Comrades

Wednesday 16 February 2011

EXPLORACE!!

Assalamualaikum...
Sejuk kat sini. Gila, nasib demam okay sudah, tapi masih sejuk. Kawanku pula yang sakit. Alahai. Sabar je. Allah menguji kita ba ni.

Hah! Explorace. Apa kebenda tu? Macam amazing racelah. Tapi apa kaitan dengan ku?

Well, aku bertugas menjaga checkpoint dekat prasekolah. Seronok juga tu walaupun sorang. Sebelum ke C.P, kitorang pi kafe dulu. Pastu, kak Seha briefinglah. Berabis dia kasi pahamkan aku walaupun aku dah paham seratus peratus sejak kak Hanisah briefing. Adei. Sempat lagi dia tanya macam mana sunnah nabi ketika makan. Nak tau napa? Sebab itu ialah halangan untuk peserta sebelum mendapat soalan. Hehehe.

Jadi lepas tu aku singgah KOP dan beli ribena serta sandwich 2. Makan tengahari katakan. Sambil2 tunggu aku dengar2 lagu. Lama juga dorang kena ceramah briefing ni. Pukul 2 EXPLORACE tu start sebenarnya.
Barang yang perlu

Haa. Lihat tu. Itulah aku punya equipment. Gula-gula tu untuk sampel macam mana makan ikut sunnah nabi. Korang tau ke???? Ribena tu aku punya!

Loh? Pantun 4 kerat berkaitan dengan salam susah ke?

Sekitar sinilah kami.

Perrgghhh seronok betullah walaupun cuaca panas. Aktif para peserta ni. Bakal guru kan mestilah aktif. Siapa kata tugas guru mengajar ja. Hahaha.

Banyak juga peristiwa lucu juga tadi. Hehehe. Tapi paling first punya kumpulan dari prasekolah punya opsyen. Wei gila dorang datang group lain pun datang. Bingung aku. Sudah tu berkerumun aku macam mau kena belasah. Punyalah aku malu kena kerumun perempuan sebegitu. Aku mau ambik gambar2 group2 yang pertama ke tempat ku tapi tak sempat sebab berabis dorang ni minta soalan. Roadblock pun belum lagi. Hehehe.

Roadblocknya ialah makan ikut sunnah nabi. Alhamdulillah ramai yang tahu walaupun ada yang curi2 tengok group lain buat camna. Tak pelah dimaafkan. Mula2 aku suruh semua ahli dalam kumpulan makan. Wow, dorang pandai juga aa. Duduk, pegang guna tangan kanan, baca doa makan lepas tu bismillah dan masuk makanan. Kunyah? Tak tahu berapa kali dorang kunyah. Tapi itu tak pe lah sebab mengejar masa kan. Har har har.

Ni berabis buat pantun ni. Wooo..



Ada juga beberapa kumpulan kurang tahu macam mana makan sunnah nabi. Dorang tahu guna tangan kanan, doa dan bismillah sebelum makan. Ada lagi terselit kunyah 40 kali. Mula2 tu masih berdiri, sekali ada group datang terus buat demonya sambil duduk. Hah, dorang duduk terus. Kehkeh lawak juga. Tapi kesiannya takkan sunnah untuk makan ketika duduk dorang tak ambik kisah?

Tapi aku mau kata dorang semua okaylah. Sekurang2nya dorang masih ingat camana sunnah nabi. Yelah, kalau dorang tak baca doa sebelum makan, makanan tu tak diberkati tu. Syukurlah tiada perkara sebegitu. Hehehe.

Group yang terbaik ni.

Ohya, lupa pula nak gitau berapa kumpulan. Ada 14 tapi 11 ja ikut. 3 lagi tarik diri, salah satunya kelas kami sebab ada orang sakit. Alahai, kan bagus kalau korang datang je bertanding rakan2 kelas ku. Aku nampak ada juga orang yang tiga orang saja masih boleh menang. Hehehe. Tak pelah mungkin dorang fikir mesti 4 orang kot.

Group terakhir ada 2 group. Dua2 memang lawak jugalah. Hehe. Satu group tu kawanku yang satu lagi senior pompuan (comel sorang bertudung..ups) Haha. Sempat lagi si pais ni. Dorang sudah betul cara dorang. Time dorang makan aku kata dua2 group salah. Hahaha. Tidakkah haru. Berfikir dorang ni. Kekekek. Jahat aku ni. Jangan marah yer.

Dorang tanya aku, apa yang salah, macam mana juga. AKu berpegang teguh untuk tidak menolong mereka. Aku kata mereka kurang satu part penting. Haha. Aku secara kias kasi tengok lagi demonya. Macam mana? Ribena tu aku minum time cangkung. Dorang tak paham masi. Last2 dorang call kawan dorang. Aisehmen. Nasib dibenarkan. Hahaa.

Inilah kakak senior yang comel2 ni..hehe..


Lepas call2, hah apalagi, baru tau macam mana. Yang kakak senior tu melihatlah camana dorang buat. Hahaha. Mentang2 sms tak dibalas ikut jelah. Nasib betul. Sambil tu aku tunggulah sampai sorang daripada mereka yang makan tu abis. Hehehe. Lepas abis tu, aku kasi saspen lagi. Tanya betul ke cara tu, hahaha. Dorang mula2 ragu last2 aku kesian. Betullah aku kata. Hehehehe. Gembiranya dorang. Terus aku bagi soalan tu pada dorang. Buat pantun. Dan lepas tu minta signature terus jalan. Macam tulah alkisahnya.

Terlari2 dorang ke C.P seterusnya. Nasib C.P aku ni sunnah nabi je. Kalau ke C.P dorang Bani Irwin dan si Syafiq tu, adumak, tidak ku tahu camana dorang hadapinya. Kenapa? Sebab dorang disuruh makan PERIA!! Diulangi, PERIA! Bukan yang kena rebus tu, yang ORIGINALLY DARI KEDAI MASIH FRESH TU. Hahaha. Takpelah yang penting buat. Ikut sunnah nabi lorr. Hehehee.

Pikir pikir....

Apapun, tahniah kepada semuanya. Anda semuanya adalah pemenang. Tiada pengalah. Eh cam familiar pula tu. Jadi dalam apapun, ikut je sunnah nabi insyaAllah hidup kita aman bahgia.

Itu sajalah untuk penutup kepada hari ini. Sorrylah gambar aku kebanyakan time dorang buat pantun sudah. Sebab time dorang makan tu tergesa2 jadi kamera pun tak sempat kasi keluar. Biarlah. Harap korang enjoy. Ohya, peminat tegar bola sepak, pagi ada main bola. Arsenal vs Barcelona. Boleh tengok main bola tu, tapi sebolehnya bangunlah dulu setengah jam awal untuk tahajjud. Kalau gara2 main bola kita boleh bangun awal, kenapa tahajjud setakat dua rakaat kita tak boleh? Fikir2kanlah. Dan lepas tengok tu jangan tidur baliklah. Aku tau tu ramai buat begitu. Terus solat subuhlah. Aku tau juga tu pukul berapa abis tu main bola. Mo dekat pukul 5/6 pagi tu. Hah, solat teruslah. Tapi subuh di sabah 5.08+ jadi jagalah masa tu. 

Kesimpulannya, moga kehidupan kita dirahmati Allah. Insya Allah kita bertemu lagi. :)

P/S - Ars vs Barca? Aku tak sokong dua2. Yang penting Man Utd di hati! Arsenal kasi kalah tu Barca. Lepas tu biar MU blasah korang balik Arsenal. Hahaha

No comments:

Post a Comment