. Hek eleh penakut punya orang. Tapi aku berprasangkan maybe dia takde blog jadi terpaksa guna anon atau dia takut diserang. Hahahaha. No offend.

Nak tau apa dia kata? Dia kata si yuyu ni kalau bermekap je comel, kalau tidak bermekap tak comel. Ceh kononlah tu. Semua orang comel ba. Allah sudah buat baik2 ni senang2 je nak kata orang tak comel. Eh yang aku marah ni apahal?

Baik habis pasal tu. Aku baru je habis makan ubat. Kejap g nak mandi. Lepas tu p kafe beli makanan dan makan di kelas. Ni mau tanya si burungman sebab nak tau sesuatu important. Baru mantap kan?

Orait. See u next entri.

P/S - Yuyu Zulaikha memang comel. Tapi.........comel lagi aku. Lalalaala. :P

Tuesday 15 February 2011

Demam? Part III

Assalamualaikum!
Hehehe. Huuhh. Berpeluh aku ni. Panas eh. Pasal apa panas ni? Banyak dosa kot? Hahahaha.

Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T sebab aku mampu bernafas dengan baik. Hehehe. Why? Sebab aku punya selsema dah baik. Tadi pergi klinik minta ubat dan lepas tu dengan izin-Nya aku punya selsema dah baik.

Ceritera pasal klinik ni, korang tentu hairan kan kenapa aku tak pergi je hospital kerajaan. Eh korang tak terpikir? Hahaha.

Hospital kerajaan ni lambat. Aku pernah rasa. Jadi aku ke kliniklah. Lagipun aku orang keningau jadi senanglah. Parents yang ambik. Heheh. Anak manja benar eh.

Lebih kurang pukul 7 kami ke klinik. Aku dan bapa ku ja. Jumpa penyambut tetamu jap, cakap sana sini, isi borang terus dapat masuk. Well, tak ramai sangat.
Doktor tu memang dah lama kenal kami. Namanya Dr. Kiong. Tua sudah tapi bagus orang ini. Dia tanya apa sakit, aku gitaulah. Lepas tu dia cek tekanan darah, cek suhu badan, degupan jantung dan periksa dalam mulutku. Entahlah apa yang dia cek. Lepas tu dia cakap dia bagi ubat. Doktor manalah tak bagi ubat. Hahaha.

Dia cakap dia bagi ubat tidak mengantuk. Lepas tu keluar tunggu jap dan kena panggil. Time menunggu tu aku ceritalah dengan bapaku. Siok juga. Terus aku cerita keadaan ku time subuh tadi. Kalau nak tahu, time terbangun subuh tu teruk sangat sakit. Nasib kuat juga aku mau pergi wuduk dan solat walaupun sejuk gila. Kalau tak, konfom iblis dan syaitan ketawakan aku. Tidakkah haru.

Lepas tu aku dipanggil. Tengok ubat. Mula2 ubat selsema jenis pil. Ini aku kena makan pagi. Lepas tu ubat cecair (selsema dan batuk) di mana aku makan sudah tadi sebaik sampai di rumah. Dia kata ubat cecair ini ada kesan mengantuk sebab itu malam je boleh makan. Tapi masih power lagi aku ni. Hahaha. 

Terus ubat antibiotik. Banyak yob! Lebih kurang 20 lebih. Kena kasi abislah. Dan last, ubat demam a.k.a paracetamol. Aha. Ni boleh jadi spare kalau demam dah baik. Hehehe.

Hmmm...banyak ubat ni. Dan kena makan 6 jam sekali melainkan ubat cecair dan pil selsema tu. Jadi kesimpulannya esok aku pergi kuliahlah macam biasa. Kalau K.O mungkin time rehat aku minta pelepasan. Itupun kalau K.O. Hehehehe.

So itu jelah. Tadi aku withdraw duit lagi. Nasib masih ratus2. Alhamdulillah. Sempat juga aku beli coklat untuk tenaga. Hehehe. Penting tu.

Jadi kesimpulannya, Allah yang menyembuhkan aku. Bukan ubat tu. Ubat tu hanya ikhtiar je. Yalah. Berdoa kemudian carilah penyelesaian. Bukan setakat doa je.

Well, aku mau install FIFA11 dulu. Dapat atau tidak tu aku tak tau. Kalau dapat, haha! Aku main habis2an. Orait chow!


Demam? Part II

Assalamualaikum.
Eh, dah tengah malam pula ni. Belum tidur2 lagi. Ish3. Sudahlah sakit, nanti makin teruk siapa nak jaga? Manada orang mau jaga! Hehee.

Betulah, aku sakit. Alamak. Susahlah nak ikut perarakan besok. Alahai. Macam mana ni? Nak tibai ke? Tidak pasal2 pengsan. Tidakkah haru.

IPG Keningau ikut pertandingan perarakan untuk Maulidur Rasul. Ya, ini yang siok ni. Hehehe. Sebab besok cuti, boleh pi outing kan. Jangan je la tu pak cik jaga halang kitorang nak outing. Aku dah kering dompet ni. Mau refill. rm10 pun jadilah. Hehe. Makan sikit2 lerr. Time sakit selera makan turun. Gila apa makan besar2 time sakit. Heheh.

Time sakit apa kita boleh buat? Macam tak banyak. Aku dari petang tadi lagi asyik di bilik je. Sampai sekarang di bilik. Selalunya aku ke masjid dan jalan2 ke bilik kawan. Yalah, sakit ni. Lepas Zohor tadi rasa lain macam je tapi tulah, lelaki macho kena tahan. Kalau tak, kena kasi kesianlah. Tapi tetap macho. Hehehe.

Ini sakit2 ni sempat update blog. Bukan sekadar tu, sempat lagi aku main satu game DotA. Nasib menang, kalau tak konfom jatuh sakit. Makan pun makan meggie je. Tidakkah haru. Nasib meggie ayam. Kurang rasa pedas nor masam nor pahit nor manis nor pelik2. Baru okay sikit.

Tapi apa hikmah sakit ni? Haaaa. Ini yang mau dipersoalkan. Kadang-kadang ada orang mengeluh. Tapi aku cuba berfikiran positif la. Mungkin Allah menguji aku dan membersihkan dosa-dosa lampau. Itu apa yang aku dapatlah ketika tazkirah dulu. Ujian daripada Allah.

Jadi time sakit ni, aku pasrahlah. Eh, sambil2 cari ikhtiar. Ni rasanya terpaksa minta tolong ambik kawan kot. Takkanlah nak naik bas. Matilah tambah sakit. Family di K.K so susahlah sikit.

Jadi besok mungkin aku tak dapat nak ikut perarakan. Alah, tak dapat jumpa muslimah2 yang comel la ni. Terutamanya dari PLDK. Kalaupun dorang ikut. Hehe.

Aku harap sakit ini tidak berlarutan sampai sebulan. Aku punya sakit lain sikit, jarang2 punya. Sekali keluar 3 bulan baru baik sepenuhnya. Adui. Sabar Faiz.

Esok tak tau nak ke klinik atau stay di hostel. Time sakit ini merupaka dugaan. Niat aku mau buat KKP Pengajian Islam terbantut sebab fikiran ku susah mau berkerja dengan KKP sekarang. Dengan blog mau pula dia. Tapi apapun, aku berdoa kepada Allah agar aku sembuh macam biasa. Best juga sakit, dapat MC dan cuti. Tapi haaa...ketinggalanlah kau. Sempat lagi fikir begitu.

Dan sekarang aku susah mau tidur. Selalunya kalau sakit senang ja aku tidur tapi kali ni tak dapat pula. Agaknya sebab inilah kali pertama aku sakit bersendirian. Tahun lalu aku sakit time di rumah. Kena jaga lagi. Kali ini? Haaa. Sendiri jaga. Baguskan? Kalaulah ada bini kan bagus. Boleh dibelai2 aku ni. Hahaha. Tak pe lah. Tak dapat ikut berarak pun takpa, suruh je burungman update kepada ku nanti. Dapat juga buat entri untuk Maulud Nabi. Tapi paling penting aku kena kuat ke masjid. Yalah. Besok malam ada tazkirah Maulud Rasul. Mesti mau dengar. Siok tu. Dan sekarang teraba-raba mencari jaket. Harap adalah. Hehe.

So, ini je kali ini. Update pasal demam. Part II pula tu. Wakaka. Insya Allah, walaupun aku tidak ikut perarakan, aku update juga pasal Maulud Rasul ni. Moga-moga Allah sentiasa merahmati kita dan memberi kekuatan kepada kita semua. Amin.

Kepada yang ikut perarakan, harap korang okay lah. Jangan je time tengah perarakan, menyimpang la korang ke KFC, BSN dan macam2 lagilah. Adaka patut. Yang  tak ikut tu, buat assignment ka, rajin2 la sikit badan tu. Jangan terperap di bilik je.

Eh cukuplah ni. Patutnya kesimpulan dah. Okay. Nak tidur. Selamat malam. Lalalalala.